nuffnang

Kawan-kawan saya

Tuesday, May 3, 2011

::RASA MACHO TAK BILA MULUT KELUAR ASAP??::

Salam 1 Malaysia...dan selamat menempuh waktu malam....




Okeh, malam yang hening ni, tetiba aku teringat tentang sebatang ni yang memang sinonim dah dengan masyarakat kita. Budak-budak sekolah pun dah pandai.Ada yang siap cuba curi-curi nak menghisap kat kawasan sekolah lagi. Agak nya nak menguji kemachoan masing-masing kot.




Aku pun tak faham sangat, kenapa ramai lelaki khususnya suka sangat hisap rokok. Apalaaaaa gamaknya faedah yang depa dapat. Macho kot bila mulut berasap-asap tu (macam naga ja). Bagi aku, aku tak nampak pulak benefit yang ada bila dah menghisap rokok ni. Banyak memudaratkan ada la...







Setahu aku la, rokok ni disumbat dengan macam-macam bahan kimia, tapi sungguhpun ada tar segala, tapi makin ramai la pulak orang yang menghisap ni. Yang aku geram, kat hospital dan kat tempat yang memang sah-sah ada "NO SMOKING" rilekkkk ja puak-puak ni dok berhembus asap rokok. Hishhhh..takda kesedaran sivik langsung.







Kalau ya pun, tolonglah consider kat orang sekeliling sama, asap rokok tu sebenaqnya lagi membahayakan orang sekeliling. Dalam kepala aku, dok pikiaq...mahai tuuuuu rokok la ni. Sebatang pun dah berapa. Dalam sehari, mau sekotak kot.







Bila tengok kotak rokok yang ada gambaq macam-macam ni serius buat aku loya, tapi puak merokok ni boleh dok hadap pulak benda-benda macam ni. Macam takda perasaan geli-geleman ja....Apatah lagi bila kita selalu tengok kandungan yang ada dalam sebatang rokok macam kat bawah ni.....







Tengok,...kan macam-macam ada tu...Toilet cleaner pun ada?aiyakkkkkk...esok aku suruh makcik cleaner kat opis jangan abiskan toilet cleaner tu sebab bahan penting tu dalam rokok.hehehe. Apa-apa pun anda kena tekad untuk sep duit beli rokok......Kalau la himpun duit rokok silap-silap boleh tangkap evo dua, tiga bijik, porche sebijik kot...hehe










Jadikan ini yang terakhir ye....Ingat orang tersayang, anda mampu mengubahnya(macam iklan la pulak). Jauhi rokok and say NO to SMOKING. Selamat berjaya, jadikan azam baru setiap bulan, bukan setiap tahun yang tak berapa dapat dipenuhi tu.








sekian, untuk makluman.

4 comments:

adib syazwan said...

rokok ni ketagih,susah nak benti...tp yg mengomen ni xmerokok ye...hahaha

::Mastura Zakaria:: said...

hahaaaaa..jangan merokok ye adib...

SHM said...

SHM tak suka org yg isap rokok...
mcm mne ntah diorg blh thn dgn bau rokok 2..da la membazir..ape pon x dpt..

p/s : mintak maaf kpd perokok..peace no war..^_^

::Mastura Zakaria:: said...

..dapat penyakit dan dapat sebarkan penyakit..huhuhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails