nuffnang

Kawan-kawan saya

Showing posts with label akhirat. Show all posts
Showing posts with label akhirat. Show all posts

Saturday, March 10, 2012

::AKU HANYA MENGHARAPKAN HUSNUL KHATIMAH::

Assalamualaikum blogers and readers.




Entri pagi ni, selingan supaya kita selalu ingat mati tu hanya berada selangkah dari kita. Bagi aku, mungkin tak sampai selangkah pun. Tapi bagi yang masih rasa akan ada lama atas dunia ni, wallahualam. Indahnya saat mengingati mati sebab itulah sesuatu yang paling dekat dengan diri kita. Semua orang akan mati, tapi berapa ramai yang mahu menghambakan diri pada Yang Esa bila semakin dekat dengan masanya? Yang hanya kita sibuk-sibukkan macam mana nak lebih kaya di dunia ni.






Kita hanya ditabur dengan kehidupan dunia yang belum tentu menjamin kebahagiaan akhirat. Kita masih tak bersyukur atas apa yang Allah kurniakan pada kita. Setiap hari kita diberi nafas baru, tapi setiap hari adakah kita mengingati untuk sujud padaNya?



Kita hanya sibuk "esok nak makan apa eh?" Tapi adakah kita sedar saudara Islam kita di Palestin? Apakah yang mereka makan? Apakah yang mereka pakai.



Yang kita sibukkan "gaji aku tak cukup,nak beli itu ini, nak bayar itu ini." Tapi tak terfikirkah kita, kita masih boleh makan dan hidup sempurna daripada jadi gelandangan yang sedang merempat mencari teduh dari hujan dan panas? Sedarkah kita?



Yang kita ucapkan, "minggu depanlah aku melawat kawan aku". Bagaimana kalau hari esok kita kehilangan orang yang kita rasa dekat dan memahami kita. Yang dinamakan kawan?



Yang kita sibukkan, "nantilah aku solat," bagaimana saat kita tangguhkan itu, masanya telah sampai untuk dijemput? Apakah kita telah membawa bekalan untuk hidup di sana? Apakah kita telah menepati janji yang kita akan menghambakan diri padaNya? Adakah kita bersedia untuk dihisab? Apakah kita telah pastikan saham kita akan bercambah di akhirat?


Insurans di kala itu sudah tidak bernilai.
Rumah dunia di kala itu tidak lagi indah.
Keluarga di kala itu tidak lagi menemani.
Sahabat di kala itu tidak mampu lagi menghiburkan.
Harta di kala itu sudah tidak mampu membeli nyawa.
Ilmu di kala itu harap terus dapat disebar.
 Amal di kala itu diharap menjadi pemberat.
Sedekah di kala itu diharap terus mendapat timbangan.


Apa lagi yang tinggal? Tiada apa yang dapat aku bawa. Hanya sedekah, amalan dan sedikit kebajikan yang aku bawa. Apakah itu mencukupi? Aku belum layak  Dalam hati aku, aku hanya meminta diringankan sakit aku menghadapi sakaratul maut. Aku tau, betapa junjungan kita juga merasa sakitnya sakaratul maut. Aku hanya terbayangkan andai masa itu tiba esok lusa. Bagaimanakah sakit yang aku rasa. Saat itu lidah hanya terkunci rapat untuk bercerita. Tapi aku harap tidak terkunci untuk aku menyebut "Lailahailallah.....lailahailallah...laaaaaaailaaaaaahailallahhhhhhhhhhh."






p/s : Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami,apa yang telah kami lakukan di dunia ini, andainya mati itu lebih baik buat kami, kami redha ya Allah. Pastinya dunia ini bukanlah tempat untuk kami selamanya. Tempat kami hanya di sana.

Sunday, October 30, 2011

::PAHALA: APAKAH KITA YANG TENTUKAN NILAINYA?::

Hello everybody...


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....bagi salam tu sunat.jawab salam tu wajib.hihi #renung-renungkan.



Agak dah lama jugak aku tak buat sesi motivasi maupun tazkirah kat blog aku ni. Dek banyak dok update pasai benda alah lain, kadang-kadang 'tersasar' jugak nak menyampaikan yang seharusnya.hihihihi, dan tima kasih jugakla pada yang dok tanya mana pi tazkirah aku kat blog.hahahah.ingat aku pakar ka bab ni? sket-sket tu buleh gagah la.haha.




Okeh, bagi yang ada dua kepentingan kejaq pahala ni. Haaaaa, kadang-kadang ada orang yang nak kejaq pahala macam-macam, tapi harusla diingat jangan sampai termasuk dalam kategori riyak pulak. Maunya tak, kat depan orang dia pulun segala amalan, tapi balik rumah, sapa pun tak nampak, mulalah dah jadi segan nak buat amalan.





Berbalik kat tajuk entri aku malam ni, antara menjaga ibu bapa yang uzur,dan sakit dan solat jemaah. Yang mana satu kepentingan pahala. Ada orang, punyalah jaga segala amalan dia, berulang alik ke surau untuk solat jemaah, dengaq kuliah, tazkirah dan segalanya,kadang-kadang bila sehari tak pi tu rasa macam tak lengkap amalan dia. Ada jugak yang macam ni.




Vs



Alkisahnya, suatu hari ayahnya sakit(contoh ja la), si anak susah hati yang amat. Mana taknya, malam ni ada kuliah maghrib, ada tazkirah oleh ustaz.Tapi ustaz jugak yang pesan, "tambahkanlah iman kamu dengan menghadiri majlis-majlis ilmu". Pening si anak memikirkan macam mana la nak pi majlis ilmu, ayah pulak sakit. Mana satu nak kejaq? yang ada di dunia ni penting, tapi yang akhirat pun penting jugak.




Mana satu pilihan anda.......?jeng...jeng....jeng...alaaaaaaa.rilek laaaaa....ayah sakit ja, dia boleh mintak tolong orang lain lagi, pi sembahyang jemaah kat surau sat ja.......balik boleh jaga lagi....




Dan pada pandangan aku JANGAN. Jangan jadi derhaka. Bukanlaaaaa aku nak salahkan sebab terlalu taksub dengan ibadah sangat, tapi yang ni jugak mengikut pandangan ustaz-ustaz yang ditanya soalan yang sama. 




"Kalau nak dibandingkan besaqnya pahala sembahyang berjemaah dan pahala menjaga ayah yang uzur, jagalah ayahmu dahulu. Allah tu maha mengetahui. Dia tahu apa yang kamu perjuangkan, Dia tahu keikhlasan kamu, kalaulah kamu terlalu taksub pada ibadah sehingga kamu mengabaikan khidmat pada orang tuamu, bimbang kamu akan terjerumus menjadi derhaka."




Bak kata ustaz Zahazan, macam tulah. Jaga dulu orang tua kita, kemudian, baru kita sempurnakan hak kita. Jangan kita membelakangkan ibu yang melahirkan kita dan ayah yang memberi nafkah kerana amalan kita semata-mata. Tolonglah fikir jugak keupayaan mereka.




P/S : Renung-renungkan dan selamat beramal.Pahala tu bukan hak kita untuk kita nilaikan.Semuanya adalah hak Allah SWT.Allah jualah yang memahami setiap apa yang kita niatkan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails