Tengok tajuk entry aku pun dah macam "sigh"...masuk dahhhhhhhhh.... Tu la ayat mula-mula yang mai dalam kepala otak aku ni bila mood baloq liat nak belajaq mai...hihihi. Aku tension betui bila time aku baru nak restkan otak aku dari subjek sebelum ni, dah masuk masa subjek lain pulak..kiikiikii. Tapi sebenaqnya mesti cikgu lagi tension tengok budak-budak macam kami ni yang suka hingaq dalam kelas. Dengan belemoihnya tambah-tambah lepas waktu rehat....hihihi.
Time sekolah rendah dulu, aku memang skema sket. Ya la, macam mana aku buleh dapat geng-geng skema ntah dalam kelas. Haih la.... Tapi se'skema' aku pun memang trouble betui dalam kelas. Kalau buat jadual subjek dalam kelas, memang nak buat elok-elok, kaler warna-warni, buat petak elok-elok, lawa-lawa lekat atas meja, dalam sebulan saja, 4,5 kali aku kena buat jadual lain sebab hilang. Taktau la sapadia yang suka balaih aku punya jadual.
Kesan langsung dari hilang jadual, aku merupakan student yang paling rajin dan kalau ada isu 'beg berat' masa tu, aku rasa muka aku dah masuk tv 3 suku tu..hahahaha. Maunya tak, orang lain bawak buku ikut jadual, aku bawak semua buku, hari-hari. Jawapan stended aku 'senang, nanti aku tak rasa bersalah sebab tak bawak buku'. padahal jadual dah kena cilok.hihi
Aku jarang sangat naik pentas ambik hadiah, sebabnya bila periksa, aku rajin dok grab no 4, no 5. No 1, 2, 3 abih semua aku bagi kat orang. Ada time cikgu buat soalan periksa senang sket, dapatla sekali sekala no 1. Hadiah pencil box sebijik. Time tuuuu buleh tengok la riak macam mana.huihhh... Sebab riak la kot, maka lepas tu jangan harap dah nak dapat hadiah lagi..hihihi
Aku jugak memang dari sekolah rendah, suka gila ngan subjek Pendidikan Jasmani. Aku suka main macam-macam. Lari la, hambat orang, cari pasai ngan orang, lompat tinggi, lompat kijang, lari segala mak nenek aku masuk. Tapi bila cikgu cari wakil sekolah, aku orang pertama yang lari blah dulu, takmau take part sebab aku takut nak masuk lawan ngan sekolah lain.
Dan start sekolah rendah jugak, nama aku selalu naik kat perhimpunan mingguan hari Isnin. Depa kata dah pilih random, tapi asyik aku saja yang jadi mangsa. Baca sifir pulak tu. Mangkuk hayun betui. Ketaq jangan cakap la. Aku meluat betui mana-mana pengawas yang jadi emcee perhimpunan yang suka panggil aku naik baca sifir. Tak pasai-pasai aku kena hafai semua sifir dan pelekat kat dinding umah aku. Malam-malam saja mengigau baca sifir.
Dan paling aku syok bila aku join team muzik kat sekolah. Bila time perhimpunan, ada nyanyian lagu sekolah, lagu negeri, kami main rekorder dan alat muzik macam-macam. Best wooo... rasa macam ada band sendiri pulak time tu. Tapi semua tu harta sekolah. Kami pinjam saja..hihihihi
Dan start darjah 4, (rasa-rasa aku la), cikgu lantik jadi pengawas pulak. Aku sebenaqnya takla suka sangat pakai baju biru ni, tapi disebabkan geng aku ramai pengawas, jadi aku redha. Dan memang puak-puak kami la yang selalu dok buat onar dalam sekolah, kikikiki. student yang kami tak kenai, kalau mai lambat. Memang tahan teruih. Berjela nama depa dalam buku aku. Tapi geng sendiri panjat pagaq sekolah, buat taktau saja, siap tulong kaver line.haha. Tu la untungnya sapa kawan dengan aku..kikikii.
Dan untuk semua cikgu, yang mana kenai tu, saya ucapkan Happy teacher's day, yang mana yang tak kenai tu (alhamdulillahhhhhhhhhhhh) kikiki, sebenaqnya aku paling segan kalau cikgu kenai aku, gerenti depa start cerita perangai aku kalau jumpa..tu yang paling tak buleh tahan..huhuhuhuhu
P/S : cerita benar zaman sekolah rendah aku, tak masuk sekolah menengah lagi.....lagi haru..huhuhu
1 comment:
cepat ah cite zaman sekolah menengah pulak. haha
Post a Comment