nuffnang

Kawan-kawan saya

Tuesday, May 17, 2011

::KAWAN DIHULUKAN DEMI GIRLFREN, BOYA SPESIES TERANCAM AGAKNYA??::

Assalamualaikum semua....dan selamat petang lagiiiii.....







Masuk entri baru pulak kali ni. Apa kena eh tajuk entri aku macam tu eh??Budget orang baca entri ka hapa? Takdakla memang yang ni pengalaman aku dalam mendewasakan diri aku ni. Kadang- kadang orang buat sekupang dua ja ngan kita. Bagi aku, aku memang senang masuk dengan semua orang, aku cepat mesra dengan orang walaupun baru dua tiga minit bercakap. Tapi ada jugak orang yang ambik kesempatan kat aku.









Sebab apa aku letak cover asmara pulak? haiihhhh sebab depa ni artis. Apa kaitan dengan story aku?? Jawapannya : takdak kaitan.....Okeh berbalik tajuk entri aku petang ni. Nak dengaq dak story menyayat hati..hihihi..












Dulu aku pernah kawan dengan sorang mamat ni. Kawan laaaaa tak la lebih daritu. Alkisahnya mamat ni baru pulak putus ngan girlpren dia. Girlpren dia tu 'rujuk'[eh ada ka istilah ni] balik dengan ex-boypren dulu. Jadi, meamndangkan aku ni ja kot yang kawan baik ngan mamat ni, so aku ja la tempat dia cerita apa benda yang dia tak pueh hati.






Aku pun takat boleh cakap, ya, ok..ooooo..emmmm...yang tu jala. Kadang-kadang aku suh dia sabaq ja, mungkin pompuan tu memang bukan untuk dia. Makin lama makin banyak pulak story dia cerita kat aku. Macam-macam la......ada yang suka, ada yang sedih. hahaha. Memang aku rasa dia dah anggap aku ni diari dia kot.







pastu dalam berkawan dengan aku ni, dia minat sorang pompuan ni. Aku kenai, tapi aku takla jeles mana, cumanya aku dapat rasa kalau siang, dia baik dengan aku, malam dia dating dengan pompuan tu. Aku pun mula la syak, kot-kot la pompuan tu diari baru dia. Aku tak ambik pusing sangat. 





Ramai orang dk tanya aku "Hang tak jeles ka wei, mamat tu dok bergelak ketawa ngan pompuan tu". Aku speechless pulak, nak kata aku jeles tu memang exactly tak la. Sebab memang bagi aku, dia kawan aku, susah senang dia dulu, memang aku orang first yang dia cari.






Tapi aku memang hangin gila bila lama - kelamaan macam dia macam elakkan aku. Aku tak paham kenapa, padahal sebelum ni elok ja. Dia susah ka, takdak duit ka, aku ni yang sacrifies tolong dia. Yang aku tau, bila aku kol, dia asyik off phone ja. Dulu dia yang gedik kol aku. Lambat nampak aku, asyik tanya ja aku kat mana, hati-hati la...hapa la. La ni, amboi......asyik kata sibuk memang ngalahkan PM.






Aku pun buat tak kisahla, aku ni payah nak marah. memang aku tak marah apa pun la. Rupa-rupanya, selama dia busy ni dia dok keluaq dengan 'kekasih akhir nyawa' dia, kekasih yang dicintai tu la yang kononnya suruh putuskan talian persahabatan dengan aku sebab aku ni terlalu care sangat....aku selalu ja tolong mamat tu.... Memang girlpren dia ni jelesssssssssssssssss terrrrrrramat. Aku pun baru jumpa pompuan jenih macam ni.







Jadi dia tinggalkan aku terus tanpa apa-apa kata, tanpa sebarang ucapan thank you ka hapa sebab tolong masa dia susah dulu, semuanya sebab arahan berkuatkuasa girlpren dia.... Helo, aku tak kisah langsung la aku takdak kawan macam hang, semoga berbahagiala dengan 'nyawa hang' tu...






and tak lupa jugak....dulu ada kan hang hutang aku sebab tak cukup duit nak beli barang kat awek hang tu.....huihhhh..malu betoi kalau orang tau hang hutang aku sebab nak belanja girlpren....selalunya orang panggil [dayus] jugak tu..oppppsssssss...ni orang kata la, bukan aku kata...hahhaaha...[terbocoq rahsia]. Aku tak kisahla hang buat aku macam ni, sekurang-kurangnya hang dah tunjuk sapa diri hang yang sebenaqnya....





Moral of the story : kalau ya pun nak agungkan girlpren...settlekan hutang hang dulu la bhai...hahahhaha..malu aiihhhh...semoga mendapat keredhaan Allah ye. Tu pun kalau hang tak tinggai semayang la... peace..







sekian, untuk makluman.




2 comments:

YAYA AZURA said...

harap2 mamat tu baca blog nie..kihkih..

::Mastura Zakaria:: said...

hahahha..dia taktau kot blog ni hapa benda..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails