nuffnang

Kawan-kawan saya

Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Friday, August 10, 2012

::FASA YANG TERAKHIR::

Assalamualaikum to all bloggers and readers...



Sampai jugak kita ke fasa-fasa sepuluh malam terakhit bulan Ramadhan. Yang mananya terdapat satu malam yang dinamakan 'Malam Lailatul Qadar' yang lebih baik dari seribu bulan. Semakin kita kian meninggalkan ramadhan semakin syahdu rasanya sebab belum tentu kita akan dapat berjumpa lagi ramadhan yang akan datang.



Sempena sepuluh malam terakhir ni, alangkah baiknya bila aktiviti kita dilebihkan sedikit untuk bermunajat, memohon keampunan kepada Allah, atas khilaf yang selalu kita buat, yang selalu kita lalaikan dengan hal-hal dunia. Malam-malam yang berharga untuk kita selalu sujud mengharapkan keredhaan dan mengharap agar dimakbulkan doa kita untuk menjadi yang lebih baik dari yang sebelumnya.






Bila kita tengok balik, apa yang kita buat pada 10 malam terakhir ramadhan, adakah kita dah ready, bangun tahajud tengah malam? dari asyik tengok tv ataupun pi ronda kat shopping complex cari baju raya. Ada jugak yang sibuk menjelang 10 malam terakhir ramadhan sebab nak buat kuih raya. Apa pun yang kita buat, janganlah kita lalai memohon doa dari Allah, pohonlah agar segala dosa kita diampunkan, dibukakan pintu syurga untuk kita, diberikan yang terbaik dalam hidup kita, dipermudahkan segala urusan. Niatlah. Semoga segala doa kita dimakbulkan. Amin.



p/s : Dunia ini.......adalah jambatan untuk ke akhirat.Jadilah yang baik untuk menuju syurga Allah.




Monday, July 23, 2012

::APA MANUAL YANG KITA ADA::

Assalamualaikum to all.



Alhamdulillah harini masuk hari yang ke-3 bagi kita umat Islam berada dalam satu bulan yang penuh keberkatan dan yang penuh rahmat dari Allah SWT iaitu Ramadhan. Ahlan wasahlan ya ramadhan.



Baru 3 hari posa, merata aku pi semua pakat dok pasang lagu raya. Apa barang la..... Feel posa pun takdan nak rasa lagi, dah depa dok kalut pasang lagu raya. Padahal banyak saja kot lagu ramadhan. Pasang la. Bukan tak boleh. Puasa laaaa dulu, raya tu kemudian.



Alhamdulillah, semalam sempat aku luang masa kat surau, untuk jemaah tarawih. Ada jugak diselangkan dengan tazkirah. So, takla termengah-mengah sampai 23 rakaat. Dalam tazkirah tu, ada disebut tentang MANUAL.



Macam kat bawah ni.



Setiap benda yang dicipta, ada manualnya. Ada panduannya. Contoh, bila kita beli kereta keluaran Proton, ada manual tentang penggunaan, cara nak fix bila rosak, sparepart yang boleh diguna. Kita tak boleh sewenang-wenangnya guna manual Toyota untuk fix problem Proton. Lagi jahanam jawabnya nanti. 



Kita? Kita diciptakan jugak ada manualnya yang tersendiri. Apa manual kita??? Al-Quran. Al-Quran dan hadis yang jadi panduan hidup kita. Kalau kita tinggal 2 benda ni, rosak hati kita, hidup kita terumbang ambing sebab kita jauh dari keredhaan Allah. 






Jadi, sepanjang ramadhan ni, cuba istiqamah untuk dekatkan diri kita dengan Allah SWT, rajin-rajinlah tengok manual kita semula. Seribu satu rahsia semua terkandung dalam Al-Quran. Macam-macam panduan yang Allah siapkan untuk kita ambik iktibar darinya. Cumanya, bila kita tak rajin tengok manual kita sendiri, kita akan tergelincir dan hati kita susah nak dilembutkan. Hanya Al-Quran saja yang boleh bagi panduan dalam kita menjalani kehidupan kita. Tanpa Al-Quran, ustaz-ustaz pun tak boleh nak sampaikan pada kita. Sekian.



P/S : Sampaikan walau sepotong ayat ;)


Friday, July 20, 2012

::AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN::

Assalamualaikum to all bloggers and readers.



Ahlan wasahlan ya Ramadhan. Bulan penuh limpah dan rahmat dari Allah bakal menemui kita lagi esok. Alhamdulillah, bersyukur rasanya dapat berjumpa ramadhan lagi kali ni.Rindu mengharungi bulan-bulan sebelumnya sebelum menjelang ramadhan.






Insyaallah malam ni, start tarawih malam yang pertama. Aku mengharapkan ramadhan kali ni penuh makna dan lebih baik dari tahun lepas. Ramai kawan yang sambut dengan family baru, kalau dulu sorang kali ni sambut berdua. Bagi aku, aku tetap spend masa-masa yang aku ada dengan family. Yang tu saja harta yang aku ada.Biaqla tak berdua pun.



Jadi, aku amat memperuntukkan masa-masa bertuah aku di rumah. Sempena ramadhan ni, aku akan menyibukkan diri aku di waktu siang dan jugak malam. At least ada la jugak kredit belah kanan masuk banyak.hihi. harap-harap segala amalan apa yang kita buat diredhai Allah S.W.T.



Dan buat semua umat islam, semoga Ramadhan tahun ni dapat dihidupkan dengan melipatgandakan ibadah, hindarkan perkara mazmumah yang selalu kita buat, banyakkan bersabar, dan banyakkan mengingati Allah dengan berzikir.



p/s: Sama-sama kita mencari hidayahNya. Semoga kita di kalangan hambaNya yang solehah.



Wednesday, July 18, 2012

::TARAWIH :YANG TUA-TUA SAJA YANG ADA::

Assalamualaikum to all bloggers and readers.



Alhamdulillah, harini aku men'cuti'kan diri aku dari sebarang jadual kerja di opis sebab nak settlekan urusan ayahanda buat follow up kat hospital tadi.Dari pagi lagi terpacak kat klinik, pastu terus pi hospital pulak. Nak check apa pun aku taktau, memang ramai gilohhhhh.heh!



Dalam dok tawaf sorang-sorang dalam hospital tu sebab cari department tak jumpa, sempat lagi aku ushar-ushar keliling. "Ish laaaaa, ramainya laaaa orang sakit dalam Malaysia ni".Tu baru depan mata aku saja tu, tak kira satu Malaysia lagi.Tiba-tiba pemikiran aku di 'SPAM'.



Aku teringat ada sorang ustaz ni, dalam tazkirah dia, dia kata "Nak jadi imam bukannya senang. Kena concern dengan makmum. Tak buleh syok sendiri. Tapi selalunya yang jadi imam di kampung-kampung hat yang tua-tua dah. Kalau tersepak tiang, jatuh, lambat dah nak bangun. Hat yang muda-muda ni pi mana habih?"



Dalam aku dok gelak-gelak tu, memang diakui la jugak kebenaran tu. Bukan senang nak jadi imam. Suaranya kena lantang dan fasih bacaannya.Tajwidnya kena betui dan bila baca surah dalam solat, kadang-kadang mendatangkan semangat bagi yang menjadi makmumnya.





Imam memang jadi teraju utama dalam soal solat berjemaah. Tambah-tambah bila musim Ramadhan yang bakal menjengah sabtu ni. Jumaat malam tu dah ada tarawih malam pertama. Memang aku tak nafikan, ada orang, memang awai-awai puasa ni, eksited habih nak pi tarawih. Maka, tak heran la malam first pun ramai dah sampai surau kat umah aku tu crowded. Sejuk hati jugak la tengok. Umah aku tepi surau, so aku buleh tengok la. Bajet timing nak pi tarawih.



Tapi bila imam baca surah slow-slow, sayup-sayup saja suara dia walaupun microphone dekat, dan macam orang kata kategori 'tangkap leleh'....adussssss. Memang tak boleh blah betui, abih 8 rakaat ramai makmum yang cabut. Almaklum saja la, imam yang masuk usia-usia emas ni memang pembacaan depa syahdu-syahdu sket. Sebab tu kat kampung aku pun selalu import imam. Imam yang lebih energetic memang confirm orang ramai pi tarawih. Ada semangat.




Kadang-kadang aku tengok tok-tok imam nak naik tangga surau hat tinggi pun nampak lelah sangat. Setapak sat, berenti, naik lagi.berenti.naik lagi. Risau pulak tengok tok-tok imam naik tangga. Tu kalau jatuh kan, memang ambik masa tu nak bangun.Dalam kepala dok terpikiaq jugak, mana la hat muda-muda sket nak tolong jadi imam?Imam muda kat astro banyak la. Kat kampung kena import saja nampak gaya.



Makmum pun ada pattern tersendiri jugak. Ada yang pi awai, solat isyak jemaah. Time solat isyak tu, depa tengok imam, agak-agak imam yang versi slow motion, memang lepas solat isyak tu ramai yang blah. Kalau ada imam import yang bagi tazkirah ka apa, depa gagah tunggu. Penat makan sama kot. Apa pun jangan sekadar pi tarawih sekadar tunggu nak hadap moreh saja. Bulan Ramadhan paling banyak pahala bagi sesiapa yang sanggup menghidupkannya dengan ibadah. Semoga amalan kita diredhai.



P/S : Nak masuk bulan ramadhan pun banyak jemputan kenduri sempena sambut ketibaannya. Mewahnya kita.

Monday, July 25, 2011

::RAMADHAN YANG AKU NANTIKAN::

Hello bloggers...




Assalamualaikum buat semua yang tengah membaca silent entry aku pagi ni..hihi..ada ka term silent entry? hihi.. Selagi aku tak cakap kira silent la kot. Dek sebab aku tak sabaq plak rasa nak sambut ramadhan jadi aku buat entry pra- ramadhan sambil dengaq lagu-lagu nasyid.







Apa mission ramadhan hangpa semua kali ni? Termasukla aku jugak. hihi. Tapi yang pastinya, aku cukup suka sebab malam-malam ada aktiviti aku, apa lagi...tarawih kat surau....terisi sket malam-malam aku yang lapang.












Dah tentu semua mengharapkan kerahmatan dari Allah. Bukan tu saja aku sangat mendambakan kecintaan dari Allah, sebab tu aku dah niat untuk istiqamah dalam apa jua tindakan aku. Biaqla ada sedikit kekecewaan sebab cinta manusia yang menyiksakan tapi aku tak sanggup untuk hilang cinta Allah. Andai kata dunia ni tak berpihak pada aku, aku redha ja. Sebab aku dah takdak tempat mengadu selain Allah SWT.





Memang betui, sebaik mana pun sorang manusia tu pada kita, akan ada satu saat bila kita betui-betui sepi, dia sendiri tak dapat temankan kita. Pada saat tu kita hanya ada Allah, tempat mengadu, Dialah pencipta yang memahami segenap lubuk hati. Sejauh mana kita terlupa padaNya, Dia tetap menemankan kita. Dengan adanya roh dalam jasad, selagi tu aku tetap Hamba Allah, biarpun aku dikecewakan, tapi Dia tak pernah kecewakan aku.





Di kesempatan entri aku kali ni, suka untuk aku jalankan amanah Allah untuk sama-sama mengingatkan antara kita terutamanya diri aku sendiri supaya kita dapat fokus untuk menggandakan ibadah kita. Bulan puasa ni, kena kejaq sket, mana la tau kot-kot ramadhan ni ni yang terakhir.[syahdu plak ayat ni]




Jadi apa-apa pun pakat-pakatla menggandakan amalan supaya bukan syurga dunia ja yang kita dapat, syurga yang sana pun kita dapat jugak.




sekian, untuk makluman.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails