Assalamualaikum....
Buat para pemblogger sekalian
yang sudi menyinggah di sini
yang sudi meluangkan masa membaca
segala entry di sini
semoga kalian berada dalam kesihatan yang baik
dan mendapat keredhaan dariNya
okeh, harini...entry yang baru di'copy'and paste
buat hari yang baru...dan hari khamis yang terakhir dalam 2010
khamis next week dah 2011 kan..hihihihi
marilah kita muhasabah diri dengan membaca
dan melakukan sebaik-baik amal
"BILA KITA INGIN BERMULA"
Saya telah meyaksikan berbagai ragam manusia dalam menempuh kehidupan. Ada yang gagal dan ada yang berjaya. Namun jika diteliti kehidupan mereka kita hanya akan melihat satu perbezaan besar iaitu SIKAP. Sikap kita terhadap Allah, terhadap diri, orang lain dan kehidupan itu sendiri.
Saya tidak pernah percaya apatah lagi meyakini, seseorang itu berjaya kerana kegeniusannya atau kerana keturunannya. Kejayaan sebenar bermula dengan perubahan sikap; iaitu apabila kita mula memandang jauh kehadapan dengan penuh harapan serta menginginkan ketinggian dan kemuliaan, renungan itu kemudiannya dipantulkan kepada hakikat diri kita sekarang lalu kita mula meneliti sikap-sikap yang perlu kita bangunkan untuk meraih segala harapan yang kita bangunkan tadi disamping kita cuba menanggalkan segala sikap yang akan menghalangi perjalanan kita.
Di sinilah bermulanya perjalanan menuju destinasi yang tinggi dan mulia; apabila kita sedar bahawa kita perlu berubah dan sentiasa meningkatkan diri. Inilah langkah pertama bagi menacapai apa saja bentuk kejayaan yang diimpikan. Langkah pertama ini akan mencetuskan langkah kedua dan seterusnya. Dan disinilah letaknya keajaiban dalam perjalanan hidup kita; hanya kita yang memulakan perjalanan ini. Asalkan kita memilih untuk mulakannya sekarang maka perjalanan ini akan bermula dan sekiranya kita ingin berhenti maka perjalanan kita juga akan terhenti.
Saya menyaksikan berbagai karenah manusia dalam hal ini. Ada yang memulakannya ketika diawal kehidupan, ada yang memulakannya setelah masuk kealam kehidupan yang sebenarnya bahkan ada yang memulakan langkah pertama setelah beberapa kali terjatuh hingga jiwanya tidak lagi sanggup menerima kegagalan. Namun ada yang begitu malang dan ingin memulakannya ketika nyawa sudah sampai kekerongkongan.
Mungkin ada baiknya kita tanya namun yang pasti insan yang akan mampu memulakannya ialah insan yang ingin memulakannya saat ini iaitu sekarang...ketika persoalan ini terdetik dihatinya.
Bagi yang ingin memulakannya pada awal ramadhan nanti, ketika syawal atau awal tahun depan...percayalah anda sedang menipu diri anda sendiri. Percayalah dan yakinlah juga bahawa ini bukan kali pertama anda menipu diri anda sendiri. Dulu mungkin anda pernah berjanji akan berubah apabila umur 15 tahun, apabila masuk tahun baru, apabila, apabila dan apabila tetapi anda masih dititik yang sama. Hidup anda tidak ubah seperti lembu yang diikat pada satu tiang dan anda cuba berlari mengelilinginya dan jarak yang palin jauh yang akan anda sampai ialah ditepi tiang yang sama.
Bebaskan diri anda sekarang dan mulakan perjalanan anda SAAT INI bukan sebentar lagi atau esok hari.
No comments:
Post a Comment