salam 1 malaysia buat semua
apa yang sedang anda lakukan?
mengorek idung???
oh jangan....itu akan meluaskan lagi hidung anda yang mancung
hihihihi..gurau2 je okeh...
okeh, setelah 2 minggu aku x posting apa2...
kali ni aku postkan entry baru buat tatapan
anda sekalian..
no personal diary for today
tapi entry yang lebih menarik yang dicopy dari notes
ABU HANIFAH
yang bertajuk
"DI PERSIMPANGAN JALAN"
mari kita layan...zaaassssssssssssss...
Umat Islam hari ini benar-benar berada di persimpangan jalan. Cara hidup jahiliyyah dengan berbagai perisa dan pewarna Islam telah menyelubungi kehidupan mereka hingga mereka menjadi keliru dalam memilih jalan hidup yang lurus; mereka gagal memilih watak-watak atau keperibadian (syakhsiyah) sebagaimana yang dikehendaki Allah SWT. Ini semua adalah merupakan konspirasi dan perancangan musuh-musuh Islam. Umat Islam kini tidak lagi memiliki syakhsiyahnya sendiri bahkan menumpang syakhsiyah-syakhsiyah lain yang tidak ada hubungannya dengan Allah SWT dan hari Akhirat. Yang ada hari ini hanyalah syakhsiyah ghusaiyyah (keperibadian buih), pemuda-pemudanya yang mudah terikut-ikut dengan apa saja trend semasa.
Musuh-musuh Islam telah cuba sedaya mungkin untuk memadamkan sejarah kegemilangan Islam hingga generasi baru Islam kini terpaksa menumpang tamadun-tamadun yang tidak dibangunkan dengan asas keimanan kepada Allah. Generasi Islam kini telah kehilangan kebanggaan masa lalu menyebabkan mereka kehilangan identiti.
Manusia tanpa identiti hanyalah seperti tumbuhan air yang tidak berakar tunjang, hidup mengikut arus. Generasi yang kehilangan identiti ini hanya hidup untuk konsep-konsep 'instant' (segera) sahaja; cukup dengan kejayaan kecil yang dicapai serta tidak memilik jiwa dan kemahuan yang tinggi(himmah).
Kemanakah perginya kemuliaan Islam ?
Kalau kita tanyakan pada diri kita dengan penuh kesedaran dan keinsafan; berapa ramaikah sahabat-sahabat Rasulullah SAW ketika Rasulullah SAW mengatakan "Wahai bapa saudara ku, sekiranya mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku supaya aku tinggalkan urusan ku ini (dakwah). Aku tidak akan tinggalkannya sehingga Allah zahirkan kemenangannya atau aku binasa". Berapa ramai tentera Islam ketika peperangan Badar? Berapa ramai ummat ketika kekuasaan kuffar tunduk kepada kebenaran Islam? Bukankah ummat Islam ketika itu terlalu sedikit. Apakah rahsia kejayaan mereka? Kejayaan mereka ialah kerana mereka memiliki keperibadian Qur'ani (hasil dari penghayatan al Qur'an). Mereka merasa 'izzah (mulia) dengan Islam di samping meyakini janji Allah SWT. Inilah kekuatan yang ada pada mereka tetapi semakin hilang pada hari ini.
No comments:
Post a Comment