nuffnang

Kawan-kawan saya

Showing posts with label ikhlas ke?. Show all posts
Showing posts with label ikhlas ke?. Show all posts

Friday, May 20, 2011

::SETINGGI MANA PUN PANGKAT, MATI DIKAFAN DAN DIBACA YASSIN JUGAK::

Assalamualaikum semua......







Entri di hari jumaat, penghulu segala hari....di mana hari ni jugak akan terjadi kiamat. Jadi jangan ada sesapa dengar cakap sorang paderi di New York yang kata, end on saturday.... Dia kata, hari kiamat akan jadi pada hari sabtu, Dengaq ja, percaya jangan. Depa ni bukan cerdik sangat.Tak lama lagi mesti tukaq hari lah tu.... Depa kan suka putaq belit.





Bila bercakap bab pangkat, waahhhhhhhhhh majoriti semua orang akan tergila-gila kejaq pangkat. Ada yang suka bodek bos, kalau boleh, nak digilap kasut bos sampai boleh buat cermin supaya boleh naik pangkat. Ada yang sumbangannya tak nampak pun, baru buat keja sikit, tapi mengungkit usahanya sampai bertahun-tahun.




Manusia takkan pernah puas. macam lagu senario, sebelum dan sesudah....


sebelum dapat kerja
Janji tekun bekerja
Sudah diterima cuti dan M.C. saja
Belum dapat gaji
Nak jimat tak nak rugi
Sudah dapat gaji
Duit habis dijoli…
Sudah dapat gaji
Duit habis dijoli…
Habis dijoli…
Di sana sini 




Macam tu lah perkiraan manusia, kalau boleh, pangkat, darjat, harta nak menimbun-nimbun. Takkan nak jadi macam Qarun? sombong dengan kekayaannya? Panjang kot kalau aku nak story kisah Qarun kat sini..apa kata cuba gi kat google. nanti banyak la blog yang boleh diterjah.





Ada orang sanggup beli gelaran 'Datuk' sebab nak dipandang tinggi taraf dia, tapi usaha takmau. Sebaliknya tipu sana tipu sini. Usaha tak padan dengan pangkat la.....Agak memalukan kalau ada orang kaya yang mengaku suka buat keja amal, tapi buat cek besaq-besaq tunjuk depan tv "RINGGIT MALAYSIA: SERATUS RIBU SAHAJA" Amat membanggakan...macam tak ikhlas la pulak.....





Tapi sekaya mana pun, kalau selalu ingat orang bawah, semua orang akan respect. Selalu la rendah diri..bukan rugi pun. Duit berjutan-jutan, rumah berpuluh-puluh, tapi kalau rajin sedekah, tak payah tunggu orang mai ambik gambaq, orang akan respek. Renung-renungkan dan selamat beramal.






Tuesday, May 10, 2011

::BLOGGER IKHLAS KE TAK NI??::

Assalamualaikum.......and good morning..






Pagi ni aku nak share lagi tentang ada sesetengah blogger yang suka buat tutorial. Bagi blogger yang suka letak coding untuk sesetengah tutorial. Tapi yang aku tak paham kenapa disable kan right klik untuk copy coding tutorial tu.










La ni aku tau, banyak sangat newbie, yang kadang-kadang suka buat macam-macam. Contohnya tambah widget la, tutorial macam-macam untuk cantikkan blog. Nak letak widget, boleh...... Tapi jangan ter'over' sangat sampai orang yang nak loading blog kita tu pangkah blog kita sebelum sempat loading. Maunya tak, nak tunggu header keluaq pun sampai lima minit.








Ada jugak setengah blogger tu guna ayat-ayat yang bagi aku 'kasaq' la jugak, contohnya bila ada readers yang nak ambik coding kat blognya . Tapi kata tutorial untuk dishare. Dalam blogging ni, kita kena banyak belajaq. Jangan nak orang follow blog kita tapi kita sendiri yang tak mesra follower.






Kalau takmau share tutorial, tak payah la post entri pasai tutorial kat blog. Bila ada yang berminat, tengok-tengok tak boleh copy pulak. Disable right klik la. Ada jugak blogger yang bila kita right click kat blog dia, ada satu pop- up window yang keluaq kat situ, ada yang tulih "Mana boleh copy, blah laaaaaaaaa"..Huiiii...sangat tak praktikal aku rasa ayat-ayat macam ni.






Penah tak hangpa terpikir bahawasanya, blog kita ni, macam-macam peringkat umoq yang baca. Jadi guna perkataan yang berhemah sket na......Nanti orang cop kita tak mesra pelawat sedangkan kita memang mengharapkan pelawat view blog kita.






Satu ja pesan aku, bila kita rajin blogwalking kat blog orang lain, belajaq untuk jadi sedikit matang, bukan setakat jerit kat shoutbox ja, tapi cuba belajaq cara yang kita lebih mesra pelawat....Okeh, semoga success.




P/S: Sapa yang newbie, boleh belajaq sket-sket dari blog orang lain.





sekian, untuk makluman.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails