nuffnang

Kawan-kawan saya

Showing posts with label tempat solat. Show all posts
Showing posts with label tempat solat. Show all posts

Sunday, February 5, 2012

::AH.SUDAH! SALAH KIBLAT PULAK::

Assalamualaikum....



Selamat menyambut maulidur rasul to all muslim. Sama-samalah kita perbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, semoga kita mendapat syafaat baginda di akhirat kelak. Amin...




Kelmarin al-kisahnya, aku pi la salah satu tempat shopping yang agak familiar la area-area seberang jaya ni. Dek kerana masa aku pi tu sebelum zohor, so aku decide nak pi solat kat surau yang ada kat kompleks tu ja la. Sebelum ni aku dah nampak notis yang depa lekat kat dinding tu, surau dah berpindah. Aku tengok ex-surau tu tengah dalam renovation. Dalam hati aku "oooo, baguih jugak ni. Mungkin jugakla depa nak perbesaq surau tu, aman laaaaaa. Luas sket". Maklumla dalam shopping complex, ramai la orang yang singgah nak solat. Memang patut depa perbesaqkan lagi surau tu.

















Maka aku pun solat la dengan khusyuknya, sebab rasa agak selesa dengan kipas angin atas kepala. Elok dah bagi salam kedua sebelah kiri "assalamualaikum warahmatullah" tiba-tiba ada sorang hamba Allah sentuh bahu kanan aku yang pada masa tu aku baru nak baca doa. "Kak, sori la, kak salah kiblat." Dushhhhhhhhh.terasa tamparan yang begitu hebat. Allahhhhhhhhhhuakbar.





Tadi berapa ramai yang salah kiblat dah.Aku pun dengan konfiden la solat ikut arah yang reramai solat tadi.Aduhhhhhh, salah kiblat pulak............ Mencangak-cangak aku cari arah kiblat sebab aku nak confirmkan balik arahnya. Aku tanya orang belakang aku, dia pun x tau jugak belah mana. Memang muka konfiden tadi dah bertukaq jadi muka serba salah.




Lastly aku terpaksa buat-buat lalu kat surau laki, sebelah ja dengan surau pompuan, tengok depa solat arah mana. Dah betui aku pasti, aku solat lagi sekali. Mana pulak la budak tadi hilang, aku nak tanya arah kiblat lagi sekali. Dia pi ambik wuduk la kot.Jauh jugak nak ambik wuduk tu, kena ambik kat toilet nu. Tapi ada la tempat wuduk yang dikhaskan. Hmmmm, dah tak sekhusyuk solat pertama tadi dah.huhuhuu.Ampunkan aku ya Allah....bila dah dapat khusyuk tu, salah kiblat pulak.



p/s : Masa nak balik lupa pulak aku pi customer service suruh depa letak arah kiblat.huhuhuhuhu. Gambar di atas sebagai hiasan semata-mata.

Wednesday, May 4, 2011

::TERCARI-CARI TEMPAT SOLAT?::

Salam 1 Malaysia...selamat petang dah...(laaaaa..sat ja kan?)






Okeh, mengupdate lagi keja aku harini. Aku nak kongsi sket bab sembahyang ni. Ada orang kata, kalau nak pi mana-mana takdan nak solat lah, takda tempat solat lah.....Hamboi.........macam-macam alasan no.









Tapi,selalu berdoa "Ya Allah, selamatkanlaaaa aku, berikan rezeki kepada aku". Tapi solat bukan main malas lagi. Macam-macam dalih ada. Putaq belit sebab kes takmau solat. Ingat, doa senang-senang ja ka Allah nak bagi, kalau dah diri sendiri asar pun salah rakaat. Apa cerrrr.






Tapi bila tanya, perempuan pilihan?calon lelaki pilihan? JAWAPAN UTAMA mesti "ooo...senang saja, saya nak yang muslimah, jaga sembahyang". Pirrrrrrrrrahhhhhhh..kalau diri sendiri pun, doa qunut tak reti nak baca jangan mimpi laaaaaa senang-senang Allah nak bagi calon syurga. Bukan takat calon....rezeki pun dok tersekat-sekat.





Yang pi merayau, bukan main lagi. Alasan takmau solat, lambatla satgi keja tak siap...Kalaula mati time tu...... Nak jawab apa dengan Allah???? Boleh ka nak bawak keja masuk kuboq ha?.....Rumah dunia bukan main nak besaq-besaq macam banglo,tapi keja malas..... Doa bukan main, "masukkanlahhhh aku dalam syurgamu" tengok-tengok sembahyang 3 waktu pun payah. Apa nak jadi?





Bagi yang tercari-cari tempat solat kononnya yang terbaik taksemesti macam ni saja....







kalau dah sesat ka, tak jumpa masjid pun, boleh jugak laaaaa solat kat mana-mana asalkan berwudhuk ye. Jangan la wudhuk semalam, tapi guna sampai harini pulak. Kalau nak pi tengok bola pun still boleh solat lagi. Berhentila bagi alasan.....!





Kat bawah ni aku share lagi, tempat-tempat yang tidak menjadi halangan untuk hati mengingati Allah.... Kalau nak Allah ingatkan kita, pandai-pandaila jaga hubungan dengan Allah.....



































































Lain padang, lain belalang, lain orang lain ragam. Tapi bagi menyerahkan hati kepada Allah, solat tu tiang agama. Sebelum nak cari yang soleh, kita yang patut jadi soleh dulu. Takkan kita berusaha nak cari yang terbaik padahal diri sendiri pun satu waktu ja yang ingat nak buat????? Renung-renungkan dan selamat beramal =)








sekian, untuk makluman.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails