nuffnang

Kawan-kawan saya

Showing posts with label utara. Show all posts
Showing posts with label utara. Show all posts

Sunday, May 13, 2012

::BUAT YANG SEDANG MENCARI::

Asalamualaikum peeps....



Seperti kebiasaan. Lama aku tak update entri baru. Nak update story panjang, tapi segan nak taip pulak. Jadi harini ada masa terluang sebab ahad ni aku tak pi mana-mana pun sebab semua geng sibuk. So, dok umah basuh baju, lipat baju..hihihihi.




Okeh, back to the topic, ramai yang dok tanya aku, kat area Utara ni tempat makan kat mana yang sempoi-sempoi. Aku nak habaq pun aku tak pasti la pulak selera hangpa lagu mana. Tapi untuk kepastian dan buat sapa-sapa yang berhajat nak mai jalan-jalan cuci mata belah utara tanahair kita ni, haaaaa, aku nak suggest satu group kat pesbuk yang boleh jugak la dijadikan rujukan untuk terjahan port-port makan yang confirm holiauuu..






Bagi sesapa yang masih blur-blur lagi, silalah klik banner di atas, untuk keterangan lanjut, sila refer kat group Jom Ronda-ronda Cari Makan Di Utara. Anda pasti akan dilayan dengan ramah dan tamahnya. Kalau nak suggest tempat makan pun di alu-alukan. Tapi sekitar utara saja lah. Tempat lain tak layan..hahahha.peace.



P/S : Group ni jugak akan buat hiking pi Pantai Kerachut, Penang National Park, sapa yang minat nak join, sila-silalah klik banner kat atas tu.

Tuesday, April 10, 2012

::ADMIN GROUP JRRCMDU::

Assalamualaikum to all readers and bloggers.



Malam yang suam-suam kuku dek kerana hujan di sini, aku nak ambik kesempatan untuk promosikan satu group yang berpengkalan di.....(aku taktau tapak), tapi yang pastinya di utara lah jugak.hihihi. Group ni salah satu group yang bak kata orang agak cepat naik tarafnya dalam pesbuk ni, sebab makin lama, makin ramai yang dah join dan jugak salah satu platform buat kaki-kaki makan untuk terjah port-port makan yang best coverage dia, sebelah utara ni saja.




Yang mana dok belah selatan, barat, tengah, timur tengah tu, harap maaf la na, sebab yang tu di luaq coverage kami.kikiki. Jadi kebanyakan posting dalam group ni memang based on makanan belah Utara ni yang memang dicop sebagai Syurga makanan (wah!sinonim).





Amacam? sempoi dak?hihi. Actually group JRRCMDU ni diwujudkan untuk mempromosi makanan di Utara terutamanya dari Perak, Penang, Kedah dan jugak Perlis. Jadi ahli-ahli yang ada dalam group ni jugak masing-masing ada tempat makan yang best untuk dikongsi.Tak kira lah yang otai dan selalu makan kat kedai, jadi sebarang posting yang ada dikira sekaligus mempromosi jugak port-port makan yang diterjah.




Bagi sesapa yang nak dapatkan info tempat makan yang best, bolehla terjah group ni dan join sebagai ahli. No fees.no form needed.hihi.Ramai yang boleh tolong suggestkan tempat makan sekiranya lah berhajat nak cuti-cuti Malaysia kat negeri utara Malaysia ni.



Kat bawah ni adalah muka-muka otai dalam group ni. Dan yang sesungguhnya mereka-mereka di bawah ni adalah tulang belakang group ni yang bersedia untuk membantu anda (sila bayar saya untuk promosi kalian...)














Ni antara sebahagian admin-admin yang memang mesra rakyat, kalau kenai muka-muka depa ni kat kedai-kedai makan, silalah teguq..kikikikiki. Sori na admin yang takdak gambaq, cari tak jumpa pulak, kat mana tah depa simpan collection gambaq semua.





So, secara konklusinya, bagi rakan-rakan bloggers yang nak join group ni boleh terjah link ni JRRCMDU. komfirm boleh terliuq dengan segala posting makanan yang dok ada. Assalamualaikum. peace



p/s : ada orang kenai aku dak?hihihi.bagi low profile sket.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails