Hai Semua..
Salam 1 Malaysia
sekarang still pagi lagi kat tempat aku
kat tempat kalian mungkin da masuk waktu maghrib kot...
dan selamat berbuka diucapkan[errr..KL belum lagi tau]
okeh, seperti yang aku janjikan pada kalian
apa yang aku akan buat pada pagi yang mulia ini
[masih terasa macam mc perhimpunan sekolah]
adalah mengenai pendedahan tentang
" HALAL DAN HARAMNYA KOSMETIK ANDA"
jadik, oleh sebab pendedahan ni akan nyebabkan
anda jadik boring dan sebagainya, maka eloklah
sekiranya aku letak pencuci mata dulu okeh,
ni antara barangan kosmetik anda dan jugak saya
di sebalik kita boleh membuat aktiviti melukis di atas muka
tapi sedarkah anda????
kosmetik ni diperbuat dari
- lemak manusia
- kulit banduan yang ditembak mati di China
- Uri bayi yang diperolehi dari hospital yang menjualnya
- lemak ba.alip.ba.ya
- air ketuban
ni adalah sumber yang aku dapat dari internet
dan jugak buku keluaran
Persatuan Pengguna Pulau Pinang
Ekstra uri dalam kosmetik
Tahun 1982: CAP telah dedahkan kegiatan tak bertanggungjawab oleh hospital- hospital kerajaan di Malaysia ye, tu belum campur ngan hospital luaq lagi yang jual uri ke luaq negara.... okeh, kalau sekarang Malaysia maybe la dah stop untuk producekan benda ni, tapi bekalan uri masih berterusan di hospital luar negara.
Antara barangan yang menggunakan uri ni termasuklah krim muka dan badan, salap [ aku taktau la natang pe nih], losyen rambut. Dipercayai, hormon yang ada dalam uri sesuai untuk kulit manusia. Emmmm..tapi, yang tu menurut kepercayaan saja, dan belum disahkan secara saintifik.
Air ketuban
Satu lagi bahan yang digunakanialah cecair amniotik atau air ketuban, iaitu cecair yang terdapat dalam karung sekeliling bayi yang belum lahir. Mana-mana pengguna kena prihatin sket, baca label dulu, jangan main beli ja.
Kalau pada label, ada tulis mengandungi ekstrak uri, kolagen tu..better la elakkan. Memandangkan sumber ini diambil dari manusia, ia adalah haram dan menjijikkan bila kita guna pada kulit.
Sebuah syarikat kosmetik di China didakwa menggunakan kulit daripada banduan yang mati ditembak untuk menghasilkan produk kecantikan yang dijual di Eropah, mengikut laporan akhbar Guardian.Kalau pada label, ada tulis mengandungi ekstrak uri, kolagen tu..better la elakkan. Memandangkan sumber ini diambil dari manusia, ia adalah haram dan menjijikkan bila kita guna pada kulit.
Penggunaan kulit banduan China dalam kosmetik
Aktivis hak asasi manusia di China berulang kali mendakwa organ-organ telah diambil dari mayat banduan yang mati ditembak dan dijual kepada pakar bedah yang menawarkan pemindahan untuk orang asing yang membayar yurannya.
Allantoin
adalah bahan yang membantu mempertahankan kelembaban dan kelembutan kulit, serta anti iritasi kulit (terbakar, lecet, jerawat, bisul). Allantoin cair dapat dijumpa pada janin mahluk hidup, air kencing anjing, benih gandum, cacing tanah dan komponen organik lainnya. Zat turunan allantoin meliputi AluminiumchlorhydroxyAllantoinate, AluminiumdihydroxyAllantoinate, Allantoin N Acetyl DL Methionine dan lain-lain. Biasanya digunakan dalam produk deodoran, anti iritasi pada rawatan bayi, moisturizing cream and lotion, ubat gigi, produk skin care dan sebagai anti dandruff pada shampoo.
Selain bahan-bahan kosmetik yang berasal dari haiwan, ada juga yang berasal dari manusia antara lainnya:
1. Keratin, berasal dari rambut manusia, sering digunakan dalam produk pewarna rambut.
2. Albumin, berasal dari serum darah manusia, banyak digunakan untuk pelarut bahan aktif kosmetik seperti botox.
3. Plasenta = uri (lihat uraian di atas)
4. Asam Hialuronat (Hyaluronic Acid), berfungsi menjaga kesihatan kulit, termasuk dalam kelompok mukopolisakarida. Terdapat dalam cairan mata dan tali janin. Sering terdapat pada produk whitening cream dan perawatan kulit. Ah, APR.
1. Keratin, berasal dari rambut manusia, sering digunakan dalam produk pewarna rambut.
2. Albumin, berasal dari serum darah manusia, banyak digunakan untuk pelarut bahan aktif kosmetik seperti botox.
3. Plasenta = uri (lihat uraian di atas)
4. Asam Hialuronat (Hyaluronic Acid), berfungsi menjaga kesihatan kulit, termasuk dalam kelompok mukopolisakarida. Terdapat dalam cairan mata dan tali janin. Sering terdapat pada produk whitening cream dan perawatan kulit. Ah, APR.
(info kat atas nih aku ambik dari page Indonesia) dah la... x larat aku nak bagi info....hihihihi..nanti la sambung len....
2 comments:
lor..ku ingat ada pendedahan produk apo..yg ni i dah tahu la yang..but thanx for the info..sharing is scaring kan..eh..caring..hehe
hihihi...Jakim xmo publish la nama company yang guna benda2 ni..tp salah satunya maybelline..hihihi, ada lagi brand lain mcm sabun ke ape tah nama st.ives..
Post a Comment