nuffnang

Kawan-kawan saya

Saturday, May 21, 2011

::SELALU BERHARAP ANAK JADI SOLEHAH TAPI DIDIKAN TAK KENA GAYA::

Assalamualaikum bloggers...




Sambil melepak depan tv tengok majalah 3 aku dan lagi nak update entri. Aku terkilan bila tengok dunia sekarang ni. Bila ditanya ibu bapa, "apa makcik harap kepada anak-anak makcik?"




Ooooo.."makcik harap bila anak makcik besaq nanti, jadi anak yang solehah, yang boleh mendoakan makcik sampai syurga," Tapi bila didikan kat anak-anak pun sambil lewa ja, pendidikan pun dok harap kat cikgu di sekolah ja.....Boleh ka anak-anak makcik berdikari menjadi anak-anak yang solehah?





Mendidik anak-anak zaman la ni memang sangat mencabar....Mak bapak, senggang mata, keja perah keringat, bagi duit kat anak-anak tapi depa pun tak pasti anak-anak depa tu dapat didikan yang sempurna ka tak.....







Anak-anak tak lulus idola kecil, mak bapak meraung sama hebat dengan anak-anak. Rilek makcik, kalau anak makcik tak pass nak masuk idola kecil, apa kata makcik try hantaq anak makcik masuk rancangan adik dan al-quran ka, kat tv9 tu...dah kalau nak anak makcik jadi femes la...









Tapi kadang-kadang, budak-budak sendiri yang tak minat rancangan ilmiah macam ni, kalau tengok ja rancangan macam ni, deka suka alih channel...aku tengok anak menakan aku pun lebih kurang ja...kartun manjang...









Gambaq atas ni rancangan adik-adikku kat tv1. Syok tengok keletah budak-budak ni..memang ada style...cuba bagi adik-adik kita tengok program ni.... Memang susah nak ubah mind setting orang, tapi untuk tunas muda ni, aku rasa belum terlambat kot kalau kita nak ubah minat dia.... Dari dok join tengok mentor segala, bukan ada benda best yang depa boleh belajaq pun..... Ibu bapa laaaaa yang mencorakkan anak-anak....






sekian, untuk makluman.







4 comments:

Jahidih Saili said...

SMTI.

NINA AMIRA said...

media sekarang pun byk pengaruh.. kadang-kadang pertandingan berunsurkan hiburan yg berlebih-lebihan pun kadang-kadang ubah byk sgt 'style' budak-budak seawl usia

::Mastura Zakaria:: said...

nina: betul tu...

MerLe said...

siapa anak pd masa depan, ibu bapa dorg yg mencoraknya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails