nuffnang

Kawan-kawan saya

Showing posts with label ego. Show all posts
Showing posts with label ego. Show all posts

Thursday, October 11, 2012

::GAJAH DEPAN MATA TAK NAMPAK::

Assalamualaikum.....


Back to position.

Aku pelik la, kenapa bila hidup dalam dunia ni, kadang-kadang kita dah hilang rasa timbang rasa kat orang lain. Padahal, bukan dalam dunia ni ada kita sorang, semua kita nampak baik saja, sedangkan kita asyik nampak kesalahan orang lain.



Semua orang ada ego. Tapi kita bijak kalau kita boleh kawal diri kita, ego kita. Orang yang selalu belagak dengan egonya, adalah sorang yang sedang memperbodohkan diri sendiri depan orang lain. Dia mungkin tengah gelakkan seseorang tu, tapi dalam tanpa sedarnya, beratus lagi di belakang sedang gelak besaq tengok kebodohan dia.





Ada kawan aku suatu masa dahulu, walaupun dia tak laaaaa tinggi mana. Tapi ego dia...Nauzubillah, setiap apa yang dicakap, menunjukkan ketidakmatangan dia. Aku gelak ja la dalam hati (jaga hati kawan). Agak-agak la kalau nak belagak pun jangan sampai tak kena tempat. Kesian sangat, seolah-olah memperbodohkan diri sendiri.



Bagi aku, hang kaya ka, ada pangkat ka, ada harta belambak pun kalau AKHLAK tu tak berapa nak ada.... Kesian sangat.................. Bukan susah nak jadi baik dengan orang, cuma kadangkala bila rasa senang sikit, dah lupa daratan pada kawan-kawan yang tengah susah. Apa la nasib kan.





p/s : Mati nanti, takda maknanya yang kaya ke syurga, yang miskin ke neraka. Yang penting, iman dan amal.

Thursday, May 31, 2012

::DIAM DAN EGO, JADILAH AIR::

Assalamualaikum...


Agak menyepi seketika dari dunia blog... dek ketandusan idea dan maleh nak on laptop waktu senggang..hihihihihi. Pagi ni aku baca majalah al-ustaz. Taktau majalah apa? Haaaaa... macam kat bawah ni..





Setakat ni baru keluaran edisi kedua majalah ni..Tapi memang superb bagi yang suka baca majalah ilmiah yang macam ni. Kalau yang suka baca Hai ka Mangga ka mungkin majalah macam ni tak menarik pun la. Tapi during leisure time aku, memang aku suka baca majalah yang pattern macam ni.



Dalam edisi pertama majalah ni, dah syok... "Susahnya mendidik diri"



Memang sebagai manusia ni, kita kena selalu didik diri kita, rajin-rajinla tanam sifat positif dalam diri, Insyaallah orang sekeliling pun akan senang dengan kita. Dan macam mana kita nak handle situasi dengan lebih baik yang tu semua akan bergantung pada kemampuan otak kita untuk berfikir.



Bila kita berdepan dengan orang yang terlalu sensitif dan panas baran, kita kena bertindak jadi air. Dengan kata yang lain, kita kena belajaq rendahkan ego kita. Manusia semua ada ego, tapi selagi mana kita berjaya kawal mood marah kita tu, kita memang dah berjaya lawan hasutan syaitan.



Diam orang mukmin tu ibadah. Adakah kita boleh digelar mukmin? Kalau dalam diam berzikir, berselawat dan memuji kebesaran Ilahi, itu adalah ibadah. Tapi kalau diam dengan niat meluat kat orang, dan saja nak diam sebab bagi sakit hati orang dan buat taktau, tu bukan ibadah dah ye.huhu



Kadang-kadang orang diam bila ada masalah dan takmau sharing dengan kita. Tapi kita pun satu hal jugak, janganla sampai tak kena time bila nak tanya pun. Ataupun kita paksa sorang tu cakap apa yang tak kena bila dia tengah moody. Kita kan manusia, hari-hari kita jumpa orang sekeliling. Takkan kita still tak boleh belajaq cara nak kenai orang. Sekali sekala kena jugak baca psikologi orang. 



Jadilah air bagi ubat orang yang terlalu sensitif. Kalau dia rasa dia betul-betul perlukan kita dalam hayat dia, insyaallah dia akan cari kita dan dia takkan sekali kali mengkhianati dan tinggalkan kita. Kalau niat dia menyimpang dan tak elok untuk kita, selalunya dia akan dapat apa yang dia nak. Ingat "what you give you get back". Jangan sedih bila jumpa orang yang salah sebaliknya bersyukur, ada hikmah yang kita tak nampak, kita takkan rugi pun. Jadi, sapa yang rugi??? Fikir-fikirkan dan selamat beramal ;).





p/s : Mood tengah posa memang banyak idea mencurah-curah dalam kepala.hihi


Tuesday, June 21, 2011

::APA SALAHNYA RENDAHKAN EGO SKET??::

Assalamualaikum bloggers...



Bila kita hidup dalam satu dunia yang kita share ni, kadang-kadang kita akan kenai macam-macam jenis manusia. Ada yang sentiasa nak dok kat atas ja, dan ada pulak sanggup cantas kawan sebelah sebab nak kejaq tempat yang kat atas..... Apa sebenaqnya yang ada dalam diri kita?




EGO....Semua orang ada ego...yang penting adalah macam mana kita kawal ego kita. Bohongla kalau kata, ada orang yang takda ego. Cumanya dia bijak dalam mengawal ego. Kadang-kadang kita rasa nak marah, kita rasa kecewa, tu semua jadi sebab ada orang sedang mencabar ego kita. Betui dak?







Dan sebab tu aku tak suka moto ego...hahahahhaha..sebab dia ego.....[takdak kena ngena, haha]... hehehhe. Bagi pandangan aku la....tak rugi pun kalau kita rendahkan ego kita, takkan dalam semua hal kita tak boleh nak mengalah langsung.Kalau macamtu, memang takleh bercampuq dengan orang la....kena hidup sorang-sorang.




Jangan kita belagak sangat sampai tak kena tempat. Kadang-kadang mungkin kita pandang lekeh seseorang tu, tapi nanti dia yang akan tolong kita.Terima seadanya sebab kita hidup atas muka bumi yang sama dan di bawah langit yang sama.....Tapi berhati-hati jugak dengan ego kita, jangan sampai kita sendiri yang makan hati....





sekian, untuk makluman.



Sunday, May 29, 2011

::DAHLA BODO, SOMBONG PULAK TU !::

Assalamualaikum bloggers






Malam ni baru aku sempat nak update entry baru, dengan situasi yang selalu jadi dalam kehidupan kita. Penah dengaq dak bodoh sombong? memang ramai rupanya manusia jenis ni. bukan takat dalam Malaysia. Kat kalangan kawan-kawan aku pun ramai ja yang macam ni. Sebab apa jadi macam ni? Sebab masing-masing dah rasa diri tu besttttttttt sangat.











Bila tak reti tak mau tanya, bila orang ajaq dan orang bagi nasihat tak boleh terima pulak..haishhhhhhhhh.. Payah betuila manusia yang hanya diri dia saja yang betui. Ya la kan, bila ego tu terlampau tinggi dari orangnya, memang masalah. Memang tak boleh work in team, pendapat dia ja kita kena pakai, sedangkan kita baru nak bagi pendapat, terus angkat sepanduk tak setuju.....




Dasyat la......kalau macam tu, tak payah la hidup dalam dunia, sebab bila dalam dunia ni, kita kena berkongsi. Takmau kongsi pi dok dalam gua..hahaha..sekian.





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails