nuffnang

Kawan-kawan saya

Saturday, May 7, 2011

::NASI PELBAGAI SPESIES:TEKAK AKU MEMANG TAK MAMPU MENOLAKNYA::

Assalamualaikum....hai semua





Mengupdate lagi pada malam ni pulak. Bila orang tanya aku "eh, apa yang hang suka makan?"
aku mesti jawab "apa-apa ja". Sebabnya, aku rasa takdala yang boleh dicakapkan aku minat sangat, sebab semua benda aku telan. Dah macam komodo plak. 





Tapi, mengikut citarasa kemelayuan aku nih, memang nasik ngan aku tak boleh dipisahkan. Aku cenderung untuk bebai kalau tak pekena nasik. Sebab tu kalau aku start nak bebai, aku pi makan nasik.hahaahha. Logik dak alasan aku?




Walaupun banyak ja makanan western la ni, yang nama dia pun pelik-pelik. Ada McD, ada KFC. Tapi lama kelamaan, tekak aku memang cannot go lah.Aku cepat jemu dengan western food ni.Kadang-kadang nampak ciput ja, tapi harga dia...mak aiiiiiii berbelas-belas ringgit.






Tapi kalau cakap bab nasik.....Haaaaa....nasik apa pun aku telan. Tak kira la boleh gemuk ka tak gemuk ka..Aku tak pedulik. Janji dalam hidup aku seharian mesti ada menu nasik. Kadang-kadang aku makan benda lain, dah kenyang pun aku kena makan nasik jugak walaupun ciput.






Ada setengah orang takut sangat nak makan nasik sebab dah gemuk la. Tapi bagi aku la, rugi oooo diet.hehehe. Aku memang tak pernah diet pun, dan pantang ja kalau ada orang ajak makan.






Di saat update entry ni, aku pi telan nasik dulu tadi...heheheh, tak tahan oiiii...tengok gambaq kat bawah ni. Tadi lauk simple yang best. Makan nasik lauk ikan rebus cicah dengan ayaq asam.pergggghhhhhhh..terliuq dak? hahahhaha...Saja ja nak perangat sket malam-malam ni.




Haaaaaa... gambaq kat bawah nih aku kidnap dari pelbagai sumber, aku share sket la ngan hangpa semua nasik apa yang aku minat. Ada nasi kerabu, nasi kukus, nasi beriani, nasi minyak, nasi goreng, nasi hujan panas. Macam-macam ada...dah macam astro pulak. Memang mantap.....selamat mencuci mata..hehe

























































4 comments:

♥yaya budak suka embun♥ said...

terliuq aih tgk makanan camni...tambah2 nasik T_T

SYAFIQAHSALEH said...

suka makan nasi gak :D

SHM said...

mmg klu ikut org melayu ni , menu wajib hari2 nasik la . klu western 2 , kdg2 tu boleh la .

::Mastura Zakaria:: said...

yaya: tekak kita sama..hahaha

syafiqah: hihihi..

SHM: tak suka sgt ngan western ni..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails