nuffnang

Kawan-kawan saya

Wednesday, February 29, 2012

:: ANGKARA BLACK MAGIC ATAU APPENDIX(PART 1)::

Assalamualaikum...




Baru harini aku rasa ada energy nak buka blog. Dah lama tak update entry disebabkan macam-macam dugaan yang aku lalui bulan FEBRUARI ni.





Bagi sahabat handai yang sudi melawat aku masa kat surgery ward haritu, tima kasih banyak sebab sudi bawak segala benda untuk aku walaupun realitinya aku tak buleh makan pun. Makan, muntah ja manjang. Badan pun semakin kecik melidi dah sebab tak lalu makan. Pening, jangan cakap la. Hampir terputus hubungan aku dengan dunia luaq dah rasa.




Bagi sesapa yang mempersoalkan ke mana hilangnya aku selama ni, kat ofis takdak, kat luaq pun tak jumpa.Meh aku nak story telling sket. Actually aku start sakit dah lama.Start baru nak masuk bulan 2, aku tak buleh makan, makan ja muntah, makan ja muntah.Akibatnya berat aku jatuh mendadak,dari 42kg lebih jadi 37kg. Aku lost appetite.





Kepala aku pun jadi bengong. Antara orang cakap kadang-kadang aku rasa lambat nak ketchup, cepat pening dan pendek kata kalau orang tolak aku memang sah-sah tebalik.Dalam bulan FEB ni memang aku rasa azab sangat-sangat. Rasa macam nak abihkan bulan 2 ni rasa macam 3 tahun ooo...Dia punya bisa, jangan cakap la.....sampai dalam kepala aku "eh, masa aku nak sampai dah ka ni?" dok teringat mati ja atas katil.serius.




YANG DIKATAKAN SOLUTION




Aku keja dok pi klinik, sampai dokter tu pun kenai sangat dengan muka aku, Masa nak pi klinik, sakit nauzubillah, tapi bila drive sendiri pi (aku terpaksa drive sendiri sebab selalu sakit time keja, takdak sapa nak bawak aku), sampai ja klinik, sakit aku pelan-pelan hilang, Masuk kat dokter, jadi normal pulak. Sakit kadang-kadang ja mai.Rasa nak pengsan pun ada.Aku taktaula dokter tu percaya ka tak, cerita aku ni. Asai pi klinik ja, dokter cakap gastrik ni, angin ni, ubat gastrik kat umah aku jangan cakap la. aku rasa aku buleh bukak farmasi sendiri.




Kat bawah ni semua dadah gastrik yang aku pi ambik kat klinik, banyak tak banyak nak telan. Aku rasa hidup aku ni penuh ngan ubattttt ja. Macam-macam jenih, macam-macam kaler ada. Tu tak campoq ubat angin lagi.








Sebabkan aku rasa makin teruk, aku bebai dah nak pi klinik ambik MC. Tak larat nak pi hari-hari.Dah nak kena drive sendiri lagi. Kadang-kadang pening. Jauhhhhhhhhhhhh!(macam aku kata tadi, bila sakit, tempat dekat pun rasa jauh). Aku bantah cakap mak aku. Takmau dah pi klinik.Bebai dah!!!!




Mak aku nak bawak pi berubat pulak. Bila aku dah tak larat macam ni sapa yang nak drive? Aku takmau pi klinik dah.Last-last, mak ajak aku pi try kaedah tradisional pulak. Berubat kampung kata dia. Aku ni nak percaya sangat pun takla jugak, sebab aku maleh nak ambik port benda macam ni. Tapi sebab takmau bantah, tambahan pulak yang berubat tu ustaz, aku ikut ja la.




Sepupu aku tolong bawak.Aku nak drive? memang tak mampu dah.Tah apa yang depa sembang dalam keta aku susah nak ketchup. Jadi macam orang bengong. Dengan muka yang separa-separa kuning dah, perjalanan yang sangat jauhhhhhhhhhhhla sangat aku rasa.



(to be continued)






P/S : Segala yang baik hanya dari Allah, dan pohonla keampunan padaNya sebelum terlambat.

2 comments:

siti murni said...

tunggu nak baca sambungan di next entry...

sabaq banyak2 naa mas..

Rapunzel Cikilolo said...

hang sakit ape ni?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails