nuffnang

Kawan-kawan saya

Tuesday, May 17, 2011

:: CARI MENANTU: TAHNIK::

Assalamualaikum bloggers.....






Sementara tunggu turn nak pi perasap dapoq, sempat lagi aku tengok CARI MENANTU kat tv9...Perghhhhh muda-muda lagi depa ni. Baru 22 tahun, 20 tahun dah masuk rancangan macam ni. Aku pun rasa tak layak, ilmu tak berapa cukup.huhu.Salute betui la kat depa.





Tapi bukan apa, aku suka bila tengok program macam ni, sekurang-kurangnya tambah ilmu jugak, maklumlah bukan senang nak cari calon-calon yang 'berpengetahuan'. Kalau nak seronok, memang banyak la yang jenih suka buat stok. Tapi bagi aku, kalau aku berkawan, memang aku mencari suami, bukannya calon simpanan. 






Bukan senang oiiiii nak cari lelaki yang merangkap suami ni nak membimbing. Kalaulah lelaki yang diharapkan tak berapa bersedia nak bimbing. Silap haribulan isteri boleh tarik suami jejak pintu neraka. Tau kan, seorang wanita boleh tarik 4 lelaki ke neraka. 1. Suami 2. Bapa 3. Abang 4. Anak....Jadi pastikan ilmu tu sentiasa ada.









Kena bersedia dari segi fizikal dan mental ni. Tadi sempat jugak aku tambah ilmu tentang bertahnik. Tau tak APA ITU TAHNIK? Oke, bagi yang taktau aku share sket info yang aku tau. Tahnik tu adalah 'membelah mulut bayi'. Guna pisau???????? Bukan laaaaaaaaa takda kena mengena dengan pisau dan tidak langsung melibatkan penggunaan benda-benda tajam.






Tahnik ni adalah amalan sunat. Ada setengah tak buat tapi ada jugak yang buat. Tujuan dia adalah untuk membuatkan bayi itu selalu dapatbenda manis, mahu menyusu bila ibu nak menyusukan, sebab sentuhan manis di lidah tu akan bagi rasa selesa kat bayi tu. Selain tu jugak, amalan ni untuk melancarkan perkataan anak kecil supaya dapat cakap benda yang baik-baik. Sapa yang suka mencarut tu..haaaaaa...dulu masa kecik bertahnik dak?






Apa benda yang digunakan untuk bertahnik ni..Selalunya orang akan lenyekkan kurma dengan air zamzam. Kalau mengikut cara Rasulullah dulu, baginda akan mengunyah buah tamar sampai lumat dan kemudian dikeluarkan dan diletakkan pada lelangit bayi. Orang yang boleh mengunyah buah tamar ni mestila dari golongan alim ulamak, [orang yang betul-betul beriman dan bertaqwa kepada Allah], imam pun boleh. Orang kata nak ambik berkat air liur ulamak. Tapi kalau dak takdak sesapa yang dirasakan alim, letak kurma dalam piring, lenyek ngan jari ja...





Kalau takdak buah tamar pun, ada setengah orang guna madu, atau nira. Manis jugak tu. Janganla tuang sampai sebotoi. Agak-agakla, nak letak sikit ja.









P/S : Selalunya tahnik ni sekali pakej dengan cukur jambul...sekadar menambah pengetahuan kita bersama.





sekian, untuk makluman.


4 comments:

Anonymous said...

tq 4 de info :))

Unknown said...

thanks mastura. sy pernah nmpk ni org buat mcmni tp xtau namanya. skrg baru tahu, tahnik. hehe. nasib baik xsuka mencarut.haha

Browacana said...

Tak terfikir mungkin orang sekarang tak tau apa tu tahnik..... bagus info nie...:)

::Mastura Zakaria:: said...

nureenina: sama2..ilmu yang baik untuk dikongsi..


nurul hamimi : sama2.kebanyakan masyarakat kampung masih teruskan tradisi ni. kat kampung saya pun ada lagi cuma jarang orang sekarang buat.

PW ; orang sekarang dah terlalu advance..amalan sunat macam ni jarang dah nak ambik tau....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails