nuffnang

Kawan-kawan saya

Showing posts with label JRRCMDU. Show all posts
Showing posts with label JRRCMDU. Show all posts

Monday, September 10, 2012

::JRRCMDU: GATHERING RAYA 2012::

Assalamualaikum to all bloggers and readers.



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, syukur sebab masih ada lagi yang menaikkan rating blog aku ni walaupun aku tak berapa update sangat lately. Tima kasih jugak buat semua kawan-kawan yang sentiasa menyokong saya dalam industri maya ini tanpa jemu.wakakaka. (teringat aku ucapan ni masa buat thesis final year aku dulu)hihihihi.




Okeh, berbalik pada tajuk entri aku yang memang based on gathering, secara umumnya, memang kalau aku update pasai group JRRCMDU, tak lain tak bukan, memang keja makan saja la.haha. Jadi bersempena dengan sambutan syawal yang julung-julung kali bagi group ni, diadakan satu majlis yang ala-ala 'open house' gitu di Jeti nak ke Pulau Aman.




Tempat ni memang cantik, dengan suasananya yang menghadap laut, design restoran pun cantik sangat, lengkap dengan surau segala. Kalau buat outdoor nak posing-posing kat sini memang tak sia-sia. Kat bawah ni ada aku uploadkan gambaq sekitar majlis. So, tahniah diucapkan pada semua organizer dan members yang join. Ramai jugak muka baru walaupun aku takdan nak kenai. Meh la kenai-kenai kat pesbuk. Sebab haritu memang aku malu pun nak teguq orang.kikikiki.

























Sebahagian gambaq yang dikidnap dari fesbuk group.

kredit to :
mohd khadim
asraf jamaluddin
dan kamera tah sapa-sapa lagi.


p/s : sapa-sapa yang nak kenai mereka yang di belakang tabir, boleh klik link ADMIN GROUP. Last but not least salam perkenalan dari saya.dan di harap semua enjoy dalam group ni. 

Tuesday, June 26, 2012

::JRRCMDU: TRIP BELASAH DURIAN::

Assalamualaikum w.b.t.



Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi, sebab pagi ni aku ada mood nak mengupdate blog. Seperti biasa alasan tetap aku bila tak update blog adalahhhhhhhhhhhhh.. line lembap macam siput barbie. Dah bila line tenet laju aku dok pulun tengok youtube pulak. kikikikiki. Maka, mood nak mengupdate pun lari begitu saja.




Okeh, aktiviti JRRCMDU kali ni julung-julung kali diadakan sempena musim durian dan jugak Euro pada masa la ni. Euro tu tadak kena mengena, cuma aku saja yang dok pulun.kikikiki. Seperti semua sedia maklum, memang la ni musim buah segala-gala. Rambutan pun tengah dok merah, durian pun melambak-lambak di pasaran. Jadi bagi mengeratkan perpaduan (cewwwwwwwwahhhh) di kalangan ahli group, maka atas inisiatif otai-otai group buat event ke dusun durian yang namanya "Dusun Hijau Kuning" yang bertempat di Relau, Seberang Prai Selatan.




Antara family group JRRCMDU yang memang sporting habih. Tapi takdan laaaa nak kenai semua, dan senyum-senyum saja..kikikikiki.Untuk pengetahuan umum, gambaq yang kat bawah ni memang dikelilingi dusun durian seluas 3 ekar, dan sebelah kanan tempat kami berdiri ni ada kolam tilapia. Eh, tilapia ka talapia taktau. Ikan mak aiiiiiiii, jangan cakap la, baru aku jenguk ja mencanak-canak depa timbui. Rasa macam nak menjala ja. Kalau tauk jala, aku memang komfirm dapat habuan.



Kat bawah ni adalah Tuan Dusun bersama isterinya, yang ramah tamah. bagi sesapa yang tak sempat nak join event makan durian, hanya gambaq saja yang ada untuk tatapan.













Okeh, gambaq terhad yang diambik dari kamera bos, ni adalah sebahagian mereka yang memainkan peranan di belakang tabir, peranan utama adalah makan.hihihi. Sapa-sapa yang kenai tu teguq la, jangan malu-malu. Kami memang mengalu-alukan anda semua join event makan-makan yang best dan lepas ni ada event boling longkang. Sapa yang cekap main longkang, dengan rendah dirinya saya mengoffer diri nak join group kalian. pilihlah daku.haha.



Oh, satu lagi, kalau anda perasan, ada sorang tu yang suka bawak video dok shoot merata alam sambil cakap sorang-sorang tu. itu adalah boss kita, otai group ni. Gambaq dia takdak pulak nak sumbat dalam ni. Kalau nampak dia cakap sorang-sorang tu sila abaikan, maknanya dia dok shoot video la tu.hihi. Bagi sapa-sapa yang nak tengok muka-muka belakang tabir, boleh rujuk admin group JRRCMDU


p/s : Trip belasah durian. Yang dok belasah tu orang lain kecuali hat baju putih tu saja.... tapi baju putih itu sedang melayan demam sekarang ni.tima kasih kerana menyokong.huhuhu. tak tahan hangat dah.


Gambar dikidnap dari:

dari DSLR asraff jamaludin
dari kamera boss Zulkifli
dari kamera Zulhisham Abu Hassan

Thursday, June 14, 2012

::JRRCMDU: PANTAI KERACHUT::

Assalamualaikum to all bloggers and readers.




Pagi ni aku menggagahi jugak nak upload gambaq group JRRCMDU pi hiking walaupun aku tak terlibat langsung. Panaih jugakkkk dok layan gambaq depa ni...hukkkkkkk.Kali ni group JRRCMDU buat aktiviti hiking pulak. Dah asyik dok makan saja pun, tapi lepas hiking depa pi makan jugak aku rasa ni. Memang sah! Mujoq aku keja, kalau tak aku pun pi ragas jugak.



Lagi membahang bila dok edit saja gambaq depa ni...hihihi. Apa-apa pun thanks for those yang support group ni dan sporting abih join hiking, walaupun keletihan. At least, nampak jugak muka baru, dari dok layoq muka sama saja tiap-tiap trip.memang boring punya la.



Bagi sesapa yang masih tertanya-tanya lagi apa benda la yang aku dok update ni, yang masih dok blur-blur, bolehla terjah kat SINI. Semoga bermanfaat.hihi












p/s : syok la tu, muka masuk blog..hahahhaa.simpan jeles dalam poket.

Monday, April 30, 2012

::3rd TRIP JRRCMDU : PULAU AMAN::

Hello bloggers.


Assalamualaikum w.b.t to all bloggers



Agak kusam pulak blog aku ni, hihihi. Lama tak update apa-apa kat sini. Reason utama sebab aku maleh.haha. Kelmarin, aku sempat join trip yang kali ke-3 JRRCMDU buat. Kali ni Pulau Aman menjadi lokasi pilihan. Seawal pukul 9 pagi kami dah berkumpul di RnR Juru.(Kami tu merujuk kepada aku dan 2 orang saja, yang lain tak mai lagi). Pekena nasik lemak dengan teh o limau paneh feveret aku. Tapi dukacitanya, nasik lemak yang aku makan mentah pulak. Dok rasa beras lagi. Siot betui...sesudu ja kot nasik lemak yang aku telan pagi tu.



Dalang utama trip kali ini, Mr Bross kita, En. Saifullizan, dan macam besa yang lain tu menjadi tulang belakang trip. Ya lah kan, tanpa tulang belakang, sapa lah pulak nak join kan. Jadi bila dah sampai kat Pulau Aman tu jadi cerita lain pulak dah. Di samping kami yang kebuluran tunggu mee udang, sempat jugak beramah mesra dengan satu lagi group, tapi chinese version punya. PG Food Hunter A Team, hunter makan jumpa hantu makan. haha. Apa- apa pun memang friendly sangat team depa ni. Elok la, meja makan pun sebelah-sebelah saja.



Selamat melayan gambaq-gambaq yang aku kidnap dari pesbuk JRRCMDU dan PG Food Hunter A Team.
















Lupa aku nak close up gambaq sirap limau yang aku minum dekat-dekat. Time paneh menggila macamtu tak buleh order teh o limau paneh, satgi aku pau abih ayaq orang. Memang comfirm terliur sirap limau tu. Ni semua kes henfon aku kena virus. Dah tak boleh nak snap pic apa-apa. 

Tak lupa jugak kredit gambaq to : asraffjamaludin.blogspot.com



p/s : Lepas makan kat Pulau Aman, kami pi makan laksa dengan ABC pulak kat Jeti Batu Musang. Rugi aihhhhh sapa tak ikut..Next time kita pi hiking pulak. Sempoi!

Thursday, April 19, 2012

::JRRCMDU : PERMATANG BATU::

Assalamualaikum peeps.



Agak kesekian kalinya, aku tak update blog aku. Actually, dua, tiga hari ni berukben aku agak slow, dan bila nak mengupdate, jadi bebai pulak nak posting sebab lembap gila haaaaa. Jadi, aku memang malas nak update entry.



Untuk kali ni masih berkisar entry kedai makan.hihihi. Balik keja kelmarin dengan tanpa planning yang panjang, main buat pakatan saja untuk yang free lepas waktu pejabat. Maka kali ni port terjahan kami 'NASI KANDAR PERMATANG BATU'. Sebenaqnya bukan nak makan nasik kandaq pun, cumanya pi makan apom lenggang yang sempoi cicah dengan kelapa (kami panggil nyok). Selama ni aku dok telan saja ja, tapi sedap jugak bila mencicah dengan nyok.




Dua, tiga kerat jugak la yang join edisi ni.hihi. Manakala yang lain, bagi yang mana dok jauh-jauh tu. Harap maaf la, hanya gambaq saja pengubat rindu.muahahahaha.Jadi sapa nak try, bolehla terjah kedai ni yang letaknya betui-betui depan masjid Permatang Batu. Aku pun first time jugak menyinggah sini.






p/s : Tenkiu kak Sal sebab opentable....admin yang lain bila lagi..kikikikiki

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails