nuffnang

Kawan-kawan saya

Showing posts with label perasaan. Show all posts
Showing posts with label perasaan. Show all posts

Tuesday, September 25, 2012

:: DI SAAT AKU MASIH DI SINI::

Assalamualaikum...


Waktu hujan-hujan macam ni memang aku suka sangat, sebabnya time ni la yang selalu mencurah-curah idea dalam kepala aku nak update entry. Mood separa lelap separa sedaq ni, memang entry aku pun emo-emo sket.kuikui. Tapi apa yang diupdate memang tak lari la dari kehidupan manusia ni. 





Sebagai manusia yang bergelar sahabat, yang masih mempunyai perasaan memang standard kalau kadang-kadang kita rasa terabai dengan keadaan sekeliling, dengan perangai manusia lain yang seolah-olah tak menghargai apa yang kita usahakan.



Kadang-kadang rasa syok lagi cakap ngan kucing berbanding cakap ngan orang yang tak paham kita. Selalunya depa saja yang nak kita paham depa, tapi tak penah terfikirkah akan perasaan untuk memahami kita jugak. Bagi aku, aku memang tak suka teguq orang, dan bukan cara aku untuk sound orang suka-suka hati aku. Aku lebih suka diam, sebab aku tak suka kecoh.



Bila aku diam, aku bukannya tak peka dengan keadaan, tapi aku belajaq untuk menerima. Menerima benda yang negatif dan aku lebih suka gelak untuk jadikan benda tu positif. Memang ramai orang kata "syok la jadi hang, tadak masalah apa pun". Sapa kata?



Cara yang paling berkesan, adalah pandai-pandai la nak switchkan benda negatif tu bagi jadi positif. Sebab tu semarah-marah aku pun sat saja, nak cool pun cepat. Aku takkan marah lama-lama. Cumanya, tolongla belajaq hargai orang. Aku pun tak mintak orang puji aku melangit, cukupla sekadar doakan yang baik-baik dlam hati. 



Ada kala, aku pun down jugak, aku dok diaaammmmmmmmmmmmmmmm tulih notes. Tu saja cara aku kalau aku tak puas hati. Aku memang tak reti baca novel-novel ni. Cumanya bila apa yang aku rasa, aku tak direct cakap ngan orang, aku akan tulis. Macam dalam blog ni, kan aku tengah menulis ni. Sapa yang rapat dengan kehidupan aku dia tau la macam mana karenah aku.



Cumanya bila seseorang tu still ada dalam kehidupan kalian, bagila space untuk dia sket. Jangan la sekadar, bila dah takdak, baru sedaq kehadiran dia.hewhew.Sapa yang rugi, sendiri la pikiaq. Aku tak larat dah.


Saja nak tayang baju raya.hahahhaa


p/s : Hujan-hujan ni memang cepat lapaq. Awat taktau...kihkih

Thursday, December 29, 2011

::MENGADULAH PADA ALLAH BUKAN DI FB::

Assalamualaikum. to all bloggers and readers. Dan tak lupa jugak buat yang blogwalking sampai ke sini.




Aku memang selalu laaaa jugak melepak kat mukabuku aku tu. Boleh dikatakan almost everyday jugak la aku online. Tak masuk sehari rasa macam katak dok bawah tempurung ja.hahahaha. Macam-macam gelagat jugak yang ada kat pesbuk ni. Antara aktiviti yang ramai dok pulun buat dalam pesbuk ni adalah...



-Dok update status 4,5 minit sekali, 
-men game, 
-post ayat-ayat jiwang, 
-post lirik-lirik lagu, 
-maki orang, 
-kutuk tv3
-bagi tazkirah
-tag kawan-kawan
-upload DP yang bajet comei dan hot-hot
-post status mintak simpati
-post video dari youtube



dan pendek kata, macam-macam lagi la.....hahahhaha. Memang happening kan pesbuk ni.update status satgi berderet-deret la komen.Tapi yang tak syoknya bila terlalu banyak sangat luahan kat fb. Adoiii, buat semak kepala ja. Apa laaaaa sangat nak meluah-luah sampai meleret-leret kat fb. Serius nampak tak matang langsung wo.




Aku paham la..... pompuan memang cepat emo, bila gaduh sket update status bebai kat pesbuk. Gaduh pasai laki tak beli nasik lemak pun update masuk pesbuk.hahahaha.Kengkadang nak tergelak jugak aku dengan perangai tak matang sesetengah orang ni. Tapi aku tak komen apa la..Just lalu ja.





Ada buat ayat perasan baguih pun ada.hahahhah.Tapi apa yang aku nampak la. Budak-budak la ni agresif sket. Pantang orang update status ja, depa pun komen kasaq gila.siap maki-maki. Aku tak paham. Biaq pi la orang nak update status apa pun. Kalau tak suka tak payah dok maki orang la. Jangan dok pi komen.




Apa-apa pun terpulang kepada ke'cerdik'an masing-masing la. Jangan terlalu banyak meluah kat pesbuk.Hangpa takkan tau persepsi orang. Kadang-kadang ada orang senyum suka hati bila depa tengok status kita hat sedih-sedih kat pesbuk.Jangan setiap inci pergerakan kita kena update status pulak 



"Harini kami sekeluarga nak gi bercuti-cuti ke Las Vegas".


Ayat memang dah sah-sah macam bangga. Tapi tak risau ka, kot-kot la ada penjenayah menyamaq jadi kawan kat pesbuk ka, bila nampak status macam ni..huuuuuuu...happy go lucky la jawabnya....







p/s : Apa-apa pun nasihat aku, kalau tak puas hati tu luahkan saja pada Allah. Dia kan lagi memahami kita. Aku pun nak luah kat Allah jugak pasai masalah aku ni...okeh.renung-renungkan dan selamat beramal.

Thursday, August 18, 2011

::AKU MEMANG TAK DAPAT BACA HATI ORANG::

Hello bloggers...



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, and good morning to all......





Setelah semalaman aku bermalam tanpa membuka facebook aku, tanpa mengupdate sepatah kata dalam blog aku ni. Aku rasa panjangggggggggggggggggg sangat malam aku. Ni semua gara-gara bil berukben aku sampai lambat, dan aku tak alert bila last payment aku buat. Alkisahnya, selagi aku tak settlekan tunggakan aku, memang takkan ada la line beruk aku ni,huhuhu.









Pagi ni dengan mood yang separa hambar dan mood sat ada sat takdak ni, aku usaha jugak mengupdate blog ni, sebab semalam aku dah sedikit kecewa tak dapat nak hadap blog aku. Pagi ni, awai-awai lagi nak balas dendam update blog..guna tenet kat opis...hihihihi....





Kadang-kadang aku nakkkkkkkkkk sangat baca apa yang ada dalam hati orang. HOW I WISH I CAN!. Aku nak tauuuuuuuuu sangat apa yang ada dalam hati kalian. Aku nak tau sangat apakah bila kalian menyebut  "i only have you" "I need you"...apakah betul-betul itu yang kalian maksudkan. Aku frust sangat, bila aku tengok tindakan yang kalian buat tu tak sama dengan apa yang kalian cakap.








Apakah yang kalian cuba sampaikan? selalunya nawaitu bermula dari hati, minda akan berfikir dan mulut akan menzahirkan keadaan. Aku agak terkilan dengan dunia sekeliling aku, bila depan aku cakap lain. Belakang aku cakap lain pulak. Dalam dunia aku, aku tengok hampir semua orang jadi macamtu. Kenapa???? Kadang-kadang aku pening sangat, harini cakap lain, esok cakap lain. Sapa yang aku patut percaya.





Sebab tu aku seboleh-boleh nak faham hati kalian yang mana masih ada dalam hidup aku ni. Tapi aku tak mampu, sebab aku taktau apa yang betui-betui kalian fikirkan. Aku tak pasti apa patut aku buat la ni. Dan susah jugak aku nak bagitau apa yang sebenaqnya ada dalam hati aku. Tak semua patut kita luahkan, yang tu memang prinsip aku. Tapi aku lebih suka dengaq luahan hati orang. Tak semua orang sempurna, aku pun macam tu jugak.






Paling aku rasa seksa, bila something yang aku nak cakap tu aku tak dapat nak sampaikan. Sangat menyeksakan, tuhan ja la yang tau. Tapi, aku tak suka sangat direct to the point. Cuma aku lebih suka orang direct to the point dengan aku. Jangan berkias. Aku blurrrrrrrrrrrr....





Aku sangat berharap suatu hari aku dapat memahami apa yang kalian cuba maksudkan. Tolonglahhhhh.... berterus terang saja dengan aku. Jangan lain di hati lain di mulut. Aku susah nak teka dan benda macam ni selalu menghantui di masa sepi aku



p/s : tell me the truth...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails