nuffnang

Kawan-kawan saya

Wednesday, May 25, 2011

::GERUN AKU, KONTENA MASUK LINE 2,LINE 3::

Assalamualaikum bloggers......







Harini mengupdate lambat sket, baru siap keja...berpanas-panas dah ni, tadi aku ada keja kat luaq. Ni pun baru balik opis. huhuhu...memang lenguh jugak bawak moto, travel jauh atas highway bukan ada koridor, huhu. tapi apa yang aku perhatikan macam ni lah keadaan drivers malaysia hari ni [gambaq aku search kat tenet, aku nak snap pic tadi tak buleh..atas moto] 























Macam ni lah jugak keadaan yang aku tengok tadi masa kat highway. Dahla jalan ada 2 lane, 1 lane tutup sebab tengah turap tar, tapi depa ni...puak-puak yang tak berapa nak matang ni...guna emergency lane. Tengok keta depa, bukan cap ayam, keta cap baguih punya...... tapi mentaliti depa aku taktau tahap mana lagi. Keja hebat tapi rubbish la....tak boleh pikir situasi orang lain. Depa ingat terrer la buleh guna emergency lane?





Dahla aku tengok kadang-kadang motor rempuh kereta kat emergency lane. Sebab ni lah. Depa kira depa ja lepas. kalut nak pi mana pun taktau, ka sibuk nak cari toilet tak jumpa? Aku pelik betoi la... Sama hal pulak dengan lori-lori kontena dan juga trailer panjang yang suka sangat guna lane 2 dan lane 3. Mangkuknya, tu kan lorong laju.





Tadi masa kat highway, aku bawak kat lorong 2, nak potong lori tak buleh, sebabnya lorong 3 ada kontena. Dahtu pulak, kontena tu bukan laju mana pun. Dah tau tak laju, dok la lane 1, yang pi dok kat lane 3, beratoqqqq la semua kat belakang kontena yang hegeh tu. 





Aku pulak ada kat tengah-tengah antara lane yang ada trailer dan lane yang ada kontena. Adoiiii, kecut perut la jugak. Tengok, ni semua la perangai drivers. Bila jadi apa-apa, semua tuding menuding jari, salah orang ni, salah rang tu. Diri sendiri?hmmmmm... fikir-fikirkan dan selamat beramal...







sekian, untuk makluman.

2 comments:

adib syazwan said...

sivik diorang 2 xde..adoiyai..ape pon xboley~

Rahmah Ram Ram said...

salam..jalan-jalan singgah sini..

sudi-sudikanlah follow dan singgah ke blog saya..sebab saya pun follow awak juga...

http://bla-bla-blub-blub.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails