nuffnang

Kawan-kawan saya

Monday, March 5, 2012

::AKU MASIH SIMPAN CINTA INI::

Assalamualaikum bloggers.




Bila berbicara tentang hati dan perasaan. Manusia mana yang takdak perasaan? Cuba habaq mai. Even binatang pun ada perasaan. Tapi macam mana kita nak uruskan perasaan tu?Adakah kita terlalu leka dengan dunia, kita terikut-ikut trend yang membuatkan kita dibuai-buai oleh perasaan sendiri. Kadang-kadang tak ke mana pun. Dan kadang-kadang kita dilema dengan perasaan kita.


Aku dah berusaha menjahit hati aku sendiri. Takmau terus membazirkan cinta ini untuk yang bukan mahu memilikinya. Aku berusaha meminta hati yang baru dari Allah, agar aku tak terikut trend zaman sekarang ni. Ramai yang bercinta sebab hanya orang lain pun bercinta. Tapi tak ramai yang meletakkan syarat bercinta lepas kahwin.




Ramai yang bercouple. Fenomena yang dah jadi kebiasaan, love is in the air. Ya, kadang-kadang cinta yang kita sendiri pun tak pasti sejauh mana haluannya. Ada yang bercinta lama, 7,8 tahun. Lama tu. Tapi, masih terasa kekosongan dalam hati. Berkahwin hanya 3,4 tahun lepas tu dah tak sehaluan. Apakah yang dinamakan cinta?




Dalam bercinta ni, kena ada redhanya. Cintailah pada yang sepatutnya. Jangan bazirkan cinta kita. Sesuatu yang bernilai hanya untuk sesuatu yang tak ternilai. Tak ramai yang mendahulukan cinta pada yang Esa. Sedangkan bila ditanya, pada siapa sepatutnya cinta yang paling agung? Semuanya akan kata PADA YANG ESA. Tapi, amal tak semudah cakap.



Jodoh, ajal, maut semuanya di tangan Allah. Mengapa kita berjumpa? Itu juga klu dari Allah. Macam mana perasaan kita, kita yang menjaganya. Jangan disia-siakan untuk orang yang tak sudi dan hanya mempermainkan kita. Cinta itu wujud untuk orang yang mahu menerima dan mahu mendalami. Syukran. Cinta aku masih aku simpan kukuh untuk seseorang yang akan hadir suatu hari nanti.



P/S: Memetik kata seorang kawan "~ If you luv something, set it free. If it comes back, it's yours. If it does not come back it was never meant to be."

10 comments:

Unknown said...

nak nangis lak bace entry awk. sobsobsob. takutnya kalau dah xsehaluan tuh. harap dijauhkan. :)

Syira Lokman said...

yes !! If you luv something, set it free. If it comes back, it's yours. If it does not come back it was never meant to be..
kte pegang ayat ni..and kte dpt kebahagiaan sekarang..mungkin belum tntu bhgia ni kekal..cuma Allah je tahu..sabar! ^_^

Hakim Zailan said...

i have once set someone i love free because i'm not so sure about her feeling towards me..in other words means i'm not sure she love me as much as i love her..but the sad thing is she is not coming back..sometimes i thought that was my fault to set her free when she never come back to me again..sorry for the long comment and the serious grammatical error..i'm still improving my english...hehe

::Mastura Zakaria:: said...

@ Dak Fisha

Inilah apa yang dah ditetapkan dalam kehidupan kita.

::Mastura Zakaria:: said...

@ sYiRa LoKMaN

mencari redha Allah tu lebih penting. Seringkali kita mengabaikan DIA yang masih menyayangi.

::Mastura Zakaria:: said...

@ ~hAKim ZaiLAn~

its not your mistake to let her go.but it is a fate. Allah knows who are the best for you. JUst pray, and dont worry. When the time is right, someone will be yours.

Noor Fatin said...

bila saya baca entry ni, saya ingat kisah saya.

mungkin dulu saya bercinta, saya bukan bercinta kerana allah, bercinta untuk suka2 tapi akhirnya perasaan tu menjadi sayang sangat2 dan masa tu fikir dia la bakal suami kita.

sepanjang bersama, bahagia. bergado ada jugak tapi sayang mengatasi segalanya. kalau orang cakap cinta 100%, saya lebih lagi. masa tu masa dgn family dah kurang, masa dgn kawan2 lgsg xde.

tup2, kena tinggal. cuba bayangkan. kena tinggal. nak ngadu pada sapa lagi? dulu masa bercinta ingt allah pun jarang..

bila dah teruk sangat rasa, kembali pada allah. malu tak payah nak cakap tapi kembali pada allah jugak.

saya redha dgn dugaan yang allah bagi. nikmat yang allah bagi sebelum ni buat saya lgsg xbersyukur, indah dalam dunia sendiri, sekelip mata allah tarik nikmat tu. sekelip mata, tanpa notis.

alhamdulillah, skrg dah ok. baru sebulan lebih :) banyak hikmah yang saya dapat. banyak sangat2, saya dan allah dah makin dekat..

bak kata kawan saya, kalau bercinta, bersederhana la. jangan gedik sangat, jangan bangga sangat, jangan terlalu mencintai. bila sekelip mata hilang semua tu, kawan2 jugak yang ada dgn kita..

carilah orang yang mencintai allah, jika dia mencintai allah, dia xkan rosakkan anda, jangan mencintai org yg tak cintakan allah, jika dia bleh tinggalkan allah maha pencipta,bila2 saja dia boleh tinggalkan kita.

amik ni sbg pengajaran. bila benda ni jadi pada saya, saya xnak orang lain pn turut merasa.. :)

tapi saya bersyukur, maruah yang patut diberikan kpd suami masih saya jaga. masih allah pelihara saya dulu ketika bercinta, cuma, berharap allah ampunkan dosa2 saya, maksiat, zina hati, zina mata, pegang tangan pn dah haram kan? :)

Anyyss Shuhaimi said...

Ana pernah rasa sebelum ni. ana juga pernah bercinta. Tapi sayang cinta terputus di tengah jalan.

Bila dalam keadaan sedih, terus mengadu pada Allah. Mungkin ini rasanya bila cinta yang diberikan kepada makhlukNya, tidak dilabuhkan atas dasar cinta kepadaNya.

Kenal cinta Allah sebelum kenal cinta mekhlukNya. Cintai Allah sebelum cintai makhlukNya. Andai pasti sudah ketemu cinta, sandarkan pada Allah, berdoalah. Mungkin dia jodoh kita.

Hati-hati menjaga hati, takut nanti memakan diri.

Sekian. :)

keindahan Hidup(faizul) said...

best entry...

pantun untuk saudari::
main fb jangan terleka
jangan sampai tidak mandi
cinta manusia hanya seketika
cinta Tuhan kekel abadi

sesumpahmerah said...

cinta pada yg esa itu luhur...
ingin ku mohon kemaafan dari cerita yg lalu...
bukan entry ini aja yg menyentuh tp ku mendapat khabar berita kamu di timpa musibah dan ujian yg hebat...
ku harap akmu tabah dan bersaabr dan sentiasa tidak lupa pada yg esa...
jadikan al-quran amalan hidup harian mu...ku berdoa kamu sembuh....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails