nuffnang

Kawan-kawan saya

Showing posts with label anak-anak. Show all posts
Showing posts with label anak-anak. Show all posts

Sunday, June 5, 2011

::KITA ADALAH YANG PALING BAIK::

Assalamualaikum buat bloggers yang muslim, dan wanshang hao bagi yang non-muslim...







Bila kita bercakap tentang manusia, macam-macam manusia yang kita jumpa. Tapi bagi aku, aku mengenal manusia atas dasar. Dasar yang membuatkan aku menyayangi mereka, dan dasar yang membuat aku langsung tak minat mengenali mereka. Dan manusia jugak yang mengajar aku, apa erti menjadi manusia atas muka bumi ni. jadi, aku tak pelik dan bagi aku manusia adalah yang terbaik, cuma jangan dok buat best dengan aku, yang tu memang tak boleh blah.




Kita ni sebenaqnya terhasil dari 'yang terbaik'...tak percaya??? cuba tengok gambaq kat bawah ni, di antara berjuta-juta sperma, dan hanya satu yang berjaya menembusi ovum, dan bercambah seterusnya membentuk 'kita'. Sapa kita tu? Kita lah...hidupan yang bernama manusia, yang berupaya menyepak, berfb,berblogging, berkerja,bercakap, bergosip, berfoya-foya dan jugak beribadat kepada Allah...








Hanya satu yang terbaik akan disenyawakan membentuk homo sapiens yang akan memberi kesan baru pada dunia. Mungkin yang akan membanggakan dan mungkin juga yang akan mengecewakan. 








Sejak kita sedang terbentuk di alam rahim, kita dikurniakan sifat-sifat terindah untuk menjadi manusia, kita dikurniakan perasaan, kita dikurniakan denyutan nadi, dan nafas pun bermula. Kita sebenarnya lemah, Takda antivirus pun masa ni, kita cuma berlindung dalam perut mak dan membesar. Kadang-kadang kita mendengar alunan zikir dan bacaan dari ibu kita. Itu sudah cukup melenturkan hati kecil kita kan?










Mak begitu terharu melihat kita membesar, mak selalu makan benda-benda yang berkhasiat saja untuk pastikan kita mendapat yang terbaik, nak pilih makanan pun, makanan yang terbaik. Kadang-kadang mak terjaga malam sebab aktiviti menendang yang terjadi waktu tu kan? Tapi mak mesti senyum, tu tandanya kita aktif, mak suka....Mak akan susah hati kalau kita tak bagi respon...









Kita adalah yang terbaik, segala benih yang baik saja yang akan mencambahkan kita. Dikurniakan sifat yang baik, segala gen-gen dari pihak mak dan pihak abah disepadukan....







Tapi bila kita dah besaq, kita sering mengabaikan benih baik yang kita dapat. Kita hanya tahu cara nak bergaduh, sifat-sifat negatif, kita dah rasa jijik kan mengenali orang lain? Kita selalu ingat ooooooo aku lah yang paling bagus...dan apa yang aku buat semua tu adalah betul....Anda merendahkan orang lain???? Walaupun siapapun kita, peguam kah, lawyer kah, petani kah, peniaga kah, pecinta kah (errrkkssss) hakikatnya kita datang dari sumber yang terbaik.......... 






sekian, untuk makluman.

Friday, June 3, 2011

::YANG MUDA DISAYANGI, YANG TUA DIHORMATI::

Assalamualaikum bloggers....






Masih relevan kah tajuk entri aku tu dengan dunia sekarang ni..???? Apa yang aku perasan, budaya hentam menghentam tanpa mengira usia dan hati sapa-sapa saja dah macam lumrah pulak..... Sekarang ni aku perasan, budak-budak muda tak hormatkan lagi orang yang lebih tua. Kalau dulu, zaman aku kecik, memang nak kena pelangkong laaaaa kalau buat macamtu.








Masa aku sebesaq budak yang dalam gambaq tu, aku taktau langsung peranan jari tengah tu. Apatah lagi nak tunjuk dan halakan pada orang yang lebih tua dari aku. Ohhhh, tak pernah terlintas langsung. Yang aku tau aktiviti kampung aku, pi sekolah, balik sekolah, pi mengaji, main kat umah tok dengan sepupu aku.





Walaupun di alam rebina aku, pergaulan aku agak kasaq sebab geng-geng aku ramai hero, tapi kami suka ja main masak-masak. Serius kami taktau langsung rasa nak try benda-benda tak senonoh ka hapa. Kami main macam budak-budak sebaya kami....polis sentri, tuju kasut sampai lebam betis, main juai-juai, main guli, main teng-teng. Yang tu ja.....





Tapi awas......budak-budak la ni dah semakin maju bila depa tau apa itu mencabul dan yang seangkatan dengannya. Bab ni depa memang expert, macam ada silibus kat sekolah pulak. Kadang-kadang, budak pompuan sekecik 2,3 tahun pun pernah kena. Gaya pengajaran dan penerimaan budak la ni jauhhhh beza dengan budak dulu.





Kalau dulu, aku diajaq mak aku, dengan orang tua-tua jangan cakap kughang ajaq, jangan tengking-tengking, lalu depan orang tua, mesti bongkokkan badan sket tanda hormat. Tapi la ni, payah nak jumpa budak-budak kecik yang lalu depan aku bongkokkan badan. Boleh jamin, takdak punya. Ikut dan ja......





Sebab tu aku tertanya-tanya, dengan zaman yang berubah, masihkah anak-anak generasi depan menerima "yang muda disayangi, yang tua dihormati"






sekian, untuk makluman.






Sunday, May 22, 2011

::ORANG MENYANGKUL.....DIA PUN NAK JUGAK::

Assalamualaikum bloggers.....







Ni first entri aku untuk harini, besa la hari Ahad meneman mak aku sat beli ikan kat market tadi. hehehe.. kelmarin, sempat la aku tangok si kenit ni..sapa tu? anak sedara aku. Tengah aku dok syokkk update blog, aku tengok dari jauh, apa benda yang dok bergerak tepi pokok serai tu. Almaklumla,,,yang tukang berkebun tu pun sama tinggi dengan pokok serai ja..hihi





Sebab aku tengok seimbas lalu ja, jadi aku tak perasan sangat benda apa yang bergerak belakang pokok serai tu. Ingat kan kucing tadi [maklumla aku kan rabun] hihih... Bila ditenung- tenung rupanya...

















Cangkul lagi tinggi dari tuan..hahahhhah


What a great job boy! you're so cute...............

Sunday, April 24, 2011

::AKU MARAH SI KENIT NI TAPI AKU YANG EMO..HUHU::

Salam 1 Malaysia and how are you every body ( wallla, speaking plop!)




Aku ni memang terkenal dengan sifat mesra alam.Haha..Bukanlah! Aku cuma menggunakan veto kemarahan aku pada budak-budak yang memang spesies champion takmau dengaq cakap aku. Ngan kanak-kanak yang kurang penghayatan jiwa, aku pelembut sket, kalah DOWNY. Sampai seru dah kot? muahaahha.Selalunya mangsa yang akan kena yang buas tak kena tempat.





Tapi tadi memang aku hangennnnnnnnnn sket la.....Tak banyak mana pun, anak sedara aku yang cinonet ni. Dia ni pun satu hal. Dah tau cu dia ni suka hadap laptop, tang sini jugaklaaaaa dia nak mai nyebuk. Bukannya aku tak mau bagi dia join. Tapi tau sajalah sifat rakus cinonet yang nak masuk dua tahun ni. Kalau nampak benda liplap-liplap dahla buleh bunyi lak tu.Haishhhhhhhhh.....





Lalu aku pun rasa mulalaaaaaa naluri menyinga ni mai....haishhhhhhhhh. Aku dok cakap pung prang- pung prang depan dia( tah dia paham ke tak)......Dia asyik tengok muka aku sampai tak berkelip-kelip macam ni....








"Ish la...cinonet ni, cu tengah marah ni. Jangan dok tenung-tenung cu." Aku dahla tak boleh ada mamalia dok tenung-tenung aku ni...aku cepat cairrrrrrrrrr sket.huhu. Dah aku dok cakap ngan dia, tetiba aku nak gelak pun ada. Cinonet ni pun gelak.............arggghhhhhhhhhhhhhhhhh!tak buleh nak marah lak!dia gelak. Memang sah, apa yang aku cakap tadi sia-sia. Dia tak take point!







Last-last aku yang emosi sorang, sedih. Sebab aku tak boleh nak marah-marah ngan bebudak yang setinggi dan sebesor ni. Haishhhhhhhh. Rasa sebak lak tengok budak besor nih. Tambah-tambah bila ada yang kena dera pengasuh la.....cemane eh tergamak depa pukul budak- budak ni....???




Lagi sedih bila tengok kes macam ni.Tiap- tiap tahun buat aku sebak.






Ni semua disebabkan si mangkuk hayun ni......Buat pandai, tanggung takmau!
 
 

 
 
 
 
Buat malu kaum la mangkuk ni. Sanggup buat macam ni siang-siang buta????Kat public! Ya Allahhhhh!taktau apa nak cakap.....jangan la jadi hamba syaitan. Aku sentiasa berdoa semoga diri kita tak terjerumus dalam lembah yang hina macam ni.




Surat berantai : To Afif Zikry:

"Afif Zikry, sori na, cu tak niat nak marah, tapi tak sengaja tercubittttttttt jugak pipi awak tadi sebab geram!hehe..Len kali jangan la gigit tangan cu, sakit tau. Awak tu dahla bergigi piranha. Nak gigit nanti, pi la prektis and make perfect kat len ok? I LOVE YOU SAYANG" huhu.sedih lagi...



sekian untuk makluman.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails