nuffnang

Kawan-kawan saya

Thursday, May 19, 2011

::FAKTA: JANGAN LA KACAU BEKAS NAIB PENGERUSI BOLA TAMPAQ NI !!!, BISINGLA::

Assalamualaikum bloggers....dan selamat malam.....







Aku dok bertepuk tampaq dari dalam kelambu dah ni..Memandangkan aku bekas naib pengerusi bola tampaq...jadi tamparan aku selalu berjaya memenyekkan sekoq nyamuk....huhuhuhu..Nyamuk banyakkkkkkkk betoi... Dok ngengg, ngengggggggg tepi telinga aku, buat aku rasa nak bebai ja..Uih..terbang diam-diam tak buleh ka.....ngenggg..ngenggg ja...satlagi dengan aku pon ngenggggg ngenggggggg baru tau.





Walaupun dah mengurungkan diri dalam kelambu ni, ada sekoq dua jugak yang berjaya melepasi lapisan kelambu ni..... "Mak, nyamuk banyakkkkkkk gilaaaaaaa..tulong....."






Mak aku tanya balik " mana tau nyamuk tu gila??" aduiiiiii,huhuhuhu...."jangan kacau aku..jangan kacau aku!" adehhhhhhhhhhhh..yang tu ja yang aku mampu buat... Aku rasa nyamuk la ni dah cerdik la...aku baru pegang ridsect, tak nampak pulak sekoq pon yang terbang depan hidung aku, bila aku dah spray, lima minit ja, mesti mai balik...tinggi dah education depa ni...tensen aku!





Amboi-amboi...landing sakan no lepas menghisap......sedap sangat ka..errr...nyamuk ada siung ka?







Mai kita tengok fakta tentang nyamuk, fakta dikidnap dari miszsheyla




1. Nyamuk sudahpun wujud sejak 100 juta tahun lalu (dah lama dah..)


2. Kira-kira 3,000 spesis nyamuk dikenalpasti dan mempunyai kebolehan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dengan cepat. Diketahui hidup banyak di kawasan tropika dan juga Artik.


3. Dari telur ke nyamuk dewasa yang macho lagi bergaya hanya mengambil masa 4 hingga 7 hari. Ianya bergantung kepada suhu. (Patutlah banyak sangat nyamuk, cepat betul proses perkembangannya!)


4. Nyamuk betina boleh hidup sehingga 100 hari, tapi nyamuk jantan hanyalah 10 hingga 20 hari saja. Nyamuk betina bertelur sebanyak 100 hingga 300 biji pada satu-satu masa dan sebanyak 1,000 hingga 3,000 biji sepanjang hayatnya. (Kesian nyamuk jantan, agaknya lepas saja habis ‘tugas’, terus mati..)


5. Kibasan sayap nyamuk ialah 300 hingga 600 kali sesaat (itu yang datangnya bunyi “nyyyennng” tu..sebab laju sangat sayap dia).


6. Nyamuk jantan mampu mengesan kahadiran nyamuk betina yang seksi dengan hanya bunyi kibasan sayapnya (hebat gila instinct).


7. Nyamuk juga boleh kenal nyamuk spesis lain dengan hanya berdasarkan bentuk tompok di sayap 
 

8. Apa makanan nyamuk? Nyamuk makan pelbagai cairan (termasuk darah), dan mineral dari buah-buahan, tumbuhan serta dari sampah sarap dan air bertakung


9. Nyamuk mampu terbang sejauh 1.5 kilometer dari habitatnya tapi ada spesis yang mampu terbang sejauh 30 kilometer (jauh perjalanan, ramai ‘pelanggan’).


10. Bagaimana nyamuk mencari mangsa? Nyamuk mempunyai penglihatan infrared iaitu kebolehan mengesan haba dan juga melalui hembusan gas karbon dioksida. Kita membebaskan haba dan melepaskan karbon dioksida bila bernafas. Senanglah nyamuk ‘target’ kita (kalau pakai selimut tebal, mungkinkah pelepasan haba dapat dikurangkan? Lalu nyamuk tak nampak kita?)


11. Spesis nyamuk yang paling ganas agresif ialah nyamuk yang hidup di kawasan Artik di Kanada. Satu kajian di mana para pengkaji sengaja mendedahkan kaki, tangan dan badan mereka untuk santapan nyamuk. Keputusannya, 9,000 gigitan dalam masa seminit. Kalau dibiarkan, darah kita akan kering dalam masa 2 jam (pergh..ganas betul tu!)


12. Nyamuk betina saja yang suka menggigit kita. Darah sumber protein untuk mereka hasilkan telur. Nyamuk jantan hanya menghisap cairan tumbuh-tumbuhan (yang selalu dok gigit aku tu betina lah rupanya)


13. Nyamuk memang terkenal menyebabkan penyakit demam malaria, denggi, JE dan sebagainya. Nyamuk juga membawa penyakit kepada haiwan seperti penyakit kecacingan pada lembu dan kuda


14. Dilabel sebagai ‘makhluk pembunuh’ sebab penyakit demam malaria sudahpun hampir membunuh setengan dari populasi manusia sejak zaman paleolitik

 
15. Asal usul nyamuk aedes adalah dari Timur Asia. Mereka sampai ke sana melalui tayar-tayar buruk yang diimport






Tapi kalau nyamuk yang mai semua macam ni......... uihhh, aku redha ja la....hihihi...ehh..tapi yang betina ja kan suka hisap darah..arghhhhhhhh..syuh..syuhhhh...baik blah sebelum aku start tampaq sekoq-sekoq..













sekian, untuk makluman.

3 comments:

♥yaya budak suka embun♥ said...

i like nyamuk. hahhahaha

LATEST ENTRY : PROTON EXORA IS THE BEST! JOM BACA FAKTA DAN ANDAIAN ORANG TENTANG PROTON EXORA. YANG NAK TRY PANDU UJI PUN, JOM LA. FREE JE DAFTAR. :D

SHM said...

kita mmg sensitive psl nyamuk kan . tp rsanye fakta yg no 1 tu bkn fakta kot sbb dunia kita ni rsanya tak smpi lagi 100 juta tahun .

::Mastura Zakaria:: said...

yaya: tak suka..tak suka....

SHM : hahaha..ya ka?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails