nuffnang

Kawan-kawan saya

Sunday, March 4, 2012

::KERJA YANG TIADA CUTI::

Assalamualaikum bloggers and readers.




Harini aku asyik tengok ja mak aku buat macam-macam keja. Sejak aku operation apendik baru-baru ni, segala keja rumah semua mak aku handle 100%. Kesian aku tengok. Ke sana, ke sini, jaga cucu, masak, basuh baju, kemas umah, satgi kemas lagi. macam-macam keja dia buat. Hari-hari,pulak tu mengemas, walaupun tak selerak mana sangat umah ni. Petang-petang dah pi berkemas kat laman umah pulak, tanam pokok la, buang pokok la. Aku ni masih tak mampu lagi nak mengemas segala.




Tadi pun, aku gagahkan diri drive bawak mak pi beli ikan, walaupun still sakit lagi bila jalan jauh, tapi aku buat muka slamber ja takmau dia risau. Kesian pulak kat mak, kalau aku tak drive, takda dah orang nak bawak dia pi mana-mana, memandangkan abah aku pun dah tak larat nak drive.Jadi aku ja la yang boleh tolong.





Macam-macam keja adanak dibuat, tapi tak penah pulak dia merungut penat la, hapa la. Yang dia dok pesan kat aku, "jangan jalan banyak-banyak, dok dendiam." Haishhhhh. Aku ni spesies tak buleh nak dok senyap, sakit-sakit pun gagah jugak nak bangun berjalan. Okla, so far dah buleh jalan sket-sket, tapi takleh laju-laju lagi la. Dok terasa lagi kesannya.Baru lagi.




Semua baju aku dibasuhnya, macam-macamla yang dia buat. Aku tak buleh lagi nak tolong dia masak. Apa yang aku mampu buat, pi bagi makan kucing aku.hihih. Yang tu ja la, nak mengemop dapoq memang tak dapat la.




Takpala, nanti dah kuat sket bulehla aku kembali aktif mengemas umah segala. La ni, hanya mampu tengok ja la, buat keja sket, kena bising lak.huhuhu. Apa-apa pun mak memang superwoman la. Segala macam keja, semuanya mak tolong buatkan.Mana mau dapat  mak macam ni. Bertuahnya aku, Allah hadiahkan mak macam ni.



P/S :Hargailah ibu bapa kita seadanya. Syurga itu di bawah kaki ibu.

6 comments:

NOOR FATIN said...

tu la..wuu nanti satu hari nanti kita jugak akan bergelar seorang ibu. masa tu baru la kita rasa mcm mana pengorbanan seorang ibu kita dulu :)

smg cepat sembuh :)

.........cP~ said...

Salam.

Ye, kerja seorang ibu dan isteri tak mungkin habis.

maya diana said...

kesiannyaa...hopefully cepat2 sembuh n lepas tu boleh tolong family ngan housework...n apa2...they need u so..take care urself k...get well soon...

p/s: bloggers nak traffik tinggi join la http://rakanblog.com

::Mastura Zakaria:: said...

@NOOR FATIN

memang tak ternilai pengorbanan seorang ibu.

::Mastura Zakaria:: said...

@ .........cP~

betul tu.

::Mastura Zakaria:: said...

@maya diana

insyaallah.....dah join.hihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails