nuffnang

Kawan-kawan saya

Wednesday, November 7, 2012

::SABAR DAN BERANILAH::

Assalamualaikum to all bloggers.


First of all, tenkiu sebab masih lagi sudi-sudi jenguk entry dalam ni. Walaupun aku jarang update sangat, tapi memang banyak betui story aku nak share kat sini, sebab kat sini saja laaaaa tempat aku mengarang, mengedit dan macam-macam hal. So, tadi aku dok ronda blog orang, ramai jugak yang invite aku untuk baca story depa. Dek ada kelapangan waktu sket, aku pi la jenguk mana yang patut.



Pada yang masih aku tak drop any comment tu bukannya maksud aku tak singgah, aku singgah baca, jd silent reader.kihkih (bocoq rahsia). Tiba-tiba aku tertarik dengan satu motivation quote nih.... macam yang kat bawah ni.







Kadang-kadang aku pelik dengan sikap kita yang sekeliling ni. Bila makin banyak, kita terdedah dengan orang, kita cuma pikiaq diri sendiri yang baguih. Apa orang lain buat semua tak kena. Bukan motifnya aku nak kata aku baguih.Bukanla macam tu. Cuma kita tak menghargai apa yang orang lain buat untuk kita.



Kadang-kadang kita cepat betui melenting sebab hal kecik. Memang la, tapi aku kalau melenting pun,aku lagi suka cakap ngan kucing aku. Update status bukan-bukan kat pesbuk, maki-maki orang bukan cara aku. Kalau aku marah pun 2,3 minit ja. Pastu ok dah ribut aku tu.muahahahaha. 



Memang bertuah bila kita kenai orang yang memang berhemah dengan kita. Walaupun kita buat salah tapi dia tak cepat melenting, apatah lagi nak moody tak tentu pasai. Jarang kita nak jumpa orang yang sabaq. Bila jarang jumpa orang yang macam tu, tak bolehkah kita jadikan diri kita orang  yang sabaq? Untuk menambahkan bilangan komuniti sabaq dalam Malaysia ni.



Sabar lah dengan apa yang kita pinta, dan beranilah hadapinya.Itu menjadikan kita lebih redha dengan kehidupan. Jangan riak, tu memang useless. Buat orang meluat lagi ada laaa. Kalau nak marah tu, senyum dulu. cuba praktikkan. Anda mampu mengubahnya.



p/s: ada orang yang payahnya nak senyum. tadak perasaan kot.kihkih.

Monday, November 5, 2012

::JRRCMDU : AKTIVITI TREKKING KE PANTAI KERACHUT::

Assalamualaikum to all.....



Fuhhhhhhhhhh, lama gila aku termissed nak update blog.Semuanya semata-mata sebab penumpuan aku pada musim audit ISO kat ofis. Rasa nak muntah jugak lama-lama hadap file.Boleh moody ooiiii, mood makan pun hilang, tidoq apatah lagi, nightmare manjang (ini memang serius). Tiap-tiap malam mimpi file. Tapi alhamdulillah, la ni beransur pulih dah mimpi-mimpi ngeri aku.muahahaha. 



Okeh, untuk mengembalikan corak hidup aku normal seperti sediakala, kelmarin group JRRCMDU telah menganjurkan satu aktiviti jungle treking yang bertempat di National Park, Teluk Bahang. Ramai yang join, alhamdulillah... kita dapat tengok ramai atlet memanjat dalam JRRCMDU.kikiii.bakat terpendam selain makannnnnnnnnnn ja. Tapi lepas trekking pun mesti la kena makan.muahahaha.Kelaparan jugak.



Ni kali ketiga secara personally aku meragas National Park ni, sebab, bab-bab meragas dalam hutan ni, memang selalu dah bagi aku..hahahaha.Jadi,dengan semangatnya kali ni, masa untuk menguji stamina dengan pendakian mencabar sepanjang 3.5 km untuk sampai ke tepi laut. Letih, tu jangan dok tanya laaaaaaa.huhuhuhu.Tapi yang paling best, pi makan laksa.perghhhhhhhh. memang tak sia-sia aku menambah. hahahahhaa.



Ada satu port laksa sedap kat Batu Feringghi. Sapa-sapa nak pi mohon bawak dan jangan lupa belanja aku sekali.kikikiki....Saya siap siaga.cewaaah. Bab makan, aku dulu yang go go go.Ni antara gambaq-gambaq yang disnap sepanjang perjalanan.


























credit gambaq to Bos Zulkifli Ahmad
P/S : Laksa tu sedap.kena ngan tekak aku.kihkih.

Friday, October 12, 2012

::ANDAI AKU TIADA::

Assalamualaikum.....


Jumpa lagi dalam ruangan yang membolehkan aku taipkan rasa hati aku. cewwwwaaaahhhhhhh.....Dan buat sesapa jua yang masih lagi sudi membaca, tima kasih banyak-banyak. Semoga ada jugak entri aku yang bermanfaat untuk kalian, InsyaAllah.





Alhamdulillah,

Kita masih lagi diberi nafas untuk meneruskan hari-hari sementara yang masih ada. Esok, masih belum tentu buat kita.Begitu juga dengan hari-hari yang mendatang.



Dalam kehidupan kita, kadang-kadang kita lalai dalam bersyukur. Lalai dengan apa yang ada di sekeliling kita sehingga lupa untuk sebut Alhamdulillah. Adakala, kita terlupa ada kawan yang baik untuk kita, ada yang sering membantu kita dengan ikhlas. Tapi kita mengabaikan pertolongannya. Kufur nikmat.



Walau apa pun yang terjadi, jangan pernah berhenti untuk jadi ikhlas. Orang mungkin tak sedar kehadiran kita, tapi mungkin mereka sedar andai kita sudah tiada. Hilang sangat-sangat benda yang paling berharga. Memang lumrahnya macamtu. Jadi, jangan tersinggung. Teruskan menjadi diri sendiri dengan masa yang masih bersisa. Entah, esok atau lusa, mungkin ketiadaan kita akan mendatangkan kerinduan.



Dalam hidup ini, kita perlu berkorban. Tak ada yang dapat kebahagiaan tanpa pengorbanan. Walaupun kita sedih sebab tak dapat sesuatu, tapi percayalah dengan aturan ALLAH SWT.Dia adalah perancang terbaik untuk kita, sedangkan mata kita tak semestinya dapat melihat jauh terus ke hadapan.


Aku terbaca posting sorang sahabat yang menyedarkan aku, kalau dah rezeki takkan ke mana. Segalanya sudah tertulis. Sesungguhnya kalau sesuatu tu memang ditakdirkan untuk kita, jauh manapun ia, akan datang jua menjadi milik kita.

Jangan takut melepaskan sesuatu yang belum tentu menjadi milik kita.



Andai aku tiada, 
Teruskan hadiahkan doamu padaku
Teruskan ingatan kamu pada aku
Teruskan merindui masa kita bersama


Andai aku tiada,
Lupakanlah segala kesilapanku
Halalkan perbuatanku
Teruskan perjuangan sahabat sebagai pendakwah
Kuatkan hati kalian menempuh dunia

Mungkin suatu hari nanti, 
aku sudah tidak boleh menemani kalian,
tapi aku hadir dalam minda sahabat yang mengingatiku.

Semoga istiqamah;)


p/s : Aku redha andai tidak mendapat cinta dunia, jangan sampai aku lalai dari mencintai akhirat.


Thursday, October 11, 2012

::GAJAH DEPAN MATA TAK NAMPAK::

Assalamualaikum.....


Back to position.

Aku pelik la, kenapa bila hidup dalam dunia ni, kadang-kadang kita dah hilang rasa timbang rasa kat orang lain. Padahal, bukan dalam dunia ni ada kita sorang, semua kita nampak baik saja, sedangkan kita asyik nampak kesalahan orang lain.



Semua orang ada ego. Tapi kita bijak kalau kita boleh kawal diri kita, ego kita. Orang yang selalu belagak dengan egonya, adalah sorang yang sedang memperbodohkan diri sendiri depan orang lain. Dia mungkin tengah gelakkan seseorang tu, tapi dalam tanpa sedarnya, beratus lagi di belakang sedang gelak besaq tengok kebodohan dia.





Ada kawan aku suatu masa dahulu, walaupun dia tak laaaaa tinggi mana. Tapi ego dia...Nauzubillah, setiap apa yang dicakap, menunjukkan ketidakmatangan dia. Aku gelak ja la dalam hati (jaga hati kawan). Agak-agak la kalau nak belagak pun jangan sampai tak kena tempat. Kesian sangat, seolah-olah memperbodohkan diri sendiri.



Bagi aku, hang kaya ka, ada pangkat ka, ada harta belambak pun kalau AKHLAK tu tak berapa nak ada.... Kesian sangat.................. Bukan susah nak jadi baik dengan orang, cuma kadangkala bila rasa senang sikit, dah lupa daratan pada kawan-kawan yang tengah susah. Apa la nasib kan.





p/s : Mati nanti, takda maknanya yang kaya ke syurga, yang miskin ke neraka. Yang penting, iman dan amal.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails