nuffnang

Kawan-kawan saya

Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Wednesday, April 10, 2013

::COME BACK AFTER 5 YEARS::

Assalamualaikum. Alhamdulillah.


Baru seminggu bubar parlimen.haha. Aku still counting for the date. Sebabnya? nak bagi kuasa.cehhh..hahahaha. Walaupun kecik tapi rakyat got the power memandangkan semua menteri-menteri kabinet sedang mengangguq la ni. Mengangguq pun takpa kan? gaji juta-juta sebulan. Rakyat???? Dapat la merasa BrIM. Tu pun ada yang naik merc pi ambik Brim. kan?kan? Sapa yang tengok, dia tau la.jangan nak membangkang sangat.



After 5 years, now its the time for election. Dalam kesibukan semua yang masing-masing nak menang dan buat macam-macam fitnah. Jangan ingat orang kampung dan yang tak berlatar belakangkan pendidikan yang baik senang-senang saja dikencing. They see what you are doing and what you are talking about.






Ni salah satu kisah yang bukan rekaan mahu pun ciplak sapa-sapa.Sila nilaikan sendiri.. Dan kalau nak faham politik sila belajaq bezakan antara kes peribadi dan kes rakyat. Yang kena naya sapa? Rakyat! Rakyat tu sapa? kita semua la.... kalau hangpa dok hadap berita kat tv ja, seriously, minda hangpa akan tertumpu pada satu aspek ja, otak takkan dapat pikiaq benda lain, rajin-rajin la tengok blog. La ni kat ada wifi 5 minit free.hahaha. Tapi kat penang memang dapat wifi free lama dah.haha



Beza KES PERIBADI dengan KES RAKYAT

Kes video hitam putih bang Nuaq tahun 2013(still xdak kaler) , kes Nurul Izzah blur, kes papagomo ngan bang Nuaq, kes mati kak Tantuiya, kes fitnah yang lain, kes nak bertanding tang mana, kes tangkap basah.... hat tu semuanya kes peribadi yang menjadi fitnah. Tapi bila masuk bab ambik duit bela lembu kat kondo, kes kapai selam kat darat, kes cincin besaq, kes jambatan tak siap, kes songlap duit, pastu ngaku duit depa, yang tu memang dah masuk kategori kes rakyat. Jadi jangan dok hingaq la, suruh rakyat bersyukur sebab hangpa solap duit juta-juta, pastu bagi gula-gula BRim sekali tu ja.


SEBAB APA PILIH WAKIL RAKYAT

Dah nama pun wakil rakyat, mestilah berkhidmat untuk rakyat. Jaga hal kebajikan rakyat. Bukan takat tau mengempen dekat-dekat 5 tahun. Pastu dok buat janji palsu semata-mata nak menang. Rakyat ada masalah, kena settle sendiri, bila nak mintak bantuan, kata taktau bersyukur pulak!takdak daya maju, Melayu mudah lupa, harapkan kerajan tulong suap. Dari masuk sekolah sampai nak mati dok mintak bantuan. Eh, hello dah hang tu jadi wakil rakyat untuk apa?? nak suruh dok saja? nga.alip. nga. alip. Pastu cukup bulan telan gaji juta-juta. Rakyat?? kebuloq jugak. Yang kaya makin kaya, dok bela perut sendiri.


TUGAS BAGI YANG MENANG DAN JADI KERAJAAN

Bila dapat duit rakyat, majukan ekonomi pembangunan untuk sapa? untuk Rakyat. Mohon jangan bingai sangat ambik duit tu dok pi beli jet peribadi. Amanah tu besaq tau, jangan main-main. Bukan semua orang terlepas tanpa hisab. Renung-renungkan dan selamat berparti. Jangan dok bangang sangat sampai tak teguq kawan sebab lain parti.Gaji hang pun bukan juta-juta. Sekian.



P/S : Papagomo tak jadi mai Permatang Pauh ka. Teringin nak dengaq ceramah beliau.hihi ;)


Friday, March 29, 2013

::MUSIM TUNAIKAN AMANAH::

Assalamualaikum....


Wallaweh...lama gila aku tak update anything kat sini. Idea nak mengupdate tu ada, cuma yang mangkuknya,  mood nak typing aku out.kuikui. Harini takda apa yang menarik dalam metro. Aku lebih suka baca tajuk suratkhabar, berbanding baca isi. semuanya mcam hampeh.haha



Waktu menunaikan amanah semakin hampir. Apa yang dimaksudkan dengan amanah?

Politic is everywhere. 


The truth is, ramai yang elak ambik tau hal politik, ataupun saja buat-buat taktau. Ada yang malas nak ambik port sebab ada yang kata "ala, apa kecoh-kecoh sangat, biaqla undi apa pun, bukan tugas kita nak jaga negara." Bila harga naik, hingaq la pom pang, pom pang. Tapi bila cakap bab politik, buat-buat bingai macam taktau apa.Buta yang paling teruk sebab takdak kesedaran. Tak ada rasa amanah dan tanggungjawab.




Bila tengok senario dalam Malaysia kita ni, memang akan dapat tengok. Ramai puak yang ada. Puak samseng, puak nak tegakkan benang yang basah, puak otak kuning, puak-puak lucah. Memang macam-macam puak. Eh, hello, video la ni banyak yang kabur-kabur kan? lebih porno dari fakta. Tulong la malu sket oiiii buat fitnah macam tu. 



Mana la pi maruah la ni. Please la, jangan ajaq budak-budak muda macam kami ni dengan benda-benda jijik. Memang sungguh memalukan dan agak bodoh jugak sebab hangpa dah takdak idea baru.



So, tengok dan nilaikan. Tak elok budaya maki-makian ni. Amalkan politic troll takpa lagi..kihkih. Sarcasm....


p/s: Jangan jadi samseng dan belagak dengan orang. Esok mati, orang jugak nak kena urus. Kalau reti bergolek masuk dalam kubuq sendiri takpa laaaa nak belagak pun.huhu



Sunday, February 17, 2013

::TU BENDERA TOK NAJIB! ::

Assalamualaikum....


Wallawehhhhhhhhh.. Lama siut aku tak mengupdate apa-apa kat sini. Dari bulan Januari lagi takdan nak update. Ni dah tengah-tengah nyawa bulan dua, baru sempat nak menaip-naip kat sini. Sibuk sangat, ngan sakit sempena Chinese New Year, teruih berabuk blog aku ini.hehe



Kelmarin, aku drive nak pi klinik, pastu nampak la bendera hijau bulan penuh tepi jalan. Sekali, maknya tanya kat anak dia yang berusia 3 tahun lebih (merangkap anak menakan aku).



"Zikri, tu bendera apa?



"Oooo, yang tu bendera bulan. Bendera PAS"

"Wowwww, pandaila zikri ni. Okeh, yang belang-belang tu, ada bintang, ada bulan, bendera apa?"

"Yang tu bendera tok najib!"


wakakakkaakakka. Teruih aku rasa nak tergelak berguling-guling masa driving, nasib baik tak terbreak mengejut sebab dengaq jawapan dia. Hahahaha. Lawak ngat aih.



Kat tempat aku, memang meriah ngan bendera ni, ada bulan, ada roket, ada cap kati, mata, keris macam-macam la....


Tapi menengokkan keadaan, susah cap kati nak rampas kawasan..hihihihi. dari pemerhatian kaca mata rakyat biasa...kihkih...


P/S : Bila nak mengundi taktau.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails