nuffnang

Kawan-kawan saya

Friday, September 14, 2012

::JANGAN BAGI! NANTI DIA MINTAK LAGI::

Assalamualaikum to all bloggers and readers.


Hopefully semua dalam keadaan sihat sejahtera di bawah lindungan Allah SWT. Semoga dengan segala apa yang kita ada pada hari ni akan buatkan kita sentiasa mensyukuri nikmat yang tak putus dari Allah. Alhamdulillah aku tengah full tank sebab baru settle terjah jamuan raya dekat ofis aku ni. Teringat pulak nak update kat sini.




Ada yang tak kesah bila nampak orang sepak kucing,

Tapi aku kesah.

Ada yang tak kesah pukul kucing, baling, perambat dengan penyapu lidi,

Tapi aku kesah.




Dan paling aku pantang bila orang sepak kucing. Aku paling tak buleh tengok. Memang kalau aku makan kat kedai makan dengan kawan-kawan aku, aku jarang jumpa kawan yang boleh pegang kucing. Nak pegang kucing takut, tapi buleh pulak sepak kucing.



Even kalau kucing kurap sekali pun, memang aku pun tak pegang, tapi aku akan lempaq makan sket kat dia, tak kisah la apa yang ada dalam pinggan aku. Walau apa pun perception orang kat aku, aku tak kesah. Dan aku tak mintak makanan orang sebab makanan aku dibagi pada kucing. Kalau tak boleh tengok aku bagi apa-apa kat kucing sila tutup mata dan diam.



Cuma jangan dok halang aku bagi apa-apa, kucing takkan meragas naik atas meja makan kalau dia tak lapaq. Sama macam manusia. Manusia kalau lapaq tak cari makan ka? Jadi jangan kedekut sangat. Rezeki pun Allah yang bagi. Kucing tu kan makhluk Allah jugak. Cuma manusia ni ada akai dan boleh berfikir. Kata manusia sebaik-baik kejadian, tapi kalau dengan binatang pun tak boleh nak buat baik, apatah lagi nak buat baik dengan manusia.


p/s : bukan luak pun makanan kalau sedekah sket kat kucing.kannn?

2 comments:

Cik Nuries said...

Setuju..=)hee
Lagi pon kucin nih binatang kesayangan Rasulullah S.A.W..

AzuraFazil DIN said...

bkn awk je sepak .. zr pun akan sepak og yg sepak kucing... mmg pantang tui ..

kalau ada budk2 sepak kucing , kebetulan mak pak dia ado mmg ku selumber je marh dak tu .. akan ckp " x baik tau sepak kucing.. kucing tu kesygan Rasul "... kt anak zr pun dr kcik zr ajar syg kucing..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails