nuffnang

Kawan-kawan saya

Sunday, February 5, 2012

::AH.SUDAH! SALAH KIBLAT PULAK::

Assalamualaikum....



Selamat menyambut maulidur rasul to all muslim. Sama-samalah kita perbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, semoga kita mendapat syafaat baginda di akhirat kelak. Amin...




Kelmarin al-kisahnya, aku pi la salah satu tempat shopping yang agak familiar la area-area seberang jaya ni. Dek kerana masa aku pi tu sebelum zohor, so aku decide nak pi solat kat surau yang ada kat kompleks tu ja la. Sebelum ni aku dah nampak notis yang depa lekat kat dinding tu, surau dah berpindah. Aku tengok ex-surau tu tengah dalam renovation. Dalam hati aku "oooo, baguih jugak ni. Mungkin jugakla depa nak perbesaq surau tu, aman laaaaaa. Luas sket". Maklumla dalam shopping complex, ramai la orang yang singgah nak solat. Memang patut depa perbesaqkan lagi surau tu.

















Maka aku pun solat la dengan khusyuknya, sebab rasa agak selesa dengan kipas angin atas kepala. Elok dah bagi salam kedua sebelah kiri "assalamualaikum warahmatullah" tiba-tiba ada sorang hamba Allah sentuh bahu kanan aku yang pada masa tu aku baru nak baca doa. "Kak, sori la, kak salah kiblat." Dushhhhhhhhh.terasa tamparan yang begitu hebat. Allahhhhhhhhhhuakbar.





Tadi berapa ramai yang salah kiblat dah.Aku pun dengan konfiden la solat ikut arah yang reramai solat tadi.Aduhhhhhh, salah kiblat pulak............ Mencangak-cangak aku cari arah kiblat sebab aku nak confirmkan balik arahnya. Aku tanya orang belakang aku, dia pun x tau jugak belah mana. Memang muka konfiden tadi dah bertukaq jadi muka serba salah.




Lastly aku terpaksa buat-buat lalu kat surau laki, sebelah ja dengan surau pompuan, tengok depa solat arah mana. Dah betui aku pasti, aku solat lagi sekali. Mana pulak la budak tadi hilang, aku nak tanya arah kiblat lagi sekali. Dia pi ambik wuduk la kot.Jauh jugak nak ambik wuduk tu, kena ambik kat toilet nu. Tapi ada la tempat wuduk yang dikhaskan. Hmmmm, dah tak sekhusyuk solat pertama tadi dah.huhuhuu.Ampunkan aku ya Allah....bila dah dapat khusyuk tu, salah kiblat pulak.



p/s : Masa nak balik lupa pulak aku pi customer service suruh depa letak arah kiblat.huhuhuhuhu. Gambar di atas sebagai hiasan semata-mata.

1 comment:

[PCL] said...

ALHAMDULULLAH, MOGA DPT RAHMAT ATAS KEBAIKAN ANDA ITU.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails