nuffnang

Kawan-kawan saya

Thursday, May 5, 2011

::JERNIHNYA SANG EMBUN::

Assalamualaikum.....and happy blogging untuk semua blogger sekalian alam maya sekalian.....






Okeh( perasan dak? semua entri aku mesti start ngan perkataan ni...what laaa) huhu. Apa- apa pun pada hari khamis yang berbahagia, sempat aku update first entry untuk hari ni. Tengah aku dok tengok gambaq kat pakcik google nih, aku rasa cantik pulak gambaq embun...bila diambik dengan kamera yang mahai jugak aku rasa..hihi






Disebabkan takda blogger lagi buat segmen pagi-pagi ni jadi aku upload gambaq dulu la, untuk cuci-cuci mata, kagum betul dengan ciptaan Allah ni. Kalaulah, tak boleh tengok dunia ni, aku taktau macam mana hidup aku dan macam mana nak gambarkan perasaan. Cuma melalui gambaq ni, dapat jugak kita tengok kekuasaan Allah.



























Cantikkan, Subhanallah..tak terucap dengan kata-kata. Rugi ooo sapa yang bangun lambat.tak boleh nak tengok panorama cantik macam ni....Bagi sapa yang bangun lambat, tu cuba sesekali bangun awai.Pi tengok belakang rumah, kat rumput-rumput tu sure ada embun. 





Tapi bagi yang dok rumah flat tu,susah sketla nak tengok........


















































Moral of the story: Agak-agak ada tak manusia yang hatinya sejernih embun ni?.

Wednesday, May 4, 2011

::UCAPAN BUAT IBU TERCINTA::

Salam 1 Malaysia.....dan selamat berblogwalking lagi..hehhehe





Malam ni, aku join lagi segmen c.z ni.....sebab sempena hari ibu ni aku nak wish "happy mothers day" buat mak aku yang tengah lepak-lepak kat depan tv tu.....hihihihi.Oleh kerana c.z merupakan blogger first yang buat segmen untuk hari ibu ni, maka aku pun dengan sukacitanya nak join....










Ish..awat macam kecik pulak header c.z nih...Takpalah c.z kan janji ada...hehehhehehe..Okeh, buat blogger yang lain, sapa-sapa yang nak join lagi bolehla klik link ni.Yang ada free time tu boleh join laaaaa, yang takmau join tu buat taktau ja dah la..haha..Sampai hati no...





Memandangkan gambaq mak semua ada dalam external hard disc, maka tiada lah gambaq yang boleh diupload berikutan aku pun menaip guna lappy ja ni. Memang takdak gambaq apa-apa dalam ni......eh, kalau mintak kat pakcik google, ada tak dia simpan gambaq mak aku?hihihi....Memang sah takdak.





Okehlah di kesempatan ni kalaula mak baca entri anakanda ni, anakanda nak ucapkan selamat hari ibu buat mak, terima kasih sebab mak jaga anak mak ni dengan penuh kasih sayang, bila anak mak ni buas, kena sebat dengan tali pinggang, mak still on my side, mak dukung bawak pi klinik bila anak mak ni jatuh tangga, mak suruh telan ayaq banyak-banyak bila anak mak ni makan daun keladi hiasan depan rumah, mak angkat anak mak ni bila demam, mak jaga anak mak ni kat hospital time sakit dulu.










Mak, tenkiu sangat-sangat sebab jaga anak mak ni masa demam campak dulu, walaupun asyik menangis jaaaa tapi mak sabaq jugak jaga, terima kasih jugak sebab buat kelas tuisyen ajaq anak mak ni ABC, 123 sampai anak mak ni boleh masuk sekolah, terima kasih jugak sebab tak rotan anak mak ni bila tak dapat nombor 1 dalam kelas..hehehehhe..






Mak, tenkiu sangat-sangat, sebab mak selalu bagi semangat kat anak mak ni supaya belajaq sungguh-sungguh. Bila anak mak ni dah boleh masuk universiti, anak mak ni selalu mengadu subjek banyak yang susah, mengadu gelabah gila nak buat class presentation, mengadu penat nak pikir thesis...heheheh. Tapi mak tak marah, mak cuma bagi nasihat ja dan bagi tazkirah sepatah dua kata yang buat anak mak ni semangat balik sampai grad.Tenkiu mak......






memang tak terbalas semua jasa mak...tadi anak mak ni suruh baca entri ni..mak takmau...mak kata malas nak tengok laptop.huhuhu...(emo sat)...yang tu ja kot. Selamat Hari Ibu ye mak dan happy birthday....(walaupun birthday mak bulan 9) hihihi...sekian sahaja ucapan untuk mak pada kali ini...





Oh ya, tak lupa jugak tima kasih sebab selalu beli teddy bear kat anak mak ni, pastu last-last mak suh bungkuih semua sebab penuh katil.huhuhuhu..terpaksa jugak ikut cakap mak sebab kena marah..heeeeeee






Oh ya, aku nak tag:


EXPIRY DATE : 5 MEI 2011





sekian, untuk makluman.




::TERCARI-CARI TEMPAT SOLAT?::

Salam 1 Malaysia...selamat petang dah...(laaaaa..sat ja kan?)






Okeh, mengupdate lagi keja aku harini. Aku nak kongsi sket bab sembahyang ni. Ada orang kata, kalau nak pi mana-mana takdan nak solat lah, takda tempat solat lah.....Hamboi.........macam-macam alasan no.









Tapi,selalu berdoa "Ya Allah, selamatkanlaaaa aku, berikan rezeki kepada aku". Tapi solat bukan main malas lagi. Macam-macam dalih ada. Putaq belit sebab kes takmau solat. Ingat, doa senang-senang ja ka Allah nak bagi, kalau dah diri sendiri asar pun salah rakaat. Apa cerrrr.






Tapi bila tanya, perempuan pilihan?calon lelaki pilihan? JAWAPAN UTAMA mesti "ooo...senang saja, saya nak yang muslimah, jaga sembahyang". Pirrrrrrrrrahhhhhhh..kalau diri sendiri pun, doa qunut tak reti nak baca jangan mimpi laaaaaa senang-senang Allah nak bagi calon syurga. Bukan takat calon....rezeki pun dok tersekat-sekat.





Yang pi merayau, bukan main lagi. Alasan takmau solat, lambatla satgi keja tak siap...Kalaula mati time tu...... Nak jawab apa dengan Allah???? Boleh ka nak bawak keja masuk kuboq ha?.....Rumah dunia bukan main nak besaq-besaq macam banglo,tapi keja malas..... Doa bukan main, "masukkanlahhhh aku dalam syurgamu" tengok-tengok sembahyang 3 waktu pun payah. Apa nak jadi?





Bagi yang tercari-cari tempat solat kononnya yang terbaik taksemesti macam ni saja....







kalau dah sesat ka, tak jumpa masjid pun, boleh jugak laaaaa solat kat mana-mana asalkan berwudhuk ye. Jangan la wudhuk semalam, tapi guna sampai harini pulak. Kalau nak pi tengok bola pun still boleh solat lagi. Berhentila bagi alasan.....!





Kat bawah ni aku share lagi, tempat-tempat yang tidak menjadi halangan untuk hati mengingati Allah.... Kalau nak Allah ingatkan kita, pandai-pandaila jaga hubungan dengan Allah.....



































































Lain padang, lain belalang, lain orang lain ragam. Tapi bagi menyerahkan hati kepada Allah, solat tu tiang agama. Sebelum nak cari yang soleh, kita yang patut jadi soleh dulu. Takkan kita berusaha nak cari yang terbaik padahal diri sendiri pun satu waktu ja yang ingat nak buat????? Renung-renungkan dan selamat beramal =)








sekian, untuk makluman.

::BEN ASHAARI LELAKI vs PEREMPUAN::

Salam 1 Malaysia...dan bersegmen lagi untuk kali ni...




Kali ni, bukan Ben 10 yang buat tapi Ben Ashaari yang punya..hahaha..So, untuk menyesakkan kepala lagi sapa yang free-willy tu, mai la join. Sapa yang nak join tu pakat-pakat klik sini.






Wah...dah semakin meletoppppppps gitu header beliau.....Merah barula garang..hahahhah....Satu set lak tu..hihi...Okeh, dah mengarut plak aku dari entri sebenaq.





Okeh, bila cakap pasai lelaki kadang-kadang apa yang ada dalam kepala aku ni,banyak la jugak. Antaranya, ya lah, aku mesti pikiaq



"Ish, agak-agak ada tak lelaki jenis setia yang aku akan jumpa"

"Kenapa laaaaa lelaki mesti dapat awek yang lawa ja?hehe"



Kalau sebut tentang lelaki ja mesti aku tertanya "emmmmm....mesti lelaki ni ada awek dah  ni" (hehehhe..jangan marah ha...)





Tak banyak sangatla yang ada dalam kepala aku ni...Maybe yang tu ja yang terlintas buat masa ni...sekian..haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails