nuffnang

Kawan-kawan saya

Sunday, May 15, 2011

::DRIVERS MALAYSIA SUKA BERLAGAK JADI BATMAN::

Assalamualaikum......salam 1 Malaysia.....





Harini baru aku teringat nak buat entri pasai ni. Sebenaqnya lama dah nak buat, tapi lupaaaaaa manjang. Terminum semut kot..hehehehhee.





Aku tak paham dengan drivers Malaysia yang rasa beban sangat bila nak bagi signal. Memang masalah ni puak depa ni. Rasanya semahai mana pun kereta seseorang itu, lampu signal mesti ada jugak. Secara kesimpulannya, bagi signal la bhai!!!!










Kalau kereta tu macam ni, aku pahamla pasaipa mahai sangat signal hangpa nak bagi tu. Sebab memang aku tak nampak pun mana hala pulak lampu signal dia. Tapi takat pakai kereta civic ka, kereta buatan Malaysia ka...memang rasa nak bebai bila tiba-tiba belok tak bagi signal. What la.......




Memang rasa nak mengutuk ja si drivers tu tak kira la hang pinjam kereta orang ka. Kalau terrrrcium kat belakang, hang salahkan orang pulak.









Smart sehhhh kereta ni. Tapi aku rasa kereta smart ceni ada jugak kot lampu signal. Mustahil la kereta yang bergerak kat highway Malaysia ni takdak lampu signal. Nak mampuih ngan JPJ la tu.....Bukan payah pun nak bagi signal. Tak payah nak bukak pintu kereta pun keluaq bagi signal. Tapi yang benda senang macam tu la orang payah nak buat.











Kat mana aku nak tengok kereta cap ni yang real? Lawa tu.....kalau nek kereta ni, aku pahamla kenapa tak bagi signal kalau nak masuk simpang. Mesti tak sempat kan sebab laju terrrrrrrlajak. Tapi kalau bawak atas jalan pun terhegeh ja, nak masuk simpang pun tak reti bagi signal memang buat aku menyampah gila. Jaga-jaga la kalau takmau bumper disentuh..huhu

4 comments:

Jahidih Saili said...

hehe..masalah besar pemandu jenis mcmni..
bahaya utk pemandu lain..sy pun selalu kena..

SHM said...

agak biadap pemandu seperti ini . apa salahnya bagi signal . bukannya luak pun

ain dzaya said...

hahaha...
bia tercium belakang dulu..
baru la pasnie sesalan maw kasi signal..haha

::Mastura Zakaria:: said...

Jahidih saili: selalu ramai yang kena...sakit hati je.


SHM: tu la...tapi tak reti2 jugak nk bagi signal..bukan payah pun.


ain: kalau dah tercium, tau pulah hangin...tension btul...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails