nuffnang

Kawan-kawan saya

Showing posts with label alkisah. Show all posts
Showing posts with label alkisah. Show all posts

Friday, August 5, 2011

::BILA DAH SAYANG...TAPI:::

Hello bloggers....


First of all..assalamualaikum buat semua yang sudi stop sat dan singgah kat sini..hihi peace..=)


Ada satu notes menarik yang aku dapat dari kawan-kawan aku kat fesbuk. dan memang kena dalam hidup kita jugak, buat sesapa yang terasa kena dengan hidup dia dan speechless..hihihi bawak bertenang semua.. jangan emo-emo...takmau nangih na... chill out peeps...






Bila kita sayang orang tu,
Kita tunggu dia lama pun takpa,
Tapi bila dia tunggu kita???dia marah-marah...
Hati kata ala,adatlah ada yang menunggu dan ditunggu...


Bila kita sayang orang tu,
Kita tak tido pun takpa layan dia yg tengah bosan,
Tapi bila kita bosan,ada dia layan kita???
Hati kata,takpa dia busy kott!!!


Bila kita sayang orang tu,
Kita gaduh dengan dia,kita diam ja...
Tapi dia heboh 1 dunia...
Hati kata takpa,dia tension tu...


Bila kita sayang orang tu,
Kita kol nak cakap dengan dia...
Tapi dia bagi phone kat orang lain atau matikan...
Bila jadi macamtu,takpa...
Hati kata, takpa...layan ja,kawan dia,kawan kita gak...


Bila kita sayang orang tu,
Kita bercerita dengan dia,cita dengan
tunggul lagi baik...
Tapi bila dia bercerita dengan kita???
Kita dengar,sepatah-sepatah kita kena ingat...
kalau tak ingat kita yang kena marah
Hati kata takpa sayang katakan…


Bila kita sayang orang tu,
Kita dan dia lapar...
Tapi kita bagi semua roti kita kat dia...
Hati kata,ala jaga lah hati dia,kesian dia…


Bila kita sayang orang tu,
Kita sanggup bagi dia rest bila dia letih,
Tapi bila kita letih,dia suruh jugak kita layan dia bila dia bosan...
Adil ka???Hati kata,ala bukan selalu pun...


Bila kita sayang orang tu,
Kita jadi macam orang gila dengar dia sakit,
Tapi bila kita sakit,
Dia siap keluar dengan kawan-kawan dia meraikan hari kesakitan kita,
Hati kata,ala takpa, takkan dia nak berkepit dengan kita 24 jam...


Bila kita sayang orang tu,
Kita tak pernah pun pentingkan diri sendiri,
Tapi dia hipokrit tahap gaban..
Hati kata takpa,dia memang macamtu  kena lah terima...


Bila kita sayang orang tu,
Kita sayang nk tinggalkan dia selama-lamanya,
Tapi dia tak tahu kita berdepan dengan maut,
Walaupun kita sakit,dia kata kat kita,sakit besa-besa ja,jangan nak mengarut...
Hati kata,macam manalah dia bila kita takdak,mesti dia hepi...

Bila kita sayang orang tu,
Kita tak sanggup tengok dia derita,
Tapi dia tak pernah hargai diri kita,
Hati kata, tau tak betapa kita sayang kan dia????

Bila kita sayang orang tu,
Kita sanggup tinggalkan dia selama-lamanya untuk dia bahagia...
Tapi adakah dia tahu pengorbanan kita??
Hati kata,takpa,janji dia bahagia...
Dan...

Bila kita dah tinggalkan dia selama-lamanya...
Dia datang ziarah pusara kita...
Dia kata Dia mintak maaf sebab pernah mengata kita...
Dia mintak maaf sebab pernah buat kita tunggu dia...
Dia mintak maaf sebab pernah paksa kita layan dia time bosan...
Dia mintak maaf sebab pernah heboh 1 dunia salah kita...
Dia mintak maaf sebab pernah tak hiraukan kol kita...
Dia mintak maaf sebab pernah tak dengar luahan hati kita...
Dia mintak maaf sebab pernah buat kita kelaparan sebab dia...
Dia mintak maaf sebab pernah ganggu waktu rehat kita...
Dia mintak maaf sebab tak pernah hiraukan sakit kita...
Dia mintak maaf sebab pernah pentingkan diri dia sendiri...
Dia mintak maaf sebab tak pernah tengok penderitaan kita...

NAMUN SEMUANYA TELAH TERLAMBAT....

HARGAILAH ORANG-ORANG  YANG KITA SAYANG...

credit to : mohd razi zakariah...

::ALLAH MEMANG SAYANG KITA::

Hello bloggers...



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....to all muslims bloggers.... to all readers, stalkers, dan sapa-sapa jua yang lalu lalang singgah sini....




Thanks jugak buat yang sudi-sudi tinggalkan komen kat sini dan tak lupa jugak nak wish buat kalian, selamat berpuasa semua...sat ja kan hari ni dah hari ke-5 puasa kan? Semoga amal dan iman dapat dipertingkatkan tapi niatkanlah untuk mendapat kerahmatan dari ALLAH.










Kadang-kadang waktu petang, ada masa bila aku balik keja awai, aku selalu renung langit.hihi...Kadang-kadang ni la yang aku buat. Syok jugak, bila tengok langit, tengok matahari, tengok burung.huhuhu.... Nampak  best ja, rasa luas gilaaaaaaaaa bumi Allah ni. 




Terfikir jugak, sapa lagi yang sayang aku selain ALLAH, ada tak?emmmmmmmm..emmmm.emmmm.. NOBODY. selain family terdekat aku, aku tak rasa ada orang yang sayang aku, kawan-kawan terdekat mungkin jugak....tapi ada ka yang sayang aku betui-betui? Takdak kot.




Aku selalu merenungkan, 

Bila aku ditimpa kesusahan. Kenapa aku?
Bila aku kehilangan saudara aku, kenapa aku?
Bila aku sedih, kenapa aku?
Bila aku kehilangan orang yang selalu temankan aku, kenapa aku?
Bila aku kemalangan, kenapa aku?
Bila aku sakit hati, kenapa aku?
Bila aku demam, tak sihat, kenapa aku?
Bila aku tak cukup duit, kenapa aku?
Bila aku ada masalah, takdak tempat mengadu, kenapa aku?




Sebenaqnya, reason dia cuma ada 1, Allah sayang aku. Allah tu sayangkan kita. Cuma kita kadang-kadang tak nampak, kufur nikmat. Ada jugak aku terfikirkan, kenapa aku yang selalu rasa sakit hati, rasa susah? Kadang-kadang aku tak sedaq, ramaaaaaaaaaaaaai lagi orang yang susah dari aku. Rasa sakit hati lagi teruk dari aku. Aku nampak diri aku saja.




Aku selalu ingat, macam takdak makna pulak wujudnya aku. Tapi aku tak sedaq semua yang jadi ni ada hikmahnya. Ada sebab kenapa kita sedih, sakit hati, rasa macam-macam. Bila mai fikiran logik aku ni, aku memang mengaku betapa Allah sayang sangat dengan aku.




Bila ada saudara kita meninggal, kita jadi sedih. Kita selalu kata, Allah sayangkan dia. Tapi yang kita tak sedaq, Allah sayang kita, nak bagi kita kekuatan.Bila kita ditimpa kesusahan, takdak duit, kawan buat fitnah, kita selalu pikir, apa lah salah aku. Sedangkan sebenaqnya, Allah sayang kita, Dia nak kuatkan hati kita, bagi kita berdikari. Tapi tu yang kita lambat sedaq. Allah dah bagi hint macam-macam, cuma ada antara kita yang tak alert dengan apa yang jadi dan sering salahkan takdir.





p/s : Takdir itu tak kejam, tapi kita yang kejam sebab tak memahami bahawa itu yang terbaikkkk...


Sunday, April 3, 2011

::DAH START BERFACEBLOG PULAK::

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit

Monday, March 7, 2011

::JIKA ISTERI MENANGIS DIHADAPANMU::

Assalamualaikum kalian
dan salam 1 malaysia..kali ni ada satu puisi yang nak dikongsi bersama
buat tatapan para suami untuk menghargai kaum wanita...
sempena hari wanita 8 MAC 2011 nanti..
renung2kan dan selamat beramal...


Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sebelum terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai kaumku bergelar suami,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai suami-suami, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI-ISTERI yang soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mereka begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

Friday, August 6, 2010

::MARI REFRESH OTAK::

Hai semua pembaca
dan pemblog walking...
selamat pagi lah untuk harini...
okeh, pagi ni ada satu benda best punya [bukan besssssssar punya]
yang aku nak share..hihihihi

bukan pe, kadang-kadang 
kita kena jugak refresh otak kita nih 
yang tak mampu nak think out of box
hihihihi..so kepada semua pejuang berani mati sekalian
[berani mati jawab soklan je]
okeh, soalan - soalannya adalah
yang bersifat subjektif saje ye
jadi sila simpan kertas OMR anda ye...




1. Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang anda di tempat yang ke berapa?

Jawapan : Jika jawapan anda di tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah. Jika anda memotong orang kedua, sudah tentu anda akan mengambil tempatnya.


2. Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat....?

Jawapan: Jika anda jawab yang kedua terakhir, jawapannya salah! Macam mana anda boleh jadi yang terakhir?hahahha



okeh, la ni kita buat soalan ilmu hisab lak,
tapi congak pakai otak ja tayah cari kalkulator...
tayah guna kertas ngan pensil buat math ni k?math simple je nih...


3. Ambil 1000 dan campur 40, sekarang campur lagi 1000, campur lagi 30. Campur lagi 1000. Campur lagi 20, campur lagi 1000. Campur lagi 10, berapakah jumlah semua?

Jawapan : Tentu anda semua jawab 5000 kan?ya.....................salah!hahahha jawapannya..........selepas ini..hihihi tak la,
jawapannya 4100.cuba kira ngan kalkulator kalau tak percaya..


4.Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis, 1. Nana, 2. Nene 3. Nini 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?
Jawapan : Adakah jawapan anda Nunu. Salah! Namanya Mary...cuba baca soalan betui2...


5. Okeh, soalan bonus untuk semua, seorang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan menggayakan lakonan memberus gigi, dia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan dia berjaya membeli berus gigi tersebut. Seterusnya seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimana dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya..........?

Jawapan : Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dikehendaki dan dihajati... Mudah sahaja...

p/s : selamat menjawab ye semua...hihihi




Thursday, August 5, 2010

::KISAH YANG MENENANGKAN HATI DAN PERASAAN::

Hai semua...
salam 1 Malaysia

Buat semua pembaca

buat semua yang sudi menjadi follower

untuk blog aku yang tak seberapa ni.
terima kasih...
sangat-sangat terharu dengan kalian...
kali ni aku nak share satu kisah yang aku ada terbaca
mengenai kehidupan kita di dunia ini,

cara kita mengisi jiwa dan rohani kita
pesanan
untuk diri aku sendiri dan para pemblogger
kat luar sana,
walau sesibuk manapun kita...

jangan kita lupa kepada Allah

Dia yang maha mengetahui tentang segala- galanya

tentang kehidupan kita
yang kadangkala
kita sendiri pon tak tau arahnya...
selamat membaca sahabat



Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang profesor berdiri
di hadapan dewan kuliah, meja di hadapannya terdapat beberapa barangan. Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dengan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola golf.

Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya,
adakah balang tersebut penuh, dan pelajarnya menjawab "ya!". Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan menuangkannya ke dalam balang yang telah dipenuhi bola golf tadi, lantas menggoncang balang tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola-bola golf.

Sekali lagi dia bertanya akan pelajarnya sama ada
balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab "ya…" Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut. Pasir yang dituang mengisi ruangan di antara batu kelikir dan bola golf. Seperti tadi dia bertanya lagi kepada para pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh. Dalam keadaan yang penuh persoalan, rata-rata pelajarnya menjawab "Ya.."

Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan kopi
dari bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang telah sedia ada diisi batu golf, batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir. Para pelajar mula ketawa dan tersenyum melihat tindakan profesor tersebut.

"Sekarang…" profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan. "Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda. Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga anda, anak-anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan semangat anda.

Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh. Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara-perkara lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala pasir pula mewakili perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil."

"Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu…" "… anda tidak akan mempunya ruang untuk batu kerikil dan bola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda."

"Ambil perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda. Luangkan masa gembira untuk anak-anak. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam, yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. Sila ambil berat akan bola golf dahulu - iaitu perkara yang benar-benar penting.

Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir…"
Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula yang diwakili oleh air kopi. Profesor tersebut tersenyum. "Saya gembira ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan…"
Renungan untuk semua.

Apabila kehidupan anda seakan terlalu penuh dan tampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam sehari seperti tidak mencukupi, maka ingatlah kisah ini. Sekian, moga tenang sedikit jiwa yang sibuk.

p/s : ambil masa minumla kopi, aku takleh minum, kafein buat aku saket kepala ja..

::MAKSUD MARKETING::

Jika anda melihat seorang gadis cantik di sebuah pesta lalu anda menghampirinya dan berkata, "Aku adalah orang kaya.. kahwinlah dengan aku."

Itu adalah DIRECT MARKETING.

Jika anda berada di sebuah pesta dengan kawan-kawan anda dan bertemu dengan seorang gadis cantik. Salah seorang kawan anda menghampiri gadis itu dan berkata, Lihatlah jejaka itu (sambil menunjuk anda).Ia sangat kaya,kahwinlah dengan dia."

Itu adalah ADVERTISING.

Jika anda melihat seorang gadis cantik di sebuah pesta lalu anda menghampiri dan meminta nombor telefonnya. Keesokan harinya anda menelefonnya dan mengatakan,"Hi.. aku sangat kaya, kahwinlah dengan aku."

Itu adalah TELEMARKETING.

Anda tengah berada d sebuah pesta dan melihat seorang gadis cantik. Anda membetulkan tie, berjalan ke arahnya dan menawarkan minuman. Anda membukakan pintu untuknya saat menghantar pulang dan berkata, "Aku sangat kaya, mahukah kau kahwin dengan aku?"

Itu adalah PUBLIC RELATIONS.

Anda tengah berada di sebuah pesta dan melihat seorang gadis cantik. Ia berjalan ke arah anda dan mulai merayu, "Kau sangat kaya rupanya."

Itu adalah BRAND RECOGNITION.

Anda berada di sebuah pesta dan melihat seorang gadis cantik. Anda mendekatinya dan berkata, "Aku sangat kaya, Kahwinlah dengan aku." Lalu ia menampar muka anda.

Itu adalah CUSTOMER FEEDBACK alias COMPLAIN..hihihhihi

p/s : sumber adalah bukan dari pelajar marketing seperti saya..hiihii=)

Wednesday, August 4, 2010

::AYANG YANG KITE SAYANG::

Hai semua...
salam 1 Malaysia..
semoga sihat-sihatla gamaknya...
hihihihi

okeh, memandangkan semalam aku serius ta larat nak update blog,
malam ni aku try sedaya upaya dan segigih [tika zaman aku study dulu]
untuk menghiburkan sekalian yang ada..
khas buat ayang, sayang, cayang, yang...and taha hapa-hapa laggi

selamat membaca diucapkan dan selamat beramal..ngeeeeee...


ceriteranya : Valentine hari tu ayang tanya tang mane kite sayang kat ayang. Time tu kite tak dapat nak jawab. Semalam ayang merajuk ngan kite, kite dah penat nak layan. Ayang call kat kite kite malas nak jawab. Tang mane erk kite sayang kat ayang? Semalaman kite duk pikir soalan tu. Pernah ke? Maybe tak sedalam cinta Titanic atau Taj Mahal. Sayang kite kat ayang sangatla kerdil. Sebab tu la ayang selalu merajuk erk? Tak tahula, setahu kite:

1. Sebelum kite kenal kat ayang, setiap semester kite dapat Anugerah Dekan. Bile dah kenal ngan ayang, setiap semester kite ulang paper. Sebelum kenal ngan ayang kite belajar pakai duit biasiswa, lepas kenal ngan ayang, keluar makan lagi nak mintak duit ngan emak kite.

2. Kalau ade 1 buah epal, kite bagi je kat ayang. Kalau ade 2 buah epal,kita bagi yang besar kat ayang. Kalau kite makan ikan, ayang makan tang badan ikan tu, kite pula makan tang kepala ikan tu je.

3. Ayang ni tak la cun sangat, tapi kite tak pernah kutuk ayang tak cun.Tapi kite yang hensem ni ayang lagi nak kutuk ngan member depan kite, kata kite tak hensem langsung. Erra Fazira berlalu depan mata, kite diam je. Takut kalau puji kang ayang marah. Mat Indon duk depan Sogo ayang gi ngorat time kite gi tandas. Siap mintak nombor tepon depan kite lagi. Kalau keluar ngan ayang, ayang slambe nak makan Starbucks, kite tipu kite dah kenyang, padahal bile dah sampai kat umah kite makan mee maggi.

4. Sebelum kenal ngan ayang., kite tak pernah ade girlfriend. Selepas ayang kenal ngan kite, genaplah koleksi ayang ada 20 boyfriend kesemuanya. Kite tak pernah marah ayang playgirl, dah tu ayang kata kite cam sami buddha. Kalau ayang rasa nak cium kite, ayang cium terus tak pernah tanya pun. Tapi bile kite rasa nak cium ayang, lepas tanye lagi kene reject. Ayang selalu pukul dada kite, tampar muka kite, cubit peha kite, kite tak pernah tengking sekali pun, apatah lagi nak cubit, nak tampar, nak pukul?

5. Pernah ayang tanya kalau ayang jatuh cinta ngan laki lain, kite nak buat ape. Kite kate kite nak bunuh laki tu. Tapi bile kite tanya kalau kite jatuh cinta kat pompuan lain, ayang nak buat ape, ayang kata nak bunuh kite, emak kite, ayah kite ngan nenek kite. Kite beli mask Clinique ngan ayang harga RM300 kite kate harga RM30 Ayang beli jam tangan kat kite harga RM30 ayang kate harga RM300. Setiap kali berjumpe kite bagi hadiah kat ayang,tapi setiap tahun birthday kite ayang kate dah lupe.

6. Kite rosakkan headphone walkmen ayang, kite ganti satu discman baru.Ayang rosakkan kerete kite, ayang buat derk je. Sekali ayang demam, kite kene diet 2kg nak jaga ayang. Sekali kite demam, ayang tambah berat 2kg sebab abiskan makanan kite. Kite tak pernah kata ayang pendek, ayang marah kite tinggi sangat,member ayang ketawakan ayang. Ayang datang umah kite, kite tido sofa, kite datang umah ayang, kite gak yang tido kat sofa. Mak kite belikan rantai Tiffany ngan ayang. Mak ayang tak pernah ajak kite makan kat umah ayang walau sekalipun.

7. Kucing umah kite bersalin, kite bagi anak kucing yang paling cute kat ayang, 2 hari je ayang bela, kucing tu dah mati.Ayang tak kate pa pe pun.Ayang bagi ikan emas yang dah dekat mati kat kite, 2 hari kite bela dah mati. Ayang kata nak bunuh semua anak kucing kite. Ayang kalau nak pakai duit kite, terus ambil takyah bagitau. 30 ke 80 ke seratus ke selagi wallet kite ade duit. Aritu kite nak pinjam 10 ringgit sebab terlupe bawa wallet, ayang kate kite kedekut. Birthday ayang kite tak pernah terlupe. Birthday kite arini ayang tak pernah ingat…..


p/s : oh, lelaki yang sangat setia....hihihihi

Monday, August 2, 2010

:MISCOMMUNICATION::


Hai semua... salam 1 Malaysia.. pe khabo?
harap2 sihat-sihatla hendaknya..

okeh,kali ni aku nak share dengan para pembaca outhere
tentang
betapa kadang-kadang kita boleh tersalah cakap
dan tersalah paham jua.
jadi jangan lupa to say sorry not to Mr Sori
but to anyone pun
hihihi
selamat membaca secara berjemaah dan bergelak ketawa

senyum penawar duka, tapi beware la kalo bace time ofis...

make sure bos tak perasan yang anda sedang mengontrol gelak dengan dedicatenya...
hiihihihihihi
[ sila baca dengan penuh penghayatan]


Lee Sum Wan : Hello can i speak to Annie Wan

Mr Sori : Yes u could speak to me.

Lee Sum Wan: No, i want to speak to Annie Wan!

Mr Sori : You are talking to someone! Who is this?

Lee Sum Wan : Im Sum Wan. And i need to talk to Annie Wan! Its urgent.

Mr Sori : I know u are someone and u want to talk to anyone! But whats this urgent matter about?

Lee Sum Wan : Well just tell my sister Annie Wan that our brother was involved in an accident. Noe Wan got injured and now Noe wan is being sent to the hospital. Right now Avery Wan is going to the hospital.

Mr Sori : Look if no one was injured and no one was sent to the hospital from the accident that isnt an urgent matter! You may find this hilarious but i dont have time for this!!!

Lee Sum Wan : You are rude. Who are you?

Mr Sori : I’m Sori.

Lee Sum Wan : You should be sorry. Now give me your name!

Mr Sori : I’m Sori!!

Lee Sum Wan : I dont like your tone of voice Mr and i dont care, give me your name!

Mr Sori : Look lady, I told you already Im Sori! Im Sori!! Im SORI !!! you didnt even give me your name!

Lee Sum Wan : I told u before im Sum Wan! Sum Wan!!! You better be careful my father is Sum Buddy. And my uncle holds a very big position in the co. He is Noe Buddy.

Mr Sori : Oh im so scared (sarcastically). Look i dont care about ur uncle he’s a nobody. Everybody thinks his top dog and holding an important position in the company.

Lee Sum Wan : No Avery Buddy just married my aunt. And Avery Buddy doesn’t work there.

Mr Sori : Like i said i dont care which one of ur aunt screws everybody and i also know that not everybody works here! Jeez!!!

Lee Sum Wan : Wheech Wan is my sis!

Mr. Sori : I dont know which one is ur sis! Why in gods name u think i do!? Look i got work to do and if im feeling mischievious i’ll broadcast it on the P.A system saying. “Attention, someone called and said that anyones brother just got involved in an accident. But not to worry no one got injured and no one was sent to the hospital. But everyone is going to the hospital anyways. The father maybe a somebody but if u’re their uncle, u’re a nobody. “how bout that!?
Toot… .Toot… .Toot… …


p/s : stop laughing please...hihihihi

Sunday, August 1, 2010

::ISTERIKU LIZA YANG DICINTAI::

bertemu kembali..
salam 1 malaysia..
kali nih ada alkisah yang aku berjaya jumpa...
tentang kesungguhan seorang suami terhadap isteri yang disayangi...

LIZA DAN USIN...
sama-sama kita menghayati kisah cinta mereka...

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang,20 Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza?tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.

PANGGG!!

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....

...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!

Sekian.

P/S: Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi Dipetik dari majalah UJANG

Saturday, July 31, 2010

::MENANTU YANG BUKAN HANTU::


Hai semua para pembaca
para blogger semua..
how are you
semoga sihat-sihat la hendaknya...

okeh, malam ni aku nak share satu cerita
tentang menantu dari sebuah keluarga yang sederhana..
bagaimana jiwanya dah diasuh untuk membela nasib keluarga

semoga dengan penghayatan yang mendalam akan meninggalkan kesan
dalam hati anda

[mak aii....seriousnya ayat aku]

selamat membaca diucapkan buat semua

Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.

Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.

Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.

Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..".

p/s: semoga jadi pedoman di samping gelak-gelak besaq..


Friday, July 30, 2010

::LELAKI YANG BERGELAR AYAH::

Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, Tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya Yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, Disertai suara batuk-batuknya.

Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya

"Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok?" Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.

Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki."

Anak perempuan itu berkata sendirian : "Aku tidak mengerti". Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan.

Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki."

Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.

Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya.

"Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit?"

Ibunya menjawab:

"Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian."

Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga kasih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok?

Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.


"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."

"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."

"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya" .

"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya. "

"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya" .

"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat di mana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknyaagar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak- anaknya."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka,walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan
menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."

"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha
mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya. "

"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga (seri/penyokong) , agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."

Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.

"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."


p/s: Bila ayah anda masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk membuat hatinya gembira. Bila ayah anda telah tiada, jangan putuskan tali silaturahim yang telah dirintisnya dan doakanlah agar Allah selalu menjaganya dengan sebaik-baiknya. Amin!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails