nuffnang

Kawan-kawan saya

Sunday, June 23, 2013

::EDISI TERJAH MEE UDANG BRIE KUBANG MENERONG::

Assalamualaikum.



Bersua lagi di ruangan ini. Kepada followers yang semakin meningkat, tima kasih banyak-banyak diucapkan sebab sudi view page ni buat kesekian kalinya. Tima kasih buat yang sudi drop komen kat bawah page ni , kalau ada apa-apa nak tanya, nanti eden reply ye.kihkih


Entri ni adalah kesinambungan aktiviti yang dilakukan oleh group JOM RONDA-RONDA CARI MAKAN DI UTARA. Kali ni bertempat di Kubang Menerong, dekat jugak dengan Tasek Gelugur, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Kali ni kami ke destinasi menjual mee udang yang semakin dikenali bagi penduduk setempat dan masyarakat luar.


Kedai Mee udang Zaiton & Brie ni terletak di dalam kampung. Perjalanan untuk masuk ke dalam kampung memakan masa lebih kurang 10 minit sebab kami tercangak-cangak cari signboard. hehehe. Mujur ada signboard dan bagi anda yang first time sampai ke sini komfirm takkan sesat.


Kat bawah ni adalah sebahagian gambar-gambar sepanjang kami berada di sana untuk sesi terjahan. Ada disertakan video juga bagi memberi 'feel' kepada anda untuk merasai kemanisan udang fresh di kedai ini. Selamat mencuba. 














link address untuk menonton video ini :  EDISI TERJAH MEE UDANG KUBANG MENERONG


P/S : sedap oooo ais kacang dia. Ais kacang tinggi tu ada orang belanje saye.hehe. Jangan jeles.

2 comments:

Udin said...

salam

pergh! mee udang! ais kacang paling tak tahan. fuh! baguih jugak ang share entri jejalan cari makan ni. boleh wat guide nanti ajak member dari jauh ronda2 jejalan cari makan. hehe.

myretina said...

Salam... menarik nie...tapi saya yg dok bertam pun tak tau...ada detail dak simpang nak pi sana. TQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails