nuffnang

Kawan-kawan saya

Showing posts with label tazkirah diri. Show all posts
Showing posts with label tazkirah diri. Show all posts

Sunday, June 29, 2014

::RAMADHAN PERTAMA::


Astagfirullah robbal baroya
Astagfirullah minal qotoya

Rabbi zidni i'lman nafi'a
Wawafiqni a'malan maqbula
Wahabli rizqan wasi'a
Watub a'laina taubatan nasuha


Aku mohon ampun pada Allah, Tuhan sekalian makhluk
Aku mohon ampun pada Allah, dari segala dosa
Ya Allah ya Tuhanku tambahkanlah ilmu yang bermanfaat kepadaku
dan terimalah amalanku
Yang memberi rezeki yang luas
Dan terimalah taubatku, taubat nasuha.


Alhamdulillah. Harini kita sedang mengharungi 1 Ramadhan.Sejuk. Hujan rahmat pagi ni. Lebat jugak. Berbeza dengan pagi-pagi sebelum ni.


Bulan ramadhan kali ini adalah platform terbaik kita untuk memulakan satu perubahan baru. Tak terkecuali jugak dengan aku. Bermula dengan bulan yang penuh keberkatan ni, aku nak bersihkan kolam jiwa aku. Segala penyakit hati, segala perasaan buruk. Kalau aku tak buang, tak ada sapa yang dapat tolong buang untuk aku.



Ramadhan adalah bulan luarbiasa. Tak sama dengan bulan-bulan lain. Amalan kita jugak kena luarbiasa. Ya, perangai kita pun kena jadi luarbiasa jugak. Kalau tak, sama ja kita seperti sebelumnya. Bulan ni la, bulan yang membolehkan kita 'salin kulit'.


Fokuslah pada ketetapan hati untuk istiqamah menunaikan ibadah. Kalau sebelum ni kita masih belum yang terbaik dalam menjadi hamba, kali ni kita kena yakin kita mampu menjadi hamba yang terbaik. Jangan pernah jemu untuk berbuat baik. Bersedekahlah. Ganjarannya kita tak nampak, tapi bakti apa yang kita lakukan di dunia ni, akan dipersaksikan di akhirat nanti. 


Kalau semua orang memilih dunia, untuk berseronok, kenapa kita tak mau pilih akhirat untuk tempat bersuka ria? Kat sana kan tempat sepatutnya yang kita perlu fikirkan. Dunia hanya jambatan. Destinasi kita adalah akhirat. Tiada yang boleh lari dari kesalahan masing-masing. Pohon ampun lah atas kekhilafan kita di dunia ini. Kita bukan manusia syumul. Berulang kali kita melakukan kesalahan. Berulang kali kita alpha. Alpha dengan kehidupan yang kita sangkakan sudah cukup mewah.

Manusia bagaimanakah kita?


Kadang-kadang aku malu dengan sikap aku sendiri. Dalam meniti usia, berulang kali aku buat salah. Aku tak pernah nilai balik salah aku. Aku buat salah, dan buat salah lagi. Dan...mintak ampun. Aku jugak hamba Allah yang tak lepas dari salah dan silap. Setiap apa yang aku buat akan dipersoal kelak.

Dalam hidup kita hanya ada 2 pilihan.

Kalau kita boleh berubah menjadi baik, kenapa kita masih menjadi jahat?
Mari bersara dari dunia kegelapan.

Amin ya rabbal alamin.


Thursday, May 31, 2012

::DIAM DAN EGO, JADILAH AIR::

Assalamualaikum...


Agak menyepi seketika dari dunia blog... dek ketandusan idea dan maleh nak on laptop waktu senggang..hihihihihi. Pagi ni aku baca majalah al-ustaz. Taktau majalah apa? Haaaaa... macam kat bawah ni..





Setakat ni baru keluaran edisi kedua majalah ni..Tapi memang superb bagi yang suka baca majalah ilmiah yang macam ni. Kalau yang suka baca Hai ka Mangga ka mungkin majalah macam ni tak menarik pun la. Tapi during leisure time aku, memang aku suka baca majalah yang pattern macam ni.



Dalam edisi pertama majalah ni, dah syok... "Susahnya mendidik diri"



Memang sebagai manusia ni, kita kena selalu didik diri kita, rajin-rajinla tanam sifat positif dalam diri, Insyaallah orang sekeliling pun akan senang dengan kita. Dan macam mana kita nak handle situasi dengan lebih baik yang tu semua akan bergantung pada kemampuan otak kita untuk berfikir.



Bila kita berdepan dengan orang yang terlalu sensitif dan panas baran, kita kena bertindak jadi air. Dengan kata yang lain, kita kena belajaq rendahkan ego kita. Manusia semua ada ego, tapi selagi mana kita berjaya kawal mood marah kita tu, kita memang dah berjaya lawan hasutan syaitan.



Diam orang mukmin tu ibadah. Adakah kita boleh digelar mukmin? Kalau dalam diam berzikir, berselawat dan memuji kebesaran Ilahi, itu adalah ibadah. Tapi kalau diam dengan niat meluat kat orang, dan saja nak diam sebab bagi sakit hati orang dan buat taktau, tu bukan ibadah dah ye.huhu



Kadang-kadang orang diam bila ada masalah dan takmau sharing dengan kita. Tapi kita pun satu hal jugak, janganla sampai tak kena time bila nak tanya pun. Ataupun kita paksa sorang tu cakap apa yang tak kena bila dia tengah moody. Kita kan manusia, hari-hari kita jumpa orang sekeliling. Takkan kita still tak boleh belajaq cara nak kenai orang. Sekali sekala kena jugak baca psikologi orang. 



Jadilah air bagi ubat orang yang terlalu sensitif. Kalau dia rasa dia betul-betul perlukan kita dalam hayat dia, insyaallah dia akan cari kita dan dia takkan sekali kali mengkhianati dan tinggalkan kita. Kalau niat dia menyimpang dan tak elok untuk kita, selalunya dia akan dapat apa yang dia nak. Ingat "what you give you get back". Jangan sedih bila jumpa orang yang salah sebaliknya bersyukur, ada hikmah yang kita tak nampak, kita takkan rugi pun. Jadi, sapa yang rugi??? Fikir-fikirkan dan selamat beramal ;).





p/s : Mood tengah posa memang banyak idea mencurah-curah dalam kepala.hihi


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails