nuffnang

Kawan-kawan saya

Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Saturday, June 21, 2014

::UNTUK APA ADA BLOG::

Assalamualaikum.


Okeh, tadi sempat berblogwalking. Cecah puluh-puluh blog. Ada yang sempat difollow sebab banyak motivasi. Some others masih lagi berblog cerita cinta duka lara yang tidak berkesudahan. Hahaha, aku rasa maybe simptom cerita hindustan terlalu banyak dalam diri, sebab tu most of the article yang ditulis langsung tak berkualiti. Copy paste mungkin!



Dalam Malaysia ni, berapa ramai yang ada blog? Kengkadang sorang boleh ada 2,3 blog sekaligus tapi tak function, dan most of the time, blog menjadi ruangan untuk mengumpat orang lain. 
Astagfirullah al azim.


Apa motif sebenar kita berblog? Ada yang suka motivasi, macam aku. Nak jual barang online, ada yang buat blog sebab lecturer suruh.hahahhaha. Takpa la, student IT kan, lepas ja siapkan assignment blog tah ke mana. Ada yang nak cari kawan, tak kurang ja ada yang inbox aku tanya nak berblog semata-mata nak dapat follower yang ramai, boleh kalahkan aku. hahahahaha. Der, follower aku tak banyak mana pun. Aku bukan retis der. Follower riban-riban, aku cuma tulis bila aku rasa nak sharing or nak story apa-apa.


Banyak jugak blog yang tumbuh bagai cendawan, dan lagi laju dari cendawan tumbuh, untuk fitnah sana-sini, sharing info yang tak betui. Depa tak ambik kisah pun entry apa yang depa masukkan yang depa kira, alamak, harini aku tak update entry lagi. Oh my, pleaseeeee....


thunderandterats.blogspot.com

Jadi hangpa nak jadi blogger yang macam mana? Dalam dunia ni, kita hanya ada 2 PILIHAN. Pilihan kita sama ada kita nak buat yang terbaik untuk diri kita ataupun kita nak jadi perosak dalam masyarakat kita. Kalau semua orang jahat, dan kenapa kita mesti ikut jadi jahat. Kita jadilah yang terbaik untuk depa, dan andaikata semua orang baik. Kenapa pulak kita nak jadi jahat? Kita patut jadi baik untuk menambahkan jumlah komuniti yang baik.


Pilihan tu sebenaqnya datang dari kita. Jangan jadi blogger yang hanya copy paste, kita takkan dapat menjiwai apa yang kita nak sampaikan. Cuba jadi diri sendiri. Orang yang bercakap dari hati dan menulis melalui tangan, feel tu akan sampai kepada pembaca. Insya Allah.


Andai kata selama ni, kita hanya jadi ikut-ikutan kawan untuk berblogging, lupakan lah. Bukan semua orang mampu istiqamah dalam satu-satu bidang. Kita ada jalan yang lebih baik dalam dunia blogging ni. Apa salahnya, sambil kita berblog tu kita sampaikan dakwah pada kawan-kawan kita. Secara tak langsung, dapat ubat hati kita jugak. Apa yang bermanfaat ambiklah dan share pada orang lain. Yang tak bermanfaat tu boleh sampaikan teguran pada tuan empunya entry supaya benda yang salah jangan dishare pada orang lain.

Peace.

Thursday, April 12, 2012

::REPUTASI ITU PENTING::

Assalamualaikum people....




Pagi ni aku spend sket masa untuk penaik satu entry. Agak menurun sket traffic blog aku kebelakangan ni, sebab tak berapa rajin nak ping entry dan salah satu sebabnya lagi, aku maleh nak update entry.hehehhe.Aku ni memang tak berdisiplin sket nak update everyday, tapi aku berusaha untuk berdisiplin sket. (perghhh, ayat)




Apabila kita cakap soal reputasi, aku sentiasa meletakkan 100 percent reputasi baik pada setiap yang aku kenai. Maksudnya, aku sentiasa bersangka baik dengan semua unless kalau tuan empunya diri cuba merosakkan reputasinya sendiri. Aku takkan suka-suka laaaaa nak jatuhkan reputasi seseorang tu, sebab aku bukan jenih yang macam tu.





Tapi aku paling tak boleh blah bila jumpa manusia yang suka 'up'kan diri sendiri. Memang dalam dunia ni, ada macam-macam manusia yang kita akan jumpa. Tapi ada yang certain part bila most of the time asyik nak 'up'kan diri sendiri...oh my............. nak gelak pun ada, huhu. Tapi aku buat diam ja la. Dah, dia happy keadaannya macam tu, so aku biaqkan.




Bagi aku senang ja, as long bila aku tak suka sesuatu perangai orang tu, aku tak suka bising-bising. Aku buat diam ja. Prinsip aku senang ja, buat diam!hihi. Tapi as a blogger, aku nak ingatkan jangan penaik entry sekadar nak hentam orang lain, nak cari publisiti murahan. Memang as a blogger, ada silent readers yang kita taktau dari mana. So, jangan jadikan blog ni as platform untuk kutuk orang, maki orang. Dunia ni bukan milik kita ja, kita share.




Jadilah blogger yang bukan suka menjatuhkan orang lain, dan pleaseeeeee lagi satu, jangan dok suruh aku follow blog yang hangpa sekadar update cerita boipren girlpren penuh 6,7 entry sehari.nonsense!


Friday, December 16, 2011

::JANGANLA CARI BLOG AKU KAT GOOGLE.KOMFIRM JUMPA ! ::

Assalamualaikum.....




Perggggggggghhhhhhhhhhhh.Tajuk dan jugak merupakan soalan yang sama sekali menyentap jiwa aku.huar. hahaha.Baru-baru ni aku ke'gastrik'an lagi. perut aku ni dah macam rebana ubi, masuk angin tapi tak boleh pulak nak naik angin.Dua, tiga hari aku berada dalam keadaan yang amat 'membengongkan'. Pening kepala jangan cakap la.kengkadang aku boleh rasa bumi kita ni berputaq. Sekali ngan aku pun nak terpusing-pusing sekali.





Sekali tunggu punya tunggu, lama jugak la kat klinik tu. Mau rasa nak pengsan seminit dua.Memang takleh makan apa time tu, tapi disebabkan depan klinik tu ada kedai burger, aku pi jugak beli sebijik.ngehehe.




Masuk ja dalam bilik tu sekali dengaq soklan, "awak ni blogger ka?" perghhhhhh.dahla aku tengah pening, teruih rasa nak pitam. Aku ni memang malu gila kalau orang kenai aku.huhuhuhu. Celah mana pulak dia tau aku ni blogger. Siap tanya lagi blog aku nama apa.adoiiiii. Selalunya kalau orang kenai ada dua kategori.



Kategori 1 :Yang kenai aku dalam blog and fb tapi realiti x kenai.
Kategori 2 : Yang kenai aku realiti dan di alam maya ni.




Kategori 2 tu mostly yang rapat-rapat ngan aku, kawan-kawan. Sedara mara aku pun tak ramai kot yang tau kewujudan blog aku ni.haha.Dek kerana soklan sang dokter tu buat aku terkedu 2,3 minit. Janganla dia jumpa blog aku ni. Tobat segan!hahaha.




"Blog awak nama apa?" sentap teruih ngan soklan tu. "ish...aku nak habaq ka takmau ni". Segan nak mampuih. Rasa macam mmuka aku merah kaw-kaw. Malu oiiiii.hahahah.Tah hapa ja aku dok merapu dalam ni. Kalau pasai sains, ka pasai sejarah ka takpala jugak. Ni dok join segmen ja.haha.Last-last slow ja aku bagitau "saya guna nama saya........" aku tak pasti la dokter tu dengaq ka dak.Kalau dak....Alhamdulillah...haha.segan oihhhhhhhh.



P/s : Tapi dia senyum...errrr janganla cari blog aku kat google.komfirm jumpa.huhuhuhu. 

Sunday, November 20, 2011

::TARIKAN PADA BLOG?ADA APA DENGAN BLOG::

Assalamualaikum





Malam ni kelembapan berukband aku ni agak menguji kesabaran. Maunya tak, dengan cuaca hujan la ni memang agak slow pergerakan dia.Apatah lagi aku nak mengupload gambaq pun ambik 9,10 minit. Oh, amat mendukacitakan bagi aku.



Sambil aku dok tengok vokal bukan sekadar suara, tiba-tiba mood aku nak update blog ni mai. Apa lagi, bila aku dah lama tak update dengan news terbaru. Bila kita bercakap bab tarikan pada blog, khususnya bagi newbie yang baru berjinak-jinak dengan blog,apa sebenaqnya yang boleh jadi orang berminat nak baca blog.



BACKGROUND

Masa aku jadi budak baru belajaq dulu tentang dunia blogger ni, aku pun pening. Aku tengok macam-macam blog. Aku cari blog yang best, yang banyak bagi info pada budak baru belajaq macam aku ni. Bila aku jalan-jalan, baca segala blog, aku jadi tepu. Ada yang kata jangan guna background yang dull, yang gelap. Dulupun aku guna background hitam yang aku rasa dah lawa gila kot. Bila aku tengok-tengok pendapat orang, jadi aku pun tukaq ke warna putih supaya penulisan aku jadi clear.



LAGU
Pastu, dulu aku suka letak lagu kat blog aku ni. Lagu yang mana aku rasa feel tu, aku sumbat masuk dalam blog aku ni.Aku taktaula pulak sebenaqnya orang takdakla suka mana pun nak baca blog aku ni.Asai bukak ja, lagu pun autoplay. Memang serious annoying pendengaran orang.Actually, tak payah sebenaqnya letak lagu dalam blog, unless kalau nak sangat letak.haaaa letakla.Tapi jangan autoplay. Memang boleh semakkan kepala hotak sesapa jua yang singgah kat blog.




PENULISAN

Blog aku ni pun bukan banyak info apa pun. Ada bila mood aku nak bagi ceramah perdana mai, aku update sket. Tapi most of the post yang aku buat banyaknya pasai personal life aku yang dirasakan boleh share dengan umum. Yang terlalu secret tu aku simpan dalam hati ja la. Takda makna sangat aku nak cerita semua kat sini. Ikutla penulisan yang mana owner tu suka, dan yang dia rasa nak tulih. Sapa yang suka tu dia baca la kan.




Tapi aku memang agak rasa annoying bila ada sesetengah blogger, yang bila singgah kat shoutbox aku, ajak aku jenguk blog depa. Aku tak kisahla sangat kan, aku pi la jenguk-jenguk jugak. Tapi bila aku masuk blog ja, gambaq pakwe penuh blog dia, dengan bling-bling lagi.Silau sat mata aku ni. Semua cerita semua pasai pakwe dia ja penuh post.haha.Orang tengah bercinta, macam tu la kot.




Tapi satu la aku sekadar nak ingatkan. Selalunya blog yang jenih macam ni akan mendatangkan kutukan dari strangers ja. Agak-agakla na bila nak post tu.Bak kata orang jangan terlalu over dek nak mencapub pakwe sangat. Nanti kena kebas baru nak meraung pun kena update satu post dalam blog.hihi.




Nak tulih apa pun ikut suka la, tapi jangan la udate entry yang menghentam orang lain, mahupun blogger lain. Tak payah mencapub dengan cara macam tu.Apa tu mencapub? cari publisiti la maksudnya. Setiap blog ada kekuatan masing-masing. Cuma gaya penyampaian tu terpulang pada author, nak warnakan macam mana. Ada setengah blog yang takda header lawa pun tapi disebabkan gaya penulisannya buat orang senang baca, maka berdoyon-doyon pulak folllower yang boleh digrab.


Renung-renungkan sampai termenung.


Saturday, August 20, 2011

::BLOGGER DAN IDENTITI::

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....to all muslims bloggers, readers, stalkers, and blogwalkers.




Cewwahhhhhhh..salam panjang hari ni, dan tak lupa jugak ucapan selamat pagi buat yang bukan muslim. Kalau ada la kan, walaupun percentage outsiders yang luangkan masa kat blog aku ni ciput ja.hihi.Pagi ni dengan mood yang suam-suam kuku, mood yang tak berapa ready nak raya. Tapi ada pulak yang ajak aku pi beli baju raya. Takpa la, aku ikut ja sebab saja hobi nak ushar orang..hahahah takda faedah betui.....








Dalam dunia blogger ni, ada dua jenis blogger, yang dedah identiti [macam aku], ada yang tak letak muka langsung, tak letak profile, tak letak link blog, dan ada jugak suka komen yang bergelar anonymous. Tak kesah la apa pun, cuma ada satu owner blog ni, suruh aku pi melawat blog dia, tapi tak letak link, susah gila aku nak jejak dia. Bila aku dah boleh jejak, alamakkkkkkkk....dia tak tulih langsung profile dia, setakat tulih hobi ja. Frust aku. Laki ka pompuan, aku pun taktau.





Apa pun, sebagai blogger, bahasa kita budaya kita. Walaupun ada yang sembunyikan identiti, tapi bahasa mestila sopan sket, jangan buat ayat yang bak kata orang macam $$%^&^%#@, maki dan sebagainya. Tak elok sangat dibaca blogger yang lain.Bukankah bahasa tu mencerminkan personaliti kita.




p/s : Kata bahasa jiwa bangsa, tapi kalau tengok dari segi bahasa...pergghhhhhh...boleh sentap jugak dek ke'kasaq'an dalam penulisan..hihihi...renung-renungkan dan selamat beramal.

Saturday, August 6, 2011

::BLOGGER NI LAGI HEBAT DARI TV::

Hello bloggers..


Assalamualaikum for all muslims readers, and salam 1 Malaysia for non-muslims, good morning to all... Harap-harap semua sihat-sihat la hendaknya.



Jumpa lagi kita hari ni, dengan cuaca yang suam-suam kuku kat area rumah aku ni. Sat redup, sat panas, mata pun nak lalok ja.haishh..hihihi. Nasib bek tak kalut nak masak.


SAPA BLOGGER YANG LAGI HEBAT DARI TV???? cer ngaku....

ya..kita lah..kita laaaa blogger yang hebat tu. Tanpa kita sedaq, ramai yang lalu lalang masuk blog kita. Betui tak? Aku selalu jugak jadi silent reader beberapa blog, antaranya isu-isu dalam negara, dan ada antaranya aku tak penah dengaq pun berita tu masuk dalam buletin utama ka, atau pun kat RTM. Kebanyakan tu ada jugak aku pi ngendap-ngendap blog politik.hihihi..shhhhh..Tapi aku tak penah komen apa-apa la, cuma masuk baca entri depa pastu blah. hihihi..




Sapa yang lagi hebat? Sepanjang pemerhatian aku, aku ronda beratus blog sehari, dari bab remeh temeh, "macam mana nak kaler lukisan" sampai la isu serius macam dalam negara " adakah matawang negara kita semakin mengecil"..bahkan blog budak-budak 'hingusan' pun aku baca. Saja aku nak tengok apa yang depa typing sebagai ENTRI.. tak kira la sampah ka dak. Aku baca ja, tak komen apa-apa.





Hari sabtu ngan ahad, bila aku tak keja, aku lebih suka lepak kat umah, hadap lappy kesayangan aku ni seharian. Aku tak pi mana-mana pun. Kadang-kadang kawan-kawan aku sampai bebai sebab bila ajak aku keluaq, aku takmau, alasannya ada keja..hahahah..Sori geng. Tapi kalau tempat ada wifi boleh la. Cumanya, maleh la nak berangkut lappy aku ni.





Aku ronda abih, baik blog dalam malaysia, sampai overseas nu, ha...sibukkan aku. Sampai berpinaq mata. sebab tu aku silau cahaya. Malam takleh keluaq umah,hihihi. Takleh tengok lampu, silau. Aku banyak baca blog, aku jarang tengok berita, sebab bagi aku blogger lagi laju dari berita. Laju dowhhhhhhhhhh...hahahah. Berita kena tunggu time, tapi blogger, takda time. Semua link antara satu sama lain. Anytime aku bukak ja blog, ada ja entri baru, yang panas, yang sejuk semua ada. Astro pun kalah.





Tapi ingatla sahabat blogger aku sekalian, walaupun kita update satu entri, baru daftar pun kira blogger la jugak tu. Jangan kita buat entri kita untuk melaga-lagakan orang lain, ataupun nak fitnah ka, nak aib orang lain ka. Jangan buat macam tu. Jangan rasa "alah....blog picisan aku ni sapa laaaaa nak baca" Haaaa. jangan pikiaq macam tu. Selagi blog kita ni bersifat umum, kalau kita buat jahat kat orang, orang akan tau jugak. Cuma cepat ngan lambat ja. Jatuh bangun tu biaq atas inisiatif kita....





Segala apa yang kita salur melalui blog, itu atas niat kita. Bagi aku la kan, jadi kalau kita niat yang baik, maka yang baik la jadinya. Kalau sebaliknya, wallahualam. Aku sekadar nak ingatkan diri aku supaya tak terlajak kata dan diri kome semua. Blogging la dengan niat nak sampaikan mesej. 




p/s: Jage-jage ade yang meratiiiiiiii....hahhah [pinjam ayat kak kiah propa sat]

Sunday, June 5, 2011

::NAK CEPAT FEMES: MANA SATU PILIHAN ANDA?::

Assalamualaikum bloggers....





Hai uollsssssssssss (menggedik plak) time-time malam masih muda ni....haha....





Okeh, harini aku tengok kat fb aku, kat blog aku....dan aku terperasan la...ramai newbie yang nak cepat femes. Actually aku buat blog ni lama dah, cuma passion nak menulih tu tak berapa nak ada dalam jiwa aku. So, aku stop sat. Bila aku membulatkan tekad dan azam aku (konon-kononnya lah) nak kembali ke pentas blogging ni, tokojut den, ramai gila aaaaaahhhhhhhhh blogger yang baru nak jinak-jinak dalam dunia blogging nih (termasukla aku).




gambaq dicopy dari desirepeoples



Haaaaaaa...ni aku nak share lah sikit,cara-cara yang 'baby' blogger ni guna untuk mengukir nama-nama mereka di pentas fofular gitu (konon-kononyalah kan..) ......





1.  Letak gambaq owner blog penuh kat sidebar

Tuan tanah lebih cenderung letak gambaq depa penuh kat sidebar, gambaq dolu-dolu, gambaq seksi, gambaq boipren, gambaq dalam toilet pun ada..adess..... (nasib toilet lawa). Aku tau laaaaa,..hahaha.. tapi terpulang la kat hangpa, dah hangpa kata 'ni blog gua, sukati gua lah gua nak letak apa pun, lu apa kesah?' amboiii.. garang no depa.. Gua mana? gua kelam ka?huhuhu. Tapi aku rasa ni mesti kes takda widget ni....





2. Letak cursor bernama

Menatang apa letak cursor bernama. Aku rasa ada something la yang depa guna, untuk letak nama kat cursor depa tu. Magicla....Bila aku gerak-gerakkan tikuih aku ni, ada nama owner blog kat cursor tu. Aku baca la, 'siti nur farahin ruwaida bt muhammad hambali' uiyooooooo, ralit pulak aku dok baca nama dia... (nama adalah rekaan), panjangnya.....erkkkkk..sekali page pulak berat.....aku tekan pangkah kat atas nu,Alamak! lupa nak follow..huhu





3. Buat event kat fb pastu jemput aku

Aku jarang sangat sebenaqnya tengok event kat pesbuk aku, tapi aku rasa harini aku terglemer sat, banyak nombor merah yang naik kat notification aku tu. Aku pun tanpa was-wasnya klik la nak tengok. Sekali aku tengok kat event, menatang apa ni, ingatkan member aku panggil makan kenduri, tup-tup 'hai...saia blogger newbie, sila lah klik blog saia [http://kamibukantaklakulagi.blogsepot.com/], datanglah follow saia taw....bubaiiiii...' hah what kind of event, pulak ni? secara tak langsung aku tak pi pun blog dia. Aku terus dengan secara langsungnya say no. Banyak event la ni.





4. Suka cari benda negatif terutama bab artis

Haaaaa... ni aku taktau nak kata apa. Aku penah jumpa blog macam ni. Semuaaaaaaaaaaa benda negatif ja yang dia nak cerita, aku ingat dia geng dengan beautiful nara ka dok buat cerita artis, tengok follower dia, baru 3 orang. Mungkin banyak silent readers kot. Tapi aku view jugakla tajuk dia, 'eh, gambit kata kita anjing la', 'salih yaakob kawen dah la,kata lepas raya', 'kenapa artis ni ambik dadah'...ehhhhh tolong la...awat tak update cerita syok-syok sket contohnya artis pi mekah ka.....artis juai kurma ka.....artis tolong tangkap peragut ka...(aku bukan back up artis), tapi make it interesting la sayang...jangan update benda tak elok la saja...




5. Suka bangkang pendapat orang lain

Apa saja yang orang tulih, dia laaaaa yang memang suka bangkang. Ni sayang, biaq pi la pendapat orang, ikut dia nak tulih apa, tapi jangan kita dok letak link dia kat blog kita pulak. Tu memang nak cari gaduh tu... 'eh, kau hilang duit kau ada aku kesah?'pastu letak link blog [http://akutaksukakaujadiblogger.blogsepot.com/] .  Cuba bila orang buat entry macam tu, hangpa senyap dan bagi pendapat dah la, jangan dok jadi batu api sangat. Then, kalau dia tak boleh dinasihati, ignore saja okeh, tak perlu buat entri balas. Apa hangpa ingat ni kumpulan balas ka?






Okeh, setakat ni dulu ok, yang baik sila ambik...yang huduh sila buang dalam tong sampah, elakkan pencemaran alam.






sekian, untuk makluman.

Monday, May 30, 2011

::TAK RETI-RETI NAK FOLLOW??::

Assalamualaikum bloggers....





First entri aku untuk harini cewwwwaaaaaaahhh...Disebabkan aku banyak menelan nasik minyak kelmarin, maka semalam aku tiduq awai.hahahha....tapi takla awai sangat sebab aku dok melangut mentor.






Tadi masa aku buat sesi lawatan blog, tetiba aku jumpa satu blog ni dengan header beliau bertajuk "tak gheti-gheti nak follow?" mak aiiiiiiii...terkojut beruk den....den tok nyangko haaaa..ado header lagu tu..huhuhu..... Budak-budak newbie kot..hihihihi..Tapi agak-agakla....dik oiiii....taktau jugak nak bagi nasihat ni..hihihi...





Tak payah macam tu pun takpa, biaq orang follow kita dengan ikhlas.....betui dak? kalau follow sebab terpaksa....apa barang nak berblog..hihihi...





p/s : eh, ada orang buat segmen dak pagi ni?nak join....





sekian, untuk makluman

Sunday, May 22, 2011

::BLOGGER LA NI RAMAI YANG MUDA BELIA::

Assalamualaikum...bersua kita di waktu lewat petang ni.....







Satu persoalan yang biasa hinggap lalu lalang kat kepala otak aku ni... Berapa laaaa umoq tuan empunya blog ni.... Aku cepat cam tulisan manja ala kebudak-budakan tu...Ada yang cerita pasai boypren...... Yang paling ramai bloggers ajak aku baca blog depa, kebanyakan dok update pasai boipren memasing...aishh...naik semak pulak kepala aku ni haiii....tapi jarang blogger boy nak update pasai girlpren memasing..huhuhu




Untuk memeriahkan entri aku kali ni, aku cilok gambaq ni dari google...design baju by kartunis ubi..[sekadar selingan]..nanti takdak cover pulak entri aku ni..hihihi








Tapi lantak la kan, dah depa kata, suka hati la nak tulih apa pun, blog aku..okeh,,,akur aja la...ikut suka la hangpa nak tulih apa..tapi bila aku post status kat SB [sahabat blogger] "aku nak blogwalking...." maka ramai la puak-puak blogger yang post link memasing, suruh aku follow...





Aku tak simply follow...sebab aku tak kata pun nak follow, aku nak blogwalking ja. Jadi aku pun pi la jalan-jalan, masyaallahhhhhhhhhhhhhh..cerita cinta depa saja penuh 4,5 entri, memang aku rasa loya lak baca. Balik, balik pasai boipren...balik-balik cerita boipren....aduuuuu....pastu nak suruh aku follow. [sorry to say la]






Aku baca ja la...padan muka aku..mintak sangat link.hahahha...Tapi aku memang pelik gila la ni, ramai no bloggers muda-muda belia. Yang form 2 pun ada blog sendiri..wo0o00ooooooo memang hebat. Tak sama macam zaman aku dulu. Dulu aku form 2 taktau apa-apa pun pasai internet ni.....





Budak-budak la ni, nak ambik PMR, SPM pun, sempat lagi dok blogging no....hati-hati la adik-adik blogger sekalian, jangan dok hanyut dengan blogging sangat, ni bukan ada dalam silibus exam..... Tu cerita budak sekolah....





Budak U? jangan cakapla..........lagi bersepah-sepah.......pendek kata, mesti depa konker blog..hahahha. Standard la budak u, masa bukan tetap macam budak sekolah. Bila free buleh la update blog. Tapi time exam pun dan lagi buat entri pendek [gigih sungguh] hahahhaha





Tapi apa - apa pun aku nak nasihatkan buat adik-adik semua yang underage ka...blogging pun kena hati-hati jugak. Jangan terlalu addict sangat, payah nanti. Tengok macam aku, susah orang kampung nak nampak aku naik moto pusing kampung, manjang dok lam umahhhhhhhhhhhh ja update blog.hihihihi




p/s : Rasa aku pulak yang paling tua kat sini...ka ada yang sebaya aku?hihihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails