nuffnang

Kawan-kawan saya

Tuesday, May 14, 2013

::DEMOCRAZY PUNCA DEMOKRASI MATI::

Assalamualaikum.

Dear peeps. rindu ka nak tengok aku update, haha.mesti tak kan.Kahkah. Kalau tak rindu tadakla inbox aku suruh update blog an?an?.haha



Democrazy yang menyebabkan kebangkitan rakyat. Jarang pulak aku update pasai PRU13 ni, sebab aku tak sempat buka blog, tapi aku nak share kan tempat-tempat BLACKOUT yang tak blackout pun.hahahaha. Penat tau bawak lighter.kihkih. Seronok sebenaqnya bila cakap pasai politik. Biaq pun dah  separa settle tapi masih banyak lagi kekreativitian dalam politik yang menarik minat aku.




Memang aku tak nafikan, walaupun aku tak ambik jurusan sains politik, tapi aku kenai dunia politik agak awai. Dalam aku sekolah rendah, aku ambik tau siapa itu Mahathir, siapa itu Abdul Rahman, Anwar dan sebagainya. Walaupun masa tu, rukun negara pun aku tak berapa paham lagi. Masa tu aku tak kenai lagi apadia politik sebenaqnya, tapi masa tu, aku dah kenai siapa UMNO, sebab memandangkan dalam umoq aku setahun dua, rumah aku markas UMNO. kahkah. Tu yang aku kenai sangat tu. Tapi sekenai-kenai aku pada politik, aku yakin benar, darah aku bukan biru. Waktu tu kalau tak salah aku, ada parti cam kepala lembu. apa nama dia taktau.PRM kot.Flashback balik sebab ingat-ingat lupa.


Seronok sebenaqnya memerhatikan pentas politik dalam Malaysia ni. Ada orang bangkang, ada orang setuju, ada orang yang bangang dan tak kurang jugak bangkang dari longkang. Yang mengatakan "aku tak minat politik" "aku malas nak ambik port pasai politik kotoq ni" "aku tak daftar lagi pun mengundi"  tapi last2 tanya semalam parlimen sekian-sekian sapa menang? Hahaha.Bak kata UAI "bodo dok diang!".



Politik-politik jugak, tapi aku masih tak dapat pisahkan sentimen masyarakat Malaysia dari sembang bab lucah, maki pun lucah-lucah belaka. Yang tua apatah lagi. Berat nanang! Sungguh memberi kesan pada yang muda. Anak muda! Janganlah kamu mengikut sifat orang tua itu yang seringkali mengajara kamu ke arah kelucahan. Hentikan. Ini kebangkitan anak muda. Berhujahlah dengan fakta. Jangan anda biarkan kelucahan itu melatih anda menjadi kotor.



Kat bawah ni aku share kan gambaq-gambaq menarik PASCA PRU13. Batman ngan Kato pun antara  yang tak puas hati jugak.hahahhahaha





















P/S : Hehe, kretip2.... 

# Credit to uppercaise.wordpress.com, 
azizulhakim91.blogspot.com, 
btm mari.blogspot.com 
atas gambo-gambo kalian.



Friday, May 10, 2013

MANTAN MB KEDAH

Assalamualaikum...


Salam Jumaat,

Buat semua sahabat. Alhamdulillah berada kita pada hari Jumaat, penghulu segala hari. Berita yang agak mengejutkan buat kita semua lepas macam-macam isu tak dan propaganda kolot lepas PRU13 ni, dikhabarkan bahawa mantan MB Kedah Ustaz Azizan telah selesai menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya. Allahuakbar. 






Mari doakan semoga ustaz zizan selamat, dan sentiasa sihat ;)

Wednesday, April 17, 2013

::WORDLESS WEDNESDAY::

Assalamualaikum...


Lama tak buat wordless wednesday. Harini nak buat satu..kihkih




Wednesday, April 10, 2013

::COME BACK AFTER 5 YEARS::

Assalamualaikum. Alhamdulillah.


Baru seminggu bubar parlimen.haha. Aku still counting for the date. Sebabnya? nak bagi kuasa.cehhh..hahahaha. Walaupun kecik tapi rakyat got the power memandangkan semua menteri-menteri kabinet sedang mengangguq la ni. Mengangguq pun takpa kan? gaji juta-juta sebulan. Rakyat???? Dapat la merasa BrIM. Tu pun ada yang naik merc pi ambik Brim. kan?kan? Sapa yang tengok, dia tau la.jangan nak membangkang sangat.



After 5 years, now its the time for election. Dalam kesibukan semua yang masing-masing nak menang dan buat macam-macam fitnah. Jangan ingat orang kampung dan yang tak berlatar belakangkan pendidikan yang baik senang-senang saja dikencing. They see what you are doing and what you are talking about.






Ni salah satu kisah yang bukan rekaan mahu pun ciplak sapa-sapa.Sila nilaikan sendiri.. Dan kalau nak faham politik sila belajaq bezakan antara kes peribadi dan kes rakyat. Yang kena naya sapa? Rakyat! Rakyat tu sapa? kita semua la.... kalau hangpa dok hadap berita kat tv ja, seriously, minda hangpa akan tertumpu pada satu aspek ja, otak takkan dapat pikiaq benda lain, rajin-rajin la tengok blog. La ni kat ada wifi 5 minit free.hahaha. Tapi kat penang memang dapat wifi free lama dah.haha



Beza KES PERIBADI dengan KES RAKYAT

Kes video hitam putih bang Nuaq tahun 2013(still xdak kaler) , kes Nurul Izzah blur, kes papagomo ngan bang Nuaq, kes mati kak Tantuiya, kes fitnah yang lain, kes nak bertanding tang mana, kes tangkap basah.... hat tu semuanya kes peribadi yang menjadi fitnah. Tapi bila masuk bab ambik duit bela lembu kat kondo, kes kapai selam kat darat, kes cincin besaq, kes jambatan tak siap, kes songlap duit, pastu ngaku duit depa, yang tu memang dah masuk kategori kes rakyat. Jadi jangan dok hingaq la, suruh rakyat bersyukur sebab hangpa solap duit juta-juta, pastu bagi gula-gula BRim sekali tu ja.


SEBAB APA PILIH WAKIL RAKYAT

Dah nama pun wakil rakyat, mestilah berkhidmat untuk rakyat. Jaga hal kebajikan rakyat. Bukan takat tau mengempen dekat-dekat 5 tahun. Pastu dok buat janji palsu semata-mata nak menang. Rakyat ada masalah, kena settle sendiri, bila nak mintak bantuan, kata taktau bersyukur pulak!takdak daya maju, Melayu mudah lupa, harapkan kerajan tulong suap. Dari masuk sekolah sampai nak mati dok mintak bantuan. Eh, hello dah hang tu jadi wakil rakyat untuk apa?? nak suruh dok saja? nga.alip. nga. alip. Pastu cukup bulan telan gaji juta-juta. Rakyat?? kebuloq jugak. Yang kaya makin kaya, dok bela perut sendiri.


TUGAS BAGI YANG MENANG DAN JADI KERAJAAN

Bila dapat duit rakyat, majukan ekonomi pembangunan untuk sapa? untuk Rakyat. Mohon jangan bingai sangat ambik duit tu dok pi beli jet peribadi. Amanah tu besaq tau, jangan main-main. Bukan semua orang terlepas tanpa hisab. Renung-renungkan dan selamat berparti. Jangan dok bangang sangat sampai tak teguq kawan sebab lain parti.Gaji hang pun bukan juta-juta. Sekian.



P/S : Papagomo tak jadi mai Permatang Pauh ka. Teringin nak dengaq ceramah beliau.hihi ;)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails