nuffnang

Kawan-kawan saya

Monday, February 6, 2012

::PEREMPUAN DIPANDANG PELIK BILA........::

Assalamualaikum. Masih lagi dalam mood menyambut Maulidur rasul.




Semalam, 

Aku blogwalking beratus-ratus blog sampai berpinaq mata. Alhamdulillah, suka tengok bila blogger-blogger banyak update pasai maulidur rasul, ada jugak yang update tazkirah dan peringatan buat kita yang sesama muslim. Kalau tidak, sangat bersepah-sepah ja update pasai cintan-cintun ni.hehehe. Good job. 







Pagi ni aku online jugak, tapi aku tertarik dengan satu kata-kata ni. "Lelaki rosak, kalau dia berubah orang boleh terima, TAPI perempuan rosak, jika dia berubah pun belum tentu ada yang terima. Bukan tujuan untuk menghina, tapi untuk menyedarkan yang terlena". Dalam kepala aku ni ada separuh bahagian mengiyakan apa yang dikata. Kalau kita renung dalam-dalam, memang betui jugak. Sapa yang nak terima perempuan rosak, melainkan lelaki yang betul-betul ikhlas nak bimbing wanita tu. Tapi kemungkinan nak jumpa tu, hmmmmm. taktau la kan.




Okeh, berbalik pada apa yang aku nak share pagi ni, PEREMPUAN DIPANDANG PELIK BILA [dot][dot][dot]. Ni memang situasi yang jadi kat aku sendiri bila pi jalan-jalan kat tempat shopping. Ataupun yang penah jadi kat pompuan len aku taktau la.Kot-kot kena macam aku jugak.haha




Bila aku jalan ngan kawan aku[memang perempuan la], dalam shopping kompleks, mesti yang geng-geng 'couple' ni ushar semacam. Kadang-kadang aku tanya jugak kawan aku ni. "Kita ni nampak pelik ka? awat orang tengok pelik ja". Padahal aku takdakla jalan peluk-peluk ka, pegang tangan and so on. Yang dok tengok kami dari atas sampai ke bawah pulak, dah la 'couple' siap pegang tak lepas dah. Apa la yang pelik agaknya. Dua tiga kali aku dok tengok diri sendiri. Kot-kot la kasut salah pakai ka, baju terbalik ka apa. Heran jugak.




Lagi satu aku pun pelik bila, pakai baju kurung masuk shopping kompleks. Ada yang tengok macam aku ni dari planet lain. Memang heran. Besa la, kadang-kadang lepas balik keja ataupun pi kenduri memang takdak pasai la aku nak balik salin baju semata-mata nak pi shopping kompleks. Aku memang pi ja la ngan baju kurung, aku tak kesah pun. Tapi kena ushar kaw-kaw punya. Kes dengan member aku jugak ni.




Pendek kata, kalau aku hang out dengan kawan aku, memang kami akan nampak 'pelik' kot. Aku pun tak paham. Pi tengok baju ka, pi tengok wayang ka, pi makan ka. Apa-apa ja lah.Nak kata penampilan kami ni lain, rasanya aku dari planet bumi jugak. Cuma tak melaram yang rambu ramba bagai, macam budak-budak la ni. Setakat baju kurung, baju simple-simple ja. Haihhh tu pun jadi pelik.




Tapi yang dye rambut sebelah biru sebelah merah, yang pakai stokin sebelah belang sebelah lagi plain, yang sibuk dok tarik-tarik baju bila terangkat tak pelik pulak kan. Yang selalu dating kat tepi pokok bunga, siap bersandaq-sandaq langsung tak nampak pelik. Memang sangat tak nampak pelik bila awek-awek ni jalan peluk-peluk dengan boipren masing-masing. Aku ingatkan yang rambut kaler-kaler tu minah saleh, sekali cakap melayu. hmmmmmmm. Ada yang pakai selendang tapi baju jarang, jeans ketat, yang ni lagi tak pelik kan.Pakai tudung dan baju pendek, lengan pendek. Slamber ja kan? Takda sapa ushar atas bawah. hmmmmmm.Langsung tak paham.






p/s : Pelik pelik dunia la ni.








3 comments:

missStrikeOne said...

mmg pompuan nmpk pelik klu pakai bju kurung kt shopping complex.padahal ttup aurat ape. xpaham pmikiran owg msia neh

.........cP~ said...

Hahaha. Kalau saya, saya akan pandang dengan kagum. Lagi-lagi kalau yang pakai baju kurung, tudung labuh. Rasa cemburu sebab diorang mampu pertahankan peribadi macam tu.

Kalau jumpa couple pegang tangan, saya dengan kawan (perempuan) akan ikut pegang tangan depan mereka. Kawan saya kata, saja. Kita pun boleh pegang tangan jugak.

Unknown said...

biasa larh tue.manusia kan makin pelik.. dorg yg tgok pelik tue sbnrnya xperasan yg dorg pon pelik jugak.. :P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails