nuffnang

Kawan-kawan saya

Friday, November 26, 2010

::JANGAN DITANGISI APA YANG BUKAN MILIKMU::

 Salam ukhwah untuk semua sahabat2
harini aku nak share artikel dari iLuvIslam
untuk renungan aku dan kalian...
sudi2kanlah membaca untuk mengubat hati
isikan masa kekosongan anda dengan berzikir kepadaNYA
yang menciptakan dan mematikan



Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran.
Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara.
Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian.
Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan.
Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai.
Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi.
Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita.
Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

- Artikel iluvislam.com

Thursday, November 25, 2010

::BERCOUPLE ITU HARAM!!!::

Assalamualaikum sedara sedari sekalian
para pejalan kaki yang aktif kat sini..
pe khabo?
harap2 semuanya sihat lah kot....

harini aku nak share lagi satu benda menarik....
untuk renungan kita sebagai hamba Allah
Jika sudah ditetapkan jodoh kita
maka jangan risau....
Ia pasti akan datang....
Insyaallah, Allah akan berikan jodoh yang lebih baik kepada kita...
aminnn...

Selamat membaca kisah di bawah ini...
semoga bermanfaat untuk kita bersama..
dalam mencari redha Allah


Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak ‘join’, kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..

Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya ‘mat capub’(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..
asalkan ada yang terhibur..



Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang ‘couple’..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..


Saya mula berfikir..
“Adakah aku perlu BERCINTA?”
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber’couple’..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..
Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..
Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat
Apa orang kata..’ALL OUT’lah..
haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..
‘gayut’ malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber’couple’ tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..

Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau ‘birthday’ kita sambut sama-sama..
Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,
kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..

Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa
dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan?
Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..

Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..


Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..
bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple ‘jiwang-jiwang’ je..
ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara’..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je..
Dan awk terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..

Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredahai..
Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..

Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..

kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A’raf,
surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di
antara mereka berkata:
Mengapa kamu
menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazab mereka
dengan azab yang amat keras?
” Mereka
menjawab: “Agar kami mempunyai alasan
(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,
dan supaya mereka bertakwa”.

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~

Lepas tu, satu masa..
saya terbaca pasal couple..

“COUPLE HARAM”

Saya tak percaya..
tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak..
huhu~~
tapi biasala..
kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk ‘membenarkan’ pendapat kita..

Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat..
Kita jalan-jalan pegang tangan..
tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..
Borak-borak..
Siap bagi tzkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah..

Masa terus berlalu…
Masa ni dah nak dekat Trial SPM..
lagi tiga minggu sebelum trial..
dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..
buat study group
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..

Ada yang terima..
ada juga yang buat tak tahu
Kadang-kadang bila tegur..
saya kena marah pula..
macam-macamlah alasannya
ada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu..
huhu~~

Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..

Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan,
sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)
?
Maka tidakkah kamu berfikir?

(Al-Baqarah, ayat 44)
Saya pun terfikir..
“Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa,
ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?”

Lepas tu terjumpa pula ayat ini..
Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil
dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.

(Al-Baqarah ayat 42)
Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan..
“Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau
dengan kami..tegur orang konon..”

Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber’couple’ ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah
tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir..
Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..

Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya..
“Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati..”

******
Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta’aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham..

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak..
“Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak
buat macam mana? Aku kena clash ke?
Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau
tak buat salah, apa nak ditakutkan?”

Lalu saya menghampiri ‘Brother’ fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

“Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit
boleh?”

“Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?”
“Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla..”

“Bercinta ke?”
Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..
“Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?”
“Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra’, surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.

“Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia.”
Saya tak mahu mengalah.
“Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni.”
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.

(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

“Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?”
Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, “Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?”
“Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat
elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple..”
“Zina hati?” Saya menduga.
“Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh ‘check’ dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati.”
Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..
“Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta.”
“Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt.”
Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..
“Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi.”
Saya trdiam lagi.
“Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri.”
Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.
“Jadi apa saya nak buat bang?”
“Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu.”
“Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?”
“Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada ’sejarah’ dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner.”
Tiba-tiba saya terfikir..
“Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?”
Saya cakap..
“Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?”
Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..
“Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra’du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan.”
Alamak…tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.
“Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup.”
“Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan.”
“Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri.”
Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..
“Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya..”
Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..
“Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum..”
Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].
Lepas tu tertera di skrin..
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]
Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..
“Terima kasih bang..”
“Takpe, dah tanggungjawab..”
Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
*******
Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta’lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..
“Seindah gubahan pertama..”
Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir..”Kena tegaskan rasanya”. Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..
“Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..
Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,
Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..

-Yang Terakhir- ”
[SEND]
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]
Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..

Takkan..buat selama-lamanya..

dan pesanan untuk diri saya sendiri "SAYA AKAN MENOLAK UNTUK BERCOUPLE UNTUK MENCARI REDHA ALLAH" 
ya Allah bantulah hambaMu ini dengan kekuatan hati dari belenggu syaitan....
Aku bukan hamba syaitan
Aku hambaMu Ya Allah..
Aku hambaMu Ya Allah...
Aku hambaMu Ya Allah...
-Mastura Zakaria-

Tuhanku aku tidak layak untuk SyurgaMu
Tetapi aku tidak pula sanggup menanggung siksa nerakaMu
Dari itu kurniakanlah
ampunan kepadaku ampunilah dosaku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar...
 

Wednesday, November 24, 2010

::KOPI YANG AKU BANNED::



Hai yu olls sekalian....
salam 1 Malaysia...
pe khabor semua...?
harap2 pakat-pakat sihat la no...



(Entry penceritaan semula tanpa gambaq)



hari ni da masuk hari ke-3 aku xley nak telan nasik..asal masuk ja muntah, muntah dan muntah lagik.. nek lembik lak aku rasa..hampagas betoila, memang rasa xdak selera langsung tengok muka nasik. aku rasa nasik tu kalau ley cakap dia pun mesti rasa nak muntah tengok muka aku.. hikhik..apakah betui perkiraan aku hinih..hihhi




ni semua gara-gara secawan kopi la memang serius terasa nikmat makan aku ditarik balik kaw-kaw..


citenye cam ni....



once upon a time..perghh....hahah(terspeaking lak)
hari ahad baru2 ni... aku pi jenjalan umah makchaq aku... lokasi: dirahsiakan (sebab kalo aku kecoh dlm ni, kmfirm hangpa rebut nak pi test kopi dia lak)
hihihihi....




kiranya buat lawatan sambil melepak la kat umah makchaq aku nih... sembang punya sembang...
tup2 maka aku pun dihidangla ngan secawan kopi... alamak!!kopi lak dah.....xkan nak cakap aku x minum kopi lak... kang ngada2 lak jadinya...




errrrr.....aku tengok muka mak aku...slamber pulak mak minum..cam best ja lagipun bau dia takla bau kopi aku pun cam musykil... aishhhhhhhhhhh..kopi ka bukan nih...kopi ka bukan nih.... dalam aku dok blur2 cam patrick tu...aku hentam gak kopi tu minum sket...memang serius x bau kopi..
rasa pun x mcm kopi..ala2 milo sket rasa dia...




pastu, aku tengok cam ok ja tekak aku ni ngan kopi... aku terus minum tanpa commercial breaknya... sebab aku memang dahaga pun time tu... dah abih separuh gelas...mai pulak mood 'KOMODO' aku nih... aihhhhh, kat umah orang jugak la dia nak tunjuk pun... lapaq gila..aku sebat ja koi2 yang ada atas meja...hahahha agak2 nak clear sebalang aku tinggal sket.. biaqla nampak macam x bape abih..hahahah





dah makan lapaq ayaq lak...terus dengan selamber ya-ya nya aku minum terus kopi tu sampai secawan....siap rasa cam nak refill lagi tapi otak aku dah antaq mesej suh aku stop..




masa nak balik dari umah makcik aku tu.... aku tengok pintu,,,, dalam hati aku "bila pulak ada pintu satu lagi ni, baru buat ka" aku nampak ada 2 pintu...satu straight depan aku, satu lagi sebelah kanan aku... tapi aku tak tanya pun makcik aku tu... kot-kot la dia baru buat pintu...hihihi




emmmmm...dalam hati aku dok kata "nak renovate umah kot, xpala" nanti aku mai sekali lagi umah dia jadi len la kot, hahahha




time nak balik tu, for sure la aku nak keluaq kot pintu yang aku masuk tadi... bila aku keluaq ja, aku jalan straight sampai pintu pagar... (almaklumla, umah taman....pintu umah ngan pintu pagaq dekat ja, xda laman luas) aku dok pelik...awat la otak aku cam blur2 ja ni..pastu baru teringat
kasut lupa pakai!! muaahahahha... naseb bek aku keluaq dulu dari orang len.. so depa takla perasan sangat yang aku tengah ke'konfius'an..






balik2 umah aku da semacam.. macam nak terhuyung-hayang, tapi aku dok kontrol-kontrol lagi..
siap terlanggaq pintu umah lagi masa nak masuk rasa memang mabuk....







tiba-tiba...............
haaaa......................suspen dak???





aku rasa macam ada satu angin 'cam ribut Katrina' malah lebih dasyat dari tu....menolak2 kopi yang aku dah settlekan tadi cepat2 aku pi toilet... muntah sebaik mungkin..hahhaha.... punya lama dok lam toilet sampai mak aku tanya "oiiiiii!tidoq ka?"hahahhaha
sebabnya aku muntah senyap..memang sapa pun tak perasan....




3 hari aku tak lalu makan nasik.. masuk je nasik, muntah.... aku makan benda2 yang x berapa mengenyangkan... dalam rekod aku, mood 'KOMODO' aku hilang langsung tah mana dia pi...rindu btui mood tu   start hari isnin..dan hari ni dah masuk hari rabu.. aku memang tak makan nasik langsung.. sangat hebat....




pagi ni pun aku gagah2kan jugak telan nasik tu pun macam berkira-kira je berapa bijik nasik yang aku boleh telan..... kesian nasik.....huhuhu..dan lagi kesian kat aku sendiri.. sendiri cari penyakit.... ambik la....





huhuhuhuhu....ni pun kena aircond ofis+ nasik yang aku makan tadi, rasa macam nak buang balik ja..huhuhuhu.. tapi aku harap daya tahanan untuk aku munnnnnnnnnn tu berjaya.. kalau tak boley masuk ICU macam ni.. nanti U.C.ME okeh..huhuhu




okla, aku end entry tanpa gambar untuk harini okeh..
nanti aku update lagi.....

Tuesday, November 23, 2010

::HADIS NABI::

Hai semua pejalan kaki di sini
gud morning
assalamualaikum
selamat pagi
arigozaito gozaimas
(tah btui ke dak)
mandai2 ja aku..hahhahahha

okeh di kesempatan dan ruang nafas yang masih lagi 
diberi oleh ALLAH SWT
maka oleh itu bernyawa lagi lah aku
untuk share story-story best ngan hangpa semua
(di sini adalah zon larangan mengumpat) okeh!!
hihihi... dari nak mengumpat bek pi tulung bakaq sate nu..
rasa bahang2 api tu ha..lu pikir la sendiri ye..
maleh aku nak explain dah...
kot2 xpaham lagi..hahahahah

kali ni aku nak share beberapa hadis 
yang sempat aku kumpul bila aku berjalan2 kat tenet ni
untuk pedoman dan panduan kita bersama..
sama2lah kita menghayati
"SEBAHAGIAN DARI HADIS NABI"


48- Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: ”Setiap orang yang puasa satu hari kerana Allah, maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh 70 000 musim.”  (Hadis Riwayat Muslim)   

47- Dari Abu Ayyub al-Anshari r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: ” Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka yang demikian itu seolah-olah berpuasa sepanjang masa.” (Hadis Riwayat Muslim)
46- Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:” Siapa yang meminjamkan untanya kepada satu keluarga untuk diperah susunya pagi dan petang maka pahalanya sungguh sangat besar.” (Hadis Riwayat Muslim)
45- Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya:” Satu jenazah berlalu di hadapan Rasulullah s.a.w lalu baginda berdiri. Kami pun berdiri juga mengikut baginda. Kemudian kami berkata:” Ya rasulullah! Itu jenazah orang Yahudi.” Sabda baginda:” Kematian itu mengejutkan. Oleh itu bila kamu melihat jenazah (lalu) berdirilah.” (Hadis Riwayat Muslim)
44- Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Siapa yang mendapatkan Subuh satu rakaat sebelum terbit matahari, bererti dia telah mendapatkan Subuh seutuhnya. Dan sesiapa yang mendapatkan Asar satu rakaat sebelum matahari terbenam, bererti dia telah mendapatkan Asar seutuhnya.” (Hadis Riwayat Muslim)
43- Dari Abu Hurairah r.a, katanya:”Rasulullah s.a.w melihat kahak di kiblat masjid. Lalu baginda menghadap kepada orang ramai lalu bersabda:”Bagaimana pendapat kamu semua jika seseorang sedang solat menghadap Tuhannya, lalu dia meludah ke hadapan? Senangkah kamu jika kamu sedang dihadapi seseorang, tiba-tiba orang itu meludahi mukamu? Kerana itu jika kamu meludah ketika solat, maka ludahlah ke kiri atau ke bawah kakimu. Jika itu tidak mungkin, ludahlah ke sapu tanganmu.” (Hadis Riwayat Muslim)
42- Dari Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Aku dibawa orang (Jibril a.s) ke telaga zamzam; di sana dadaku dibelah kemudian dibersihkan dengan air zamzam, sesudah itu aku dihantarkannya kembali ke tempatku semula.” (Hadis Riwayat Muslim)
41- Dari Ibnu ‘Umar r.a katanya:”Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Tidak diterima solat seseorang tanpa suci dan tidak diterima sedekah yang berasal daripada kejahatan (seperti mencuri, menipu, menggelapkan wang, merompak, judi dan sebagainya)” (Hadis Riwayat Muslim)
40- Abu Hind Arrazi berkata: Nabi saw. bersabda: Allah ta'ala berfirman: "Ingatlah kepadaKu dengan mentaatiku, Aku akan ingat kepadamu dengan pengampunan-Ku. Barang siapa ingat kepada-Ku seraya ia berta'at, maka patutlah Aku ingat kepadanya dengan pengampunan-Ku, dan barangsiapa ingat kepada-Ku seraya ia bermaksiat, maka patutlah Aku ingat kepada-Nya dengan kebencian". (Hadis Riwayat Ad-Dailami dan Ibnu Asakir dari Abi Hind-Arrazi).
39- Umarah bin Daskarah berkata; Nabi saw bersabda: Allah berfirman: "Sesungguhnya hamba-Ku yang sejati, ialah yang selalu ingat kepada-Ku, di saat ia menghadapi musuh setaranya". (Yakni di medan jihad). (Hadis Riwayat Attirmidzi).
38- Ali ra. berkata; Nabi saw. bersabda: Allah ta'ala berfirman: "Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan Aku. Barangsiapa mengakui ke-Esaan-Ku ia masuk benteng-Ku dan baransiapa memasuki benteng-Ku ia aman dari siksaan-Ku. (Hadis Riwayat As-Syirazi dalam kitab Al-Alqab dari Ali)
37- Abu Dardaa' ra. berkata: Nabi saw. bersabda: Allah ta'ala berfirman: "Sesungguhnya seorang hamba yang Aku beri sehat badannya. Dan luas rezekinya kemudia hingga empat tahun tidak datang berkunjung kepadaKU (yakni berhaji), sesungguhnya orang itu sangat rugi". (Hadis Riwayat Atthabarani dan Abu Ya'ala).
36- Ibnu Abbas ra. berkata: Nabi saw. bersabda: Allah ta'ala berfirman: "Sesungguhnya Aku hanya menerima salat dari orang yang merendahkan diri karena keagungan-Ku dan tiada menyombongkan dirinya di atas makhluk-Ku, tiada terus menerus bermaksiat pada-Ku, menghabiskan masa harinya berdzikir kepada-Ku, berbalas kasih kepada orang miskin, orang musafir-ibnussabil- perempuan janda dan orang yang terkena mushibah. Ia bercahaya laksana matahari. Aku lindungi ia dengan kesabaran-Ku dan memerintahkan malaikat-Ku menjaganya. Aku berinya cahaya dalam kegelapan dan kesabaran dalam kesukaran. Ia di antara makhluk-makhluk-Ku laksana "firdaus" diantara barisan surga". (Hadis Riwayat Al-Bazzar dari Ibnu Abbas)
35- Abu Qaqid Allaitsy ra.a. berkata; Nabi saw bersabda: Allah ta'ala berfirman: "Sesungguhnya aku turunkan harta untuk menegakkan shalat dan mengeluarkan zakat. Dan andaikan seoran ganak Adam telah memiliki sebuah lembah, ia masih ingin memiliki du alembah, dan bila ia telah memiliki dua, ia ingin mendapat ketika, dan tidak ada yang dapat memenuhi perut anak Adam kecuali tanah Dan Allah akan mengampuni orang yang tobat" (Hadis Riwayat Ahmad, At-Thabarani)
34- Ali ra. berkata: Nabi saw. bersabda: Allah ta'ala berfirman: "Aku sangan murka tas orang yang melakukan kedhaliman (aniaya) terhadap seorang yang tidak ada pembelanya selain Aku". (Hadis Riwayat Athathabarani didalam kita "Alkabar" dan Al Qudha'ie dan Ali)
33- Abu Said ra. berkata: Nabi saw bersabda: Allah ta'ala berfirman: "Carilah kebaikan kepada orang-orang yang mempunyai sifat belas kasih daripada ummat-Ku tentu kamu akan dapat hidup di bawah lindungannya, karena dari orang-orang yang kejam hati karena murka-Ku menimpa diatas mereka". (Hadis Riwayat Al Qudha'ie dari Abi Said)
32- Anas ra berkata: Nabi saw. bersabda: Allah ta'ala berfirman: "Aku telah menyediakan bagi hamba-hambaKu yang beriman dan beramal saleh kenikmatan yagn tidak pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telingan ataupun terlintas dalam hati manusia (Hadis Riwayat Ibnu Jarir dari Anas)
31- Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi saw bersabda: Allah ta'ala berfirman: "Apabila hambaKu merencanakan melakukan suatu amal kebaikan kemudian tidak jadi dilakukannya, maka aku mencatat baginay suatu kebajikan, tetapi bila ia melaksanakannya, maka tetap Aku mencatat amalnya itu sepuluh kebajikan sampai berganda tujuh ratus. Dan apabila ia merencanakan untuk melakukan suatu kejahatan lalu tidak jadi dilaksanakannya, maka tidaklah Aku catat baginya, tetapi apabila ia tetap melaksanakannya Aku catat baginya, sebagai satu kejahatan".(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim serta Attirmidzi dan Ibni Hibban dari Abu Hurairah)
30- "Malu Itu Tidak Datang Kecuali Dengan Membawa Kebaikan" (Riwayat Bukhari & Muslim)
29- "Sesungguhnya besar ganjaran adalah dengan besarnya ujian. Sesungguhnya Allah jika Dia mengasihi sesuatu kaum, nescaya mereka akan diuji dengan ujian. Barangsiapa yang redha maka baginya keredhaan Allah. Barangsiapa yang tidak bersabar, nescaya Allah juga tidak akan bersabar dengan mereka!" (Riwayat At-Tirmizi & Ibnu Majah)
28- Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan" (Riwayat Al-Bukhari)
27- Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman sahaja. Sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur, maka jadilah kurniaan itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya." (Riwayat Muslim)
26- "Daripada Ibnu Umar menyatakan bahawa Nabi (s.a.w) sudah memberikan kebun baginda kepada penduduk Khaibar untuk diusahakan dengan syarat mereka (Penduduk Kaibar) akan memberikan sebahagian daripada buah-buahan atau hasil tanaman yang diusahakan". (Riwayat Muslim)
25- "Sebaik-baik sedekah adalah mempelajari sesaorang islam akan ilmu, kemudian mengajar ilmunya itu kepada saudara Islam yang lain" (Riwayat Ibnu Majjah)
24- Abu Ubaidah r.a. meriwayatkan bahawa;Daku telah mendengar bahawa Rasulullah bersabda:"Puasa adalah sebagai perisai, selagi dia tidak memecahkan perisai tersebut".
23- Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya; Sesungguhnya Al-Aqrak bin Haabis pernah melihat Nabi s.a.w memeluk Hasan. Al-Aqrak lalu berkata: Sesungguhnya aku memiliki sepuluh orang anak, namun aku tidak pernah memeluk seorang pun daripada mereka. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya barangsiapa yang tidak menyayangi, nescaya beliau tidak akan disayangi.
22- Bersabda Rasululullah s.a.w."janganlah bercakap melebihi dari zikrullah, sesungguhnya banyak cakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras, ia akan menjadi semakin jauh dari Allah."
21- Sabda Rasulullah S.A.W Maksudnya; "Orang yang memulakan memberi salam adalah terlepas daripada sifat sombong dan takbur" ( Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib )
20- Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hubungan kekeluargaan itu digantungkan pada Arasy. Ia berkata: Barangsiapa yang menyambungku maka Allah akan menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan aku maka Allah pun akan memutuskannya.
19- Dari Aishah r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak seorang yang mengerjakan sembahyang pada waktu malam lalu digagahi sehingga tertidur, melainkan dituliskan baginya pahala sembahyang dan tidurnya itu adalah sedekah." - Riwayat Bukhari & Muslim..
18- Hadis Riwayat Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Seorang penzina tidak akan berzina jika ketika itu dia berada di dalam keimanan. Seorang pencuri tidak akan mencuri jika ketika itu dia beradadi dalam keimanan iaitu iman yang sempurna. Begitu juga seorang peminum arak tidak akan meminum arak jika ketika itu dia berada di dalam keimanan.
17- Sabda Rasulullah : "Lakukanlah ketaatan kepada Allah SWT dan takutilah daripada melakukan maksiat kepada Allah dan suruhlah anak-anak kamu melakukan suruhan-Nya dan yang demikian itu akan memelihara anak-anak kamu dan kamu daripada api neraka"
16- Diriwayatkan daripada Samurah bin Jundub r.a katanya: Dahulu, setiap kali Nabi s.a.w selesai mengerjakan sembahyang Subuh, baginda mengarahkan wajahnya kepada para Sahabat seraya bertanya: Apakah semalam ada salah seorang di antara kamu yang bermimpi?
15- Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Mencaci dan memaki orang-orang Islam adalah fasik dan memerangi mereka adalah kafir.
14- Diriwayatkan daripada Jarir r.a katanya:Nabi s.a.w telah bersabda kepadaku sewaktu Haji Wida' supaya menyuruh orang ramai diam. Setelah orang ramai diam, baginda bersabda: Janganlah kamu kembali menjadi orang-orang kafir setelah peninggalan kudengan memukul-mukul leher di antara satu sama lain di kalangan kamu.
13- Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya.(Maksud Hadis)
12- Apabila seseorang darimu hendak mendirikan sembahyang, maka hendaklah ia sembahyang laksana sembahyang orang yang memberi selamat tinggal, iaitu orang yang sama sekali tidak fikir ia akan dapat kembali bersembahyang lagi.(Maksud Hadis)
11- Apabila amanat dipersia-siakan maka tunggulah saat kebinasaan , tanya perawi hadis ini "Ya Rasulullah, bagaimana dipersia-siakan amanah itu? Jawab Baginda, apabila sesuatu urusan yang penting itu diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kebinasaannya.(Maksud Hadis)
10- Apabila umatku membesar-besarkan dunia nescaya kehebatan Islam akan dihapuskan dari mereka, dan apabila umatku mengabaikan amal-makruf dan nahi-mungkar nescaya mereka akan diharamkan dari keberkatan wahyu.(Maksud Hadis)
09- Tidak masuk syurga kamu sehingga kamu beriman,dan tidak dinamakan beriman kamu, sehingga saling cinta-menyintai.Tidakkah kamu suka kalau aku menunjukkan sesuatuyang jika dilakukannya, tentu kamu semua akan saling cinta-menyintai? Iaitu ratakanlah salam sesama semua.(Maksud Hadis)
08- Orang yang banyak berkata, akan banyak silap, dan orang yang banyak silap akan banyak dosa dan orang yang banyak dosa ialah neraka lebih layak baginya.(Maksud Hadis)
07- Lidah orang mukmin menurut hatinya, bila dia hendak berbicara difikirkannyadahulu sebelum disalurkan ke lidahnya. (Maksud Hadis)
06- Berikanlah sedekah walaupun dengan sebiji tamar ataupun sebuku roti, atau sebuah senyuman yang manis.(Maksud Hadis)
05- Orang yang buruk dari kalangan umatku ialah yang selalu makan mewah, berpakaian aneka ragam dan suka bercakap besar.(Maksud Hadis)
04- Budi pekerti yang baik ialah jika engkau menyambungkan silaturrahim kepada orang yangmemutuskan persahabatan denganmu.(Maksud Hadis)
03- Kamu tidak dapat menggembirakan semua orang dengan harta benda, oleh itu gembirakanlah mereka dengan senyuman berseri dan ikhlas luhur.(Maksud Hadis)
02- Rebutlah lima masa sebelum tibanya lima masa, masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa kaya mu sebelum fakir, masa lapangmu sebelum sibuk dan masa hidupmu sebelum mati. (Maksud Hadis)
01- Rela merendahkan diri dalam sesuatu majlis,termasuk sifat tawadhuk kepada Allah S.W.T.(Maksud Hadis)         

okeh, kali ni je dulu ye buat pembacaan kalian...
nanti aku naip entry baru lak ye, 
selamat membaca...
(",)
      

Thursday, November 18, 2010

::PETUA MEMBELAI CINTA::

 Hai everybody
salam 1 Malaysia....
ape khabo?
sihat- sihat la kot..hihii
okeh, harini aku nak update benda baru
yang aku pun petik dari blog orang lain jugak

" PETUA MEMBELAI CINTA"



Oleh Ustaz Ismail Kamus

Nota: Petua Membelai Cinta yang disampaikan oleh Us. Ismail Kamus ini begitu popular dan banyak dijadikan rujukan dan motivasi kehidupan rumahtangga.

INDAHNYA cinta jika bersulam keikhlasan. Moleknya cinta andai setia yang dipertaruhkan dan untungnya bercinta jika berkekalan sampai bila-bila. Namun panas yang diharapkan sampai ke petang, siapa sangka hujan turun ditengah hari. Puas sudah membajai cinta, dibumbui dengan kasih dan sayang, membelai dan memupuknya dengan penuh tanggungjawab namun pasangan yang bertakhta di sanubari tetap berubah hati. Terlalu sukarkah mencintai isteri atau sememangnya si suami tidak pernah mensyukuri?

Datuk Ustaz Ismail Kamus membincangkan: "Perempuan umpama cermin, mesti cermat dan halus bila berhadapan dengan mereka. Lebih-lebih yang bergelar isteri. Sensitif, cepat kecil hati, merajuk dan minta dipujuk memang sifat wanita. Sebenarnya bukan susah melayan isteri. Seorang suami yang pandai mengambil hati, memujuk rayu jika diperlukan, bercakap lemah lembut dan rajin bergurau senda, ia sudah cukup dan memadai.

Perhatikan hasilnya, si isteri akan sanggup bersusah payah menyediakan makan dan minum di samping menguruskan rumah tangga, malah sanggup pula ke hulu ke hilir menambah pendapatan suami. Walaupun hidup dalam serba kekurangan, insya Allah hidup pasangan begini akan rukun damai sampai bila-bila. Bagaimanapun hal ini merujuk kepada wanita yang melimpah ruah dengan kasih dan sayang. Mengutamakan rumah tangga dan berusaha menceriakannya walaupun si suami bukan berpangkat besar atau mempunyai wang yang banyak.

Apabila ditujukan kepada wanita yang memegang prinsip, ada wang abang sayang, tak ada duit abang melayang lain pula penyudahnya. Jika yang dicintai itu adalah wang, yang disayang itu adalah kemewahan, memang rumah tangga tidak bahagia dan aman. Kerana yang diburu adalah wang dan harta, maka bila ada kedua-duanya di depan mata, si isteri akan berasa nikmat kebahagiaan namun bila semuanya melayang, wanita begini akan berasa terlalu kecewa dan bersusah hati, ujarnya.

Beliau menambah, "Bagaimanapun kalau dikatakan, peranan wang membeli kasih dan sayang, ia memang berkait antara satu dengan yang lain. Namun wang itu sekadar dijadikan sebagai alat dan bukan matlamat. Wang berperanan menyenangkan pasangan membina rumah tangga. Mendapatkan sebuah rumah untuk keluarga, memiliki kenderaan dan apabila berlaku sebarang bencana, wang dapat merungkai masalah yang melingkari. Jika mengandaikan wang untuk membeli cinta dan mengeratkan kasih dan sayang, tandanya kita sudah tersilap menafsir.

Sepatutnya utamakan nilai kasih dan sayang yang diberikan oleh suami atau isteri, justeru andai suatu hari kita ditimpa musibah dan hidup dalam serba kekurangan, tidaklah cepat melatah.

Cuba perhatikan mereka yang tinggal di kampung. Ada pasangan yang hidup melarat dan menderita kerana tidak mempunyai wang yang banyak, namun ikatan kekeluargaan erat dan sendat dengan kasih dan sayang," jelasnya. Beliau tidak menafikan, wanita sekarang lebih ramai yang celik mata dan sedar tentang perlunya membelai cinta sampai ke tua, sedangkan lelaki asal ada orang yang menguruskan rumah tangga sudah memadai. Golongan begini, malas hendak memupuk atau membajainya walaupun mereka mampu melakukan.

Wanita ketara sudah celik mata. Ini dapat diperhatikan dalam ceramah atau syarahan. Mereka lebih banyak jika dibandingkan dengan kaum Adam. Sekiranya intipati ceramah mengenai pasangan, pihak si isteri akan mudah terima dan berusaha berubah apatah lagi jika kena dengan cara dan pendekatan yang betul. Sebaliknya si lelaki yang turut mendengar tetapi kurang menghayati. Jika terima pun dengan perasaan sombong dan egonya dan memang sukar mengubah kesilapan.

WANITA - TULANG RUSUK YANG BENGKOK

Walaupun hakikatnya bahtera rumah tangga itu sepatutnya dikemudikan oleh sisuami namun era kini menyaksikan lebih banyak wanita yang lebih sensitif mengekalkan kerukunan. Maknanya wanitalah yang lebih banyak bersabar, menelan pahit maung kekurangan pendapatan atau menghadapi kerenah suami yang kadang kala membosankan. Wanita sepatutnya berbangga dengan kejayaan ini walaupun asalnya daripada tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok.

Nabi bersabda, wanita itu dicipta daripada tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok, maknanya jika dibiarkan sikapnya yang tidak elok, maka begitulah ia kekal selama-lamanya. Lantaran itu andai si suami ingin memberi nasihat,hendaklah secara psikologi dan lemah lembut sehingga yang bengkok itu akan lurus. Sebaliknya jika menggunakan kekerasan, maka tulang yang bengkok itu akan mudah patah atau pecah. Misalnya jika isteri pemarah, membebel dan cakap banyak, si suami anggap sahaja ia cubaan yang amat kecil. Allah berfirman, "Apa yang kamu tidak suka, itu adalah yang terbaik untuk kamu." Namun dengan perkembangan hari ini, nampaknya dunia sudah terbalik, si lelaki pula nampak gayanya banyak yang bengkok, selarnya.

CINTA DAHULU SEBELUM KAHWIN?

Memang ramai yang membincangkan dua perkara ini sama ada cinta dahulu sebelum berkahwin atau berkahwin dahulu baru bercinta. Ada orang bercinta lama, selepas kahwin berasa jemu pula. Mulanya pasangan masing-masing buat perangai. Ada pula sarankan,lepas kahwin baru bercinta, mereka dakwa pula lepas kahwin baru pecah tembelang pasangan masing-masing. Maknanya, tidak ada kaedah khusus, ia bergantung kepada jodoh masing-masing, dedahnya.

Beliau menambah, "Contohnya pasangan orang tua dahulu. Masing-masing tidak kenal tetapi keluarga aturkan perkahwinan. Lepas kahwin kita lihat mereka kekal sampai berpuluh-puluh tahun dan orang tua-tua dakwa cara begitu lebih baik. Sebenarnya itu bukan formula tetapi kebetulan. Maklumlah tinggal di kampung, pergaulan bukanlah seluas atau semoden golongan yang tinggal di bandar. Jika berlaku pergaduhan, si suami tidak sampai hati menceraikan isteri, begitu juga si isteri jika minta cerai pun ke mana diri hendak dibawa?" soalnya.

Sambungnya lagi, kedamaian hidup berumah tangga mesti dicatur sejak diawal perkenalan. "Mesti diselidik latar belakang pasangan kala peringkat pemilihan pasangan. Sekiranya pihak lelaki atau wanita mengikut kriteria yang dianjurkan oleh Islam, insya Allah akan ada kerukunan dalam perkahwinan. Namun jangan tersilap memilih, konon berkenan pasangan yang kuat agamanya. Kita hendaklah memandang dengan pandangan yang luas, bukan setakat sembahyang, puasa atau berzakat sahaja yang patut diambil kira. Antaranya hendaklah menjurus kepada nilai peribadi seseorang. Misalnya kesanggupan penerimaan kita kepada kerenah, gelagat atau tingkah laku pasangan. Kadang kala perangai lelaki membosankan dan tidak kurang ada yang menyejukkan, jika kita terima daripada awal maka redhalah sehingga akhirnya, kerana itulah suami atau isteri kita yang sebenar-benarnya.

LEPAS KAHWIN TERBONGKAR RAHSIA

Ditanya bagaimana mahu membelai cinta seandainya selepas berkahwin baru terbongkar rahsia keburukan pasangan, beliau mengulas. Memang sukar menelah kebaikan individu meskipun seseorang itu taat kepada ibadatnya. Pernah suatu ketika seorang lelaki menemui Saidina Omar dan berkata, bahawa dia telah memilih seorang lelaki untuk menjadi saksi. Lantas Saidina Omar bertanya, "Apakah engkau kenal lelaki itu?" Pemuda itu menjawab, "Tidak ya amirul mukmimin." Saidina Omar bertanya lagi. "Apakah engkau pernah bermusafir dengannya?" Orang itu jawab, "Tidak pernah," Bertanya lagi Saidina Omar, "Apakah engkau pernah berjiran dengannya? Orang itu menjawab,'Tidak pernah.' Lantas ditanya Omar lagi, "Macam mana engkau kenal dia? Dijawab si pemuda. Saya selalu tengok dia sembahyang maka yakinlah dia memang baik.' Omar berkata, "Engkau pergi dan selidiki lagi kerana engkau sebenarnya belum betul kenal kepadanya." Daripada kisah yang diriwayatkan maknanya, sekadar tengok seseorang sembahyang, berulang alik ke masjid atau membaca al-Quran belum bererti kita tahu perangai yang sebenar. "Seeloknya ajak dia bermusafir, baru tahu kedekut atau tidak. Berjiran dengannya, baru tahu perangai peribadi, dan jika berniaga bersama-samanya baru tahu amanah atau sebaliknya diri seseorang. Jika sudah kenal hati budinya barulah boleh dia dijadikan kawan atau saksi. Begitu juga apabila mencari pasangan, selidik dahulu latar belakang dan nilai peribadinya. Caranya dengan menghantar wakil atau orang tengah yang boleh diharapkan," sarannya.

Namun tidak dinafikan, apabila suami berubah sikap misalnya tidak lagi mesra seperti dahulu, tidak mahu bergurau senda apatah lagi memupuk kasih dan sayang si isteri akan makan hati dan menderita. Namun jangan sesekali dibiarkan sehingga meresap ke dalam hati dan perasaan yang akhirnya menjadi kebiasaan. Apabila suami buat perangai, cepat-cepat ditegur. Supaya dia segera sedar yang perbuatannya itu salah. Jika isteri terlalu sabar dan redha dibimbangi akan meresap ke dalam hati dan menjadi kesedapan kepadanya. Memang kenyataannya apabila menegur atau melembutkan hati suami, mereka akan lebih keras dan kasar. Gelagat perubahan ini lebih ketara apabila si suami sudah mula senang sedikit. Balik lewat malam, bersenang-senang dan makan-makan dengan teman-teman atau pergi berpoya-poya. Sebab itu dikatakan orang, wang sahaja membawa kebahagiaan tetapi mengheret kepada kecelakaan. "Cara untuk mengatasi masalah suami yang berubah hati, si isteri tidak boleh membentak. Kerana lelaki yang berperangai begini, hatinya sudah keras. Si isteri mesti menggunakan pendekatan dengan cara yang paling lembut sehingga mereka sedar.

"Tidak dinafikan apabila si isteri berlembut, perangai suami semakin menjadi-jadi. Bagaimanapun cuba kita fikirkan, kalau membentak akan timbul pula permusuhan yang berpanjangan. Silap hari bulan, si suami memukul atau mendera si isteri. Diam isteri bukan bererti redha dan bersetuju dengan perangainya cuma sekasar mana pun lelaki, namun jauh disudut hati pasti mempunyai belas. Kasihan dengan si isteri yang cukup tenang, sabar dengan perangainya yang buruk," ujarnya.

Tambahnya lagi, "Ada masanya suami mesti disentak dengan perkara-perkara yang tidak dijangka. Misalnya seorang isteri yang sebelum ini banyak cakap tiba-tiba mogok. Lepas masak diam, lepas makan diam, hendak tidur pun diam,maknanya perangainya berubah menjadi pendiam. Mungkin dengan cara itu dia mampu meluahkan perasaannya daripada marah tidak tentu pasal kemudian dicop suami, dia derhaka. "Seperti kisah seorang pemuda yang menyatakan hasrat mahu berkahwin tetapi dihalang oleh emaknya. Jadi dia mogok, kalau melawan, bimbang menderhaka kepada orang tua dan dia takut masuk ke dalam api neraka. Lantas dia diam sahaja sepanjang masa. Tidak makan, tidak minum, tidak tidur, sembahyang sahaja yang dilakukan. Lama-kelamaan ibunya bertanya, "Engkau sakit ke, asyik diam aja." Si anak menggelengkan kepala. Oleh sebab emak sayangkan anak, lantas disuruhnya si anak berkahwin. Barulah si anak bersemangat dan bahagia. Dalam kes ini si anak terselamat, tidak menderhaka kepada ibunya dan dapat pula berkahwin," ceritanya.

TEGUR CARA BERHIKMAH

Ustadz Ismail Kamus menambah, jika sukar atau tidak sampai hati menegur suami yang buat perangai, gunakan orang tengah. "Memang susah mencari yang boleh dipercayai tetapi itulah cabaran yang mesti dihadapi. Bagaimanapun cara penyampaian orang tengah itu biar betul dan kena caranya sehingga suami tidak menyalahkan si isteri. "Selain memberi nasihat, isteri hendaklah mohon kepada Allah dan bermunajat kepada- Nya tanpa jemu. Di samping itu bacalah surah Ali-Imran, ayat 83 yang maksudnya: "Apakah selain daripada agama Allah mereka cari, dan baginya,menyerahlah sesiapa yang di langit dan yang di bumi, secara sukarela dan terpaksa dan kepadanya jua mereka dikembalikan."

"Ayat ini hendaklah dibaca sebanyak 1,000 kali sehari. Apabila hendak digunakan baca tiga kali dan tiup kepada orang yang berkenaan atau ditiupkan ke dalam air untuk diminum oleh orang tersebut. Mudah-mudahan, berkat doa dan air itu akan lembut hatinya." Menjawab persoalan, bagaimana membelai cinta jika si suami asyik panas baran beliau menjelaskan. Apabila suami baran, isteri kena sabar dan redha kerana itulah suami kita. Orang yang baran sebenarnya ada masalah. Jiwanya sakit tenat dan perlu diubati. Perhatikan di mana kelemahan suami dan cari punca kenapa dia marah. Kemudian kita cari jalan supaya dia tidak marah. Umpamanya kalau isteri lambat masak, suami akan marah, jadi si isteri hendaklah menyegerakan memasak. Ataupun setiap kali balik kerumah, suami mesti hendak minum, jadi cari jalan cepat-cepat sediakan minuman. Ertinya kita hendaklah menutup segala punca kemarahan suami dan lama-kelamaan penyakitnya akan reda.

Kalau dia yang menyalakan api kemarahan, isteri hendaklah mendiam diri. Jangan sesekali marah kerana marah itu bukan milik kita tetapi haknya. Jika kita tentang kemarahannya, ia akan lebih cepat terbakar atau merebak. Lagipun api bukan lawannya api sebaliknya hendaklah disimbah dengan air supaya padam. "Untuk meredakan, amalkan surah Toha ayat satu hingga enam dan baca sebanyak 1,000 kali. Tiup kepada ubun-ubun atau mukanya sehingga kepusat sebanyak tiga kali. Insya-Allah akan lembut hatinya. Antara maksudnya,

"Tha, Ha, (Hai manusia), tiada Kami turunkan al-Quran ini supaya engkau mendapat celaka. Melainkan peringatan bagi orang yang takut (kepada Tuhan).

Wahyu yang diturunkan dari Tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Tuhan yang Pemurah berkuasa di atas singgahsana.KepunyaanNya apa yang ada dilangit, apa yang ada di bumi, apa yang ada di antara kedua-duanya dan apa yang ada di bawah tanah."

Sebelum mengakhiri perbualan, beliau sempat menegur sesiapa sahaja yang masih mengabaikan rumah tangga sebaliknya hanya mahu berseronok dan berserakah, hendaklah segera bertaubat. Nabi bersabda, Barangsiapa yang telah melampaui 40 tahun namun kebaikannya tidak mengatasi kejahatan hendaklah dia bersiap sedia untuk masuk api neraka."

"Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur" - Saidina Umar Ibnul Khattab -

Wednesday, November 17, 2010

::MENUNAIKAN IBADAH KORBAN::

Hai...sahabat2
selamat hari rabu
selamat bercuti selama sehari bagi aku..huhuhu
dan most important is
assalamualaikum (sila jawab ye bg yang muslim)
dan selamat hari raya aidiladha...

amacam hari ni..
ape aktiviti kalian..?
kejar lembu?
tengok je?
tunggu daging?
makan?
ah...lantak ko la..

hahhahaha...whatever pun yang kalian tengah buat
hati2 ye.. jangan merempit
pesanan khas dari JKJR
hihihi...dan berhati2 semasa membawa daging korban
ingatla mereka yang tersayang
(sebenaqnya aku men hafal je skrip JKJR kat tv)

hihihihi...okeh...seblom aku melalut sampai ke KL, Seremban semua...
entry kali nih....dityping dengan penuh rajinnya..
hahhahahaa...aku nak sentuh sket
cemane kita nak kenali ibadah korban
dengan kita ambik port
"MENUNAIKAN IBADAH KORBAN"


errr...gambaq ni aku terpaksa cilok dari tenet je ye...
sebab aku pun x bape nak kuat semangat nak tengok lembu2 ni kena sembelih
bau darah pun aku rasa cam nak pengsan...dari gi tengok dekat-dekat
bek aku dok umah je.....
satgi tak pasal2 kena usung aku dulu..hahhahahha..

Bagi yang dah biasa dengan ibadah haji dan korban, mungkin tiada kemusykilan lah kot. Namun bagi yang baru berjinak-jinak dengan ibadah korban ini sudah tentunya banyak kemusykilan dan persoalan yang bermain di dalam hati. Berikut terdapat beberapa tips yang boleh dijadikan panduan.


Menunaikan haji ke Mekah bagi yang berkemampuan adalah ibadat yang terkandung dalam Rukun Islam dan mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah.
Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada 10 Zulhijjah juga disebut Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban. Bagi yang tidak mengerjakan haji sudah tentu sibuk dengan persiapan melaksanakan niat korban yang diraikan pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Umur haiwan korban dikelaskan begini:
  1. Unta – berumur antara lima hingga enam tahun.
  2. Lembu, kerbau atau kambing – berumur antara dua hingga tiga tahun.
  3. Biri-biri – berumur antara setahun hingga dua tahun atau yang berumur melebihi enam bulan tetapi sudah bersalin gigi hadapan.
Jenis haiwan yang boleh dijadikan korban pula ialah haiwan al-an’am iaitu unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri sama ada jantan atau betina yang tidak cacat. Cacat yang dimaksudkan termasuklah:
  1. Tiada atau terpotong telinga atau lidah atau ekor walaupun sedikit;
  2. Buta sebelah mata atau kedua-duanya;
  3. Gila atau berpenyakit;
  4. Berkudis walaupun sedikit;
  5. Tersangat kurus atau terlalu tempang; dan
  6. Yang bunting atau yang baru melahirkan anak.
Daging korban pula terbahagi kepada dua iaitu korban wajib atau nazar, dan korban sunat. Daging korban wajib atau nazar wajib disedekahkan kesemuanya. Haram ke atas orang yang berkorban itu memakan daging tersebut.

Bagi korban sunat pula, sunat hukumnya bagi orang yang empunya korban itu memakan sebahagian daripada daging tersebut.

Dalam berkorban juga terdapat beberapa pantang larang yang telah digariskan dalam syariat, iaitu:
  1. Haram menyedekahkan daging korban kepada orang kafir.
  2. Orang yang melaksanakan korban atau warisnya tidak boleh menjual daging, kulit, bulu atau mana-mana bahagian haiwan korban tersebut.
  3. Haram menjadikan kulit dan daging haiwan korban itu sebagai upah kepada penyembelih, tetapi harus diberikan dengan jalan sedekah atau hadiah.
  4. Sisa tulang yang telah dimasak atau dimakan hendaklah ditanam. Elak dibiarkan bersepah sehingga dimakan haiwan lain seperti kucing atau anjing. Ini adalah satu adab dalam pengabdian diri kepada Allah s.w.t. Jika tidak disengajakan, maka tidak berdosa.
  5. Jika telah bernazar untuk korban haiwan yang sudah ada kecacatan, maka wajar dilaksanakannya.
Semoga dengan panduan ini dapatlah kita sama-sama menjadikan ibadah korban sebagai amalan tahunan kita.

err...aku insyaallah thun depan akan join...tahun ni x sempat dah....huhuhu..lambat bagi nama...

Tuesday, November 16, 2010

::FIRST GIVEAWAY CONTEST::

Assalamualaikum yu olls...
ni aku nak war2kan satu contest
hahahha...cemana aku boleh terlibat lam aktibiti nih pun aku xtau
so...pada sesapa yang lalu kat blog aku nih
yang terniat, terdetik, teringat..
dan terrrrrrrr whateverlah ikut kepala hangpa...
maila join contest ni..aku pon baru first time masuk ni....
kalo aku menang, aku baca novel yang aku menang kat hangpa sampai
aku sendiri lena..wahahahhahaha..

so...kalau nak join mai klk kat sini okeh...
 Syarat-syaratnya:

1. WAJIB jadi follower belog ini.
2. LINK kan belog ini di bloglist korang.
3. Buat SATU entri tentang belog ini dan linkkan di sini.

Hadiahnya adalah salah sebuah novel yang ada di belog ini 
(mengikut pilihan pemenang terpilih) Dan kalau sambutan GA ini hangat...
akan ditambahkan lagi hadiahnya...Oleh itu jom reramai join GA Novel.

Mula pada 29 Oktober hingga 31 Disember 2010
haaaaa... pe lagi..mai2..jangan dok tengok saja na..! hihihihi

Monday, November 15, 2010

::20 FAKTA MENARIK DALAM ISLAM::

Hai
Gud morning
assalamualaikum.....
ape kabo...sihat?
gud2...

okeh..tanpa membazir waktu...ek elllehhhhhhhhh..
aku nak kongsi ngan hangpa semua 

"20 FAKTA MENARIK DALAM ISLAM"

saja letak gambaq dulu, takmo bagi boring..hihihih

sebenaqnya banyak la lagi...tapi buat masa ni..
yang ni saje la yang aku jumpa pon...
nama pun fakta so ni memang fakta la...
tapi aku dah lupa aku cedok kat webpage mana tah
so...sapa2 yang pernah posting kan fakta-makta nih..
sila lah ngaku ye..hihihihi


1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia, juga tempat pertama di Britain menewaskan nama Jack dan Harry. Sumber

2. Albania merupakan negara satu-satunya Islam di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam

3. Kata-kata berikut ini diambil dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl. Sumber

4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita ( secara perkiraan matematik ). Kata “lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24

5. Tidak ada apa-apa di dalam Kaabah.

6. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber. Pemeluk Islam bertambah 2.9% setahun. Pertumbuhan ini lebih cepat berbanding pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% setahun.

7. Umat Hindu percaya bahawa di dalam Kaabah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama “Shiva Lingam”

8. Jikalau sekarang Al-Quran dihancurkan kesemuanya, maka versi arab dari Al-Quran akan segera di-recover oleh jutaan muslim, yang disebut Hafiz yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Quran dari mulai awal sampai dengan akhir ayat. Al Quran adalah satu-satunya kitab suci yang dihafal jutaan manusia sehingga keaslian/kesuciannya sentiasa terjaga.

9. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dari 1.4 juta askar Amerika, lebih kurang 3,700 daripadanya yang beragama Islam.

10. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20,000 orang AS masuk Islam setiap tahun selepas peristiwa 9/11.

11. Jasad Nabi Muhammad pernah dicuba dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal.

12. Jasad Firaun (Ramses II) yang tenggelam di laut merah, baru ditemui oleh arkeologi Giovanni Battista Belzoni tahun 1817. Setelah 3000 tahun berada di bawah tanah dan pasir. Aku komfirm punya, ramai yang taktau nama sebenar firaun. Naseb bek tak tanya lam soklan PTD...hahahah..kalo x, aku pon failed...haha

13. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah SAW menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat,sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.

14. Nabi Muhammad SAW tidak pandai membaca dan menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat bijak.

15. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii … ummatii” yang menunjukkan betapa besar cintanya kepada umatnya.

16. Rasulullah SAW telah mengetuai 23 kali perang, hanya sekali sahaja kalah iaitu Perang Uhud.

17. Musa A.S adalah nama yang paling banyak disebut dalam Al-Quran, manakala Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran.

18. Semua anak lelaki Nabi Muhammad, iaitu Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Ramai ulama mengatakan Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.

19. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden. Aku ingat sket2 ja, tak ingat semua pon...sebenaqnya omputih yang cedok ilmu cendekiawan islam pastu kata depa yang punya ilmu..blah la...hahahahha

20. Makam Ibrahim bukanlah kubur Nabi Ibrahim A.S sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang. Makam Ibrahim adalah batu bekas tapak kaki baginda semasa Nabi Ibrahim membangun Kaabah.

sekian saja kali nih...nanti aku update len na..jumpa lagi...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails