nuffnang

Kawan-kawan saya

Tuesday, January 25, 2011

::ANDA SIBUK? SAYA PUN SIBUK...TETAPI

Helooo anda sekalian...
salam 1 malaysia
buat warga pejalan kaki
kat sini takda bahan makanan yang boleh mengenyangkan
yang ada hanyalah santapan rohani
untuk yang memerlukan
bagi mengisi jiwa yang kosong...

okeh....kali ni mari kita hayati
tentang 'kesibukan' kita di dunia
yang akhirnya
membawa kepada kerugian tanpa kita sedar...
selamat menghayati...


Persekitaran kita benar-benar meransang kita untuk sentiasa bergerak. Kehidupan itu sendiri menggambarkan perubahan, perkembangan, pertumbuhan dan sebagainya. Setiap yang hidup di sekeliling kita sentiasa berubah, berkembang dan lain-lain sifat yang menggambarkan dinamika hidup itu sendiri. Kita akan terasa asing jika kita berhenti seketika tanpa melakukan sesuatu. Jika seminggu kita tidak bekerja....kita akan di desak oleh berbagai keperluan yang akhirnya memberikan kita suatu kesimpulan bahawa kita perlu melakukan sesuatu.

Suasana kehidupan itu benar-benar dinamik dan aktif. Jika ada yang cuba mendiamkan dirinya maka dia akan tertinggal dalam kitaran hidupnya menyebabkan kita berakhir dengan penyesalan dan kekecewaan. Bahkan lawan kepada dinamik dan aktif itu ialah kaku dan mati atau tidak ada kehidupan.

Namun kita perlu berhenti seketika....bukan selama-lamanya. Kita perlu berhenti untuk muhasabah diri. Kita perlu berhenti seketika untuk memastikan arah tuju hidup kita berada di atas landasan yang benar. Kita perlu berhenti seketika untuk membetulkan jalan hidup kita agar kita benar-benar sampai kepada matlamat yang kita cita-citakan.


Kadang-kadang kehidupan dengan segala desakannya menyebabkan kita hilang pertimbangan hingga kita mula keliru antara perkara utama dan tidak dalam kehidupan kita. Mencampur adukkan antara perkara utama dan tidak utama menjadikan fikiran dan hidup kita tepu.

Seminggu lepas saya merasakan pemikiran saya tepu dan beku. Kehidupan terasa begitu terbatas. Masa yang ada dirasakan begitu terhad dan penuh dengan kesibukan. bahkan komputer saya dengan 250 Gigabytes itupun telah tepu dan penuh. Semua software bergerak perlahan dan kadang-kadang 'hang' pula. 

Saya mula hilang fokus. Hinggalah suatu hari saya duduk di depan komputer saya dan mula melihat bahan-bahan yang tersimpan. Saya buka satu folder demi satu folder. Saya agak terkejut. Ada bahan-bahan yang sama berada di beberapa folder dan ada pula di external hard disk. Ada juga bahan-bahan yang memang saya tak perlukan langsung yang kadang-kadang saya copy dari teman-teman (asal saja tengok bahan baru memang saya akan copy). Saya mula memadam bahan yang tak diperlukan di external hard disk kemudian ke PC, memang terlalu banyak bahan-bahan yang perlu dipadam. Selesai sebahagian kerja saya dengan bahan-bahan 'maya' itu saya mula bersandar dan melihat pada kehidupan saya di alam nyata. Saya terkejut lagi...begitu banyak masa yang saya habiskan untuk perkara-perkara yang kurang penting bahkan ada yang memang tak penting. banyak kerja-kerja utama dan penting tergendala sedangkan banyak juga kerja-kerja yang tak penting berjalan dengan elok. 

Kini saya cuba habiskan beberapa hari untuk menyusun semula jadual dan perancangan kerja saya. Sambil-sambil defrag komputer saya pun mula defrag kehidupan saya sendiri.

Saya pernah sebutkan pada anak-anak didik saya kata-kata dari Imam Al Ghazali "Orang yang rugi ialah orang yang sibuk tetapi kesibukannya tidak akan menyelamatkannya di hari Akhirat nanti."

Memang semua kita sibuk kerana kesibukan itu adalah tuntutan hidup tetapi adakah kesibukan kita benar-benar akan menyelamatkan kita di Akhirat nanti.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails