nuffnang

Kawan-kawan saya

Monday, May 30, 2011

::DOAKU BUAT MEREKA::

Assalamualaikum bloggers.....





Malam ni baru aku sempat nak join segmen Encek Ben sempena musim cuti sekolah ni... Sapa nak join jugak, mai klik header bawah ni, okeh...







Kenakalan aku memang terserlah bila aku dah pandai main dengan sepupu-sepupu jantan aku. Maklumla batch yang sebaya aku agak kekurangan geng pompuan. maka dengan wujudnya ramai sepupu laki, so aku ni sebagai kanak-kanak perempuan yang lemah lembut tiba-tiba jadi ganas gila, dah macam samseng kampung pulak.





Aku dah tak main masak-masak, barbie doll segala (memang takdak pun time tu),hihi aku main guli, mandi sungai, terjun tiruk, lawan tangan( yang macam gusti lengan tu) walaupun aku selalu kalah, panjat pokok, terer jugak aku ni.Hilang teruih kesantunan aku.





Aku ingat lagi masa aku pi mandi sungai, mak dengan abah aku sibuk dok mesin getah, yang buat keping-keping untuk dijuai tu.... aku pulak pi main kat sungai, lepas mandi tu, teruih pi tengok mak aku buat keja. Saja buat muka baik dan tak bersalah.





Pastu bila aku dengan happy nya balik rumah, ada mamat kampung mai hantaq skaf aku yang aku tertinggai kat sungai.....errrk????apa lagi....kena sebat dengan tali pinggang ja la belakang aku ni, abah aku la yang bagi anugerah tu... berbirat ooo... sakit jangan cakap la. Aku rasa budak-budak la ni kalau kena sental dengan tali pinggang tu komfem kol teledera dah. Apa lagi mintak ampun sampai ke sudah la. 





Memang mak abah aku tak bagi aku pi sungai tu, tapi aku takdak kesedaran sivik lagi.... Mak aku tak pukul, cuma nasihat yang kalau dikenang la ni memang 'makan dalam'.huhuhu.Ampun mak, tak buat dah..







p/s: sampai la ni aku meluat mamat kampung yang belagak hero report kat abah aku..kojaq betui!! aku ingat la muka hang.!!






   sekian, untuk makluman.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails