nuffnang

Kawan-kawan saya

Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

Wednesday, August 18, 2010

::ARTIS BARAT DAN DARAT DI BAZAAR RAMADHAN::

Hai..
Salam 1 Malaysia
dan assalamualaikum
(bagi yang beragama islam)

hihi..lame tak menulis, dek kesempitan, kelenguhan,
sedikit kesibukan beserta ketidak adaan topik best untuk 
aku ngarut-ngarutkan kat sinin..hahhahaha..

apa-apa pun harini adalah hari ke-8 kita umat islam berpuasa
diam tak diam dah nak abis fasa pertama dalam bulan Ramadhan
tapi...dah bape hari aku skip sembahyang tarawih..
seriously sangat letih bila time keje aku kuar pi sg bakap or jawi
jauh siot dari seberang jaya...
rasa jauh dia macam dari penang pi johor baru
(huh!nampak sangat aku mohong time posa)
hahahhaha...

dahla travel ngan moto lak tu...rasa macam nak meniarap ja atas moto..
tapi sebab x mo disamakan level ngan mat rempit
aku buat slumber, muka keimanan bawak moto
belagak macam tak lenguh..padahal....hmmmmmm

okeh2, tengok dah lama tak ngarut, ni mai dah cerita-cerita aku
hahahha..back to the topic..
 
ACTUALLY...
(ntah, tetiba ja aku guna CAPSLOCK)
*pernyataan nak menegakkan...

ramai yang dok tunggu-tunggu kelibat ramadhan nih,
ada yang niatnya nak pi tarawih, nak posa penuh,
nak main mercun,
nak beraya,
nak beribadah sekuat hati
dan tak kurang jugak yang nak pi bazaar ramadhan.
 

bila aku bercakap bab bazar ramadhan, maka..
dah menjadi rutin harian aku bila balik keja, simpan moto
pastu teman mak aku pi bazaar
(x pasti la aku teman mak ka, atau mak yang neman aku)
tapi yang pastinya memang aku gedik sangat nak pi tawaf kat situ
xtau pasaipa...best kut ramai orang...
sampai aku buleh hafal la kat mana ayam percik best,
laksa x sedap, popia basah, mee kuah sedap, 
murtabak tok kun..semua aku tau..hahhhaha

di sebalik ke'best'an pi beli juadah nak buka posa
aku tengok, berdoyon-doyon pula artis ala2 barat 
di Malaysia ni pi beli kuih-muih...
dengan seluaq ketatnya, baju pendek sampai nampak underware, tupperware,malware,software dan tah hape-hape ware lagi
tapi pakai tudung....
yang rambut kuning sampai tengah belakang,
macam2 gaya, yang pakai tudung lak,
macam-macam style... yang macam bonggol unta pun ada...
 

 ada yang menggedik ngan si seller nih, 
bukan takat nak beli kuih ja,
malh sembang merapu, 
gelak ntah hapa-hapa depan2 orang,
peliklaaaaaaaaa tengok...

bukan la aku nak kutuk sangat, 
tapi geng2 macam ni memang patut dikata
takda etika dan peradaban langsung...
malu la nak tengok budak-budak la ni...


****************************
jangan tengok lelama, ni bukan perempuan sangat
****************
masyaallah..... takut aku bala Allah turunkan nanti..
 





anda saksikan sendiri..bukan aku tipu..
ni memang yang ada di bazaar ramadhan sekitar kita
tak payah pi jauh-jauh sampai PWTC,
dekat-dekat kita pun belambak

p/s: tutup aurat ye



Monday, August 2, 2010

::BEZA CINTA,SAYANG,SUKA DAN MINAT::


Salam 1 Malaysia
kali ni aku nak menyentuh tentang perasaan
dan bagi mereka yang still dok konfius2 alam tentang perasaan sendiri
ni
aku nak highlight beberapa hint...

sudi2kanlah membaca ye..=P

Cinta

Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu, dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. Kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain, cinta ditujukan kepada seseorang yang kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yang ikhlas kepadanya walaupun dia buat tidak tau saja)

Sayang

Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain, sayang ditujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

Suka

Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain, suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)

Minat

Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain, minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )


Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat, suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…

p/s : berawasilah anda dengan cinta

sumber : http://airmein.wordpress.com/



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails