nuffnang

Kawan-kawan saya

Thursday, October 11, 2012

::GAJAH DEPAN MATA TAK NAMPAK::

Assalamualaikum.....


Back to position.

Aku pelik la, kenapa bila hidup dalam dunia ni, kadang-kadang kita dah hilang rasa timbang rasa kat orang lain. Padahal, bukan dalam dunia ni ada kita sorang, semua kita nampak baik saja, sedangkan kita asyik nampak kesalahan orang lain.



Semua orang ada ego. Tapi kita bijak kalau kita boleh kawal diri kita, ego kita. Orang yang selalu belagak dengan egonya, adalah sorang yang sedang memperbodohkan diri sendiri depan orang lain. Dia mungkin tengah gelakkan seseorang tu, tapi dalam tanpa sedarnya, beratus lagi di belakang sedang gelak besaq tengok kebodohan dia.





Ada kawan aku suatu masa dahulu, walaupun dia tak laaaaa tinggi mana. Tapi ego dia...Nauzubillah, setiap apa yang dicakap, menunjukkan ketidakmatangan dia. Aku gelak ja la dalam hati (jaga hati kawan). Agak-agak la kalau nak belagak pun jangan sampai tak kena tempat. Kesian sangat, seolah-olah memperbodohkan diri sendiri.



Bagi aku, hang kaya ka, ada pangkat ka, ada harta belambak pun kalau AKHLAK tu tak berapa nak ada.... Kesian sangat.................. Bukan susah nak jadi baik dengan orang, cuma kadangkala bila rasa senang sikit, dah lupa daratan pada kawan-kawan yang tengah susah. Apa la nasib kan.





p/s : Mati nanti, takda maknanya yang kaya ke syurga, yang miskin ke neraka. Yang penting, iman dan amal.

6 comments:

Unknown said...

btol..mati nt bawak amalan..bukan harta dan pangkat..

kakyongnida said...

saya pun pernah jumpa org mcm ni. sekarang ni semua org anti dengan dia. gila kuasa sgt

dhinai said...

darjat manusia sama sahaja disisi Allah,
cuma manusia yang taksub dengan duniawi sahaja yang sanggup membaza bezakan darjat mahupun pangkat.Bilamana kamu berada ditanah suci,adakah kamu dapat menilai darjat atau pangkat seseorang...?Maka renungkanlah

::Mastura Zakaria:: said...

tak ke mana pun kita kalau asyik bermegah dengan apa yang kita ada.

ajax85 said...

ye mati bawa amalan je..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

Adib Syazwan said...

101% setuju kak! =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails