nuffnang

Kawan-kawan saya

Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Monday, July 23, 2012

::APA MANUAL YANG KITA ADA::

Assalamualaikum to all.



Alhamdulillah harini masuk hari yang ke-3 bagi kita umat Islam berada dalam satu bulan yang penuh keberkatan dan yang penuh rahmat dari Allah SWT iaitu Ramadhan. Ahlan wasahlan ya ramadhan.



Baru 3 hari posa, merata aku pi semua pakat dok pasang lagu raya. Apa barang la..... Feel posa pun takdan nak rasa lagi, dah depa dok kalut pasang lagu raya. Padahal banyak saja kot lagu ramadhan. Pasang la. Bukan tak boleh. Puasa laaaa dulu, raya tu kemudian.



Alhamdulillah, semalam sempat aku luang masa kat surau, untuk jemaah tarawih. Ada jugak diselangkan dengan tazkirah. So, takla termengah-mengah sampai 23 rakaat. Dalam tazkirah tu, ada disebut tentang MANUAL.



Macam kat bawah ni.



Setiap benda yang dicipta, ada manualnya. Ada panduannya. Contoh, bila kita beli kereta keluaran Proton, ada manual tentang penggunaan, cara nak fix bila rosak, sparepart yang boleh diguna. Kita tak boleh sewenang-wenangnya guna manual Toyota untuk fix problem Proton. Lagi jahanam jawabnya nanti. 



Kita? Kita diciptakan jugak ada manualnya yang tersendiri. Apa manual kita??? Al-Quran. Al-Quran dan hadis yang jadi panduan hidup kita. Kalau kita tinggal 2 benda ni, rosak hati kita, hidup kita terumbang ambing sebab kita jauh dari keredhaan Allah. 






Jadi, sepanjang ramadhan ni, cuba istiqamah untuk dekatkan diri kita dengan Allah SWT, rajin-rajinlah tengok manual kita semula. Seribu satu rahsia semua terkandung dalam Al-Quran. Macam-macam panduan yang Allah siapkan untuk kita ambik iktibar darinya. Cumanya, bila kita tak rajin tengok manual kita sendiri, kita akan tergelincir dan hati kita susah nak dilembutkan. Hanya Al-Quran saja yang boleh bagi panduan dalam kita menjalani kehidupan kita. Tanpa Al-Quran, ustaz-ustaz pun tak boleh nak sampaikan pada kita. Sekian.



P/S : Sampaikan walau sepotong ayat ;)


Thursday, June 14, 2012

::BUAT JIWA YANG DUKA::

Assalamualaikum peeps...



Agak lama aku tak update apa-apa kat sini. Sebab agak sibuk dengan keja-keja aku yang tak berpenghujung lagi. Buat pagi ni, aku update sket makanan rohani untuk jiwa-jiwa kita yang masih kosong, dan kadang-kadang kita takbur, kadang-kadang jiwa kita sedih, kecewa sangat-sangat dengan apa yang masih kita tak dapat. Sama macam aku..huhuhuhuhu



Agak menarik video ni, bagi jiwa hat jenih touching-touching (macam aku).wahahahaha.bagi sapa yang takdak kesedaran sivik tu, mai tengok ramai-ramai..






p/s: touching dah aku..huhuhu.

Friday, May 25, 2012

::APA YANG AKU HARAPKAN::

Assalamualaikum to all bloggers and readers.....



Salam jumaat bagi saudara saudari muslimku, dan salam sejahtera kepada saudara saudariku yang bukan beragama Islam. Mengupdate lagi aku pagi ni.....



Bila kita bercakap soal harapan...
dari hati kecilku....


Semua kita ada hati dan perasaan dan selama mana kita masih bergelar manusia, pasti di situ ada harapan. Walaupun di permulaan. Semua manusia nak macam-macam, ada yang nak rumah besaq, jadi kaya, hidup bahagia. Ada usaha dan bila ada usaha, ada harapan yang diletakkan. Selagi harapan yang tidak bercanggah dalam islam, pohonlah, dan apabila harapan itu bertentangan dengan akidah islam, buanglah.




Kadangkala, kita silap letak harapan. Kita rasa manusia boleh memahami. Jadi, kita letak harapan pada manusia, yang sama sekali sama fitrahnya macam kita. Manusia yang lalai, manusia yang ada perasaan, manusia yang serba kekurangan. Manusia yang hanya boleh semai harapan tapi sama sekali jarang boleh melunaskan harapan. Untuk apa? Kerana kita tak yakin! Tak yakin dengan harapan yang Allah boleh bagi lebih dari itu.




Kita masih mengharapkan apa yang hanya ada depan mata kita. Kita tak nampak yang sebaliknya. Yang lagi berkuasa dan yang lagi mampu menunaikan dari apa yang ada depan mata. Andai kita tersasar dari menyandarkan harapan, pohonlah laluan agar kita diberi harapan baru. Harapan untuk disandarkan pada Pencipta. Kita hanya manusia biasa, kita tak berhak menjadi tempat bergantung harap.



Kita berharap pada manusia yang tak teguh pendirian, kelak kita merana
Kita berharap pada manusia yang tak teguh hati, kelak kita tak dihargai
Kita berharap pada manusia yang cetek akal, kelak kita akan ditinggal
Kita berharap pada manusia yang tak boleh buat keputusan, kelak kita bosan 
Kita berharap pada manusia yang akan mati, kelak kita semua akan mati.



HARAPAN hanya tinggal HARAPAN. Tinggalkan harapan palsu itu. Tak guna mengharap andai itu belum tentu memberi kebaikan. Berserahlah pada yang maha Esa, dia merencanakan setiap saat hidup kita. Dia merancangkan kita jadi begini dan begitu.Itulah yang kita namakan takdir. Takdir hidup yang kita belum nampak dan sedang kita harungi likunya. Jangan kecewa dengan rahmat Allah. 


Bahagiakan kami ya Allah, 
sesungguhnya aku sendiri lemah lagi tidak berdaya untuk melawan ketetapanMu. 
Engkau adalah perancang terbaik buatku.
Sesungguhnya tiada apa yang mampu menghalang aku dari dekat denganMu
Aku mengharapkan sesuatu hanya padaMu
Hanya Engkau yang mengerti diri ini ya Allah
Aku tidak akan menjauhiMu ya Allah
Sesungguhnya Engkau sajalah peneman aku, penjagaku
Sedangkan aku sendiri tiada daya memikirkan hari esokku
Aku HambaMu
Dari bermula nafas pertamaku hingga terhentinya nafas terakhirku.
Engkaulah perancang sebaik-baik perancang.



Kita semua masih disayangi ;)



P/S : Jangan frust dengan apa yang kita lalui, belajarlah untuk redha ;)




::iklan untuk saham akhirat, mari menyumbang sorang sikit ;)::

Thursday, May 24, 2012

::JANGAN ENGKAU MARAH, AKU DISISIMU::

Assalamualaikum peeps...




Alhamdulillah harini dah masuk 3 Rejab, lepas tu syaaban dan ramadhan pulak yang akan menyusul. Bagi sesapa yang tengah posa sunat, posa ganti tu, selamat berpuasa diucapkan. Aku pun posa jugak harini...hihi. Banyak diam saja harini, tak cakap banyak sangat. Cuma ada masa dan kesempatan untuk update blog aku ni dengan ilmu yang ada, tak banyak mana. Sekadar untuk share semata-mata. Terpulang bagi yang nak menyampaikan.






Satu fenomena yang agak biasa dalam diri kita, bila kita menegur tu maksudnya kita ambik berat. Maksudnya kat sini, janganlah bila ada yang menegur kita bila dah terang-terang nampak tu memang kesalahan kita, kita kata "dia tu menyibuk pulak, diri sendiri jalan tak betui, ada hati nak menegur orang".




Sedarlah saudara-saudariku yang dihormati sekalian, 


Cuba positifkan minda kita. Menegur bukannya untuk menjadikan akhlak kita jadi lebih teruk, selalunya orang yang menegur, dia nampak apa yang tak kena di mata dia, yang mungkin kita sendiri tak sedar. Jadi itu adalah proses untuk kita belajar dari membuat kesilapan yang berterusan. Amat malang, bagi mereka yang apabila ditegur terus melenting dan melancarkan serangan balas kata-mengata yang menyakitkan hati.



Rileks..............

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda 

" Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia memuliakan tetamunya."




Dan bagi yang nak menegur tu, silalah guna bahasa yang lebih lembut dan halus dari softlan, sebab, ia akan meresap jauh ke jiwa. Jika gunakan kekerasan dan lisan yang berbentuk amaran, jarang ada manusia yang boleh menerima dengan hati yang terbuka. tegurlah secara berhemah. Kalau yang menerima lah, yang tak boleh terima, biarkan dulu. Hidayah hak Allah, Dia boleh bagi pada sesiapa saja hambaNya yang mahu mencari.





p/s ; Janganlah menutup pintu hati di saat ia masih mahu menerima kebaikan, kesian hati kita.

Monday, May 21, 2012

::KENA JAGA TEPI KAIN ORANG::

Assalamualaikum readers and bloggers,




Agak beberapa hari dah aku tak update apa-apa, hehehe. Kemalasan dan kelembapan tenet menghambat ruang waktu..hihihihihi. Nak lari jugak tu dari excuse maleh tu..hahaha



Pagi tadi aku baca sat majalah Gen-Q. Ya lah, sebelum bertambah sibuk menjelang hari ni, eloklah baca buku-buku ilmiah sat. Cewwwwwwahhh. haha. Apa yang aku rasa tertarik, pagi ni adalah satu peribahasa ka apa tah "JANGAN JAGA TEPI KAIN ORANG". Bagi aku, ayat ni dah tak buleh nak pakai dengan jiwa aku. Sebabnya, bagi aku, 'remind and advice' tu memang penting dalam Islam. Bukan dalam islam saja, dalam masyarakat pun sama jugak. Kalau mati, orang lain jugak uruskan kita. Bukan diri kita sendiri yang nak bangun mandi sendiri. Kannnnn?





Bagi aku, memang hidup kita ni ada landasan. Kadang-kadang kita boler tersasar jugak, tapi lama mana kita nak tersasar jauh-jauh? Sapa yang boleh pandu kita ke jalan yang benar? Cuba tanya diri sendiri. Apa guna hidup kita kalau sampai tak buleh diteguq. Ego namanya tu. Kita ada nilai bagi diri kita sendiri. Tapi setinggi mana nilai yang kita rasa pada diri kita, JANGAN PERNAH NAK BERLAGAK SOMBONG DENGAN ORANG LAIN. Orang teguq kita mesti ada sebab. Kadang-kadang bila kawan kita yang selalu teguq, kita langsung letak fikiran negatif. Kita kata kawan kita tu ada niat nak menjatuhkan kita la, padahal ada orang teguq untuk kebaikan. Kenapa kita tidak cuba untuk menerima apa yang baik dan jadikan panduan dalam hidup kita.




Bagi aku, aku jenis yang simple, aku jenis easy going, give and take. Jadi aku suka dengaq nasihat orang dan suka nasihat orang. Ada jugak orang yang suka dengaq pandangan aku, walaupun kadang-kadang ke laut saja idea aku ni..hihi. Tapi aku tak reti nak nasihat diri sendiri. Sebab tu aku lebih suka orang nasihat aku. Tapi adakala, bila orang tak buleh nak terima pandangan kita, abaikan saja. 




Eh, ingat tau tanggungjawab kita sebagai orang Islam, kita ada tanggungjawab untuk sampaikan apa yang kita tau pada orang yang taktau pasai hukum agama. Teguq yang mana buleh. Yang mana kita taktau, carilah ilmu. Islam bukan hanya sekadar nama, tapi Islam itu mendidik diri kita, mengisi rohani yang berjasad agar lebih menyedari bahawa hidup kita ada matlamat. HIDUP MESTI BERTUHAN.




p/s : Saling berpesan-pesanlah kita pada kebenaran. Jangan jadikan Islam hanya pada IC. Berpeganglah dengan ajarannya. Semoga bermanfaat untuk semua. Peace.

Friday, April 13, 2012

::BETULKAH ALLAH SAYANG SAYA::

Assalamualaikum to all readers...



Malam ni aku upkan satu lagi entry dengan harapan dapat menjawab satu soalan 'ANONYMOUS' yang aku rasa dia baca jugak apa yang aku update dalam blog aku yang tak seberapa indah ni. Alhamdulillah,  sambil berbaju hijau kuning (bukan jersi kedah tapi jersi brazil) dan disebabkan mood aku malam ni 'suam-suam kuku' sebab tak dapat tengok game bola secara live kat tv, so aku luangkan masa aku untuk share sesuatu yang jadi makanan rohani untuk semua.




Actually, untuk pengetahuan kalian, aku sangat suka dan menghargai semua feedback yang aku dapat melalui komen kat blog aku ni,at least aku tau ada yang baca entry aku ni walaupun kadang-kadang aku reply feedback kalian dengan sangat slow motionnya. Salah satu feedback yang aku dapat kat komen aku mengenai entry aku 'TANDA ALLAH RINDU DAN SAYANG KITA". Lama aku tak penaik entry tazkirah, dah rasa macam nak masuk bulan posa pulak.hihi


Kalau Allah sayang, nape tak jadikan saya senang? Sapa leh jawab?


Pertama sekali, aku nak cakap kat sini, sorry sebab aku gunakan bahasa diri 'aku' sebagai mengganti nama 'saya' sebab bila guna 'saya' aku rasa macam skema sket, satgi nak typing kat sini pun aku rasa kaku..kikiki. Aku tak pasti siapa 'anonymous' yang bertanya, tapi for sure aku yakin sangat bahawa ALLAH tu memang sayangkan kita. Dan aku harapkan entry ni dapat menjawab soalan itu.






Kenapa kita tak cuba tanya pada diri kita. Adakah selama ini aku bersyukur dengan apa yang telah Allah berikan kurniaanNYA pada aku? Adakah aku meletakkan hatiku hanya untukNYA? Adakah seluruh kehidupanku telah aku berbuat sesuatu yang baik untuk aku mendapat keredhaanNYA? Tanya soalan tu pada diri kita.




Aku akui, sebagai manusia biasa, kita memang tak terlepas dari sifat lalai, lali dan sebagainya, tapi kita kena sedar bahawa kita masih hidup (ya la kan, kalau tak cemana pulak aku nak update entry ni). Selagi kita hidup, kita takkan terlepas dari mendapat segala nikmat ALLAH. Kita mungkin tak perasan bahawa nyawa tu sesuatu yang bernilai, pergerakan kita, penglihatan kita, segala apa yang kita ada sebab setiap hari kita rasa benda yang sama.




Macam mana kalau suatu hari, bila kita nak bangun pagi, tiba-tiba saja tak buleh. Tak ka haru tu...masa tu apa yang kita rasa? apa yang kita akan sebut? Ya Allah...Lazimnya, macam tu lah.Kita kena ingat kenapa Allah datangkan kesusahan, sakit dan dugaan pada kita. Itu semuanya ujian untuk mematang dan menguatkan kita. Mendidik hati menjadi sabar, melatih jiwa menjadi kental.




Sakit tu menghapuskan dosa-dosa kecil kita, kesusahan itu akan melatih kita jadi kuat. Memang kita rasa susah, tapi percayalah Allah menguji hambaNYA bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggung. Dia lebih tau apa yang kita boleh, walaupun haikatnya kita rasa kita dah tak boleh nak lalui. Tapi yang sebenaqnya kita mampu, TIME WILL HEAL EVERYTHING.




Bukan kita saja yang susah atas dunia ni, ramai lagi nuuuuuuuuuu. Tak terkira jumlahnya, jangan kita tengok kat Palestin nu, dalam Malaysia ni pun ada yang hidup berantakan, miskin la, takdak rumah la. Jangankan kata dalam Malaysia ni, jiran selang dua rumah dengan aku ni pun selalu dok merungut tak cukup duit nak bayaq sewa, nak bayaq hutang nu hutang ni. Tu maknanya, bukan kita sorang saja yang susah.Tu ujian buat yang susah. 




Bagi yang senang pulak, masalah jugak. Bila dah senang, banyak duit, lagi banyak dosa pulak yang buat, pi labuq kat tempat yang takdak faedah la, buat kasino la, pi sana pi sini, kaya nak mampuih tapi kedekut pulakkkkkkk. Ujian jugak tu. Ingat senang ka jadi orang kaya? Takut wooooo hari-hari mesti dok pikiaq sapa pulak la nak pecah rumah aku hari ni?Nanti dok risau rumah selamat ka dak, amah curi duit ka dak? Tak ka nak sesak jiwa tu? 




Haaaaa, baik kita jadi diri kita sendiri. tak kaya sangat, tak susah sangat. Sederhana. Apa yang boleh kita tolong, insyaallah semoga dapat pahala. Sekian saja jawapan aku. Perghhhh, exam SPA pun aku tak penah jawab panjang macam ni untuk soalan yang sekerat macam ni..hihihi. Apa-apa pun jangan lupa Allah, takut-takut kita tegolong dalam hamba yang putus rahmatNYA. naya woooo...sekian saja jawapan aku.hihi.peace.



p/s : Perkembangan semasa Kedah 0 Sarawak 2. Haru betui. Bikin panas saja. Aku dok harap Pak Midan nak sumbat sebijik. #Mendukacitakanhatiakusaja.huh!


Saturday, March 10, 2012

::AKU HANYA MENGHARAPKAN HUSNUL KHATIMAH::

Assalamualaikum blogers and readers.




Entri pagi ni, selingan supaya kita selalu ingat mati tu hanya berada selangkah dari kita. Bagi aku, mungkin tak sampai selangkah pun. Tapi bagi yang masih rasa akan ada lama atas dunia ni, wallahualam. Indahnya saat mengingati mati sebab itulah sesuatu yang paling dekat dengan diri kita. Semua orang akan mati, tapi berapa ramai yang mahu menghambakan diri pada Yang Esa bila semakin dekat dengan masanya? Yang hanya kita sibuk-sibukkan macam mana nak lebih kaya di dunia ni.






Kita hanya ditabur dengan kehidupan dunia yang belum tentu menjamin kebahagiaan akhirat. Kita masih tak bersyukur atas apa yang Allah kurniakan pada kita. Setiap hari kita diberi nafas baru, tapi setiap hari adakah kita mengingati untuk sujud padaNya?



Kita hanya sibuk "esok nak makan apa eh?" Tapi adakah kita sedar saudara Islam kita di Palestin? Apakah yang mereka makan? Apakah yang mereka pakai.



Yang kita sibukkan "gaji aku tak cukup,nak beli itu ini, nak bayar itu ini." Tapi tak terfikirkah kita, kita masih boleh makan dan hidup sempurna daripada jadi gelandangan yang sedang merempat mencari teduh dari hujan dan panas? Sedarkah kita?



Yang kita ucapkan, "minggu depanlah aku melawat kawan aku". Bagaimana kalau hari esok kita kehilangan orang yang kita rasa dekat dan memahami kita. Yang dinamakan kawan?



Yang kita sibukkan, "nantilah aku solat," bagaimana saat kita tangguhkan itu, masanya telah sampai untuk dijemput? Apakah kita telah membawa bekalan untuk hidup di sana? Apakah kita telah menepati janji yang kita akan menghambakan diri padaNya? Adakah kita bersedia untuk dihisab? Apakah kita telah pastikan saham kita akan bercambah di akhirat?


Insurans di kala itu sudah tidak bernilai.
Rumah dunia di kala itu tidak lagi indah.
Keluarga di kala itu tidak lagi menemani.
Sahabat di kala itu tidak mampu lagi menghiburkan.
Harta di kala itu sudah tidak mampu membeli nyawa.
Ilmu di kala itu harap terus dapat disebar.
 Amal di kala itu diharap menjadi pemberat.
Sedekah di kala itu diharap terus mendapat timbangan.


Apa lagi yang tinggal? Tiada apa yang dapat aku bawa. Hanya sedekah, amalan dan sedikit kebajikan yang aku bawa. Apakah itu mencukupi? Aku belum layak  Dalam hati aku, aku hanya meminta diringankan sakit aku menghadapi sakaratul maut. Aku tau, betapa junjungan kita juga merasa sakitnya sakaratul maut. Aku hanya terbayangkan andai masa itu tiba esok lusa. Bagaimanakah sakit yang aku rasa. Saat itu lidah hanya terkunci rapat untuk bercerita. Tapi aku harap tidak terkunci untuk aku menyebut "Lailahailallah.....lailahailallah...laaaaaaailaaaaaahailallahhhhhhhhhhh."






p/s : Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami,apa yang telah kami lakukan di dunia ini, andainya mati itu lebih baik buat kami, kami redha ya Allah. Pastinya dunia ini bukanlah tempat untuk kami selamanya. Tempat kami hanya di sana.

Tuesday, March 6, 2012

::KITA SELALU MENGADU PADA TEMPAT YANG SALAH::

Assalamualikum bloggers and readers.




Pagi-pagi lagi aku dah online, lepas semayang Subuh tadi, aku telan ubat dan on laptop aku ni. Hehe. Macam ni lah kehidupan aku, aku memang banyak habiskan masa di rumah saja. Tak pi mana-mana, duk diam-diam dengan lappy aku ni, ronda-ronda baca blog orang.hihi.




Semakin kita membesaq dan semakin dewasa ni, banyak pengalaman yang kita tempuh. Ada yang asyik kecewa, ada yang diuji dengan kesenangan. Tapi tu semua bukan maknanya kita ni lemah nak harung apa yang ada dalam hidup kita. Semua orang nak rasa hepi, dengan life masing-masing. Tapi realitinya tak macam apa yang kita bayangkan. Aku pun macam tu jugak.




Bila aku on fesbuk aku tu, tengok status kawan-kawan, ada yang dah start mengadu kat fesbuk.Pagi-pagi lagi dah moody. Ada yang dikecewakan kekasih la,ada yang mengadu keja bertimbun, ada yang mengadu ditipu kawan-kawan. Tapi setakat ni alhamdulillah, aku tak penah baca lagi status yang tak pueh hati dengan family masing-masing. Tu bermakna kita masih sedaq lagi sapa tulang belakang kita yang paling kuat.




Ada orang takmau semayang. Puas diceramah, ditarbiah, tapi macam tu jugak tindakan yang dia suka. Kita hanya boleh nasihat, tapi kita tak boleh nak paksa. Sebenaqnya, solat tu lah, masa paling berkualiti kita untuk mengadu apa saja dengan Allah.







Kita sujud dan dalam hati kita selalu mengadu pada Allah. Kita angkat tangan dan berdoa



  "Ya Allah, ampunkanlah dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa keluargaku, dosa sahabatku, dosa seluruh umat Islam, selamatkanlah kami dari seksaan azab api nerakamu, hubungkanlah kami dengan syurgamu, jadikanlah kami orang yang bahagia dan tabah menerima ujian-Mu di dunia, sabarkanlah hati-hati kami ya Allah, berilah kami hidayahmu yang berterusan,jauhilah kami dari sifat pendendam dan sifat-sifat keji, dekatkanlah kami pada orang-orang yang mahu menyayangi kami, sesungguhnya Engkaulah yang menentukan nasib hidup kami."




Yang tu lah yang sering kita baca setiap hari lepas solat. Macam tu jugak aku pun. Janganla kita selalu patah hati, dan asyik mengadu pada orang yang salah. Orang lain takkan paham situasi kita. Allah yang mencipta kita, DIA lebih memahami macam mana patahnya hati kita. Betapa dasyatnya kecewa kita, Allah lebih tau. Betapa remuknya hati kita, Allah lebih mengerti. Betapa sedihnya kita bila kita rasa kekosongan, Allah lah tempat kita untuk mengadu.




Boleh kawan-kawan kita tolong kita? Ya, dengan semangat yang boleh menjadikan kita sedikit kuat. Kita mengharapkan kasih sayang manusia, tapi apa yang kita tak sedaq, manusia tak mampu luangkan semua masa yang depa ada untuk kita. Kita tak boleh mengadu pada manusia yang salah. Itu membazir masa. Mengadulah pada ALLAH.



p/s: Ya Allah, terima kasih atas hidayahMu

Friday, March 2, 2012

::TANDA ALLAH RINDU DAN SAYANGKAN KITA::

Assalamualaikum bloggers and readers.




Salam jumaat dan semoga di penghulu hari ini tidak melalaikan kita dengan tugasan dunia sehingga mengabaikan suruhan Allah SWT. Buat yang terlalai, sama-sama kita bantu sedarkan sebelum Izrail datang menjemput. cewwah semangat bukan main. Rasa macam nak bagi khutbah pulak harini.hehehhe. Lama aku tak update hal-hal ilmiah ni, harini buat selingan sket la. Tak rugi pun kongsi ilmu.




Banyak tanda yang membuktikan betapa sayang dan rindunya Allah pada kita, sama ada kadang-kadang kita sendiri yang tak sedaq, sambil lewa dengan sikap acuh tak acuh kita ni kan?





NYAWA.Kita ada satu nyawa. Allah sayang kita, kadang-kadang kita diberi peluang berpuluh-puluh kali untuk meneruskan nafas kita. Ada orang yang kerana kesilapan kecik saja, diragut nyawanya. Tapi buat kita yang masih hidup, Alhamdulillah harini kita masih mampu melihat dunia. Masih dapat bernafas.





SAKIT. Dah lama kita sihat. Kadang kala ALLAH datangkan sakit, kita ingat DIA. Allah, Allah.Sembuhkanlah aku. Walaupun di saat kita terlantar, mungkin kita tidak dapat menunaikan kewajipan kita sebagai hambaNya, tapi Dia tetap memberi kesembuhan. Alhamdulillah.





KECEWA. Dah lama kita merasa senang dan bahagia. Kadang-kala kita terlalu hanyut dengan hiburan dunia, kita alpa, kita pandang ringan semua tuntutan agama. Allah datangkan sedikit kekecewaan mengalami pengalaman kita untuk menjadikan kita kuat. Kita memberontak dan merayu agar kurangkan bebanan yang kita tanggung. Lalu, Allah datangkan cahaya yang mana kita nampak ianya sebagai pelangi dalam kehidupan kita. 





SUSAH. Kita dah lama hidup senang. Kadang kala susah tu mai jugak jenguk kita walaupun kita tak suka. Susah pun penting jugak dalam hidup. Tanpa rasa susah, kita tak akan tau erti rasa bersyukur. Macam mana nak belajaq berdikari kalau kita tak bersyukur? Betui dak?



Peringatan buat kita




MEWAH.SENANG. Bila dah mewah dan senang jangan lupa pada yang lebih memerlukan dan yang masih tidak berkemampuan seperti kita.Renung-renungkan dan selamat beramal ;)



P/S : Segala takdir Allah itu perlulah dihadapi dengan tenang.

Sunday, August 7, 2011

::SAPA CAKAP HATI TAK BOLEH BERUBAH?::

Hello bloggers...hai again..


Assalamualaikum w.b.t. and salam 1 Malaysia to all my readers, dan buat sesapa jua yang tak jemu-jemu singgah di sini walaupun tak ada sebijik kurma pun yang aku letak kat sini....hihihihi




Apa khabaq semua? sihat....?alhamdulillah, bagi sapa yang tak berapa sihat tu, bawak-bawakla minum ayaq masak banyak sket. Kot belah penang ni, tengah hari ngan petang memang agak paneh jugakla. Kering tekak, tapi sabaq ja la bulan-bulan posa ni. Pahala tuuuu..hihihi





Harini dah genap seminggu umat islam berpuasa, dah tak lama lagi nak tempuh pertengahan ramadhan, semoga sahabat-sahabat semua istiqamah bertarawih setiap malam, mengisi masa lapang dengan doa yang sentiasa mendapat perhatian dari Allah.




Okeh malam ni, aku nak share lagi tentang hati. Semenjak, 2, 3,4 menjak ni, asyik cerita pasai hati ja aku ni.hahahha. Bukan apa, kengkadang emosi tu mendatangkan feel yang mendalam gitu. [memandai ja aku]. hihi






HATI MANUSIA BOLEH BERUBAH

Sapa cakap hati tak boleh berubah? Sedangkan ayaq yang menitis pun boleh melekukkan batu, apatah lagi hati. Kadang-kadang memang kita perlukan masa yang panjanggggggggggggggggggggggggg sangat untuk ubah hati kita.





Ada manusia yang keras hati, ego tinggi, cepat panas. dan ini amatla memerlukan kekuatan sabaq untuk lembutkan hati. Kalau kita berkeras jugak dengan manusia jenis ni, sampai bila-bila pun kita takkan menang. Sebab kalau dah ego tu, kita kena jadi cool. Tak bolehla bila dah sorang perangai 'api' kita pi tuang minyak lagi. Memang rentungla.....





Hati kita ni sebenaqnya ada unsur-unsur halus. Sejauh mana sombong dan angkuhnya seseorang tu, dia masih lagi mempunyai perasaan belas ihsan, cumanya tak ditunjuk saja. Itu bezanya. Jangan kata bila kita tengok perempuan yang agak kasaq tingkah lakunya, kita cop dia 'tomboy'. Sekasaq mana pun seorang perempuan tu, tapi masih ada lagi sifat lembut dan manjanya.





Ada yang kata, manusia ni memang payah nak berubah. Memang.... apa yang kita buat adalah dari hati. Kalau hati kita 'bersih' kita lebih cepat adapt benda-benda positif dalam hidup kita. Sorang budak yang paling nakal dalam kampung, mungkin bukanlah sorang penjenayah bila besaq nanti. Macam tu jugak la dengan budak yang paling kuat mengaji, tak semestinya jadi ustaz bila besaq nanti.





Kita boleh jadi apa saja yang kita nak, asalkan kita tak lalai mendidik hati kita sendiri. Takkan nak tunggu orang lain yang ubah hati kita. Kita kan nakhoda kepada diri, memang wajib kita sendiri yang meletakkan nawaitu, sayangi hati kita sebelum kita sayang orang lain dan lakukan benda yang paling bahagia dalam hidup kita.




p/s : La Tahzan...Kita adalah apa yang kita tentukan...





Monday, August 1, 2011

MUHASABAH DIRI #1: NIKMAT YANG PALING BESAR

Hai blogger, blogwalkers,stalkers, readers and sapa-sapa yang masih sudi lagi singgah di blog picisan ni....



First of all, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat berpuasa to all muslims... Pagi ni insyaallah kita mulakan 1 ramadhan ni dengan sebaik mungkin, hari yang senggang diisi dengan kerja dan bacaan yang ilmiah, masa-masa terluang diisi dengan zikrullah, dan sama-sama lah kita melipatgandakan amalan di bulan puasa, bulan keampunan dan kerahmatan ni.




Muhasabah hari ni dipetik dari tazkirah yang diadakan selepas solat tarawih sulung semalam. Nikmat yang paling besar yang Allah bagi pada kita adalah nikmat panjang umur.




Makin lama makin pendek usia kita. Tak semua orang mampu hidup lama sampai menjangkau usia beratus tahun. Alhamdulillah, dengan usia kita yang masih muda, dapat kita menempuh 1 ramadan lagi hari ni. Jadi, perlukah kita berbangga dengan hidupnya kita saat ini berbanding orang yang telah lebih dahulu meninggalkan kita? Jawapannya hanya ada pada kalian.






Maka beruntunglah mereka yang di sepanjang usianya 
banyak mengumpulkan saham akhirat berbanding mereka yang hanya sibuk mengejar dunia.
Jadi, tanyalah diri kalian, amalan apakah yang aku buat di dunia ni 
yang dapat membantu aku di akhirat kelak?



Janganlah ada antara kita yang kata... "ahhh...lambat lagi aku nak mati ni". Kalian ingat lah, semua nyawa kita ni adalah percuma sebagai pinjaman. Allah lah pemiliknya, jadi DIA berhak menariknya pada bila-bila masa tanpa mengira berapakah usia kalian. Bersyukurlah dengan kedatangan bulan ramadhan yang mulia ni, kita dapat menambahkan amalan kita untuk dijadikan saham di akhirat kelak.



p/s : Al-fatihah buat semua umat islam di seluruh dunia yang telah pergi meninggalkan kita

Wednesday, June 8, 2011

::SEBARKAN SALAM::

Assalamualaikum bloggers...




Tadi pagi sebelum aku sampai ofis, sempat lagi aku melangut tv9..hihihi...kan pagi-pagi ada tazkirah, sebelum keluaq umah, sempat la jugak dengaq serba sedikit. Lupa pulak nama ustaz tu apa, hihi.... Topik kali ni, adalah  (salam) assalamualaikum.....







Ada orang suka bagi salam 1 Malaysia, salam 1 bloggers..hehe..salam..asamekom...as-salam.... Macam-macam pattern salam ada, dan ada orang sering bercanggah fikiran, taktau yang mana satu cara yang betul, mana satu cara yang salah. 





Dan ada pulak, budak-budak muda yang melepak kat shopping kompleks, bila aku lalu ja...depa kata... assamekkom cik adik, lajunya jalan.....sorang je ke, aiiii x jawab salam dosa tau.... Aishhh....rasa macam nak bagi rasa selipar aku pun ada jugak, main-main ja nak bagi salam tu.... aku jawab jugak tapi aku jawab dalam hati ja. Maleh nak melayan.





Ada orang tanya cara mana yang betul untuk bagi salam? Tadi uztaz tu pun bagitau cerita tentang rasulullah ketika menyampaikan dakwahnya (kalau tak salah aku), ada seorang lelaki masuk, lalu beliau memberi salam... assalamualaikum...Rasulullah kata lelaki ni mendapat 10 pahala....





Ada pulak seorang lagi yang masuk dalam majlis itu, dan memberi salam.... assalamualaikum warahmatullah.... maka kata rasulullah, lelaki itu mendapat 20 pahala. Seketika kemudian ada lelaki yang ketiga menyertai majlis ilmu itu, dan memberi salam...assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Maka Rasulullah berkata  lelaki yang ketiga ini mendapat 30 pahala.





Begitulah, besarnya syafaat memberi salam, dan perkataan assalamualaikum ini adalah perkataan yang tertua dalam syariat islam, bahkan sebelum kewujudan nabi adam lagi perkataan salam tu dah wujud, iaitu ucapan yang sentiasa digunakan oleh malaikat-malaikat dan penghuni syurga.





Maka rasulullah pernah bertanya kepada para sahabat "mahukah kamu mengetahui satu perkara, yang bila aku ajarkan kepada kamu, kamu akan saling berkasih sayang?" para sahabat bertanya apakah perkara itu? Maka jawab rasulullah, "sebarkanlah ucapan salam sesama umat manusia, yang mana dengan ucapan itu menambahkan kasih sayang antara manusia."




Dan jika memberi ucapan salam di dalam berkumpulan, ianya jatuh dalam hukum fardhu kifayah. Maksudnya kat sini, kalau kita berjalan 3,4 orang segroup bila jumpa orang lain, salah sorang bagi salam, assalamualaikum....maka kawan-kawan kita yang lain tu, tumpang dapat pahala jugak. Macam tu jugak bagi kumpulan yang menjawab tu. Salah sorang jawab salam, yang lain pun dapat pahala jugak.... macam tu lah... Tapi jangan lah dimainkan salam tu ye......dan kalau nak bagi salam tu khalimah pertama tu "asss", jangan suka hati ja bagi samekom....berubah maksud nanti, tanggungla akibat nya....








sekian, untuk makluman.




Monday, May 23, 2011

::SAPA YANG TAK PENAH SABAQ??SETAN PUN KENA SABAQ::

Assalamualaikum semua......







Harini aku mengupdate lambat sket sebab terrrrrrbanyak la pulak keja harini. Bila dah waktu macam ni, baru la sempat aku nak bergurau senda kat sini..hahahha. Sambil belek buku solusi yang baru aku beli tadi ni.... dengan topik SABAR ITU INDAH...macam syokla pulak bunyinya....jadi aku pun huloq duit merah sekeping, pastu baca kat kedai buku tu jugak..hehehhe..aku bayaq dulu baru baca...[ada balance singgit]








Aku tak percaya la, kalau ada orang tak penah sabaq atas bumi ni. Kalau tanya alien pun, mesti depa mengaku depa adalah kategori alien yang sabaq..hihihihi.... Tapi yang membezakan kita adalah ketinggian iman kita, semakin kita sabaq, maknanya kita tengah jana iman kita bagi mencanak-canak naik....





Bila kita sabaq, semakin tinggi pulak bisikan syaitan, Pernak tak kalian perasan? Kalau kita sabaq nak buat maksiat tu sebenaqnya lebih payah dari kita nak buat amal. Memang pun. Cuba pi tanya orang ramai, ambik kertas pi buat survey.... Tanya orang, berapa ramai yang dapat istiqamah bila dah buat perubahan. Bukan senang oooo....syaitan berdoyon-doyon tepi kita. Sejak hari pertama kita tengok dunia ni, memang syaitan keliling dah.





Menurut Imam al-Ghazali [ ni aku baca dalam solusi] sabar dalam mentaati Allah itu, terbahagi kepada tiga, iaitu sabar ketika hendak memulakannya, sabar semasa mengerjakannya dan sabar selepas mengerjakannya. 










ha.....yang kaler merah tengah kacau dodol tu..haaaaaaaaaaa sapa tak kenai....Sengih macam baguih..... Setan? Sapa nak tengok? pi cari CD.....la ni femes puak2 depa ni...siap masuk panggung wayang pun ada la ni...box office lagi..hahhaha..Syaitan ni pun kena sabaq jugak....sebab apa syaitan ni sabaq???





Cuba tengok situasi ni, masa azan dekat masjid, kita tengah tengok tv. Kita slowkan volume, tapi setan tengah hasut "alah......bukak ja volume tu tinggi sket, azan ni mengacau ja" tapi kita tak buat, kita tak ikut cakap dia....Dia sabaq lagi...... bila kita nak pi ambik wudhuk, setan berusaha melengah-lengahkan kita "alaaaaaaa, awal lagi ni, waktu asar panjang lagi ni,"..haaaaa nampak tak dia cuba menggoda kita...Dia sabaq jugak walaupun ada halangan nak menggoda kita.





Tapi bila waktu subuh, janganla kita sabaq sangat dari bangun pi sembahyang, nanti tak pasai-pasai jadi subuh gajah. Semua atas muka bumi ni, tak kira lah sapa-sapa pun mesti pernah sabaq....tipulah kalau ada yang kata tak pernah sabaq. Tapi kita kena ingat sabaq pun ada musuh jugak. 





Sapa musuh sabaq tu??? 1. Tergesa-gesa 2. Putus asa dan 3. Marah. Kalau dalam hidup kita ni, ketiga-tiga benda ni masih melekat, halau lah dulu, selagi tidak dihalau maka kita mesti payah nak sabaq....selamat bersabar kalian...






p/s: Sabar kan penjana iman, jadi selamat bersabaq...Jangan maki-maki..hihii

Tuesday, April 12, 2011

::CARA RASULULLAH S.A.W MELAYAN ISTERI::

Assalamualaikum semua..
buat warga pejalan kaki...
semua blogger...
heheheh...bersua lagi kita lagi pada hari ini..
hehehhe..untuk sama-sama
membaca entry yang aku ambik
tah dari mana...hahahha

mari kita melayan..zassss...
dan menambah info-info untuk diupdate dalam kepala...

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu
urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.'
Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?'
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.'
'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a.. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?'

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat..

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'
'Tidak, ya Umar.. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'
'Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'
Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?'
Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'

Subhanallah sungguh tinggi pekerti baginda Rasulullah SAW.






Saturday, April 2, 2011

::WANITA DI MATA LELAKI::

Okeh..hai guys..
kali ni aku nak share
story tentang wanita...

"WANITA DI MATA LELAKI"

maaf ye aku tak sempat nak download gambaq and so on...
hehehhehe....so selamat membaca entry tanpa gambaq k...
hehheheheh...walaupun takda gambaq, tapi tak boring la...dan tak rugi bila membacanya...
enjoy your reading

Seorang lelaki balik rumah...dia jadi hairan giler halaman rumah berselerak surat di peti pos tak berambil anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang camping, penuh dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat, tak bermandi, masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut ruang tamu lagi teruk berselerak lelaki itu melaung nama isterinya....sepi tiada jawapan masuk ke dapur sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh periuk tidak bercuci mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak masuk ke bilik air baju masih belum berbasuh apatah lagi berendam lelaki itu cemas mencari isterinya dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku

"awak sakit ke?"..tanya lelaki itu "tak lah", jawab isterinya ringkas
"kenapa teruk sangat rumah kita hari ni", tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.
balas isterinya "wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang.....

NAH,HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI"

Best baca sampai abis!!!. It's true.

To share..Dari Ilham seorang lelaki...

"Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus
membebel,merengek atau mengilai seperti pontianak. Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan...

"Ibu, ibu...engkau lah ratu hari ku....."

Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak sekarang,tetapi when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tidak kena! Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup bagaikan dah tak bermakna. Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak HAPPINESS!!! Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she's around, for sure 24 hours tak habis-habis berleter.... pottttt peeettt pooott,peettttt,boleh pecah eardrums. And if mak menjerit,boleh bergegar isi perut. Silap gaya, tingkap pun boleh tercabut... And if mak takde, BangZaiiiiii!!! MerdeKa!!! FreeDoMmmmmm!!! Can do whatever!!!
Boleh main bleyblade sampai senja, boleh tido rumah kawan, boleh Chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayut kat talipon ngan "dear" sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng solat!!

But, the happiness does not long last. Masuk hari ke-2 dah terasa kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah jadik sesepi-sepinya cam "haunted village". Pada ketika itulah baru kita sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah. Tanpa leteran itu, semunya seperti MATI...

Without mum, hidup ni tak ada cabaran, not challenging, no suspense.Balik kul braper pun, takde orang nak membebel, takde orang nak pulas telinga. Our life graph becomes very the monotenous, then we realised, jari jemari mak yang suka cubit dah memiat telinga rupanya menjadikan hidup lebih bermakna.

Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Biarlah dia menjentik telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti. Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our life!!

Kau Isteri Ku....

Bezanya antara ibu zaman dulu dengan ibu zaman skarang ... Ibu
sekarang tidak mencubit atau memiat telinga anak-anak. Itu mungkin
one of the reason why anak-anak tak berapa takut and at times, hanya
memekakkan telinga setiap kali ibu memberi "ceramah percuma". Mungkin anak-anak tak terasa kehilangan or boleh jadi melompat keriangan bila ibu takde kat rumah (for instance if she's gone for a short holiday). Budak-budak sekarang ramai kawan,banyak caranya mereka mengisi waktu. They will go for movies, clubbing, or most to most lepak kat happening places.. As for me is different,if my wife is not at home, rumah boleh jadik porak peranda. Memang true, jika isteri ada dirumah, kepala slalu pening. Pantang kalau isteri ada kat rumah and i'm off duty, sure at times boleh membuat kepala berserabut.

Kalau madame takde kat rumah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal. Pendek kata,FreeeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning "She's Gone", aku pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk, no once shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticise. Everything will be smooth...Tapi, masuk hari ketiga,i felt something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau 'assshheemmmm', tak tahu mana nak carik yang baru. Colgate gigi dah abis, tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah abis, malas nak boil... Masuk hari ke-4, rindu mula terasa.

Eventhough kat office,ramai yang cun melecun, wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas, forever melekat kat hati and sukar ada pengganti.

Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pun jadik tak best. Nasik bungkus faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA.

Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah abis utk dipakai. Toilet dah mula licin berdaki...lantai dahm berbelak, tak dimop...Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly... bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.

Jangan kata sebulan atau setahun.... belum seminggu isteri takde katrumah,aku dah terasa separuh pengsan. Bila bersendirian begini,dan terasa malam begitu dingin, barulah kita sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri...So guys out there... jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tubini kita, best fren kita, sweetheart kita... Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!!

And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita. Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah lagi... penat tau!!

Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita... tak rela!!!
So to all mums and wives out there... life will be meaningless without
You mothers)....uuwaaaaaaaa!! sayangi la kaum perempuan krn tanpa
Mereka anda kehilangan sesuatu,hargai mereka!!!!

p;s : maaf tulisan ala cam budak-budak..aku nyampah jugak nak baca cara tulisan camtu..tapi aku lagi maleh nak mengedit..korang bace je la....jangan banyak komplen..

Friday, April 1, 2011

::PANTASNYA MASA BERLALU::

Assalamualaikum u olls...
Harini dah 1st April....
No APRIL FOOL please...
i hate that term...because as a muslim...
we have different way...
and APRIL FOOL is not our culture..
jangan membodohkan hari anda dan rakan-rakan....

okeh, back to the topic

" PANTASNYA MASA BERLALU "

ada artikel menarik yang aku nak sharekan bersama
tentang masa....
untuk kita renungkan dan kita amalkan mana yang patut diabsorbe ke dalam jiwa....


Masa tidak pernah menunggu untuk kita bersedia  memanfaatkannya. Bahkan masa berlalu begitu pantas, sepantas awan yang berarak dan sepantas angin yang bertiup. Mungkin ada masa-masanya hidup kita diselubungi kesedihan dan kekecewaan hinggakan kita merasakan jarum jam terhenti seketika atau menginsut begitu perlahan. Namun semua itu hanyalah perasaan kita sebagaimana kita merasakan masa berlalu begitu pantas diwaktu kegembiraan mewarnai hari-hari yang kita tempuhi.

Melupakan hakikat ini akan menjadikan kita orang yang selalu menyesal dengan diri kita. Kita sering menoleh kebelakang dengan penuh penyesalan hingga kita melupakan kedatangan ESOK serta mensia-siakan segala peluang dan kesempatan yang masih kita miliki HARI INI.

Ya, kita perlu menyesali dosa-dosa kita tetapi bukan mensia-siakan saki baki umur yang masih kita miliki. Sedarlah…setiap kali kita menyesali dosa-dosa yang telah kita lakukan maka syaitan akan bisikkan keraguan dan keresahan hingga kita berputus asa. Berputus asa dengan rahmat Allah dan berputus asa dengan kebaikan hingga kita terus menerus melayan perasaan kita hingga masa-masa yang masih kita miliki kehilangan harganya. Kita menangisi kelemahan diri tanpa kita bangun memperbaiki diri, kita menyesali hari semalam hingga kita mengabaikan hari ini yang masih kita miliki dan mensia-siakan esok yang sedang menanti.


 
 

Kita sebagai manusia biasa tidak akan dapat lari dari dosa dan kesalahan. Yang menjadikan kita hina bukan berapa banyak dosa yang telah kita lakukan tetapi hina kita adalah kerana keengganan kita untuk keluar dari lembah dosa tersebut.

Dalam satu hadith Qudsi,

Allah SWT berfirman: “Wahai hambaku, sesungguhnya kamu semua adalah orang melakukan kesalahan malam dan siang dan Akulah yang mengampunkan semua dosa, maka minta ampun kepada ku maka aku akan ampunkan dosa ku…” (rujuk hadith 40 Imam Nawawi).

Dalam satu hadith Qudsi yang lain pula, Allah SWT berfirman : “Asalkan kita menadah tangan berdoa kepada Allah, maka Allah berkata; Aku tidak peduli” (Rujuk Hadith 40 Imam Nawawi).

Bukan Allah tidak pedulikan doa-doa kita tetapi Allah tidak pedulikan sebanyak manapun dosa kita, maka Allah akan ampunkan dosa-dosa kita, biarlah dosa kita memenuhi langit dan bumi maka Allah akan datang dengan pengampunan seluas langit dan bumi.

Ya, kita orang yang sering melakukan dosa, sering lalai dan alpa bahkan sering mengulangi dosa-dosa yang sama. Ya, kita serba hina dan sarat dengan kelemahan diri serta kerap kita lupa diri. Kita perlu menangisi segalanya tetapi tangisan kita tidak menjadikan kita putus asa dan kehilangan diri. Kita perlu bangun dan lakukan pembaikan diri dengan penuh keazaman dan harapan. Lidah dan hati kita tidak jemu berzikir dan memohon keampunan kepada Allah disamping menaksir diri dan merungkai kejahilan yang membelit diri serta berusaha untuk keluar dari kelemahan dan kelalaian.



Ya, masa begitu pantas berlalu tetapi bukan untuk ditangisi pemergiannya dan bukan juga untuk disia-siakan kehadirannya tetapi untuk dimanfaatkan termampu mungkin agar kita sentiasa dipandang Allah SWT sebagai hambaNya; HambaNya yang sentiasa merasa kerendahan diri, menyesali dosa-dosa tetapi tidak pernah putus asa dari rahmatNya. Inilah jalan yang akan mendekatkan kita kepada Allah; Jalan yang akan mendekatkan kita pada rahmat dan pengampunanNya.

Ya, kita orang banyak melakukan dosa tetapi kita meyakini pengampunanNya jauh lebih banyak dari semua dosa-dosa kita. Bangkitlah dengan penuh keazaman untuk kita manfaatkan masa-masa yang masih kita miliki.

 


Thursday, March 31, 2011

::DI MANA PERSANDARAN KITA::

Assalamualaikum (to all my Muslims friends)
yang x muslim to I would like to greet u gud morning alls...
welcome back....

Okeh....setelah lame beno ambo x posting entry baru,
harini di kala orang lain menyibuk buat keja, aku menyibuk plak mengupdate blog...
hehehheheh..jangan bos masuk time aku sedang rancak menaip sudah...haha

okeh...sebelum aku start mukhadimah kali ni,
aku ada terbaca artikel yang best jugak (rasanyalah)
buat sesapa yang suka bermuhasabah diri tu,
marilah kita sama-sama menjaya dan mem'brainwash'kan
kepala memasing dengan artikel yang banyak jua kelogikannya..

dengan entry kali ni yang bertajuk
"DI MANA PERSANDARAN KITA"

semoga menjadi renungan dan selamat beramal...



Hidup ini memang menyulitkan. Setiap hari jiwa kita akan teruji dan perjalanan hidup terasa semakin hari semakin sukar. Inilah kehidupan, "Dialah (Allah) yang menjadikan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah diantara kamu yang paling baik amalannya.".

Ya, hidup ini adalah ujian. Menafikan hakikat ini akan menjadikan kita orang yang sentiasa kecewa dan putus asa. Menerima hakikat ini menggambarkan kebijaksanaan. Kebijaksanaan yang menonjolkan kepimpinan dan ketokohan kita sebagai hamba Allah SWT.

Sememangnya kegagalan itu sering mencederakan jiwa kita. Hati kita terluka dan meninggalkan bekas terlalu lama. Bahkan ada ketikanya, ujian hidup yang dilalui terasa begitu berat dan diluar kemampuan hingga kita kehilangan pendirian dan arah tuju.




Ujian itu umpama ombak ganas yang tidak pernah mungkir untuk menerjahkan kekuatannya pada pantai yang lembut dan tidak berdaya. Namun lebih sulit lagi kedatangan ujian ini dalam bentuk yang sentiasa berubah dan dalam masa yang tidak menentu. Jiwa kita tidak akan tenang sehinggalah kita menerima lumrah kehidupan ini dengan jiwa yang pasrah dan sabar.

Namun kepasrahan dan kesabaran itu tidak akan muncul hinggalah kita benar-benar menyandarkan seluruh jiwa dan harapan kita pada Pemilik kehidupan, Pemilik jiwa dan Pemilik alam yang menentukan rintangan dan perjalanan hidup kita segalanya. Kita tidak akan merasakan ketenangan sehinggalah kita benar-benar merasai hakikat kehambaan diri serta kekuasaan Ilahi.

Salah persandaran akan menjadikan kita manusia kecewa dengan segala kelemahan dan keputus asaan. Namun memilih persandaran yang betul memerlukan ilmu yang benar dan proses memahami dan mengenali hidup dan kehidupan yang sedang kita tempuhi.

 


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails