Pagi-pagi ni memang fresh otak kalau nak mengupdate entri baru.Idea mencanak-mencanak, lepas solat subuh, komfirm Allah bagi idea dah. "Tu la, jangan bangun lambat, nanti rezeki lambat masuk". Mak aku selalu pesan macam ni waktu zaman aku belajaq dulu. Ya lah, bila time cuti sem la masa aku nak qadha tidoq pueh hati kat rumah.hihi
Bila akhir zaman macam ni, ada yang dalam kepala depa "Eh, boleh tak kau buat hal kau, aku buat hal aku?" "Jangan jaga tepi kain orang la der, lu tengok kain lu dulu" "Eh, pandai-pandai pulak nak nasihatkan orang, cermin diri tu dulu" "Eh, kita kuboq asing-asingkan, hang jaga kuboq hang, aku jaga kuboq aku".
Sebenaqnya salah kalau kita mengabaikan kawan kita sekeliling. Tambah pulak, bila orang-orang sekeliling kita perlukan nasihat kita. Nasihat ni tergolong jugak dalam benda wajib terutamanya kalau kita nampak kawan-kawan kita buat benda salah. Takdak orang yang bagi nasihat untuk 'frust'kan orang lain. Macam aku ni, aku suka orang nasihat aku, tapi kadang-kadang aku suka langgaq nasihat.Ketegaq jugak (ketegaq tu a.k.a degil)
Aku pun suka sharing pendapat aku, kalau orang mintak pendapat aku, nasihat aku, insyaallah aku tolong, tapi at the end aku lebih suka bila dia ambik keputusan setelah mintak pendapat. Bukannya buat keputusan melulu. Alhamdulillah, setakat ni aku memang takdak masalah bila nak sharing apa-apa problem dengan orang. Sebab dari situ jugak aku belajaq. Belajaq pasai kehidupan aku dari pengalaman orang lain.
Aku mungkin tak dan hidup sampai 50 tahun pun kalau nak buat kesalahan dan betulkan balik kesalahan aku semua. wallahualam. Jadi cara yang terbaik, adalah belajaq dari kehidupan orang lain dan jangan ulang salah yang sama.
Tak rugi kalau kita dapat nasihat orang, selalunya yang ni salah satu cara kita nak berfikiran lebih dari dalam kepala kita ni. Depa bukan mintak bayaran, dengaq ja la. Yang buleh terima, ambik. Kalau tak buleh terima, dengaq saja pun dah kira ok. Senang kan.
P/S : tapi kalau nak nasihat orang pun, kena tengok keadaan dan tempat. Put yourself in others shoes.
3 comments:
I prefer to smell the shoes first. :)
saling memperingatkan adalah yang terbaik..
Salam.
Sambil nasihat, kita memperingat diri sendiri.
Post a Comment