nuffnang

Kawan-kawan saya

Tuesday, May 3, 2011

::APAKAH INI TANDANYA HATI ROSAK BILA CINTA ALLAH DIKETEPIKAN DAN CINTA MANUSIA DIDAHULUKAN??::

Salam 1 Malaysia.....and selamat pagi....





Pagi ni aku tergerak hati nak mengupdate hot entri yang sampai bila-bila pun tak akan pernah luput kat kepala kita semua. Sekadar renungan dan peringatan bagi mereka yang lalai. Biasalaaaa la ni kalau kita tengok bab-bab bercouple, memang kadang-kadang sampai berpinaq bijik mata ni. Sebab budak-budak la ni tak agak-agak.








Bukan main no.....zaman-zaman dok bercinta, semua syok. Dunia rasa macam ana yang punya. Kalau boleh dating, jalan-jalan pegang segala...kadang-kadang sampai tak kira sapa, kat shopping complex, depan masjid pun menjadi. Kadang-kadang orang tengah dok azan tapi belangkas ni macam takdak perasaan ja.





Masa bercinta, pi mana melekat-lekat ja. Rimas pulak aku ni. Bukanla nak kata aku ni jeles ka hapa. Tapi rasa macam geli plak nak tengok permandangan aku. Tu yang aku rasa semakkkkkkkkkk ja nak pi jalan-jalan. Memang serius sangat teruk.








Pakai tudung bukan main cun, comey sangat. Tapi berkepit tak hingat. Kalau kita tengok, yang spesies ni memang siap menjeling. Eleh, macam la aku kebuluq sangat pakwe hang tu. Aku taktau, adakah pompuan yang jenis pakai jeans ketat, baju pendek, shawl jarang tu  jadi stok bagi lelaki ja???? Aku nak tanya sat sapa-sapa yang rasa dia LELAKI...





Memang terngiang-ngiang jugak dalam kepala aku.....Ish,....ada jugak no orang ambik buat bini. Aku ingat saja ja suka-suka takat nak buat awek ja. Besa la kan, kalau takda awek, dikatakan kuno lak.  Pastu pakat-pakat la cari awek sorang dua.Buat bahan ka hapa pun taktau la...






Kalau masa bercintan-cintun, bukan main melepak lagi sampai tak hirau orang azan. Masuk waktu pun buat taktau ja, janji boleh tengok wayang berjam-jam. Kadang-kadang aku saja ja ronda masa hari jumaat. Hari jumaat kan rehat lama. Boleh je selamber dok berkepit kat shopping complex kan??? Macam takdak perasaan bersalah ja takpi sembahyang jumaat padahal bukan ada masalah apa pun. Boleh ja heret awek ketat pi jalan-jalan kan........








Tak ingat langsung kan di mana Allah ketika itu. Kalaulah waktu itu dijemput Izrail...huiiiiiiiiiii..........memang naya. Tapi takda sapa pernah ingat, mana ada mati tiba-tiba kan.......hemmmmmmm....sapa pun takkan jangka.....Ya lah kan, bila kat dalam syurga dunia, memang kita takkan sedarpun benda-benda buruk nak jadi kan. Semua benda yang short-term ja yang difikirkan.......











Tapi bila dah break, mesti rasa hilang 'syurga' tu kan.....Tanyalah sapa-sapa yang pernah frust. Mesti rasa tercari-cari balik jalan hidup. 











Sebelum ni, mungkin dia lah segalanya untuk kita. Kita hanya nampak benda yang baik ja tentang dia. Kita tak perasan pun drama atau propaganda di belakang kita. Tapi kebanyakan manusia memang takkan prepare benda yang buruk kan? Sebab tu kalau aku tengok berita, aku tak rasa terkejut pun tengok ada chikaro-chikaro yang sanggup panjat bangunan pastu buat jumping yang menyayat hati. Tapi dalam hati kecik aku ni kecewa sangat sebab depa tak pikiaq panjang.





Apa faedahnya buat semua tu. Takkan segala ilmu yang mak bapak kita curahkan sia-sia macam tu ja??? Tak pernak ka rasa perasaan orang tua kita? Senang-senang ja buat jumping macam tu? Jangat ingat nyawa kita ni tak bernilai tau.









Sesiapa pun pernah rasa kecewa dalam hidup masing-masing. Tapi tolonglaaaa kawal emosi. Jangan terlalu ingatkan hati. Ingat lah, mati bunuh diri tu tak bau syurga tau...Takkanlah syurga dunia ja nak dapat tapi syurga akhirat???????takkan nak abaikan. Mungkin kita akan jumpa orang yang kita sayang di akhirat....Siapa yang tau??? Mana iman yang dibajai selama ni......Untuk apa segala ilmu fardhu ain yang diajar?





Kalau benar nak bercinta...Bercintalah sebab Allah. Kalau benar nak sayang. Sayangilah kerana Allah. Setiap perbuatan kita kerana Allah tu sentiasa mendapat pahala. Masalah yang kecil jangan dibesarkan. Tak guna pun nak mengenang lelaki atau perempuan yang sakitkan hati kita. Takda faedah dan buang masa ja semua tu.










Carilah keampunan Allah. Masih belum terlambat untuk kita sementara hayat masih di jasad, selagi nadi masih berdenyut. Cinta Allah yang mesti diutamakan. Bila Cinta Allah lebih diutamakan......Jangan risau tentang cinta manusia. Cinta manusia tu akan datang dengan sendirinya. Renung-renungkan dan selamat beramal....








Sekian, untuk makluman.


6 comments:

mcm ni lah said...

bercerita pasal cinta ni sampai bila2 pun tak habis,..

adib syazwan said...

wah..nice story..LIKE this...hehehehe

SHM said...

bila nafsu diletakkan kat ats skali, mcm 2 lah jdinya...nasihat org buat tak endah je..

::Mastura Zakaria:: said...

tulah..buat peringatan kita semua....

ymn said...

betul keh cinta manusia akan dtg sendirinya ..?? dah tunggu nie.. tp x dtg dtg juga cinta .. ;P

::Mastura Zakaria:: said...

YMN: setiap yang bersabar, Allah akan janjikan ganjaran yang sepatutnya...Apabila hati 100% diserah pada Allah, janji Allah pasti akan tiba...jgn ragu pada takdir.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails