nuffnang

Kawan-kawan saya

Tuesday, May 24, 2011

::SETELAH SEKIAN LAMA, AKU MEMANG TAK SUKA FOLLOW BELAKANG AWEK YANG BAWAK MOTO::

Assalamualaikum bloggers......







Mengupdate pada pagi ni..dengan topik kontroversi ..ni haihhhh, hahahah..ni bukan auta..ni fakta ni. Sepanjang apa yang aku perhatikan sebagai pembonceng [eiiicehhhh] bahasa baku.. hahahha. Aku memang perhati, ramai pompuan memang bawak moto secara melulu.



Ni apa yang aku perhatila, banyak kes awek buat pasai depan aku..hahahahha. Aku geram betui. Kadang-kadang suka hati ja bawak moto tapi membahayakan orang lain. Aku memang angin.







Gambaq kat atas tu bukan pompuan la ofkos. ahahahha. Aku tak nafikan kalau laki bawak moto, memang ramai rasa nak tunjuk terrer depan awek, bawak laju segala, menyelit celah kereta..pastu bawak slumber-slumber.




Tapi pompuan lain sket, depa tak menyelit cuma selalu teragak-agak. Yang ni aku paling geram. Kalau kat highway tu, bawak dalam laluan moto, paham-pahamla laluan moto kat highway macam mana. Bukannya besaq sangat. Kalau nak memotong ni, mesti dok teragak-agak..Sat nak potong, sat tak jadi. Aku yang follow kat belakang dia pun jadi masalah, sat sat brek..sat sat brek. Silap-silap aku pulak yang hentam belakang.





Aku memang sangat ber'hangin' kalau jumpa pompuan bawak moto macam ni. tambah-tambah yang suka bawak moto tengah jalan...memang sangat menyusahkan orang. Aku bukan nak kata semua pompuan bawak moto macam tu. Aku pun pompuan jugak..apa kes nak kutuk geng sendiri. Tapi segelintir perangai pompuan yang aku perhatikan laa...





Macam kes pagi tadi, aku dahla lambat nak sampai ofis, kejaq masa. Ada 2 orang pompuan naik moto, kat tengah depa tu ada budak kecik, konon-kononya nak cross jalan dengan moto,  selamba yaya ja tak tengok sebelah sana ada moto satu lagi.





Main lintas ja. Aku yang sebelah sini nasib sempat tekan brek laju-laju. Kalau tak memang bersepah la 3 moto kat atas jalan tu. Memang konghajaq la buat perangai macam tu. Memang nak mampuih. Kalau hang nak potong jalan sekalipun, ingat sket anak kat tengah tu, jangan suka hati ja lintas tak sedaq diri. Nyanyuk ka hapa?




Sebab pompuan yang bagi masalah macam ni lah aku sampai ofis pukul 7.58. Nasib baik.... Kalau tak, aku pi lekat borang kehadiran lambat kat dahi hang tau. geram amat!!!





p/s: Sebab tu aku tak suka follow belakang pompuan yang bawak moto.

8 comments:

CutieIntan said...

kekadng mmemang rasa nak marah jer kalau kena situasi macam ni..tap iterkenang balik masa mula nek mota..hurmm tak jadilah

ahmad said...

jangan merempit ya ^"^ sabor2 naik lrt dan monorail lagi best

::Mastura Zakaria:: said...

cutie: hahaha..kesian dgn orang yang nek moto..tapi kesian cepat bertukar jadi kegeraman.

ahmad: penang takdak lrt..huhu

shafmechy said...

sy lak fobia follow pompuan bwk kereta..tak byk kali dh sipi-sipi nk langaar dia..brek mengejut tgh2 jln la..undur tak tgk belakang..mcm2..huhu

::Mastura Zakaria:: said...

shaf: memang bawak masalah...jeling tajam-tajam sket..bila kena salahkan kita...huhu

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

ni gara2 awek ni kalau bawak moto terlampau berhati2 sampai xpandang kiri kanan kn :)

Ina said...

Akak pon bawak moto gak ..hehehe..tp selalunya dok makan hati kat org yg bawak keta..mentang2 depa besaq...dok makan angin pulak kat jalan raya..

SHM said...

tu lah , klu kita tgk org lain bwk moto mcm tuh , kita pulak yg risau .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails