nuffnang

Kawan-kawan saya

Sunday, January 29, 2012

::BUDAK-BUDAK K-POP TEWWWW::

Assalamualaikum peeps....




Tadi aku dak hadap blog, oh.Rupanya AJL malam ni.hahahahaha. Aku tak ambik port langsung. sebab memang aku tak minat sangat nak tengok artis-artis melesia perform.hehe.Di sebalik simptom yang melanda budak-budak la ni dengan perkataan "sumpah". Asai cakap ja mesti nak ada perkataan sumpah.Aku pun tak paham apa yang depa suka sangat sumpah-sumpah ni.haha.





Aku dok tengok blog yang rajin dok redah blog aku, kebanyakannya K-pop lover i guess. Penuh jugak gambaq artis korea kat blog depa. hahahaha. Addict dah ni. At the same time bila depa mai blogwalking kat blog aku ni, aku dapat belajaq la sepatah dua perkataan Korea. Baguih jugak budak- budak ni dedahkan aku. Aku tak kenai langsung mana satu artis Korea..hehhehe. Sebab aku tak la minat sangat.






Gambaq ni hasil carian aku kat google tadi...Aku tak kenai sorang pun. Ya lah, tak besa pulak sekolah sekali.haha. Teringat pulak aku dengan budak Johor yang kena ugut macam-macam oleh K-POP lovers yang  berani komen hentam ja, sambil ugut-ugut. Bila buat report polis, teruih senyap. Aku follow jugak cerita tu, tapi jadi silent readers ja. Sebab aku tengok banyak budak-budak ja yang komen pun.hahahaha.Terlebih darah muda besa la tu.





Kawan aku pun ada jugak hat suka cerita korea ni. Aku penah tengok cerita my girl ja. Yang len aku tak penah tengok. Disebabkan sedih dan panjangnya cerita my girl tu, aku decided takmau dah tengok cerita korea. Buleh emo.huhu.Apa-apa pun thanks na peminat k-pop yang asyik dok suruh aku terjah blog hangpa tu.Ada blogger yang upload gambaq banyak sangat sampai berat nanang aku nak loading. So aku blah ja tanpa tinggaikan jejak. huhu. Sapa yang rugi tewwwwww?hihi. 

Tuesday, January 24, 2012

::JOM RONDA_RONDA CARI MAKAN D' UTARA::

Assalamualaikum to all bloggers,

readers,
stalkers and
whoever yang masih lagi sudi terjah-terjah kat sini.


To all chinese friends, Gong Xi Fa Cai.


Berikutan ada demand bagi aku siapkan entry makang-makang, maka aku nak war-warkan satu page ni khusus buat sapa-sapa yang suka makan especially bagi yang dok kat utagha. Tak kesahla, rakyat penang ka, kedah ka, perak ka, perlih ka, as long hangpa semua dok belah utagha ni. Eh, tapi perlih negeri kayangan kan?hihihihi.




Walaupun page JRRCMDU ni baru ja pandai masuk dalam FB, kalau tak salah aku la, dalam3-4 bulan, tapi beriban-riban dah members dalam ni. Baru-baru ni group ni buat first gathering kat Perda, memang sangat happening dan peningnya dengan aktiviti memasing. 




Okeh, sedikit background pasai page JRRCMDU ni, page ni menghimpunkan semua tempat makan best yang melambak-lambak dari utagha, sapa nak tengok ka atau nak bagi cadangan ka buleh la klik link yang aku providekan tu. Di samping buleh kenai dengan hantu-hantu makan dari utagha, sapa yang join group ni memang havoc la sebab boleh recommend kedai, kutuk kedai dan sebagainya. Jangan hangpa dok pi santau tokey kedai dah la na. Dosa besaq tu.




Sapa yang nak bertindak sebagai pengomen tukang kedai, tanda halal atau apa saja pun buleh la. Suka hati hangpa la. Tapi mesti berlandaskan atas dasar makanan semata-mata. Nak panggil makan kenduri, nak tanya kedai makan pun buleh. Nak post gambaq makanan yang buleh buat aku terlioqqqqq pun bulehla.jem betui.




Bagi sapa yang nak diet-diet tu takyah la tengok. Sebarang pertambahan berat bukan salah aku.muehehehe. Kat bawah ni aku uploadkan gambaq untuk kalian cuci mata dan rasakan gegarannya betapa happeningnya bila hantu makan seutagha turun.huhu.(agak-agak mau kena banned nih)



















































































Ikutkan hati aku, semua aku nak sumbat dalam ni,tapi cukup la yang ni dulu kot. Aku heran la,gambaq aku tak berapa buleh nak upload dalam ni, gambaq orang len buleh pulak masuk. Ni boleh mengundang ketidakpuashatian ni. huh. Hahahaha,takpa la. bagi chance kat orang len dulu. Aku len kali ja la.huhu. Sapa nak join group ni amatlah dialu-alukan. Mai klik kat sini JRRCMDU.



p/s : Sebahagian dari gambaq yang sempat dikidnap dan jugak dengan hadiah cabutan bertuah masing-masing.hahahahahhhaha

Monday, January 23, 2012

::'ACADEMIC FREEDOM' :SUARA MAHASISWA UPSI::

Assalamualaikum to all bloggers....




Harini aku jumpa gambaq menarik yang menghangatkan suasana mahasiswa seluruhnya....Suara mahasiswa UPSI.adakah didengari atau pun sekadar di pinggiran ja...Buat sapa yang bergelar mahasiswa. Adakah anda faham dengan academic freedom?AUKU? Mehla kita tengok beramai-ramai. Tuntutan mahasiswa hari ini yang perlu dipandang berat. 







































p/s : Bagi sapa yang boleh undi tu, undilah......kredit to anakkedah.com.tima kasssssey...

Saturday, January 21, 2012

:: KAD JEMPUTAN KAWIN - JANGAN JADI JAHIL TENTANG KALIMAH ALLAH::

Assalamualaikum to all.





Memandangkan harini sabtu, maka dengan sukacitanya cuti lah aku pun. Harini dengan esok memang banyak kenduri. Kat kampung aku ni pun belambak sampai tak larat nak pi. Alkisah pun, aku pun update la kad kenduri yang bersusun atas oven kat dapuq tadi. Nak tengok la kenduri sapa yang ada harini. Ada satu kad jatuh atas kaki aku.Aku pun tunduk la ambik balik kad tu, tapi tiba-tiba aku ternampak "Walimatul Urus" Bismillahirrahmanirahim.....(tulisan khat) Allahuakbar! Aku terkejut. Alamak, ada tulisan bismillah la.





Masyaallah, mengucap panjang aku. Ada kalimah Bismillah kat kad tu. Aku terpikiaq, depa yang buat kad ni tak perasan ka tak sepatutnya buat kalimah tu atas kad yang boleh dibuang tepi-tepi jalan. Tak elok sangat, betapa jahilnya kita bila kita tak sedaq benda tu sebagai satu hinaan bila kalimah dalam Quran dibuang ke mana hala ja.





Cuba tengok contoh-contoh kad kat bawah ni. Kesilapan yang dianggap remeh bagi setengah orang, kononnya nak nampak unik konon, so depa print ayat quran, print hadis nabi atas kad kawen. Tapi dalam kejahilan tu jugak, takda sapa nak pikiaq, kad macam ni bila-bila masa ja orang buang. Jadi tanggungjawab kita ni nak kena tengok, ke mana hala tuju ayat-ayat yang diprint dalam kad tu. Nauzubillah. Jangan buat hinaan lagi pada ayat Quran.




Kalau buat kad tu, kena alert sama. Jangan kira cantik sebab nak ikut design ja. Pastikan semua rumi. Cuba bayangkan, bila kalimah dalam Quran dijumpa dalam parit ka, tah mana-mana ja. Astagfirullah al azim.














p/s : Cer check balik kad kawen kat rumah, sama-samalah kita pelihara kalimah Allah ini, jangan buang merata-rata.

Friday, January 20, 2012

::BANGGA SANGAT RASA BILA MAKAN KAT RESTORAN WESTERN NI::

Assalamualaikum.





Dah lama rasa aku tak update apa.hihi.segan nak taip sebenaqnya. Asyik lalu kat blog orang ja lawat kawasan. Dah macam kakyong kawasan pulak. Harini dah hari ke-20 dah rupanya. Pejam celik dah 20 hari kita dalam tahun 2012 ni. Walaupun aku still rasa macam takmau masuk tahun baru lagi.huhu.





Semalam kecoh-kecoh masuk buletin utama SUBWAY tak halal. Aku tak tengok sangat buletin utama, tapi bila aku baca blog.Dalam otak aku?Whatttttttttttttt!!!!!arghhhhhhhhhhhhhhh! aku dah termakan last week. Jem betui.Ni lah antara satu sebab kenapa aku tak suka makan kat kedai western macam ni.





Serius. Otak aku jem sat bila aku terpikiaq.Kenapala aku pi cekik natang burger tu kat SUBWAY. Tup-tup ada pulak dah isu macam ni.Sebab aku dok ushar ja sebelum ni nampak macam best ja. Last week pun first time aku pi hadap natang ni nak mengenyangkan keadaan.hoho. Depa buleh pulak letak sijil halal lain.Oh tidakkkkk. Memperdayakan sesapa jua yang nak melantak kat situ.





Ada jugak yang jenih mengupdate kat pesbuk suka makan KFC, McD, Secret recipe, Starbucks la macam-macam lagi la yang bagi depa agak ketinggalan zaman kalau tak pi. Tapi bagi aku, memang aku tak minat sangat fastfood restaurant macam ni. Hat nama-nama omputih ni, memang aku cuak sket nak masuk.Yang aku selalu makan pun kat kedai besa-besa ja. Kalau kat McD aku telan prosperity ja, tu pun sebab aku suka spring potato dia.haha. KFC memang aku tak lalu.




Kesimpulannya, mencari yang halal itu fardhu bagi setiap mukmin. Kalau taktau takpa, bagi yang dah tau takkan nak buat-buat taktau pulak kan. Haruslah diingatkan bahawa setiap apa yang kita makan akan jadi darah daging kita. Cuba pikiaq kalau kita meremehkan soal halal haram, takut-takut nanti hati tak berapa bersih nak dapat ilmu.







p/s : Renung-renungkan dan selamat mencari yang halal. Makan kat umah lagi baguih.





Monday, January 9, 2012

::SEKITAR 901:PEMBUKA TIRAI 2012::

Assalamualaikum bloggers.




Alhamdulillah.hari ni hari yang ke-9 kita dalam tahun 2012 ni. Harap-harap sihat la semua hendaknya. Dan aku teruja sekali...fewwit.(ayat skema).haha. Saja aku nak upload gambaq yang tidak mungkin kita dapat tengok kat TV3.Aku pun takdan tengok berita sangat, sebab dok kalut buat benda len, tapi yang surenya aku asyik dok dengaq TV3 mention, 'bombing' la.bom buatan la. Aku pun tengok al-jazeera ja la. Baru clear picture sket.hehehehe.





Jadi aku cuma nak share gambaq kat bawah ni. Macam kenduri woh.hehehehe.



























gambaq dari sumber:

fitrihadi.com
hmetro.com.my
idhamlim.blogspot.com
themalaysianinsider.com
zulkbo.com



p/s : Tudia kamera.kalau aku pengsan dah kena serbu macam tu....tapi fanatik kamera jugak.hihi

Thursday, January 5, 2012

::HADIAH UNTUK IBU DAN AYAH::

Assalamualaikum to all.




Agak lambat untuk aku update blog di awal kemunculan 2012 ni. Takpala, tapi still in the mood JANUARI lagi. Dan seperti besa, aku ni memang lambat sket nak terima hakikat bahawasanya aku dah masuk tahun baru.huhuhu. Macam zaman study dulu, dah pertengahan sem 2 baru nak sedaq diri bahawasanya aku ni student sem 2.muahahahaha.





Dek dalam kesakitan sebab aku sedang mengalami alergik, boleh la sambil jaga muka, update blog sat.hehe. Muka aku agak sakit sebab jerawat naik bahagian dalam. Ni la akibat kalau makan kacang tanah. Aku termakan kacang masa keluaq lepak-lepak ngan geng aku. Konon-konon. Padahal bukan terrrr tapi memang makan. Sakit tuuuu, adoi. azabnya, tuhan ja la yang tau. Makan tak hengat haaaa pastu tanggungla azab sorang-sorang.Tahniah pada diri sendiri.makan lagi len kali!









Apa kena ngena ngan mom and dad pulak?hahahha. Sebenaqnya aku baru lepas baca buku Gen-Q. Tau dak Gen-Q tu apa?haaaaaa.bagi yang taktau lagi rupanya macam ni la...spesies majalah jugak la, tapi memang syok abih. Buat masa ni aku still lagi berjaya beli dari volume 1 sampai la volume 5.




Memang best gila majalah ni. Islamic sket dan banyak info yang buleh kita belajaq dan boleh jugak jadi motivasi dan tazkirah kat diri sendiri. Jadi, dengan tajuk kali ni pasai ibu dan ayah. Betui kata orang, sorang mak tu boleh jaga 10 orang anak, tapi, anak-anak belum tentu lagi dapat jaga sorang mak dengan penuh kasih sayang. Harap-harap kita semua masih tak terlambat untuk dapatkan keredhaan mak abah kita kat dunia ni.





Budak-budak la ni (dari apa yang aku perhatikan) bila depa cakap telefon, aku boleh agak dia cakap ngan sapa, kalau ngan girlpren,boipren yang belum tentu sah status lagi, bukan men ja cakap. Pijak semut pun tak mampuih. Semua nak cover. Kaver line la, kaver suara la, kaver la apa yang nak kaver. Tapi kalau cakap ngan mak, adoiiiiii. kalau buleh nak cepat-cepat ja letak. Siap boleh tengking-tengking tu. Apa punya anak! kan? kan?. Mak dengan sabaqnya kol anak, tapi anak macam tu pulak perangainya.



p/s : Nilailah sendiri macam mana sifat kita dengan parents. Ibu ayah kita tak mintak banglo besaq pun, cuma doa anak-anak. Yang tulah saham yang boleh membantu. Renung-renungkan dan selamat beramal. peace =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails