nuffnang

Kawan-kawan saya

Showing posts with label perangai. Show all posts
Showing posts with label perangai. Show all posts

Thursday, May 31, 2012

::DIAM DAN EGO, JADILAH AIR::

Assalamualaikum...


Agak menyepi seketika dari dunia blog... dek ketandusan idea dan maleh nak on laptop waktu senggang..hihihihihi. Pagi ni aku baca majalah al-ustaz. Taktau majalah apa? Haaaaa... macam kat bawah ni..





Setakat ni baru keluaran edisi kedua majalah ni..Tapi memang superb bagi yang suka baca majalah ilmiah yang macam ni. Kalau yang suka baca Hai ka Mangga ka mungkin majalah macam ni tak menarik pun la. Tapi during leisure time aku, memang aku suka baca majalah yang pattern macam ni.



Dalam edisi pertama majalah ni, dah syok... "Susahnya mendidik diri"



Memang sebagai manusia ni, kita kena selalu didik diri kita, rajin-rajinla tanam sifat positif dalam diri, Insyaallah orang sekeliling pun akan senang dengan kita. Dan macam mana kita nak handle situasi dengan lebih baik yang tu semua akan bergantung pada kemampuan otak kita untuk berfikir.



Bila kita berdepan dengan orang yang terlalu sensitif dan panas baran, kita kena bertindak jadi air. Dengan kata yang lain, kita kena belajaq rendahkan ego kita. Manusia semua ada ego, tapi selagi mana kita berjaya kawal mood marah kita tu, kita memang dah berjaya lawan hasutan syaitan.



Diam orang mukmin tu ibadah. Adakah kita boleh digelar mukmin? Kalau dalam diam berzikir, berselawat dan memuji kebesaran Ilahi, itu adalah ibadah. Tapi kalau diam dengan niat meluat kat orang, dan saja nak diam sebab bagi sakit hati orang dan buat taktau, tu bukan ibadah dah ye.huhu



Kadang-kadang orang diam bila ada masalah dan takmau sharing dengan kita. Tapi kita pun satu hal jugak, janganla sampai tak kena time bila nak tanya pun. Ataupun kita paksa sorang tu cakap apa yang tak kena bila dia tengah moody. Kita kan manusia, hari-hari kita jumpa orang sekeliling. Takkan kita still tak boleh belajaq cara nak kenai orang. Sekali sekala kena jugak baca psikologi orang. 



Jadilah air bagi ubat orang yang terlalu sensitif. Kalau dia rasa dia betul-betul perlukan kita dalam hayat dia, insyaallah dia akan cari kita dan dia takkan sekali kali mengkhianati dan tinggalkan kita. Kalau niat dia menyimpang dan tak elok untuk kita, selalunya dia akan dapat apa yang dia nak. Ingat "what you give you get back". Jangan sedih bila jumpa orang yang salah sebaliknya bersyukur, ada hikmah yang kita tak nampak, kita takkan rugi pun. Jadi, sapa yang rugi??? Fikir-fikirkan dan selamat beramal ;).





p/s : Mood tengah posa memang banyak idea mencurah-curah dalam kepala.hihi


Wednesday, May 16, 2012

::BANGUN...BANGUN SEMUA.....::

Assalamualaikum readers and bloggers...




Tengok tajuk entry aku pun dah macam "sigh"...masuk dahhhhhhhhh.... Tu la ayat mula-mula yang mai dalam kepala otak aku ni bila mood baloq liat nak belajaq mai...hihihi. Aku tension betui bila time aku baru nak restkan otak aku dari subjek sebelum ni, dah masuk masa subjek lain pulak..kiikiikii. Tapi sebenaqnya mesti cikgu lagi tension tengok budak-budak macam kami ni yang suka hingaq dalam kelas. Dengan belemoihnya tambah-tambah lepas waktu rehat....hihihi.






Time sekolah rendah dulu, aku memang skema sket. Ya la, macam mana aku buleh dapat geng-geng skema ntah dalam kelas. Haih la.... Tapi se'skema' aku pun memang trouble betui dalam kelas. Kalau buat jadual subjek dalam kelas, memang nak buat elok-elok, kaler warna-warni, buat petak elok-elok, lawa-lawa lekat atas meja, dalam sebulan saja, 4,5 kali aku kena buat jadual lain sebab hilang. Taktau la sapadia yang suka balaih aku punya jadual.




Kesan langsung dari hilang jadual, aku merupakan student yang paling rajin dan kalau ada isu 'beg berat' masa tu, aku rasa muka aku dah masuk tv 3 suku tu..hahahaha. Maunya tak, orang lain bawak buku ikut jadual, aku bawak semua buku, hari-hari. Jawapan stended aku 'senang, nanti aku tak rasa bersalah sebab tak bawak buku'. padahal jadual dah kena cilok.hihi




Aku jarang sangat naik pentas ambik hadiah, sebabnya bila periksa, aku rajin dok grab no 4, no 5. No 1, 2, 3 abih semua aku bagi kat orang. Ada time cikgu buat soalan periksa senang sket, dapatla sekali sekala no 1. Hadiah pencil box sebijik. Time tuuuu buleh tengok la riak macam mana.huihhh... Sebab riak la kot, maka lepas tu jangan harap dah nak dapat hadiah lagi..hihihi




Aku jugak memang dari sekolah rendah, suka gila ngan subjek Pendidikan Jasmani. Aku suka main macam-macam. Lari la, hambat orang, cari pasai ngan orang, lompat tinggi, lompat kijang, lari segala mak nenek aku  masuk. Tapi bila cikgu cari wakil sekolah, aku orang pertama yang lari blah dulu, takmau take part sebab aku takut nak masuk lawan ngan sekolah lain. 




Dan start sekolah rendah jugak, nama aku selalu naik kat perhimpunan mingguan hari Isnin. Depa kata dah pilih random, tapi asyik aku saja yang jadi mangsa. Baca sifir pulak tu. Mangkuk hayun betui. Ketaq jangan cakap la. Aku meluat betui mana-mana pengawas yang jadi emcee perhimpunan yang suka panggil aku naik baca sifir. Tak pasai-pasai aku kena hafai semua sifir dan pelekat kat dinding umah aku. Malam-malam saja mengigau baca sifir.




Dan paling aku syok bila aku join team muzik kat sekolah. Bila time perhimpunan, ada nyanyian lagu sekolah, lagu negeri, kami main rekorder dan alat muzik macam-macam. Best wooo... rasa macam ada band sendiri pulak time tu. Tapi semua tu harta sekolah. Kami pinjam saja..hihihihi



Dan start darjah 4, (rasa-rasa aku la), cikgu lantik jadi pengawas pulak. Aku sebenaqnya takla suka sangat pakai baju biru ni, tapi disebabkan geng aku ramai pengawas, jadi aku redha. Dan memang puak-puak kami la yang selalu dok buat onar dalam sekolah, kikikiki. student yang kami tak kenai, kalau mai lambat. Memang tahan teruih. Berjela nama depa dalam buku aku. Tapi geng sendiri panjat pagaq sekolah, buat taktau saja, siap tulong kaver line.haha. Tu la untungnya sapa kawan dengan aku..kikikii.



Dan untuk semua cikgu, yang mana kenai tu, saya ucapkan Happy teacher's day, yang mana yang tak kenai tu (alhamdulillahhhhhhhhhhhh) kikiki, sebenaqnya aku paling segan kalau cikgu kenai aku, gerenti depa start cerita perangai aku kalau jumpa..tu yang paling tak buleh tahan..huhuhuhuhu



P/S : cerita benar zaman sekolah rendah aku, tak masuk sekolah menengah lagi.....lagi haru..huhuhu



Friday, March 23, 2012

::PERANGAI PELIK YANG TAK BOLEH BLAH::

Assalamualaikum to all bloggers.



Tadi aku sempat sembang-sembang dengan teman serumah sewa aku masa sama-sama study kat Kelantan dulu. hehehhe. Sambil sembang-sembang ngan dia, start pulak dia dok ungkit perangai lama aku yang tak boleh blah sampai la ni. hahahha. Kalau baca sekali lalu, aku pun tak paham macam mana la perangai pelik-pelik aku ni orang kata unik. Pelik dan lain dari orang. Dah macam alien. Tapi hakikatnya, ni lah aku.haha.What to do.


Sapa ada habit macam aku, sila senyum-senyum.haha


1.LIF
Aku paling tak sanggup naik lif sorang-sorang lebih dari tingkat 3. Takut. Sanggup tunggu ramai-ramai baru naik. Kalau sorang-sorang, aku sanggup naik tangga biaqla sakit lutut sekalipun.


2. STRAW/LIDI
Bila minum ayaq, habit aku gigit straw.buruk perangai.haha. Makan sate, gigit lidi sate, makan aiskrim, gigit batang aiskrim.


3. PISANG
Aku hanya makan pisang yang isinya kaler putih. Kalau kaler kuning, aku tak lalu.hahahhaha. Taktau pasaipa.


4. KOPI
Aku memang anti gila dengan kopi.Huiiiiiii, bagi free pun takmau.Pening.


5. NOVEL
Novel.Huiiiiii taktau nak cakap, bagi novel 10 muka surat pun mungkin aku akan ambik masa 5 tahun nak abihkan. Aku memang tak suka novel.


6.KUKU
Aku tak reti guna kepit kuku.Tak reti pegang pun. Kalau aku guna jugak, mesti terkepit sekali dengan jari. So, aku guna gunting kalau nak potong kuku aku. 


7. WARNA
Aku tak suka pink.


8. BINATANG KECIK
Aku  boleh pegang macam-macam binatang yang rare, yang orang geli, tapi aku tak geli example macam belut, ulaq sawa, anak kambing ka tapi aku paling geli dengan ulat kecik, cacing, lipas dan macam-macam serangga yang banyak kaki.Dan paling tak boleh blah, aku penah terberdiri atas kerusi kat kedai makan sebab aku nampak lipas. Teruih blah tak jadi makan.malu jangan cakap la.


9. MAKAN
Semenjak dua tiga menjak ni, aku dah tak makan KFC, mekdi pun jarang-jarang. Dan aku tak suka sangat langkah masuk western restaurant.hahaha. Dah la makan burger selapih-selapih, abih semua orang tengok.huhu


10. TIDOQ DAN CERITA SERAM
Yang ni paling aku suka.hahaha. Aku kuat tidoq.legaaaaaaaa kepala.hahaha. Tapi jangan dok start bukak cerita seram dengan aku. Aku memang ngaku, aku penakut gila. Tidoq pun bukak lampu oiiiii.hihi



p/s : Tidoq adalah ibadah.hihi

Saturday, August 6, 2011

::MERUNGUTLAH BILA PERLU::

Hello bloggers...... Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..hihi




Dah habis tarawih? Bagus...alhamdulillah. Semoga malam ketujuh ni memberi seribu rahmat buat seluruh umat islam tak kira di mana berada. Dan sebelum berangkat pi dreamland malam ni, aku sempat lagi terasa nak mengupdate berpatah-patah kata kat sini. Satgi kalau aku tak update, ada pulak yang rindu an an an? =.=..hihi







Kita memang selalu merungut. Tak kira lah dalam apa situasi pun, bila sangkut dalam jem, banyak keja, sibuk 24 jam,  bila letih.....takdak pulak orang yang merungut bila tengah hepi sengih-sengih. haha, aku tak penah jumpa lagi la, kebanyakannya merungut bila tak pueh hati. Ha, tu la keje kome ye?hihi





Berentila merungut. Apa yang kita dapat bila kita selalu merungut? Menambahkan semak kepala lagi ada la. Serba tak kena. Semua nak merungut. Kadang-kadang semua yang jadi bukan atas kehendak kita, kita cuma merancang ja, tapi takdir tu, Tuhan yang menentukan.





Merungut bermacam benda, macam-macam tak kena. Ada sebab kenapa kita tak boleh selalu merungut, kita kena belajaq redha. Bagi adik-adik yang tengah belajaq, jangan selalu merungut bila banyak assignment, banyak kuiz, jadual padat. Bagi kawan-kawan yang tengah keja, selalulah pikul amanah tu sebaik mungkin.





Keja tu amanah kita, kita kena redha, bekerjalah dengan ikhlas. Jangan selalu merungut sebab kita terlalu sibuk. Sesibuk mana pun kita dengan amanah yang kita pikul, tapi jangan lupa, kita masih ada masa untuk urusan diri sendiri.





Bila kita terlalu merungut, aku takut jugak. Takut kalau kita semua jatuh dalam golongan yang kufur nikmat. Apa yang Allah dah sediakan untuk kita, yang tu adalah yang terbaik. Macam mana pun kita tak puas hati, cuma dianjurkan untuk berdoa mintak permudahkan segala masalah. Merungut tanpa bertindak tu takkan selesaikan apa-apa masalah. 





Merungutlah bila kita tak cukup masa untuk tuntut ilmu akhirat, merungutlah bila terlalu banyak maksiat yang berlaku di depan mata kita. Merungutlah bila terlalu banyak yang melalaikan kita dari mengabdikan diri kepada Allah, merungutlah jika kita tidak dapat memikul amanah yang diberi sebagai khalifah. Untuk semua itu, merungutlah. Tapi janganlah semua merungut hal yang tak menjamin kebaikan apa pun. Sesungguhnya perkara itu adalah perkara yang sia-sia.



p/s : terlalu kuat merungut adalah tanda tidak redha dengan ujian Allah. renung-renungkan dan selamat beramal

Wednesday, August 3, 2011

::BILA DAH MARAH::

Hello bloggers....


Malam ni aku update blog untuk redakan marah aku sket. And by the way,



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan selamat menunaikan tarawih bagi bloggers yang berkesempatan. Malam ni hujan rahmat turun, sejuk sket hati. Alhamdulillah.... Ada benda yang buat aku meluap-luap marahnya harini. Tapi walau bagaimanapun aku terpaksa mengucap banyak-banyak.




Memang bukan perangai aku naik suara depan orang. Tapi hari ni kerana ada unsur-unsur yang mendatangkan kemarahan yang.....haissshhhhhhhhh...aku terpaksa duduk dulu sebelum cakap sambil bergetaq-getaq tangan aku dok tahan marah. Tapi aku berjaya jugak kontrol diri aku dari tinggikan suara aku.






Dan kesan daripada stress sebab menahan geram, aku tak lalu nak makan sangat bukak posa tadi, dan bila aku paksa jugak, akibatnya aku muntah balik. Nampaknya malam ni aku kena tidoq awai dah kot.... Adeh, pleaseeeee la, jangan bagi stress kat aku macam ni. Aku memang tak boleh marah orang. Ni la kesan sampingan bila perasaan marah tu ada. Memang aku akan muntah. Jadi kalau aku pitam sebab tahan marah, sila bertanggungjawab..huhuhuhu




Tapi ada sesetengah orang memang tak paham keadaan aku, depa suka ka buat orang marah? Bagi aku seriously, aku memang tak boleh nak marah orang, aku boleh pitam depan hangpa kalau hangpa paksa aku marah. Sebab aku memang tak boleh...arghhhhhhh..tekanan..tekanan...




p/s : sakitnya perut, dari tadi muntah....errr...agak-agak ada tak manusia lain macam aku?huhu



Tuesday, June 21, 2011

::APA SALAHNYA RENDAHKAN EGO SKET??::

Assalamualaikum bloggers...



Bila kita hidup dalam satu dunia yang kita share ni, kadang-kadang kita akan kenai macam-macam jenis manusia. Ada yang sentiasa nak dok kat atas ja, dan ada pulak sanggup cantas kawan sebelah sebab nak kejaq tempat yang kat atas..... Apa sebenaqnya yang ada dalam diri kita?




EGO....Semua orang ada ego...yang penting adalah macam mana kita kawal ego kita. Bohongla kalau kata, ada orang yang takda ego. Cumanya dia bijak dalam mengawal ego. Kadang-kadang kita rasa nak marah, kita rasa kecewa, tu semua jadi sebab ada orang sedang mencabar ego kita. Betui dak?







Dan sebab tu aku tak suka moto ego...hahahahhaha..sebab dia ego.....[takdak kena ngena, haha]... hehehhe. Bagi pandangan aku la....tak rugi pun kalau kita rendahkan ego kita, takkan dalam semua hal kita tak boleh nak mengalah langsung.Kalau macamtu, memang takleh bercampuq dengan orang la....kena hidup sorang-sorang.




Jangan kita belagak sangat sampai tak kena tempat. Kadang-kadang mungkin kita pandang lekeh seseorang tu, tapi nanti dia yang akan tolong kita.Terima seadanya sebab kita hidup atas muka bumi yang sama dan di bawah langit yang sama.....Tapi berhati-hati jugak dengan ego kita, jangan sampai kita sendiri yang makan hati....





sekian, untuk makluman.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails