sambungan dari PART 1
Aku dah jadi serabai. Ni bukan kisah tipu. Kalau sapa tengok aku pun, memang akan perasan aku makin kuruih. Muka nampak ikut tulang ja. Makan jangan cakapla, apa yang aku makan, yang tu jugaklaaaaaa yang aku muntah keluaq sampai abih. Start dari awai bulan 2, hari-hari aku muntah.Pemakanan aku jadi tak betui dah.
Bila dah jumpa ustaz tu, aku baru ja duduk depan dia, dengan muka semamai aku, dia dah tengok semacam. Dia pun baca apa taktau sambil dok terkumat-kamit, tapi yang pastinya aku dengaq ayat quran la. Aku buleh detect lagi.Last-last aku dengaq ustaz tu kata something.
"Ni kena santau ni. Ada makan kat mana-mana dak?" Aku tengok muka mak aku.Mak tengok muka aku.
"Tak ingat dah la, merata-rata saya pi makan"
"Ni dah kena dalam tempoh sebulan ni, tapi bisa dia baru resap masuk badan, bisa ni."
Ish, betoi ka ustaz ni? Aku ni nak percaya ngan dak, sama banyak ja, lepastu dia baca ayat apa tak tau, dia suruh aku huloq tangan kanan aku depan dia, dengan berlapik kain, pehtu dia tunjuk lengan aku kat mak.
"Makcik cuba tengok lengan dia, ada nampak berdebu dak, macam merelit-relit tu?"
"Haaaaa....perasan jugak" jawab mak aku
"Yang tu la bisa santau, kita boleh nampak bila kita suluh dengan torchlight, sebab haluih sangat, jadi kena pakai torchlight, baru buleh nampak".
"oooo. pastu kita nak buat macam mana ni ustaz?"
"Takpa, sekali lagi mai, makcik bawak garam, saya tolong buat bagi elok balik"
KESINAMBUNGANNYA
Dah bawak pi garam selepas dua hari tu, ustaz tu suruh bawak balik garam tu, bancuh ngan ayaq panas, tapis bersih-bersih pastu campoq dengan ayaq sejuk bagi jadi suam-suam, rendam kaki. Dalam hati aku dok kata, benda ngarut apa la pulak nak buat ni. Memang aku tak percaya sangat.Sebabkan yang berubat tu ustaz yang buat aku percaya sket ja.
Bila dah rendam kaki, aku dan lagi dok main game dalam enfon. Ya la kan, boring kot dok rendam kaki ja dalam bilik ayaq lama-lama. First time rendam ada rambut dalam ayaq. Aku taktau mai mana, kat dasar besen tu, ada serbuk-serbuk. Memang haluih. Disebabkan aku pun memang dah rabun, aku suluh ngan torchlight, bila kena cahaya, nampak merelit-relit macam serbuk kaca. (ni memang pengalaman aku, takdak unsur tokok tambah).
Disebabkan first time aku tengok keadaan macam tu, memang tekejut beruk. Aku teruih angkat kaki dari bekas ayaq tu,panggil mak aku suruh tengok, kot-kot la apa yang mak aku tengok lain pulak dari mata aku, dia tanya aku, serbuk apa tu, serbuk yang haluih-haluih memang nampak terapung kat ataas ayaq dan yang berat-berat sikit belambak kat dasar besen. Aku pun taktau la, benda haluih-haluih tu keluaq kot kaki. Suluh dengan torchlight nampak la.
Disebabkan 4,5 kali dok rendam kaki. Badan aku dah ada energy sket.Tapi bila makan still out lagi.muntah manjang. Kali ni tak berenti dah, aku makan semua muntah. Dari benda hat sedap sampaila ke benda yang tak sedap. Aku taktaula kesan ubat ka apa, sebab ayaq liuq pun dah rasa macam ubat.Sakit dalam perut sekali sekala ja.Disebabkan klinik pun takmau bagi MC dah, aku pi refer kat KPJ.Baru terhegeh nak pi hospital.
HOSPITAL
Bila refer kat KPJ, dokter pun checkla. Bila dia tekan belah kanan. Masyaalllaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhh sakit gila. Nasib aku tak tertendang ja dokter tu. Dokter tu cakap aku ni dah kronik kena apendik. By hook or by crook depa nak operate haritu jugak. Depa takmau tunggu lama. Aku ni dengan gelabah bewak, taktau nak habaq kat sapa, sempat kol mak ja bagitau kata depa nak operate petang tu (Dengaq esak mak aku dalam fon, dia tak boleh cakap dah) huhu. Dengan bateri enfon low, dah berapa hari tak cas, topup pun dak, sebab lama tak keluaq.
Proses hospital masukkan aku dalam wad memang cepat, sekelip mata ja, aku dah terbaring atas katil. Tangan aku ni depa cucuk berkali-kali jugak la sebab depa kata urat haluih. Jarum tembus tapi darah tak keluaq. Aku pun taktau apa masalahnya. Dah check darah semua, doc kata kuman dah masuk dalam darah, darah jadi tak stabil macam mana pun taktau la. Aku tak paham sangat bahasa dokter-dokter ni, aku dengaq ja la. so memang depa kena buat cepat.
KHAMIS 23/02/2012
Dengan sejuk gila sampai shaking badan aku atas katil, depa tolak aku masuk dewan bedah. Aku tengok jam "ooo pukui 3.20 dah". Aku dok senyap ja la, tengok lampu macam-macam, rasa berpinaq. Rasa macam dalam drama pun ada, yala...selalu dok tengok drama ja masuk dewan bedah ni.
Depa sorong ja aku masuk dalam operation theater tu, pastu depa pakaikan oksigen, sorang-sorang dokter dok buat ice breaking, ramai jugak la keliling aku. Ada 5,6 orang dok introkan nama masing-masing. Aku sengih ja la. Dah takkan nak sembang lebih pulak dalam tu. Pastu, aku dengaq ada sorang dokter ni bisik kat telinga aku. (Memang aku ingat)
"Mastura, selawat banyak-banyak, mengucap. Ingat Allah.Tarik nafas dalam-dalam"
Aku tak pasti la dokter yang mana, tapi yang pastinya aku dengaq dia selawat dan mengucap kat tepi telinga aku. Serius, aku pun cuak jugak, sebab aku dok rasa lali sket-sket kesan bius tu, dalam kepala aku memang aku dok ingat mati ja. "Masa aku dah ka ni?" serius. Bagi aku, tak terpikiaq dunia dah masa tu.Memang tu la perasaan aku kat dalam tu. Aku pun taktau setakat mana keseriusan sakit aku masa tu. Sebab aku rasa besa tapi hakikatnya, dah serius dari apa yang aku agak.
Elok ja dokter tu suruh aku tarik nafas kali ketiga dalam-dalam, koma teruih. Tak sedaq apa dah. Yang aku separa sedaq, aku nampak muka mak aku, kawan aku petang tu. Nak cakap still tak berapa betui lagi. Kepala pening gila.Disebabkan tak berapa serasi dengan ubat bius hospital, aku muntah lagi tak berenti-berenti. Dengaq orang panggil "dik, makan sket," aku nak muntah dah.
Masa tu, aku dah tak buleh bergerak sendiri, tak buleh tidoq mengiring, tak buleh jalan, tak buleh cakap banyak, tak buleh tengok tv (walaupun tv LCD betui-betui depan aku). Akibat tak serasi ubat, muntah tak berenti sampai nak tercabut usus aku,malam lepas operation tu, nurse call doc yang incharge aku, bagi ubat apa tah malam tu, koma lagi sampai esok pagi.
4 hari aku kat KPJ, memang sapa mai tengok aku, aku asyik dok muntah ja.Takleh cakap banyak-banyak. Lemah sangat. Walaupun menu makanan dia gila punya sodappppppppp, burger, nasik beriani, nasik ayam, spagetthi, dessert macam-macam, megi goreng, tapi amat beruntung sapa yang mai tengok aku, aku suh depa ja telan. Aku tak daya dah. Aku ingat, aku ngidam burger, elok-elok ja aku masuk dalam ward, depa serve burger, kawan aku tolong suap. Sebab lapaq, aku balun la, sepatutnya aku kena posa. Apa lagi, malam tu keluaq balik segala. Kalut doc aku malam tu.huhu
Sebabkan aku still muntah lagi, suhu badan aku naik, demam pulak. Malam-malam ja demam. Mak aku tolong jaga, aku memang tak mampu uruskan diri sendiri pun nak bangun pun tak buleh. Usus perut aku rasa nak terburai. Masuk hari ke-4 kat KPJ, hari ahad, aku kalut nak balik dah, sebab malam tu mak aku, tak buleh jaga,sapa nak urus pulak dengan aku dok muntah tak berenti. Plastik muntah jangan cakapla, 2 jam sekali depa mai tukaq. Aku sorang ja dok abihkan plastik depa, tapi yang leganya, dalam ward tu agak privacy la, bukan macam hospital besa. Ada 2 orang ja dalam ward tu. Aku memang tak concern dah dengan orang sebelah.
AHAD 26/02/2012
Im home..........doctor bagi aku balik walaupun aku dok muntah lagi.berat turun lagi. Sepanjang jalan kawan aku ambik dari hospital nak balik umah, muntah lagi.dan lagi dan lagi. La ni dalam proses buang santau pulak. Tak abih lagi.
Sekian.
P/S : Ajal maut di tangan tuhan