nuffnang

Kawan-kawan saya

Sunday, February 17, 2013

::TU BENDERA TOK NAJIB! ::

Assalamualaikum....


Wallawehhhhhhhhh.. Lama siut aku tak mengupdate apa-apa kat sini. Dari bulan Januari lagi takdan nak update. Ni dah tengah-tengah nyawa bulan dua, baru sempat nak menaip-naip kat sini. Sibuk sangat, ngan sakit sempena Chinese New Year, teruih berabuk blog aku ini.hehe



Kelmarin, aku drive nak pi klinik, pastu nampak la bendera hijau bulan penuh tepi jalan. Sekali, maknya tanya kat anak dia yang berusia 3 tahun lebih (merangkap anak menakan aku).



"Zikri, tu bendera apa?



"Oooo, yang tu bendera bulan. Bendera PAS"

"Wowwww, pandaila zikri ni. Okeh, yang belang-belang tu, ada bintang, ada bulan, bendera apa?"

"Yang tu bendera tok najib!"


wakakakkaakakka. Teruih aku rasa nak tergelak berguling-guling masa driving, nasib baik tak terbreak mengejut sebab dengaq jawapan dia. Hahahaha. Lawak ngat aih.



Kat tempat aku, memang meriah ngan bendera ni, ada bulan, ada roket, ada cap kati, mata, keris macam-macam la....


Tapi menengokkan keadaan, susah cap kati nak rampas kawasan..hihihihi. dari pemerhatian kaca mata rakyat biasa...kihkih...


P/S : Bila nak mengundi taktau.

Sunday, December 23, 2012

::SEMOGA KEKAL HINGGA KE JANNAH::

Assalamualaikum peeps...


Selamat berhari minggu buat yang cuti, buat yang keja tu mesti laaa selamat bekerja.kihkih. Apa-apa pun harini memang relaxing gila aku kat umah ni, syok layan kona baring sambil hadap 'peel fresh' depan tv. Oh,nikmat yang kebanyakan orang tak rasa.Sebab aku sorang ja yang tengah merasa.hihi



Aku perhatikan kat fesbuk lah kan, ada antara golongan orang yang suka post status jiwang-jiwang karettttt la kan, tapi biaq pi lah, tu pesbuk depa, ikut suka la nak post apa pun kan. Satgi dok kata sebok jaga tepi kain orang pulak.haha.



By the way, aku jumpa satu nasihat untuk kapel-kapel sekalian, kebanyakannya yang ada boifren lah kan... jangan la over expose gambaq kat fb. Tak sesuai, nanti orang buleh edit gambaq tu untuk tujuan lain. Bahaya sebenaqnya letak gambaq banyak-banyak kat fb. Antara nasihat ikhlas buat yang over sangat tu...






Peace.

P/S : tetiba teringat iklan Siti kat radio, "kak siti risau tau dengan adik-adik yang bercinta di bangku persekolahan".hihi

Thursday, December 20, 2012

::TIPS-TIPS ELAK GHIBAH (MENGUMPAT)::

Assalamualaikum w.b.t to all readers



Harini aku rasa aku nak share dengan readers semua trend-trend yang dok ada kat FB ni. GHIBAH. Eh, apakah?



Haaaaa...mai aku nak creta. Ghibah ni maksudnya, mengumpat atau mengata tentang hal orang lain. Sket-sket mengata orang tu orang ni. Kat dalam FB pun lagi sakan. Kengkadang aku dok pikiaq jugak, yang selalu sangat dok post mengata pasal hal orang kat FB ni awat taktau? Takdak keja lain dah ka?Bagi aku la kan maybe lupa bawak cermin kot nak tengok diri sendiri dulu.




Bagi semua yang mana ada kawan-kawan yang stail macam ni, meh aku nak bagi tips sket untuk hangpa semua nak elah ghibah ni.

1. Kalau tengah dok sembang tu, start dengaq bab kawan kita tu mengata orang lain, hangpa tanya kat dia "hang ada cermin dak? aku nak cermin muka dulu sebelum nak mengata kat orang".Mintak ja, jangan malu-malu.

2. Kalau cara dia sembang tu banyak sangat mengata orang, azan kuat-kuat kat telinga dia.

3. Kalau dia tengah drive, try sembang ngan dia, benda-benda lain, ajak tengok pokok-pokok ka, tanya harga keta depan ka kan lagi afdal.

4. Bila ada part yang nak mengumpat orang, cuba bukak radio nyanyi kuat-kuat, sumbang pun takpa, at least dia ada point nak kutuk hangpa balik, dapat jugak pahala free sekali sekala.

5. Lastly, kalau dengaq dia dok jaja keburukan orang lain, ajak dia pi toilet, cakap kat dia "aku nak muntah la dengaq hang dok ngumpat, jom pi toilet sat".hihi


p/s : bagi aku, aku anggap yang jenis stail mengumpat orang ni, depa sebenaqnya kekurangan cermin. Sebab tu tak boleh nak tengok diri sendiri dulu sebelum mengata orang.peace.


Wednesday, December 19, 2012

::SUSAH ITU PETUNJUK::

Assalamualaikum semua.


How are you. Aku? Macam biasa masih boleh dok update entry lagi kat sini walaupun kadang-kadang ja. Tu pun mai time aku kerajinan. Tapi baca blog orang aku rajin la.kihkih.




Sapa tak penah susah atas dunia ni? Tipula. Mana ada orang tak penah susah. Walaupun penah sekali, dua kali, kiranya penah susah la jugak tu. Walaupun sampai satu tahap akan terlintas kat kepala kita ni "ish, apa laaaaaaa nak jadi dengan aku ni?". Sapa pun kita susah tu macam sebati dah dalam hidup kita. Tah payah laaaa nak lari merata untuk elak susah. Kita lari pun merata-rata dia ada. Cumanya, cara kita redha dan bersyukur sebab time susah ni kita akan nampak macam-macam. Ada yang nak tolong, ada yang diam seribu bahasa.




Tapi baguih sebenaqnya bila kita susah ni. At least, kita tak la lupa diri sangat. Tapi bila dah senang tu jangan la belagak sangat sampai tak kira orang. Bersyukur dengan apa yang ada. Bila susah, cuba kita usaha, doa, tawakal. InsyaAllah, Allah akan hantaq bantuan untuk kita. Bantuan yang tak kita sangka-sangka.




P/S : Susah dunia tu ujian kecik ja, jangan sampai susah kat Akhirat. Sapa nak tolong?


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails