nuffnang

Kawan-kawan saya

Wednesday, November 21, 2012

::GAZA : YOU ARE NOT ALONE::

Assalamualaikum peeps.....




Bertemu lagi dalam blog aku ni.hehehe. Kali ni ada satu event "untukmu Gaza" yang akan di buat di USM penang. Aku hanya memainkan peranan untuk hebahan umum khususnya bagi warganegara Malaysia yang ada kat area Penang ni.





Dan bagi yang bertanyakan aku saluran yang ada untuk bagi sumbangan pada saudara-saudara kita di sana, kat bawah ni aku letakkan info untuk salurkan bantuan.





p/s : Dari dok hingaq2 bab mekdi, baik pi derma.lagi baguih.


Monday, November 19, 2012

::GAZA:SERANGAN OLEH REJIM ISRAEL::

Assalamualaikum peeps.




Dalam kegembiraan umat Islam di Malaysia menyambut tahun 1434 hijrah, saudara Islam kita menempuh saat getir dan menyayat hati apabila pesawat tempur Israel menyerang Gaza pada 15/11/2012. Serangan itu bukan sahaja membuatkan bumi Gaza bergegar malahan langit Gaza kelihatan merah hasil daripada ledakan bola api yang dilancarkan.


Serangan yang berlaku di Gaza selama dua hari menyebabkan sorang petinggi Hamas Ahmed al-Jaabari terkorban bersama 11 lagi warga Gaza. Di sebalik pihak Israel pulak, hanya 3 orang yang terbunuh akibat serangan balas. (sumber: dokumenpemudatqn).


Memang mencemaskan bagi seluruh umat Islam bila melihat sendiri kebiadapan rejim Israel yang secara membuta tuli mencabul hak asasi manusia, tanpa mengira keselamatan orang awam mereka melancarkan serangan yang mengorbankan nyawa dan menghancurkan harta benda orang awam.

Pihak Israel pulak mendakwa, mereka lancarkan serangan balas terhadap pejuang Gaza yang melancarkan roketnya ke atas tentera Israel.


Ni antara yang aku baca dari detik.com.

Jurucakap Hamas mengecam serangan Israel kerana cubaan untuk mencetuskan perang dan eksploitasi ruang Gaza untuk kepentingan politik. Israel gunakan senjata untuk menyerang seluruh warga palestin, dalam keadaan peperangan yang berlaku secara terbuka dan melibatkan orang awam.


Alasan gencatan senjata yang dilakukan Israel adalah satu penipuan dan sememangnya tentera Israel yang lebih dahulu melancarkan perang secara terbuka terhadap rakyat di Gaza.

Walaupun rejim zionis itu selalu melakukan hal-hal yang yang diluar kemanusiaan tapi dewan keamanan PBB tak bertegas terhadap Israel. Amerika Syarikat sendiri selalu menyokong langkah yang diambil Israel.



Sedih bila tengok gambaq kemusnahan Gaza dan kesengsaraan saudara Islam kita di sana, senjata terkuat umat Islam adalah doa. Bantulah, doa lah....Henti-hentikan laaa bergaduh bab Mekdi. Karut sungguh la.













Kat bawah ni aku letakkan map Palestin. Tengok laaaaa betapa luasnya yang diclaim milik Israel.huhu.



p/s: Kat Malaysia ni dah satu hal pulak dok bergaduh pasai Mekdi.huhu.


Friday, November 16, 2012

::EH, RAKAAT BERAPA AKU NI??::

Assalamualaikum peeps.




Masih tak terlambat untuk aku ucapkan Selamat Menyambut Awal Muharam 1434h. Semoga tahun baru ni kita dapat menjadikan diri kita lebih baik dari yang sebelum ni. Kalau sebelum ni kita selalu cakap lebih kurang dengan orang, jadikan tahun baru ni sebagai landasan untuk kita lebih menghormati orang dengan seadanya. Tak rugi pun kalau kita sayang semua orang sekeliling kita. Jangan lupakan kebajikan sesama manusia dan yang penting, tanggungjawab untuk keluarga. Yang tu lebih utama.



Kat sini aku nak share satu info berkenaan "terlupa bilangan rakaat". Ni memang selalu jadi bagi kalangan kita. Ya lah kan, manusia biasa banyak jugak silapnya dan kita bukannya sempurna untuk buat semua benda jadi elok. Jadi masa solat tu, kadang-kadang ada perasaan was-was. Khusyuk dalam solat tu penting, tapi kita kadang kala tak boleh elak perasan yang ada masa kita solat.



Jadi macam mana caranya, kalau kita terlupa rakaat dalam solat? Caranya mudah saja. macam dalam gambaq kat bawah ni.



Sekian.untuk entry simple harini.hehe.


p/s : Jangan lupa buat sujud sahwi sebelum bagi salam.

Tuesday, November 13, 2012

::MALAM-MALAM KAMI::

Assalamualaikum to all.


First of all, selamat bercuti buat sapa yang cuti.hihihihihi (contohnya macam aku)



So, harini aku tak plan aktiviti apa lagi, sebab purse agak nipih di kala ini..hihihihi. Jadi kalau nak keluaq jugak tu, keluaq cuci mata saja la kot, tanpa aktiviti membeli dan blah.wakakaka.Jadi untuk memanfaatkan waktu-waktu malam sebelum tidoq, aku memang lepak kat umah ja. Malam-malam aku memang tak keluaq umah dah.hihi. 


Jadi malam-malam kami.....




Hahahaha.semua bersepakat lepak depan tv, tapi buat hal masing-masing. Sorang 'goreng' lagu, sorang khusyuk layan game, sorang lagi pantang nampak kamera ja, mesti sengih macam tu, dan yang paling ice-ice baby tu lenaaaaaaaaa ja. hehehhe. TV? function dia tolong meriahkan suasana saja.kuikui.



Kalau orang tanya, "hang buat apa malam-malam kat umah?tak boring ka?jomla keluaq.." oppssss. sori, bab keluaq malam memang la aku tak heaven macam hangpa, dan seperti gambaq di atas...tu la aktiviti aku.....hihi. Selalunya memang aku tidoq awai. Paling lambat pun pukui 11, paling awai, flight aku pukui 9.kihkih. Jarang aku tengok tv, sebab aku tengok tv 10 minit pun ngantuk dah.haha.



Aku jarang lepak malam-malam ngan kawan-kawan. Lagipun macam tak berapa syok pulak kan bila anak dara keluaq malam.huhu. Tapi la ni ramai yang tak kisah. Tapi macam mana pun, aku still kisah dan aku takkan keluaq kalau tak berteman.



Kalau aku keluaq ngan kawan-kawan pun, pi makannnnnnnnnnnnnnnnn ja.hihi. Bab shopping tu jarang la..haaaaaaa kalau dah muka khusyuk macam ni,tadak buat keja lain la... berebut laksa..muahahhaha




p/s : Syok tau lepak makan ngan kawan-kawan.kalau tak makan pun cuci mata saja.kuikui

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails