nuffnang

Kawan-kawan saya

Saturday, May 14, 2011

::SURAT UNTUK MAKCIK: SAYA IKHLAS TAPI MAKCIK JANGANLAH KECEWAKAN SAYA::

Assalamualaikum semua para pembaca saya yang prihatin....






Malam ni aku menaip dengan agak emosi.........
membiarkan rasa hati diluahkan melalui jari-jemari yang menaip ini.



Kehadapan makcik yang begitu saya sanjungi kerana masih berupaya untuk merenung dan tersenyum...








Makcik,

Seandainya makcik boleh membaca rahsia hati menerusi wajah saya, mesti makcik tau, saya memang ikhlas. Saya selalu membaca "tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima". Saya selalu ingin membuat amal kebajikan di dunia ini sebab saya nak jadikan bekalan di akhirat.





Walaupun saya bukanlah anak Tan Sri, Dato' Seri, Tun, Dr, mahupun lain-lain pangkat P.J.M, A.M.N, J.K.K, dan yang selebihnya, saya tetap jua nak menyedekahkan asalkan tidak melibatkan pakaian saya. Saya tau kesusahan hidup makcik, bergenang jugak air mata saya bila saya tengok keadaan makcik.





Makcik,


Kadang-kadang saya tertanya dalam hati, makcik datang dengan siapa kat pasar malam ni, siapa yang tolong papahkan makcik. Saya tengok wajah tua makcik, dengan keadaan makcik, amat sukar saya bayangkan sejak jam berapa makcik bersila kat pasar malam ni dengan sebiji bekas tupperware kat depan makcik.




Saya hanya perhatikan orang yang lalu lalang di depan makcik (masa ni saya dok kat motor saya, jadi saya perhatikanlah orang-orang depan makcik.....kalaulah makcik tau saya tengah sekodeng) semua hanya memandang makcik dan menjeling, jangankan kata nak hulur sekeping duit merah, tapi duit hijau pun saya tak nampak diberikan pada makcik. Duit biru pun depa tak bagi. 





Makcik,

Kadang-kadang saya nampak ada kanak-kanak dengan makcik, saya fikir anak makcik kot, tapi budak sangat....mungkin cucu makcik kot. Nak jugak saya tanya kat makcik "sapa ni?" tapi saya takut makcik tanya saya balik "apehal?" huhu.Malu pulak saya nanti. Saya abaikan....saya kumpulkan soalan terkumpul saya tu di dalam hati.








Makcik, 

Saya selalu rasa insaf bila melihat keadaan makcik. Saya jugak kadang-kadang terfikirkan nasib tua saya (tu pun kalau saya tak goal awai la). Mana keluarga makcik, anak-anak makcik, takkan makcik tak ada langsung waris kat dunia ni.Kesian makcik kan......




Saya rasa macam nak belanja makcik makan kat McD. Tapi saya taktau sama ada makcik boleh tak telan burger McD tu, kalau saya beli pun yang murah-murah bolehla, macam happy meal tu (eh, tu bukan KFC ka) sebab kan kat perenggan mula-mula tadi saya dah bagitau saya bukan anak orang kaya....cuba makcik skroll kat atas tu. Saya nak tengok makcik rasa makanan sedap jugak macam saya (walaupun saya makan burger pasar malam ja).






Makcik,

Kadang-kadang saya rasa macam nak ajak makcik jadi sedikit remaja. Saya teringin nak bawak makcik main bowling ka (walaupun makcik taktau pun bowling tu  hapa) sebab saya tak pasti kudrat makcik. Tapi saya pernah tengok kat majalah 3 (kat TV3 tu laaaaa) ada yang dok bersila lemah, tapi boleh lari bila pihak JKM buat operasi. JKM = Jabatan Kebajikan Masyarakat. Makcik boleh lari jugak? saya harap jangan la...takut terseliuh, saya kesiankan makcik.
Makcik,

Kali ni saya tak kira, saya nak jugak sedekah kan duit hijau saya kat makcik, tu pun nasib baik tak hancur dalam poket saya (saya terbasuh duit hijau ni dalam mesin basuh, siap celup downy).Wangi jugak duit saya ni, tapi saya bagi kat makcik sebab saya nak tengok makcik beli apa-apa sket kat pasar malam ni. Saya tak rasa rugi sebab perbuatan saya bergantung pada niat.



Cumanya saya nak pesan, makcik jangan bagi duit yang makcik dapat ni, kat orang lain. Kalau, makcik buat macam tu jugak, lainn kali saya tak rasa macam nak bagi duit lagi, tapi saya mungkin bagi makanan macam nasi ayam ka, murtabak ka, mee goreng ka....bagi makcik kenyang. Mungkin cara tu akan buat saya lebih ikhlas, dan makcik bukannya bekerja untuk meminta. Jauhilah sindiket pengemis. Makcik mampu mengubahnya.







Sekian surat tak rasmi saya, 

Yang benar,
Hamba Allah


10 comments:

amni passadena said...

sedey tgk mkcik tu

::Mastura Zakaria:: said...

emmm...sedih jugak...

Chegu Zubir said...

hurm.sedih jugak baca..huk3...biaselah kehidupan..kadang2 kita di bawah dan kadang2 diatas..

GamUHU said...

kadang-kadang sindiket. kadang-kadang betol.

^^nu[dd]yra^^ said...

btol2...kdg2 time nak derma tuh mesti terpk..yg sindiket ker yg btol2 susah...yg dipergunakan kan...aissshhhh~

rebecca melessa said...

sedeyh sedeyh gak bile tgk.tapi kadang 2 bile taw anak sendri yang gune kan mak bapak dorang sebagai peminta sedekah lagi sedih.dah r dorang buta :( kisah benar ni~

riffzam said...

sedihnya.serius sedih kalau nampak mak cik-mak cik macam ni. :(

harrazdani said...

mungkin sebab utama orang tak nak bg duit sebab makcik tu pakai bekas tupperware (branded tu)....ape pun mmg tak dapat dinafikan mereka ini ada yang terlibat dengan sendikit yg menggunakan kesempatan atas kekurangan mereka...ape pun kalau kita niat ikhlas mesti ada ganjarannya ...syabas mastura...BW utk misi tugasan pertama BSB...have a nice day.

::Mastura Zakaria:: said...

terima kasih semua...niat saya ikhlas, tapi takut makcik ni dipergunakan untuk sindiket...

Teratak Hami said...

Salam,
Sedih tengok gambar tu ... Kalau kita sedekah, jangan pikir itu sindiket atau apa2 la. Kalau kita ada rezeki lebih, RM1 tu pun berkat. Tapi sedekah dengan ikhlas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails